SINOPSIS


"Aku tak suka dia...," kata Lee Donghae. Tanpa disangka, Kim Eun Byul mendengar. Sampai hati....Donghae tergamam. 'Jahatkah aku?'

Tetapi, kerana kata-kata itu, Donghae mula menyedari perasaan sebenarnya kepada Eun Byul. Manakala, Eun Byul mula kecewa dan tidak mahu menaruh harapan lagi kepada lelaki itu. Donghae pula mula berusaha mendekati Eun Byul. Pelbagai kesempatan diambil untuk mengambil hati Eun Byul. Eun Byul seperti menjauhkan diri, namun perasaan suka mana boleh dinafikan. Kisah percintaan mereka mula mendapat perhatian kerana kedua-duanya artis terkenal!

----------------------------------------------------------------

Choi Siwon seorang pelakon dan merupakan anak lelaki seorang usahawan berjaya dan hidup di dalam dunia serba mewah. Popular dan kaya, Siwon memang mempunyai pengaruh yang kuat. Tetapi Lee Hye Seul, setiausaha merangkap pembantu peribadi kepada ayahnya amat membencinya.

"Berlagak, sombong! Dia ingat dia anak boss aku, kaya, popular, dia boleh cakap ikut sedap mulut dia ke?," Hye Seul merungut-rungut.

Tanpa Hye Seul sedari, Siwon menaruh minat terhadapnya sejak pandang pertama. Segala usikan kepada Hye Seul adalah strategi untuk mendekati gadis itu. Sebagai seorang yang popular, gosip memang sentiasa melanda. Hye Seul cemburu. Perasaan memang tidak boleh ditipu. Dan akhirnya isi hati masing-masing diluahkan. Namun percintaan mereka banyak halangan. Semua gara-gara peminat fanatik Choi Siwon.

No comments:

Post a Comment