Thursday, August 29, 2013

Story About Us : Chapter 30

"Shirheo....," ucap Hyeseul lembut untuk entah yang keberapa kalinya.

"Jaebal....," Siwon masih memujuk. Mulutnya dimuncungkan. Hyeseul melirik ke arah Siwon. Dia tertawa perlahan.

"Semalam kan kita dah dinner sama-sama. Lagipun hari ni saya ada baaaanyak sangat kerja. Balik pun mesti lambat. Pastu saya nak rehat puas-puas la malam ni...," bebel Hyeseul. Siwon mengeluh perlahan. Dia diam seketika. Namun, dia masih tidak berputus asa. Dia mahu memujuk Hyeseul mengikutnya.

"Okay..okay...saya tolong awak. Kita siapkan kerja awak, lepas tu awak ikut saya pergi dinner," Siwon mencuba lagi. Hyeseul tertawa lagi.

"Choi Siwon-sshi...awak tak ada schedule ke hari ni? Kan awak ni busy. Kenapa nak tolong saya pulak ni?," soal Hyeseul lagi, dengan sebuah senyuman yang menampakkan giginya.

"Sebab saya tak busy lah hari ni saya ada dekat sini. Tolonglah Hyeseul...kita dinner sama lagi malam ni. Kali ni dinner special tau," Siwon masih berusaha.

"Apa yang specialnya?," Hyeseul mengerutkan dahinya.

"Kalau bagitahu sekarang, tak adalah specialnya!," Siwon masih berahsia. Hyeseul diam dan mengherotkan mulutnya, berfikir sesuatu.

"Apa awak nak bawak saya terbang ke Paris ke dinner dekat sana?," Hyeseul mengusik sambil tersengih.

"Erm...lagi special daripada dinner kat Paris," Siwon juga tersenyum lebar. Semakin bertambah kerutan di dahi Hyeseul.

"Okaylah! Tapi janji saya tolong siapkan semua kerja ni. Banyak benda nak kena taip, print, fotostat....," ujar Hyeseul sambil membebel memberitahu Siwon kerja yang harus diselesaikannya.

"Ne arasseo....," Siwon tersengih dan bersetuju. Akhirnya dia berjaya memujuk Hyeseul. Pada petang itu, Siwon dibuli oleh Hyeseul untuk menyudahkan kerjanya. Dia menggunakan pejabat ayahnya untuk menyelesaikan tugas yang diberi Hyeseul. Mujur sahaja Choi Hwijangnim tiada pada hari itu, jika tidak pasti awal-awal lagi Siwon sudah dihalau kerana menganggu Hyeseul.

Menjelang petang, Siwon dan Hyeseul berjaya menyiapkan kerja yang diberikan oleh Choi Hwijangnim. Siwon mengurut tengkuknya yang lenguh.

"Banyak betul kerja appa bagi dekat awak. Kesian girlfriend saya ni...," rungut Siwon. Hyeseul tertawa.

"Bila company ada projek baru macam ni la. Bukan saya aje yang sibuk, yang lain-lain pun. Tengoklah hwijangnim sampai tak masuk office hari ni," terang Hyeseul.

"Okaylah, jom!," Siwon bangun dan memandang Hyeseul. Hyeseul yang sedang mengemas, mendongakkan kepalanya dan terpinga-pinga memandang Siwon.

"Jom pergi mana? Kan awal lagi kalau nak dinner," soal Hyeseul, kehairanan.

"Alah jom aje. Kita boleh lepak-lepak, rehat dulu," ujar Siwon seperti tidak sabar. Hyeseul menggaru kepalanya. Entah kenapa dengan Siwon hari ini?

"Okay...okay...awak pergi turun dulu tunggu dekat kereta. Takkan nak keluar sama-sama dengan awak, nanti orang perasan," Hyeseul bersetuju mengikut Siwon tanpa bantahan. Lagi pun dia sudah berjanji dengan Siwon untuk makan malam bersama.

"Erm...saya tunggu kat kereta yer. Jangan lari!," Siwon memberi amaran. Hyeseul ketawa dan meggelengkan kepala. Cepat-cepat dia mengemas dan meninggalkan pejabatnya. Mujur sahaja dia sudah mendapat lampu hijau untuk pulang sebaik sahaja kerjanya selesai.

------------------------------------------------------------------------

"Rumah awak?," Hyeseul memandang Siwon dengan pandangan hairan apabila Siwon memberhentikan keretanya di hadapan rumah keluarganya. Siwon tersenyum dan menganggukkan kepala.

"Dinner dengan family saya," Siwon memberitahu perkara sebenar. Hyeseul melopong.

"Kenapa tak bagitahu saya awal-awal? Awak ni, saya seganlah. Dah la pakai baju kerja ni. Shirheo!," Hyeseul mula merungut.

"Sesuai apa baju awak ni. Blaus dengan skirt. Tak ada apa yang tak kenanya," balas Siwon. Hyeseul berpeluk tubuh.

"Tapi saya malulah...," Hyeseul mengerutkan dahinya.

"Tak ada apa yang nak dimalukan. Wae?," Siwon berusaha memujuk. Hyeseul membebel lagi. Sudahlah bapa Siwon itu bossnya, macamana nanti nak menghadap hwijangnim di tempat kerja dan pelbagai lagi rungutan keluar dari mulut Hyeseul.

"Awak nak saya kiss ke bagi mulut tu diam?," Siwon tersengih sambil memandang Hyeseul. Hyeseul membalas pandangan Siwon. Dia terus terdiam dan menggigit bibirnya. Hyeseul menggeleng. Siwon ketawa.

"Hyeseul-ah, yang sebenarnya saya tak pernah bawa perempuan jumpa dengan eomma dan appa saya. Awak yang pertama. Sebab saya betul-betul serius dengan awak..," ucap Siwon. Hyeseul menelan liurnya. Siwon serius? Hyeseul tidak berkata apa-apa. Dia masih tidak percaya dengan apa yang diucapkan Siwon.

"Kaja....," ajak Siwon. Dia turun dari kereta dan membuka pintu di sebelah tempat duduk Hyeseul pula. Hyeseul teragak-agak untuk turun. Siwon tersenyum memerhatikan gelagat Hyeseul. Mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Mereka disambut oleh Choi Hwijangnim.

"Eosowasaeyo...," Choi Hwijangnim tersenyum kepada Hyeseul dan menjemput gadis itu masuk. Hyeseul tunduk tanda hormat dan tersenyum nipis.

"Hwijangnim...saya dah siapkan kerja...," takut-takut Hyeseul memberitahu. Hwijangnim hanya ketawa.

"Arasseo..saya bukan nak cakap pasal kerja pun. Siwon kan jemput awak untuk dinner," balas Hwijangjim. Hyeseul hanya tersenyum. Malu.

Makan malam antara Siwon dan keluarganya berlangsung seperti biasa. Bezanya cuma ada Hyeseul. Siwon serta eomma appanya, terutama Jiwon saling bercerita aktiviti mereka pada hari itu.

"Hyeseul-sshi, kenapa senyap aje?," tegur Choi Samonim. Hyeseul memandang dan tersenyum. Rasa mahu tersedak apabila tiba-tiba ditegur.

"Malu la tu eomma...," Jiwon mengusik. Wajah Hyeseul sudah mula merah. Siwon menggenggam tangan Hyeseul di bawah meja. Hyeseul menoleh dan Siwon tersenyum.

"Hyeseul penat sikit. Dia banyak kerja tadi..," Siwon menjawab bagi pihak Hyeseul. Hyeseul menjeling dan mengetap bibirnya tidak setuju dengan jawapan Siwon.

"Aniyo samonim. Nan gwenchana...," Hyeseul tersengih.

"Samonim? Eomonim....," wanita itu tersengih dan membetulkan panggilan Hyeseul terhadapnya. Oh, Hyeseul malu lagi. Dia hanya tersenyum.

"Erm...ne eo..eomonim..," ucap Hyeseul sambil tersenyum. Dia tertunduk. Gelagatnya menjadi bahan ketawa seisi keluarga Siwon.

"Siwon tak pernah kenalkan mana-mana perempuan sebelum ni, Hyeseul. Kalau dia bawa balik, itu maknanya dia serius...," ujar samonim dan diiyakan oleh hwijangnim dan Jiwon. Hyeseul rasa terharu. Benarkah Siwon serius?

------------------------------------------------------------------------

Hyeseul berpeluk tubuh melawan kedinginan malam. Hyeseul tersenyum memandang langit. Ini rupanya dinner 'special' tu. Dia berasa lega kerana dapat menyesuaikan diri dalam keluarga Siwon. Pada mulanya dia agak malu-malu untuk berbual, namun lama-kelamaan dia menjadi semakin ramah.

"Sejuk?," Choi Hwijangnim menegur Hyeseul. Hyeseul yang menyedari kehadiran hwijangnim pantas berdiri dan tersenyum.

"Ambil ni...," Hwijangnim menghulurkan sepucuk sampul kepada Hyeseul. Hyeseul menyambut dan tanpa bertanya, dia terus membukanya.

"Tiket ke Hong Kong?," Hyeseul memandang dengan pandangan hairan. Hwijangnim mengangguk dan tersenyum.

"Pergilah. Saya bagi cuti..," balas hwijangnim.

"Tak payahlah hwijangnim. Macamana dengan kerja kat office?," Hyeseul menolak dan mahu menyerahkan kembali tiket itu, namun ditahan hwijangnim.

"Pergilah berehat. Lagipun minggu depan saya tak masuk office. Nak bawak eomma Siwon pergi bercuti. Pergi tau. Ni hadiah dari saya," ujar hwijangnim dan kembali masuk ke dalam rumah, tanpa Hyeseul sempat berkata apa-apa. Hyeseul hanya memandang tiket itu.

"Daebak...," bisiknya.

Beberapa minit kemudian, Siwon pula keluar dan menuju ke arah Hyeseul. Hyeseul yang ternampak Siwon, menunjukkan tiket itu kepada Siwon.

"Hwijangnim bagi ni...," Hyeseul memberitahu. Siwon memandang sekilas ke arah tiket itu dan tersenyum.

"Joasseo....kita boleh pergi sama-sama," Siwon tersenyum.

"Pergi sama-sama?," Hyeseul mengerutkan dahi. Siwon mengangguk.

"Saya dan press conference dengan Eunbyul dekat Hong Kong minggu depan. Nak ajak awak sekali...," balas Siwon.

"Eunbyul?," Hyeseul terpinga-pinga.

"Ha'ah...Eunbyul...," Siwon mengangguk. Hyeseul menggigit bibirnya.

"Wae? Cemburu?," Siwon meneka. Hyeseul pantas menggeleng.

"Aniya...ni..ni semua rancangan awak ke?," Hyeseul mengangkat tiket itu. Siwon tersengih dan mengangguk.

"Awak tu asyik busy aje. Saya bagitahulah appa suruh bagi awak cuti. Lagipun minggu depan memang appa nak melancong dengan eomma. Daripada awak duduk kat office sorang-sorang, baik ikut saya..," balas Siwon. Hyeseul tersenyum.

"Arasseo...nampaknya saya tak boleh nak bangkang la ni..," Hyeseul mengerdipkan matanya. Siwon mengangguk. Dia tunduk dan cuba untuk mencium Hyeseul.

"Andwae!," Hyeseul membelakangkan badannya. Tiket yang dipegangnya diletakkan di atas mulut Siwon, cuba untuk menghalang Siwon dari mendekatinya. Siwon tertawa perlahan.

2 comments: