Wednesday, June 12, 2013

Story About Us : Chapter 25

Hyeseul sekali sekala memandang ke arah Siwon yang tekun memandu. Raut wajahnya kelihatan serius. Hyeseul menggigit bibirnya. Siwon seolah-olah tidak mempedulikan kehadirannya di situ.

"Awak, kenapa ni? Awak marah pasal blind date tu ke?," Hyeseul cuba untuk menjernihkan keadaan.

"Aniyo...," Siwon menjawab malas. Hyeseul memandang Siwon dengan kerutan di dahinya.

"Kita pergi makan ye. Nan baegupha...," kata Hyeseul dengan nada manja. Siwon menelan liurnya. Tidak pernah dia mendengar suara manja Hyeseul sebegitu. Siwon hampir mengalah, tetapi dia cuba mempertahankan egonya. Cemburu kerana Hyeseul bertemu janji dengan lelaki lain.

"Saya penat....," jawapan pendek diberikan oleh Siwon. Wajah Hyeseul berubah kelat.

"Awak cemburu ye pasal blind date tu? Mianhae...," Hyeseul cuba memujuk tetapi kali ini Siwon hanya mendiamkan diri. Hyeseul mula berkecil hati. Dia hanya berpeluk tubuh dan sudah malas hendak memujuk lelaki itu.

Siwon masih mendiamkan diri apabila mereka tiba di perkarangan apartment Hyeseul. Hyeseul membuka tali pinggang keselamatan dan memandang Siwon namun masih tiada reaksi daripada lelaki itu. Hyeseul turun dari kereta dan Siwon terus berlalu. Melopong Hyeseul melihat kelakuan Siwon.

"Haish...," Hyeseul mengeluh. Wajahnya masam mencuka. Hyeseul menuju ke lif dengan perasaan marah. Kemarahannya dilepaskan kepada butang lif dengan menekannya berulang-ulang kali. Sudahlah perutnya kelaparan, Siwon pula bersikap begitu kepadanya. Hyeseul merebahkan badannya ke atas sofa sebaik sahaja tiba di kediamannya. Perutnya mula berbunyi tanda dia sangat lapar. Sengaja dia makan sedikit pada tengahari tadi kerana memikirkan janji Siwon untuk makan bersama pada malam itu. Hyeseul bangun dan menuju ke dapur. Dia membuka kabinet dan mencari sesuatu untuk dimakan. Hyeseul tersenyum apabila melihat sepaket spaghetti di situ.

"Spaghetti pun boleh...," Hyeseul tersenyum suka. Lupa sekejap dia pada Siwon apabila melihat spaghetti itu. Lapar punya pasal. Hyeseul menyediakan bahan-bahan dan mula memasak. Setelah selesai, Hyeseul keluar dari dapur dan menuju ke biliknya. Dia mahu mandi terlebih dahulu, kemudian barulah dia mahu menjamu selera.

Hyeseul keluar dari bilik air beberapa minit kemudian. Hyeseul mengelap rambutnya yang basah. Badannya terasa segar. Setelah lengkap berpakaian, dia menuju kembali ke dapur. Spaghetti dihidang dan baru sahaja dia hendak memulakan suapan yang pertama, loceng di pintu berbunyi menandakan ada tetamu.

"Siapa pulak ni...," Hyeseul merungut perlahan dan menuju ke pintu dengan langkah yang malas. Tanpa melihat dahulu gerangan tetamu tersebut, Hyeseul terus sahaja membuka pintu. Hyeseul terpaku seketika melihat Siwon berdiri di situ dengan sebuah senyuman. Siwon memakai topi, dan jaket yang dipakainya dizip sehingga ke paras leher. Pasti sahaja mahu menyembunyikan kehadirannya di situ.

"Awak tak nak jemput saya masuk ke?," Siwon menegur apabila dia merasa agak lama berdiri di situ. Hyeseul beralih sedikit, mahu memberi laluan kepada Siwon untuk masuk. Hyeseul menutup pintu dan memandang Siwon tanpa berkata apa-apa. Siwon sudah membuka topi dan jaket yang dipakainya. Dia memandang Hyeseul dengan senyuman.

"Kenapa datang?," soal Hyeseul agak dingin. Dia masih geram dengan Siwon.

"Nan baegupha...," jawab Siwon.

"Awak kata awak penat, nak makan lain kali...," balas Hyeseul lagi. Siwon tersenyum lebar.

"Tu macam ayat saya tadi je...Perli ye?," katanya dan menghampiri Hyeseul. Hyeseul memandang dengan dahi berkerut. Siwon semakin hampir, hidungnya dapat menangkap haruman pada rambut Hyeseul yang masih lembap.

"Mianhae....saya cemburu tak bertempat...saya patut dengar dulu penjelasan awak," Siwon meminta maaf. Lama dia merenung wajah Hyeseul. Hyeseul membalas pandangan itu dan tersenyum.

"Gwenchana...jom lah makan, tadi kata lapar...," Hyeseul kembali menuju ke dapur. Siwon mengangkat keningnya.

"Makan? Awak masak ke?," Siwon mengikut langkah Hyeseul. Hyeseul berpaling seketika dan mengangguk.

"Ne, saya masak. Dah tadi kata tak jadi nak makan sama-sama," Hyeseul mencebik. Rajuknya masih bersisa.

"Merajuk lagi yer?," Siwon tersengih dan mencuit hidung Hyeseul. Hyeseul menepis lembut tangan Siwon. Siwon hanya tersengih.

"Waah, mesti sedap...," Siwon menelan liurnya apabila melihat spaghetti terhidang di hadapannya. Sebenarnya, dia juga kelaparan. Siwon mengambil pinggan spagheti di hadapan Hyeseul. Hyeseul menjeling.

"Awak, tu saya punya lah!," marah Hyeseul. Siwon hanya ketawa. Mulutnya sudah dipenuhi spaghetti.

"Kita kongsi, yer?," Siwon menolak pinggan tersebut ke arah Hyeseul. Hyeseul menarik muka masam, tetapi kemudian dia tersenyum.

"Awak, pasal Sangbum tu...betul antara saya dengan dia hanya kawan. Kawan dah lama tak jumpa," terang Hyeseul. Dia tidak mahu Siwon salah faham.

"Saya percaya awak...," balas Siwon dengan senyuman. Dia tidak sepatutnya cemburu kerana kejadian itu berlaku sebelum hubungan cinta mereka bermula. Dia juga percaya pada Hyeseul. Akibat daripada rasa bersalah, Siwon berpatah balik ke rumah Hyeseul. Dia tidak mahu mereka bergaduh hanya kerana perkara sekecil itu. Mereka makan bersama sambil Hyeseul bercerita dengan lebih lanjut mengenai Sangbum.

------------------------------------------------------------------------------------

Siwon duduk di ruang tamu sementara menunggu Hyeseul yang masih berada di dapur. Ini kali kedua dia mengunjungi rumah Hyeseul. Siwon memandang sekeliling dan matanya menangkap sebuah album gambar di dalam sebuah almari berkaca. Siwon mengambilnya dan melihat gambar-gambar di dalamnya. Dia tersenyum melihat gambar-gambar Hyeseul semasa masih bayi dan semasa masih kanak-kanak. Hyeseul ketika itu sudah kembali ke ruang tamu dengan membawa dua cawan coklat panas.

"Awak buat apa?," Hyeseul menegur Siwon. Siwon tersenyum dan menunjukkan sekeping gambar Hyeseul semasa berumur dalam lingkungan lima tahun. Hyeseul memakai hanbok di dalam gambar itu.

"Kyeopta...," puji Siwon sambil tersenyum. Dia menuju ke arah Hyeseul dan duduk di atas sofa, bersebelahan dengan gadis itu.

"Komawo...," Hyeseul tersengih. Siwon meneliti lagi gambar-gambar di dalam album itu.

"Ige nugu?," Siwon bertanya sambil jarinya menunjuk ke arah gambar seorang budak perempuan. Hyeseul memerhatikannya.

"Ini sayalah...," jawab Hyeseul dan melihat kembali ke arah gambar itu.

"Awak? Hurm...apasal gigi rongak?," Siwon tertawa perlahan. Hyeseul membulatkan matanya dan kembali memandang gambar itu. Memang benar!

"Jahatlah!," Hyeseul mencubit lengan Siwon. Siwon menjerit sambil ketawa. Hyeseul mencebik.

"Tak payah tengok dah!," album di tangan Siwon dirampas oleh Hyeseul. Siwon yang masih ketawa memandang ke arah Hyeseul. Hyeseul hanya tunduk. Siwon mengelus rambut Hyeseul.

"Tapi sekarang dah cantik...," katanya. Hyeseul menelan liur dan membalas pandangan Siwon. Jantungnya berdegup kencang.

"Nah hadiah," Siwon mengucup dahi Hyeseul. Hyeseul terkejut.

"Hadiah...Hadiah untuk apa?," soal Hyeseul dengan wajah yang sudah kemerahan.

"Sebab jadi girlfriend saya," balas Siwon. Hyeseul tergamam seketika, dan kemudian tersenyum. Matanya dilarikan apabila dia sedar Siwon masih merenung wajahnya. Hyeseul tiba-tiba terfikirkan sesuatu.

"Ah, hadiah!," bisik Hyeseul. Siwon mengangkat keningnya dan memandang Hyeseul dengan pandangan hairan.

"Siwon-sshi, chamkanman..," Hyeseul berdiri dan menuju ke biliknya. Tidak berapa lama kemudian, Hyeseul kembali dengan sebuah kotak di tangan. Dia kembali duduk di sebelah Siwon. Siwon masih memandang dengan wajah hairan. Kotak di tangan Hyeseul juga dipandang pelik.

"Ige...sengil seonmul...," kotak itu diserahkan kepada Siwon. Siwon menyambut dan membeleknya seketika.

"Sengil seonmul? Untuk saya?," Hyeseul menganggukkan kepala.

"Mianhae...lambat bagi. Saya lupa..lepas tu tak ada peluang nak bagi dekat awak..," ucap Hyeseul. Siwon tersenyum.

"Gwenchana...tapi tak sangka awak ada beli hadiah untuk saya..," katanya sambil membuka kotak itu. Bulat matanya apabila melihat isi kotak itu.

"Erm...cantik tali leher ni," Siwon tersenyum dan mengeluarkan tali leher itu. Diacukan ke lehernya.

"Awak suka?," soal Hyeseul.

"Mestilah..apa-apa aje dari awak," Siwon mengangguk. Senyuman masih terukir di bibir. Siwon masih membelek tali leher itu.

"Boleh tolong pakaikan?," Siwon menghulurkan tali leher itu kepada Hyeseul pula. Hyeseul mengambil dengan teragak-agak.

"Tapi...saya tak pandai...," Hyeseul mengaku.

"Saya ajarkan ye..," Siwon meletakkan tali leher itu kepada Hyeseul. Hyeseul tergamam tetapi hanya membiarkan sahaja.

"Mula-mula macam ni...," muka Siwon begitu hampir dengannya. Hyeseul memandang wajah Siwon yang sedang tekun mengajarnya. Telinganya tidak dapat menangkap apa yang dikatakan Siwon. Matanya hanya tekun memandang wajah lelaki itu.

"Dapat tak?," soal Siwon setelah tali leher itu selesai disimpul. Mata mereka bertentang. Hyeseul tersentak.

"Oh...erm..," Hyeseul gugup.

"Hyeseul-ah, awak dengar tak apa saya ajar tadi?," sekali lagi Siwon menyoal. Hyeseul yang masih gugup dapat merasa wajahnya semakin panas. Hyeseul pantas berdiri. Siwon mendongak memandang Hyeseul.

"Erm..saya tak nampak apa awak buat tadi..nak tengok cermin," Hyeseul berpaling dan menuju ke arah cermin yang tergantung di dinding. Hyeseul menggigit bibirnya. Malunya jika Siwon perasan akan kekalutannya. Hyeseul melihat ke dalam cermin. Dia memegang tali leher di lehernya dan membuka simpulan itu. Hyeseul memandang pantulan wajah Siwon dari dalam cermin. Lelaki itu sedang berdiri di belakangnya. Hyeseul berpura-pura menyimpul semula tali leher tadi walaupun dia tidak tahu langsung caranya. Siwon hanya ketawa melihat perbuatan Hyeseul.

"Macam ni caranya...," Siwon melingkarkan tangannya ke leher Hyeseul dari arah belakang. Hyeseul hanya terkaku. Siwon berdiri begitu hampir, seolah-olah lelaki itu sedang memeluknya dari belakang. Hyeseul cuba mengawal perasaannya. Dia menumpukan perhatian kepada Siwon sehingga Siwon selesai mengajarnya.

"Sudah...kali ni dapat tak?," Siwon memandang wajah Hyeseul dari dalam cermin. Hyeseul juga memandang Siwon dengan senyuman. Dia memegang tali leher itu dan mengangguk.

"Hurm...tak adalah susah sangat rupanya..," balas Hyeseul dan melucutkan tali leher itu.  Siwon tersenyum dan meletakkan tangannya di atas bahu Hyeseul. Sebuah kucupan dihadiahkan ke pipi Hyeseul. Bulat mata Hyeseul kerana terkejut dengan perbuatan Siwon.

"Saya balik dulu..," bisik Siwon. Siwon berlalu dan mengambil kembali jaket dan topinya. Hyeseul terkaku dan melihat wajahnya dari dalam cermin. Pipinya sudah kemerahan. Hyeseul berpaling memandang Siwon. Dia menghantar Siwon ke muka pintu.

"Good night...jangan tidur lambat tau," ucap Siwon dengan senyuman. Hyeseul juga tersenyum. Siwon sempat menoleh seketika ke arah Hyeseul sebelum dia keluar.



"Bye...," ucap Siwon.

"Bye...," balas Hyeseul. Mereka berbalas senyuman. Siwon menutup pintu. Hyeseul memegang dadanya. Kenapa Siwon selalu buat dia jadi tidak keruan?

2 comments:

  1. ooooooooooooooommmaaaaaaaaaaaiiiiiiggooooooooooooodddddddd!!!!

    speechless tak terkata tak tau nak komen ape sweet giler nak mampus comel gile nak mati asddfghj!@#$%^&*

    ReplyDelete
    Replies
    1. muehehehheheheeeee.....giler punya tak keruan..mimpi siwon nnt ni! XD XD XD

      Delete