"Oppa datang? Hari tu kata tak jadi?," Eunbyul menegur Jaejoong terlebih dahulu. Jaejoong tersenyum dan memandang Eunbyul dengan pandangan curiga. Dia tahu, gadis itu ingin mengelak daripadanya.
"Oppa datang lambat sikit. Kebetulan schedule tadi habis awal....," Jaejoong masih merenung Eunbyul. Eunbyul mengangguk tanda faham. Dia tersenyum. Wajahnya sedikit kemerahan dan mata nampak bercahaya. Jaejoong tersenyum nipis.
"Oppa nampak semuanya tadi....," akhirnya Jaejoong mengungkit hal yang dilihatnya tadi. Eunbyul menggigit bibir. Dia tahu Jaejoong tidak akan berdiam diri.
"Dia ke orangnya? ," Jaejoong bertanya. Eunbyul mengerti akan soalan Jaejoong, tetapi dia tidak memberikan jawapan.
"Erm....oppa...saya....," Eunbyul mengeluh perlahan. Soalan Jaejoong sebentar tadi masih tidak dijawabnya.
"Eunbyul-ah...oppa ada schedule lain lagi. Oppa pun tahu awak busy. Nantilah kita jumpa lagi," Jaejoong mengubah topik apabila dilihatnya Eunbyul tidak selesa. Eunbyul tersenyum lebar.
"Okay oppa....saya pergi dulu...," Eunbyul meminta diri dan mahu cepat pergi dari situ walaupun yang sebenarnya dia tiada apa-apa aktiviti selepas itu. Eunbyul mahu berpaling dan ketika itu Jaejoong menahannya.
"Kalau awak dengan dia...erm..oppa approve...," ucap Jaejoong dan kata-kata itu membuatkan dada Eunbyul berdebar. Eunbyul memandang Jaejoong dan dia tersenyum kepada lelaki itu. Kemudian, dia terus berlalu tanpa menoleh semula ke arah Jaejoong. Jaejoong mengeluh perlahan sambil memerhatikan langkah Eunbyul. Eunbyul pula berasa sangat tidak selesa. Dia tidak suka Jaejoong melihat apa yang berlaku tadi. Dia bimbang jika Jaejoong kecewa.
'Tapi...aku dah jelaskan dulu, yang aku anggap dia macam oppa aje...,' bisik hati Eunbyul.
-------------------------------------------------------------------------
Menunggu Eunbyul menghubunginya, ibarat menunggu Eunbyul jatuh ke riba! Hah? Eunbyul jatuh ke riba? Peribahasa apakah ini?? Donghae merenung Iphone di tangan.
'Takkan dia pulak nak mula? Aku la patutnya...,' fikir Donghae. Donghae mula menulis pesanan ringkas. Erm...nak mulakan macamana ye?
Eunbyul-sshi...dah makan?
Donghae menggelengkan kepala. Pesanan tadi dipadam.
'Aniya...aniya...soalan bangang. Tadi kan dah makan masa kat wedding tadi...' Donghae mengutuk dirinya. Donghae kembali memandang Iphonenya.
Busy tak? ,dia menaip.
Padam kembali. Haish...ni soalan macam nak ajak bertemu janji je. Donghae berfikir sejenak. Kenapalah susah sangat? Apa nak tanya ye? Sebab baru jumpa ni. Takkan nak tanya sihat ke tak? Dah tidur ke? Ah, sekarang siang lagi.
Eunbyul baru sahaja tiba di rumah. Dia membuka pakaiannya dan menuju ke bilik mandi, mahu membersihkan diri. Keluar sahaja dari bilik air, Iphonenya berbunyi menandakan ada pesanan yang masuk. Eunbyul tidak terburu-buru membacanya, dia menyarung pakaian terlebih dahulu dan selepas itu barulah dia mengambil Iphone dan meniarap di atas katil.
"Hah...Donghae sunbae???," Eunbyul membulatkan matanya tanda terkejut apabila menerima pesanan daripada Donghae. Serta-merta dadanya berdegup kencang tidak keruan. Eunbyul dengan pantas membuka pesanan itu dan membacanya.
Eunbyul-sshi....dah sampai rumah?
Eunbyul tersenyum suka. Soalan yang ringkas dan biasa-biasa sahaja, tapi disebabkan ianya daripada Donghae, maka ia menjadi luar biasa dan hati Eunbyul terasa berbunga-bunga.
Baru je sampai. Sunbae? ,Eunbyul membalas dan menyoal kembali.
Donghae yang baru sahaja mahu terlelap, pantas membuka mata sebesar-besarnya apabila mendengar Iphonenya berbunyi. Pantas dia mengambil dan tersenyum apabila melihat Eunbyul membalas pesanannya.
"Ada respon....noumu joa...," Donghae tersengih dan dengan pantas membalasnya. Akhirnya mereka saling berbalasan mesej pada petang itu. Macam-macam yang dibualkan, dari satu topik ke satu topik yang lain, ada sahaja idea.
'Erm...agaknya bila lagi aku boleh jumpa dia?,' fikir Donghae. Entah kenapa dia berasa berani hendak memulakan langkah.
Awak busy minggu depan? ,Donghae menekan butang send. Dadanya berdebar menunggu balasan.
Minggu depan saya pergi Hong Kong. Ada press conference dengan Siwon oppa....Erm...wae yo?, Eunbyul membalas kembali.
Donghae mengeluh perlahan. Minggu hadapan masanya agak terluang. Kecewa pula dia apabila mengetahui Eunbyul sibuk. Nampaknya lain kali sahajalah dapat bertemu dengan gadis pujaan.
Oh...saja tanya...saja nak tahu jadual awak. Jangan lupa belikan saya buah tangan
=)
Balas Donghae dengan nada gurauan. Eunbyul yang menerima mesej itu tertawa perlahan. Bila lagi agaknya dapat jumpa Donghae sunbae? Rupanya Eunbyul juga memikirkan perkara yang sama.
Iphone Eunbyul berbunyi lagi. Eunbyul mengerutkan dahi seketika. Rasanya dia belum lagi membalas mesej Donghae.
Erm...nanti kalau awak tak sibuk, boleh kita jumpa lagi?
Jantung Eunbyul terasa ingin gugur apabila membaca mesej itu. Cheongmal?? Jjinjja??? Hatinya melonjak gembira.
"Apa nak jawab ni? Nak jual mahal? Nak kata YES!? Ottouke?? Ottouke??," Eunbyul tidak keruan. Iphonenya dibelek berulang-ulang kali.
Donghae cepat-cepat membuka pesanan dari Eunbyul. Tidak sabar hendak membaca balasan dari gadis itu.
I'd love to. See you again next time
=)
YES! Donghae rasa seperti mahu melompat-lompat kegembiraan.
Awak ni saje nak bunuh sy keeeee?????
ReplyDeleteSy senyum mcm org gila niiiiiiii!!!!! Siap dugeun dugeun! Homaigod!!!