Sunday, June 08, 2014

Story About Us : Chapter 34

"Sugohaseyo, Siwon-sshi, Eunbyul-sshi...," ucap pengarah kepada Siwon dan Eunbyul, tanda penghargaan kerana penggambaran dapat diselesaikan pada hari itu.

"Ne, kamsahamnida gamdongnim..," balas Siwon diikuti Eunbyul pula.

"Lega dah habis shooting untuk hari ni," ucap Eunbyul. Siwon tersenyum.

"Tapi ada lagi esok dan lusa..," balas Siwon.

"Itulah. Tapi tak apalah, tu esok punya cerita. Oppa lepas ni nak pergi mana?," soal Eunbyul.

"Hurm...bawak cik Hyeseul jalan-jalan. Kesian dia dah lama tunggu kita habis shooting," Siwon tersenyum lagi.

"Ohhh...yelah. Seronoklah ada gf kat sini. Saya ni kena pergi jalan-jalan dengan Chilhyun oppa ajelah..," balas Eunbyul. Siwon tertawa.

"Kalau macam tu, lain kali datang lagi dengan Donghae..," Siwon berbisik perlahan, sengaja mengusik Eunbyul. Wajah Eunbyul mula terasa panas. Malu apabila hal Donghae dibangkitkan.

"Okay oppa. Annyeong...jumpa nanti..," Eunbyul meminta diri, sengaja mahu mengelak daripada diusik Siwon lagi. Siwon tersengih lagi sambil memerhatikan Eunbyul yang kelam kabut menuju ke arah pengurusnya. Siwon memandang ke sekeliling, mencari kelibat Hyeseul. Siwon mengerutkan dahinya. Sejak tadi dia tidak nampak Hyeseul. Sangkanya mungkin Hyeseul ke tandas namun sehingga kini bayangnya masih belum kelihatan.

"Noona, ada nampak Hyeseul?," soal Siwon kepada staf wanita yang tadinya duduk di sebelah Hyeseul ketika penggambaran dijalankan.

"Hyeseul-sshi? Ah, dia pesan kat noona. Kalau awak tanya dia suruh bagitahu yang dia keluar kejap. Tapi...sampai sekarang tak balik lagi," balas staf tersebut.

"Mwo? Tak balik lagi. Mana pulak dia pergi?," rungut Siwon, risau.

"Meolla-yo. Dia tak bagitahu. Cubalah call dia. Mana tahu dia dah balik hotel. Penat kot tunggu lama sangat shooting," staf tersebut memberi cadangan.

Siwon mengambil telefonnya dan cuba menghubungi Hyeseul namun tiada sebarang nada kedengaran. Siwon mengeluh. 'Mana pula dia pergi....' Dalam hatinya ada sedikit perasaan geram kerana Hyeseul pergi tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Tiada langsung sebarang mesej diterima daripada Hyeseul. Di dalam kereta, Siwon masih lagi cuba untuk menghubungi Hyeseul. Namun panggilannya langsung tidak bersambung. Siwon berasa risau. Dia mengeluh dan telefon bimbitnya dicampak.

"Hyung! Saya risaulah. Mana dia pergi ni? Saya telefon banyak kali tak dapat pun," Siwon membebel kepada pengurusnya.

"Mungkin dia dah balik hotel la tu. Mungkin bateri telefon habis, lepas tu dia tertidur. Jangan fikir yang bukan-bukanlah," balas pengurusnya, cuba untuk menenangkan Siwon. Siwon mengeluh lagi. Perasaan risau mula bertukar menjadi marah. Geram kerana Hyeseul langsung tidak menghubunginya.
**********************************************************

Hyeseul masuk ke bilik hotelnya dalam keadaan kepenatan. Dia tersesat kerana terlalu leka melihat suasana di sekeliling bandar Hong Kong. Telefon bimbitnya pula mati. Mujur sahaja dia dapat pulang semula ke hotel.

"Awak pergi mana?," suara keras dari Siwon mengejutkan Hyeseul. Siwon sedang duduk di sofa dan merenungnya dengan wajah serius.

"Siwon-sshi..Ermm, macamana awak masuk sini?," soal Hyeseul gugup. Siwon bangun dari sofa dan menuju ke arah Hyeseul.

"Saya mintak kunci pendua dekat kaunter. Saya tekan loceng banyak kali tapi awak tak bukak pintu. Saya ingatkan awak tidur mati, tapi rupa-rupanya awak tak ada," kata-kata Siwon kedengaran dingin. Hyeseul mendiamkan diri.

"Awak pergi mana? Kenapa tak call saya? Kenapa buat saya risau?!," Siwon mula meninggikan suara.

"Saya...saya keluar kejap. Mian, saya nak call tapi bateri phone habis," balas Hyeseul. Siwon tertawa sinis.

"Ah, alasan handphone habis bateri. Kan saya pesan dekat awak, tunggu sampai saya habis shooting, lepas tu saya bawak awak keluar!," keras nada suara Siwon. Hyeseul membatu seketika.

"Saya bosan. Saya cuma jalan dekat-dekat sini je. Kenapa awak nak marah ni? Saya bukannya pergi jauh pun," balas Hyeseul.

"Dah berapa jam awak pergi? Saya risau tahu tak! Ingat sini Seoul ke? Berani jalan sorang-sorang. Dahlah tak bagitahu nak pergi mana!," Siwon mula menunjukkan marahnya. Hyeseul tersentak.

"Saya..saya..tahulah nak jaga diri..sebab tu saya tak pergi jauh..," Hyeseul mula tergagap-gagap. Matanya berkaca.

"Saya tak suka awak buat macam ni. Macamana kalau jadi apa-apa? Kan saya dah cakap, tengok saya shooting, tunggu sampai habis!," balas Siwon lagi. Hyeseul mengetap bibirnya.

"Heh, tengok awak shooting. Awak ingat saya suka ke tengok scene awak berpelukan tu??," Hyeseul pula meninggikan suara. Berkerut dahinya memandang wajah Siwon. Siwon melopong.

"Ah, jadi sebab tulah awak pergi? Sebab scene peluk tu? Awak cemburu? Hyeseul-ah, apa maksud awak ni?," soal Siwon.

"Tak ada maksud apa-apa..Saya tak cemburu pun!," balas Hyeseul dingin. Siwon yang geram, mencengkam pergelangan tangan Hyeseul.

"Siwon-sshi, apa ni?," Hyeseul cuba melepaskan pegangan tersebut. Siwon merenung tajam wajah Hyeseul.

"Awak jangan nak fikir apa-apa pasal saya dengan Eunbyul. Awak sendiri tahu saya anggap dia macam adik je. Saya tak suka awak fikir macam tu. Dan lagi satu, jangan layan Eunbyul macam musuh," Siwon seperti memberi amaran. Mata Hyeseul berkaca menikam wajah Siwon.

"Apa awak cakap ni? Saya tak pernah layan Eunbyul-sshi macam musuh," Hyeseul seperti hendak menangis. Sampai hati Siwon berkata begitu.

"Jangan tipulah. Sekarang saya faham. Semalam lagi saya tengok awak macam dingin dengan Eunbyul. Rupanya...sebab cemburu!," sambung Siwon lagi. Hyeseul mengetap bibirnya. Dengan sepenuh tenaga, dia merentap tangannya daripada cengkaman Siwon.

"Ya! Memang saya cemburu! Memang saya jahat sebab fikir yang bukan-bukan! Tapi saya tak benci pun Eunbyul-sshi! Saya yang teruk sebab tak faham bidang kerja awak! Kalau macam ni lah lebih baik kita tak payah bercinta!," Hyeseul mula menghamburkan amarah. Dia berpaling membelakangkan Siwon dan menangis teresak-esak. Siwon terpempan seketika. Dia cuba bertenang. Siwon mula berfikir, ini adalah kali pertama Hyeseul melihat lakonannya. Siwon menghampiri Hyeseul perlahan-lahan.

"Hyeseul-ah...," Siwon memegang bahu Hyeseul dan gadis itu mengelak. Hyeseul hendak melangkah dan sepantas kilat, Siwon memeluk badan Hyeseul dari belakang. Hyeseul berada di dalam pelukannya, erat. Hyeseul masih lagi menangis.

"Mianhae, Hyeseul-ah. Saya ikutkan perasaan sangat. Saya tak patut marah awak. Saya cuma risau...dan..," Siwon mengeluh dan tidak jadi menghabiskan ayatnya. Dia cuba meletakkan dirinya di dalam situasi Hyeseul. Jika Hyeseul seorang pelakon, dan ada babak pelukan dengan pelakon lelaki, pasti dia juga akan merasa cemburu. Hyeseul hanya membatu di dalam pelukan Siwon. Esak tangisnya semakin perlahan. Sedikit terpujuk dengan ucapan maaf Siwon, namun hatinya masih terasa sakit.

"Awak, baliklah bilik awak. Saya nak rehat. Mian...sebab tak tunggu awak. Esok ajelah kita pergi jalan-jalan. Saya rasa penat sangat...," ujar Hyeseul lembut. Siwon melonggarkan pelukannya.

"Okay...awak tidurlah. Saya janji esok kita keluar..," Siwon tersenyum hambar. Hyeseul masih membelakanginya. Dia mengusap rambut Hyeseul sebelum berlalu keluar dari situ.