Hyeseul sudah beberapa kali menguap tanda dia sudah mengantuk. Sesi penggambaran iklan antara Siwon dan Eunbyul masih belum selesai. Hyeseul memandang sekeliling. Ramai peminat Eunbyul dan Siwon turut berada di situ untuk melihat sesi penggambaran tersebut. Hyeseul mengeluh lagi. Sebelum penggambaran bermula, dia sudah memberitahu Siwon bahawa dia ingin bersiar-siar di sekitar Hong Kong, tetapi lelaki itu melarang.
"Andwae! Bahaya awak nak jalan sorang-sorang. Ni bukan Seoul. Tunggu saya habis shooting. Lepas tu saya bawak awak ke mana saja awak nak pergi," ujar Siwon. Hyeseul akur sahaja namun kini dia berasa bosan. Tiada tanda-tanda bahawa penggambaran tersebut akan berakhir. Tiada pilihan, Hyeseul terpaksa menonton sahaja penggambaran tersebut. Hyeseul tersenyum sendiri kerana ada ketikanya, Siwon mencuri pandang ke arahnya.
"Okay Siwon, sekarang awak peluk Eunbyul," pengarah memberi arahan. Bulat mata Hyeseul mendengarkan arahan itu.
"Mwo? Peluk?," Hyeseul menggumam sendirian. Matanya masih tidak lekang dari memerhatikan Siwon dan Eunbyul yang kini hendak memulakan babak pelukan. Siwon mendekati Eunbyul sambil matanya merenung wajah gadis itu. Hyeseul sudah mula tidak senang duduk. Dia tahu semua itu hanyalah lakonan semata-mata namun hatinya berasa cemburu. Ya, dia cemburu! Hyeseul menggigit jarinya apabila melihat babak pelukan itu.
"Cut! Lagi sekali!," sekali lagi pengarah memberi arahan.
"Lagi??," Hyeseul menjadi tidak senang duduk lagi. Sekali lagi? Hyeseul mengeluh perlahan.
'Ah, kenapa aku nak cemburu ni? Kan diorang tu kawan je. Lagipun Siwon-sshi kata Eunbyul-sshi tu suka orang lain..,' Hyeseul berperang dengan perasaan sendiri. Namun dia tidak boleh menipu. Pertama kali melihat Siwon di lokasi penggambaran, membuatkan dia tidak dapat menyesuaikan diri lagi melihat babak-babak seperti itu.
"Unnie, saya nak keluar kejap. Nanti tolong bagitahu Siwon ye kalau dia cari saya," pesan Hyeseul kepada salah seorang staf di situ. Hyeseul memandang sekilas ke arah Siwon yang masih berusaha menyudahkan babak pelukan yang seterusnya. Siwon langsung tidak perasan akan pemergian Hyeseul.

Hyeseul melangkah sehingga ke jalan besar dan menaiki sebuah jejantas untuk menuju ke deretan kedai di seberang jalan. Bersendirian di situ, dia tiba-tiba teringatkan sahabatnya Kim Sangbum.
"Ah, yelah. Nak bagitau Bum pasal Hyun Joong sunbae!," Hyeseul mengeluarkan telefon bimbitnya dan nama Sangbum dicari.
"Lee Hyeseul! Seronok kat Hongkong?," soal Sangbum sebaik sahaja panggilan itu dijawabnya. Hyeseul tertawa kecil.
"Belum datang pun rasa seronok lagi. Aku baru je nak keluar berjalan. Dari tadi tunggu Siwon-sshi shooting lama sangat tak habis-habis," Hyeseul mencebik.
"Haha...nasiblah kau. Siapa suruh couple dengan artis. Oh, jadi Siwon takde dengan kau lah, pasal tu kau telefon aku?," ujar Sangbum. Hyeseul sudah menceritakan mengenai hubungannya dengan Siwon kepada Sangbum tidak lama selepas mereka mula bercinta. Hyeseul tertawa lagi.
"Iyalah, kalau ada dia buat apa aku nak call kau. Eh, tapi aku call ni, aku nak bagitahu kau sesuatu," ujar Hyeseul.
"Apa dia?," Sangbum tidak sabar.
"Semalam, kat airport. Aku jumpa Hyun Joong sunbae!," beritahu Hyeseul.

"Jjinjja? Dia buat apa-apa kat kau?," pantas Sangbum menyoal.
"Ah, aniya..mana dia ada buat apa-apa. Dia bagi aku nombor telefon suruh aku call dia, tapi aku dah buang kertas tu..," cerita Hyeseul.
"Baguslah kau buang. Hati-hati dengan dia. Kau tau kan dia tu macamana dulu..," pesan Sangbum. Hyeseul menggigit bibirnya. Perasaan risau mula bersarang di hati.
"Kau jangan risaulah. Aku tak apa-apa. Kebetulan je terserempak dengan dia. Aku tak rasa yang aku akan jumpa dia lagi," Hyeseul cuba bertenang. Dia pasti pertemuannya dengan Kim Hyun Joong hanyalah secara kebetulan.
"Hurm...okay lah..eh, aku nak blah dulu..aku...aku..ada date ni..," Sangbum tergagap-gagap. Hyeseul membulatkan matanya.
"Date? Yaah! Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?," soal Hyeseul. Hal Hyun Joong dilupakan seketika.
"Err, nanti kau balik Seoul aku cerita. Jumpa nanti! Bye!," Sangbum memutuskan talian.
Hyeseul tersenyum sendiri. Dia menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam beg tangan. Kakinya terus melangkah di kaki lima. Sengaja dia mahu melihat-lihat pemandangan di situ. Sambil itu, mindanya berputar kembali ke zaman persekolahannya, di mana saat dia mula gerun dengan insan yang bernama Kim Hyun Joong.

**************************************************
Imbas kembali....
Hyeseul berjalan riang dengan sebuah senyuman lebar. Tangannya memegang bekas berisi makanan yang dibawa dari rumahnya. Dia sengaja hendak memberi kejutan kepada Hyun Joong yang kini tinggal bersendirian di rumah. Ibu bapa Hyun Joong tiada kerana mereka ke Busan selama dua malam, menziarahi seorang saudara mereka yang baru sahaja menimang cahaya mata.
"Hyun Joong sunbae, mesti belum makan lagi tu," Hyeseul berbicara sendiri. Hyeseul berdiri di hadapan rumah Hyun Joong. Dia berkira-kira hendak menekan loceng. Hyeseul tersenyum nakal.
"Nama pun nak bagi surprise. Ah, masuk jelah. Harap pintu tak berkunci," Hyeseul menolak pintu pagar dan ternyata ianya tidak berkunci. Hyeseul melangkah masuk ke ruang halaman dan menuju ke muka pintu. Hyeseul cuba membuka pintu tersebut dan ia terbuka. Rupa-rupanya pintu hadapan juga tidak berkunci. Hyeseul memuncungkan mulutnya.
"Apalah sunbae ni. Tak ke bahaya tak kunci pintu ni..," rungut Hyeseul perlahan. Hyeseul masuk ke ruang tamu dan melihat sekeliling. Televisyen terpasang dan kelihatan ruang tamu itu agak bersepah.
"Hyun Joong sunbae....," Hyeseul memanggil dengan suara agak perlahan. Hyeseul menuju ke ruang dapur namun Hyun Joong juga tiada di situ. Tiba-tiba Hyeseul terdengar suara yang datangnya dari sebuah bilik. Hyeseul tersenyum. Pastinya Hyun Joong berada di situ. Hyeseul menuju ke arah bilik tersebut dan semakin dihampiri, dia melihat pintu bilik tersebut separuh tertutup. Hyeseul melangkah perlahan dan...
"Ah, oppa....," Hyeseul mendengar suara seorang perempuan dari bilik tersebut. Hyeseul membulatkan matanya. Dadanya berdegup kencang apabila mendengar suara yang penuh menggoda itu. Dan degupan jantungnya bertambah kuat apabila mendengar suara Hyun Joong pula. Kakinya melangkah penuh berhati-hati menuju ke muka pintu bilik dan dia memberanikan diri menjenguk ke dalam. Melopong mulut Hyeseul apabila melihat Hyun Joong bercium bersama seorang perempuan di atas katil. Keadaan mereka ketika itu membuatkan Hyeseul berasa loya. Tubuh Hyeseul menggeletar. Dia berundur perlahan-lahan dan apabila semakin jauh dari bilik itu, Hyeseul mempercepatkan langkahnya dan pantas meninggalkan rumah itu. Hyeseul seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Hyun Joong menipu dirinya! Hyeseul tahu, antara dia dan Hyun Joong masih belum ada apa-apa hubungan namun sejak majlis konvokesyen Hyun Joong tempoh hari, mereka semakin rapat dan Hyun Joong pernah mengaku sukakan Hyeseul. Tetapi apa yang dilihat sebentar tadi, amat menyentak hatinya.
"Sampai hati oppa....," air mata Hyeseul mula menitis laju. Dia menangis teresak-esak. Dia mula menyesal kerana melayan perasaannya terhadap Hyun Joong. Benarlah selama ni, apa yang dikatakan Sangbum bahawa Hyun Joong itu kaki perempuan!
***************************************************
Hyeseul menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia benci mengingati kisah itu. Pertama kali mencintai seseorang dan pertama kali hatinya berkecai kerana cinta itu. Kerana itulah Hyeseul takut untuk jatuh cinta lagi kerana dia tidak sanggup untuk mengalami lagi perasaan patah hati tersebut. Tetapi kali ini, dia tidak dapat menolak perasaan tersebut. Dia jatuh cinta kepada Siwon dan mujurlah cinta itu berbalas.
"Agak-agak dia dah habis shooting ke belum yer?," Hyeseul bermonolog. Dia mengeluh perlahan. Baru sahaja melihat babak pelukan Siwon, sudah datang perasaan cemburu seperti puting beliung. Kalau babak ciuman?
"Tak bagitahu pun ada babak peluk...," Hyeseul merungut lagi.
"Yaah...Lee Hyeseul! Sudah-sudahlah cemburu tu. Tak ada apa pun!," perasaan Hyeseul berkecamuk. Apatah lagi dia baru sahaja mengingati peristiwa patah hatinya terhadap Hyun Joong suatu ketika dulu. Hyeseul cuba menenangkan dirinya. Dia masuk ke sebuah kedai pakaian. Mungkin baju-baju cantik di situ dapat menenangkan hatinya.
No comments:
Post a Comment