Thursday, September 05, 2013

Story About Us : Chapter 31

Hyeseul dan Siwon sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Namun, mereka berdua berdiri di dalam jarak yang agak jauh. Siwon sedang berbual dengan pengurusnya dan beberapa orang yang lalu lalang melihatnya dengan pandangan teruja. Ada yang mengeluarkan kamera dan telefon bimbit lalu mengambil gambar Siwon. Hyeseul mengeluh perlahan. Dia tahu, dia tidak boleh dilihat bersama Siwon, kerana itulah mereka duduk berjauhan. Beberapa detik kemudian, Siwon memandang ke arahnya. Dia tersenyum melihat Hyeseul. Hyeseul melihat Siwon mengeluarkan Iphonenya. Kemudian, Iphone Hyeseul pula berbunyi.

Hai...boleh berkenalan?

Hyeseul tertawa perlahan apabila menerima mesej daripada Siwon. Dia memandang Siwon dan menjelirkan lidahnya. Siwon menjegilkan matanya dan kemudian tersengih.

 
Shirheo..... :p

Balas Hyeseul. Hyeseul melihat ke arah Siwon. Lelaki itu sedang tersenyum sambil membaca mesej Hyeseul.

Mianhae....tak boleh nak dekat dengan awak =( 

Hyeseul tersenyum nipis. Dia mengerling sekilas ke arah Siwon sebelum membalas kembali.

Gwenchana.... =)

Okay...jumpa nanti atas flight

Hyeseul tidak membalas. Dia memandang Siwon dan memberi isyarat 'Ok'. Siwon juga memandang Hyeseul dan tersenyum. Hyeseul duduk seketika sementara menanti pengumuman tiba. Siwon juga sama menunggu bersama pengurusnya. Kadangkala melayan beberapa peminat yang menghampirinya. Eunbyul pula tiba di lapangan terbang beberapa ketika kemudian. Dia dan pengurusnya, Chilhyun menghampiri Siwon dan bertanya khabar sebelum Eunbyul menuju masuk ke sebuah Coffee House.

Pengumuman untuk penerbangan ke Hong Kong mula berkumandang. Siwon memandang Hyeseul dan tersenyum. Kepalanya dianggukkan sebagai isyarat kepada Hyeseul untuk masuk bersama-sama. Hyeseul berdiri dan baru sahaja beberapa tapak melangkah, Hyeseul perasan ada seorang lelaki menuju ke arahnya.

"Lee Hyeseul.....," lelaki itu berdiri hampir di hadapan Hyeseul dengan sebuah senyuman. Hyeseul tergamam seketika apabila melihat lelaki itu.

"Kim...Kim Hyun Joong sunbae-nim?," Hyeseul memandang lelaki itu. Hyun Joong masih tersenyum memandang Hyeseul. Dia membelek penampilan Hyeseul.

"Masih ingat lagi kan pada oppa? Hurm...dah lama tak jumpa awak...," Hyun Joong menghampiri Hyeseul. Jarak antara mereka sangat dekat. Hyeseul melangkah setapak ke belakang. Ketika itu, Siwon yang melihat Hyeseul berbual bersama seorang lelaki memandang dengan pandangan curiga.

"Dengan siapa pulak Hyeseul berbual tu?," dia bertanya kepada pengurusnya,Kim Jung Hoon. Jung Hoon memandang ke arah yang dimaksudkan. Dia mengangkat bahu.

"Mungkin kawan dia kot. Jomlah kita pergi dulu...," Jung Hoon mengangkat begnya dan mengajak Siwon pergi. Siwon masih memandang ke arah Hyeseul. Mungkin hanya kawan. Fikir Siwon. Siwon melangkah terlebih dahulu meninggalkan Hyeseul berbual seketika. Sementara itu, Hyeseul masih terkejut dengan kehadiran mendadak Hyun Joong.

"Sunbae...erm...apa khabar?," lambat-lambat Hyeseul bertanya. Sudah beberapa tahun dia tidak bertemu dengan lelaki itu.

"Sunbae? Dulu kan awak panggil saya oppa..," Hyun Joong tersenyum sambil menatap mata Hyeseul. Hyeseul menelan liurnya. Dia tidak selesa dengan Hyun Joong.

"Sunbae mian...saya nak kena pergi dah ni," Hyeseul meminta diri, namun dihalang Hyun Joong. Bahu gadis itu dipegang lembut. Wajahnya sengaja didekatkan ke muka Hyeseul.

"Ada rambut dekat baju awak...," katanya dengan nada perlahan. Sebuah senyuman terukir. Hyeseul berasa seram melihat senyuman itu.

"Rambut?," Hyeseul mengerutkan dahinya. Hyun Joong mengangkat keningnya dan memandang ke bahagian dada Hyeseul. Memang benar ada sehelai rambut terlekat pada baju di bahagian berhampiran dengan bahu Hyeseul. Hyun Joong menarik helaian rambut itu.

"Dah buang..," ujar Hyun Joong. Hyeseul menunjukkan reaksi terkejut, dan marah.

"Apa sunbae ni?," Hyeseul cuba menahan kemarahannya. Hyun Joong tersenyum sinis. Dia mengeluarkan sekeping kad dari dalam dompetnya dan sebatang pen, lalu menulis sesuatu di atas kad tersebut.

"Ni nombor oppa. Nanti call...," dia menghulurkan kad itu kepada Hyeseul. Melihat Hyeseul tidak memberikan reaksi, Hyun Joong menarik tangan Hyeseul dan meletakkan kad itu di dalam genggaman Hyeseul.

"I miss you...," bisiknya ke telinga Hyeseul sebelum berlalu pergi. Hyeseul mengerdipkan mata. Mulutnya melopong mendengar kata-kata Hyun Joong. Hyeseul terus berlalu dengan perasaan geram. Dia langsung tidak menoleh. Hyeseul merenyukkan kad yang dipegangnya dan mencampakkannya ke dalam tong sampah.

"Gatal!," bentak Hyeseul.

-----------------------------------------------------------------------

Siwon yang sudah berada di dalam kapal terbang, melihat jam tangannya. Sepuluh minit sudah berlalu namun Hyeseul masih belum muncul.

"Siwon-sshi....," Hyeseul menegur. Siwon mendongak. Hyeseul tersenyum kepadanya. Siwon juga tersenyum. Dia lega melihat Hyeseul. Siwon menjemput Hyeseul duduk di sebelahnya.

"Lambat masuk. Bersembang dengan kawan tadi tu ke?," soal Siwon. Hyeseul menggigit bibirnya. Rupanya Siwon nampak perbualannya bersama Hyun Joong.

"Oh...ne. Kawan sekolah dulu...," balas Hyeseul sambil tersenyum. Siwon tidak bertanya lagi. Hyeseul menghembus nafas lega. Hyeseul memandang ke sekelilingnya. Matanya menangkap kelibat Eunbyul yang sedang berbual bersama pengurusnya.

'Omo...hensemnya manager Eunbyul!,' bisik hati Hyeseul. Lama dia memandang Chilhyun. Eunbyul sedang ketawa manja bersama Chilhyun. Hyeseul memerhatikan penuh minat. Siwon yang perasan gelagat Hyeseul, memandang gadis itu. Dia melihat Hyeseul begitu asyik memerhatikan sesuatu. Siwon melihat ke arah yang dipandang Hyeseul.

"Awak tengok siapa? Eunbyul ke?," soal Siwon. Hyeseul sedikit tersentak. Dia tersengih kepada Siwon dan melarikan pandangannya.

"Erm...aah...noumu yeppo...first time tengok dia...," balas Hyeseul. Siwon mengerutkan dahi.

"Hyeseul, kan awak dah pernah jumpa dia dulu. Masa birthday party saya. Takkan tak ingat?," Siwon menyoal penuh kehairanan. Hyeseul menggigit jarinya.

"Aah laa....erm...alah, tapi tu dah lama..dia sekarang nampak lagi cantik. Rambut dah makin panjang," balas Hyeseul sambil tersengih. Siwon mengecilkan matanya.

"Awak...lelaki yang kat sebelah Eunbyul tu..manager dia ke?," Hyeseul menyoal lagi sambil menunjukkan ke arah Chilhyun.

"Ne...waeyo?," Siwon memandang Hyeseul.

"Manager aje? Bukan oppa dia ke?,"

"Manager ajelah. Kenapa awak tanya macam tu?," Siwon kehairanan.

"Takdelah..nampak diorang sangat rapat. Mesra je diorang tu...," balas Hyeseul. Dia masih memerhatikan Eunbyul dan Chilhyun. Ketika ini, Eunbyul sudah tertidur. Chilhyun menyandarkan kepala Eunbyul ke bahunya dan membuka cermin mata hitam yang dipakai oleh pelakon itu.

"Sebab diorang dah lama kenal. Tu yang rapat. Chilhyun hyung tu jadi manager Eunbyul sejak mula Eunbyul jadi artis lagi...," jelas Siwon. Hyeseul mengangguk tanda faham. Dia masih memerhatikan Chilhyun yang sedang menyelimutkan kaki Eunbyul. Kemudian, Chilhyun membaca majalah.

"Rapatnya diorang tu. Entah-entah kan...diorang ada skandal!," ujar Hyeseul. Siwon pantas menoleh dengan pandangan terkejut. Hyeseul membulatkan matanya.

"Mwoya? Mengarut awak ni...mana adalah. Eunbyul tu dah suka dekat orang lain," Siwon menafikan. Bertambah terkejut Hyeseul mendengarnya.

"Suka orang lain? Omona! Nugu?," soal Hyeseul sambil memegang lengan Siwon. Sekali lagi Siwon terperanjat. Dia sudah terlepas cakap.

"Erm..Eunbyul suka Brad Pitt...," balas Siwon sambil tersengih. Hyeseul mencebik.

"Janganlah main-main! Tapi kan....manager dia hensem betul," kata Hyeseul selamba. Siwon mengangkat keningnya.

"Oh...jadi awak usha manager dia? Bukan usha Eunbyul?," soal Siwon. Hyeseul menggigit jarinya. Dia menggelengkan kepala.

"Takpe....awak lagi hensem...," Hyeseul tersengih lagi. Dia memandang Siwon.

"Hurm...tau pun. Oh ya..tadi yang berbual dengan awak tadi kawan sekelas ke?," Siwon mengubah topik. Risau juga dia jika Hyeseul bertanya dengan lebih lanjut perihal orang yang disukai Eunbyul. Hyeseul pula, tidak senang hati apabila Siwon bertanya mengenai Hyun Joong. Baru sahaja dia mahu melupakan pertemuannya dengan Hyun Joong sebentar tadi.

"Oh dia tu ke? Erm...sunbae masa sekolah...," balas Hyeseul. Siwon menganggukkan kepala dan kemudian, dia mahu bertanya lebih lanjut. Namun, sebuah pengumuman kedengaran memberitahu bahawa kapal terbang akan berlepas. Hyeseul lega kerana tidak perlu mendengar soalan yang seterusnya daripada Siwon. Dia tidak mahu berbicara mengenai Hyun Joong.

2 comments:

  1. comel la kat epot tu. amboi bermesejan dari jauh. siap main main mata. kemain dua org tu. hahaha.

    ah tu tetiba jd ratu gosip hyeseul tu. mane boleh ade scandal dgn manager sndr. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la hyeseul ngan siwon tu gedik...ahahahhaha...dah korg nmpk rapat, mmg jadi ratu gosip lak hyeseul tu

      Delete