"Hyeseul-ah, saya ada press conference lepas ni. Awak pergi hotel dulu dengan coordi noona ya?," ujar Siwon. Bahu Hyeseul diusap lembut. Hyeseul menganggukkan kepalanya. Dia berlalu bersama beberapa orang staf yang mengikut penerbangan itu. Sempat lagi dia menoleh ke arah Siwon yang sudah pun berlalu pergi bersama pengurusnya. Hyeseul hanya mendiamkan diri semasa di dalam kereta. Begini rupanya kehidupan sebagai seorang artis. Hyeseul tersenyum nipis. Dia tidak boleh berperasaan cemburu kepada Siwon dan peminat-peminatnya.
Hyeseul akhirnya tiba di hotel. Setelah mendaftar masuk, dia terus menuju ke biliknya dan merebahkan badan di atas katil. Bilik Siwon berhadapan sahaja dengan biliknya. Mata Hyeseul mulai layu. Hyeseul tiba-tiba teringat akan pertemuannya dengan Hyun Joong semasa di Incheon sebentar tadi.
"Ah, buat apalah fikir pasal dia!," Hyeseul merungut. Dia mengiringkan badannya dan lama-kelamaan dia terlelap di atas katil empuk itu.
-------------------------------------------------------------------
Hyeseul mencuri pandang ke arah Hyun Joong yang sedang berbual bersama teman-temannya. Sedikit senyuman terukir di bibir Hyeseul. Hyun Joong tidak pernah perasan akan kehadirannya. Hari itu merupakan hari konvokesyen Hyun Joong. Dia sudah berjaya menamatkan alam persekolahannya.
"Bila kau nak bagi tu pada Hyun Joong sunbae?," soal Sangbum. Dia memandang bunga yang berada di dalam tangan Hyeseul. Hyeseul tersengih sambil menggaru kepalanya.
"Erm..tak payahlah. Aku bagi kat sunbae lain aje lah..," Hyeseul menggeleng-geleng. Matanya masih melirik ke arah Hyun Joong. Dia tidak berani hendak meluahkan isi hatinya. Sangbum ketawa terbahak-bahak.
"Masa beli tadi bukan main lagi yakinnya. Sekarang tak mahu bagi pulak," ejek Sangbum. Hyeseul mencubit Sangbum. Wajahnya sudah kemerahan. Hyeseul memandang lagi ke arah Hyun Joong. Hatinya sudah lama terpaut kepada lelaki itu. Semasa pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah ini, Hyun Joong adalah sunbae pertama yang menegurnya. Sejak hari itu, dia mengagumi Hyun Joong dan tanpa sedar dia menyimpan perasaan kepada lelaki itu. Namun, dia tahu amat mustahil untuk kehadirannya disedari Hyun Joong. Dia bukanlah gadis cantik yang menjadi kegilaan ramai. Dia tidak pandai bergaya. Hyun Joong pula sentiasa digilai ramai. Semua gadis ingin berdampingan dengannya. Dan perkara itu membuatkan Hyun Joong menjadi seorang playboy. Walaupun begitu, Hyeseul tidak peduli. Dia tetap menyukai Hyun Joong di dalam diam.
"Kau bagi dekat aku ajelah bunga tu. Tak payah kau bagi kat buaya darat tu. Nanti kau kena terkam aku tak tahu," ujar Sangbum sambil tersengih. Hyeseul menjeling kepada sahabatnya.
"Baik aku simpan sendiri. Jom makan....baeghupa...," ucap Hyeseul. Bunga di tangan direnungnya. Sudahnya dia merancang untuk meletakkan sahaja bunga itu di dalam biliknya.
"Lee Hyeseul....," satu suara memanggilnya. Hyeseul berpaling dan Hyun Joong sedang tersenyum di hadapannya. Hyeseul bagaikan tidak percaya.
"Ne sunbae....," jawab Hyeseul. Dia gugup.
"Free tak weekend ni? Jom...kita keluar...," ajak Hyun Joong tanpa berselindung. Melopong Hyeseul dibuatnya.
"A date...Kita berdua je...," sambung Hyun Joong lagi dengan sebuah senyuman membunuh. Wajah Hyeseul terasa panas. Benarkah apa yang didengarnya? Hyeseul memandang wajah Hyun Joong. Tidak keruan apabila menyedari pandangan Hyun Joong masih kepadanya. Hyun Joong merapati Hyeseul. Dia memandang ke arah bunga yang berada di dalam genggaman Hyeseul. Sekeping kad yang terselit ditariknya. Hyeseul cuba untuk menghalang tetapi tidak sempat kerana Hyun Joong terlebih dahulu membukanya. Hyun Joong tersenyum setelah membaca isi kandungan kad itu. Dia kembali memandang wajah Hyeseul yang sudah tertunduk malu.
"Jadi...bunga ni untuk oppa lah?," soalnya. Hyun Joong mengambil bunga itu dari tangan Hyeseul dan dengan sengaja memegang tangan gadis itu. Hyeseul menelan liurnya.
"Yeppo....oppa suka...komawo...," ucap Hyun Joong, masih dengan senyuman. Hyeseul cuba tersenyum namun entah mengapa dia terasa senyumannya begitu aneh. 'Op..oppa?'
"Jadi, oppa anggap awak setuju untuk keluar hujung minggu ni. Jumpa lagi nanti...," Hyun Joong mengenyitkan matanya dan berpaling menuju semula ke arah rakan-rakannya. Hyeseul terpaku. Matanya bulat memandang Sangbum yang sedang berdiri di sisinya. Sangbum mengangkat bahunya.
"Perangkap dah mengena ke?," soal Sangbum, penuh sinis.
"Dia ajak aku keluar!," Hyeseul tersengih lebar. Sangbum hanya menganggukkan kepalanya.
"Jadi kau setujulah?," soal Sangbum. Hyeseul mengangguk laju.
"Hati-hati dengan buaya darat..," Sangbum memberi amaran. Hyeseul mencebik.
"Alah...keluar dating aje. Bukan nak buat apa-apa. Siapa yang tak excited dapat keluar dengan Hyun Joong sunbae!," balas Hyeseul.
"Aku tak excited pun...," Sangbum menjawab selamba.
"Sebab kau lelaki!," Hyeseul membalas lagi. Sangbum tersenyum sinis. Dia tidak suka Hyun Joong. Dia tahu Hyun Joong bukan lelaki yang baik.
-------------------------------------------------------------------
Hyeseul membuka matanya. Terkebil-kebil seketika apabila cuba mengingati di mana dia berada ketika itu. Hyeseul bangun dan duduk di atas katilnya. Dia melihat jam tangannya. Rupanya hampir dua jam juga dia tertidur. Hyeseul menggosok matanya.
"Kenapalah aku mimpi Hyun Joong sunbae tu?," Hyeseul mengeluh perlahan. Sebelum tidur tadi, dia memikirkan Hyun Joong dan tidak semena-mena lelaki itu muncul di dalam mimpinya pula.
Hyeseul mendengar pintu biliknya diketuk. Hyeseul turun dari katil dan membetulkan rambutnya yang sedikit kusut. Tanpa melihat terlebih dahulu tetamu di luar, dia terus membuka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, Hyeseul dipeluk oleh seorang lelaki dan dia ditolak masuk ke dalam bilik hotelnya, lalu pintu ditutup. Kerana terkejut dengan keadaan itu, Hyeseul menolak dada lelaki tersebut dan melangkah beberapa tapak ke belakang. Dia mendongak memandang wajah lelaki itu.
"Siwon-sshi...," Hyeseul terkejut, namun dia berasa lega. Siwon memandang dengan pandangan kaget.
"Waeyo? Awak terkejut ke? Mian...," ucap Siwon. Hyeseul mengeluh dan menggigit bibirnya.
"Gwenchana...saya ingatkan...," kata-kata Hyeseul terhenti. Siwon mengangkat keningnya.
"Ingatkan....nugu?," soal Siwon. Hyeseul tersenyum dan menggelengkan kepala. Mujur sahaja dia tidak terlepas kata. Dia fikirkan Hyun Joong yang berbuat begitu kepadanya. Kenangan lalu tiba-tiba menerpa di dalam mindanya. Kenangan yang membuatkan dia berasa begitu seram kepada Hyun Joong.
"Ingatkan....orang jahat...," sambung Hyeseul. Siwon melopong seketika dan tersenyum mendengar jawapan Hyeseul.
"Mianhae...saya saja nak main-main. Tak sangka awak betul-betul terkejut," Siwon meminta maaf. Hyeseul tersenyum nipis. Siwon memandang Hyeseul. Dia tersenyum melihat wajah Hyeseul yang nampak kepenatan.
"Awak tidur ye tadi? Saya baru je tadi lepas habis press conference. Kita rehatlah. Esok baru saya start shooting. Kejap lagi kita dinner sama, dengan Eunbyul sekali," ujar Siwon. Hyeseul hanya menganggukkan kepala. Siwon dengan senang hati merebahkan badannya di atas katil Hyeseul.
"Awak buat apa ni?," soal Hyeseul. Siwon mengiring dan memandang Hyeseul.
"Saya nak tidur sini...," katanya.
"Pergilah tidur kat bilik awak...," balas Hyeseul. Siwon tidak memberikan sebarang reaksi. Rupanya dia sudah tertidur kerana kepenatan. Hyeseul mengerutkan dahinya.
"Kat mana pulak aku nak baring ni?," rungutnya perlahan.

baring sebelah siwon je lah. ala malu2 pulak hyeseul tu. ngada. hahaha
ReplyDeleteerk..baring sebelah? erm...tanak..takut nnt dia terkam..bwahahaha!
ReplyDelete