Friday, June 28, 2013

Story About Us : Chapter 26

Eunbyul bangun pagi dengan penuh bersemangat. Badannya berasa segar kerana semalam dia mendapat tidur yang cukup. Tanpa membuang masa, Eunbyul terus mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi, ingin membersihkan diri. Memandangkan dia tiada aktiviti pada pagi itu, dia akan ke kampus. Sejak akhir-akhir ini, Eunbyul semakin kerap ke kelas. Minggu lepas sahaja dia ke kelas hampir setiap hari. Begitulah rutinnya jika dia tidak sibuk dengan penggambaran atau sesi fotografi.

Eunbyul memilih pakaian setelah selesai mandi. Dia mahu kelihatan ringkas untuk ke kampus. Dia tidak memerlukan alat solek yang tebal. Dia mahu meninggalkan seketika dunia glamornya dan hanya mahu dilihat sebagai pelajar universiti biasa. Hanya beberapa minit sahaja Eunbyul bersiap. Dia mengoles sedikit gincu di bibir comelnya dan hanya memakai BB krim serta bedak kompak. Setelah berpuas hati dengan penampilan ringkasnya, Eunbyul mencari kunci keretanya. Dia ingin memandu sendiri, tidak mahu mengganggu Chilhyun yang pastinya ketika itu masih enak dibuai mimpi.

"Myung Soo-ah! Cepat sikit! Noona tunggu kat bawah!," jerit Eunbyul di hadapan bilik adiknya. Terdengar sayup-sayup suara Myung Soo menjawab. Eunbyul sudah berjanji untuk menghantar adiknya ke sekolah terlebih dahulu. Eunbyul melangkah turun ke tingkat bawah rumahnya sambil sibuk memeriksa barangan di dalam begnya, mahu memastikan tiada apa-apa yang tertinggal. Eunbyul menuju ke dapur dan mengambil sekeping roti bakar yang sudah disiapkan oleh ibunya. Ibu dan bapanya sudah keluar bekerja sejak awal pagi lagi. Eunbyul makan ala kadar sahaja. Dia kembali ke ruang tamu dan duduk di sofa menunggu Myung Soo. Sempat lagi Eunbyul menangkap gambar dan memuat naik gambarnya di Twitter.

"Noona, kaja!," ajak Myung Soo yang sudah pun muncul di ruang tamu.

"Tak nak sarapan dulu?," soal Eunbyul. Myung Soo menggeleng dan menuju ke muka pintu, mula menyarung kasutnya.

Eunbyul tiba sepuluh minit awal sebelum kuliahnya bermula. Beberapa orang pelajar memandang ke arah Eunbyul ketika gadis itu keluar dari kereta. Eunbyul hanya bersikap biasa sahaja. Eunbyul masuk ke dewan kuliah dengan senyuman. Beberapa orang rakannya menegur. Eunbyul membalas dengan mesra. Dia mengambil tempat di tengah-tengah, tidak terlalu hadapan dan tidak terlalu di belakang. Eunbyul duduk di sebelah dinding. Azamnya hari ini, ingin fokus pada kuliah, tetapi malangnya tidak lama. Beberapa minit setelah kuliah bermula, Eunbyul sudah mula mengantuk. Matanya sudah layu.

'Eh, aku tak boleh tidur. Buat malu je nanti....,' fikir Eunbyul.

Eunbyul mencari Iphone di dalam begnya. Dia mahu menghilangkan rasa mengantuk itu dengan melayari internet. Seperti kebiasaannya, Eunbyul mencari berita mengenai Donghae. Eunbyul tersenyum sendiri apabila mengetahui lelaki itu kini berada di Jepun, sedang menjalani penggambaran untuk filem terbarunya.

'Jauhnya dia...,' bisik hati Eunbyul ketika melihat gambar yang dimuat naik oleh Donghae di twitternya. Eunbyul tersenyum lagi sambil melihat gambar Donghae di lokasi penggambaran. Namun, senyuman itu mati apabila teringat peristiwa Donghae berkasar dengannya tempoh hari. Terus raut wajahnya berubah muram dan dia menutup gambar Donghae yang sedang ditatapnya. Tiba-tiba, lengannya dicuit oleh rakan yang duduk di sebelahnya. Eunbyul pantas menoleh.

"Lecturer panggil kau...," bisik rakannya. Eunbyul melopong seketika. Dia terus berpaling memandang pensyarah di hadapan.

"Kim Eunbyul-sshi? Saya tanya awak soalan, awak tak dengar kah?," pensyarah lelaki separuh usia itu mula bercekak pinggang.

"Erm...chuisunghamnida...gyosunnim...," Eunbyul teragak-agak untuk menjawab.

"Awak fikir apa tu? Tengah fikir nak bawak watak apa untuk drama baru ke? Watak apa pulak kali ni, Eunbyul-sshi? Saya tengok awak senyum, lepas tu tiba-tiba muka masam pulak...,"

"Chuisunghamnida...saya, saya tak perasan," Eunbyul berasa malu. Eunbyul tunduk berulang kali dan meminta maaf kepada pensyarah.

"Lain kali jangan berangan dalam kelas saya. Bukan Kim Eunbyul-sshi sahaja, yang lain pun sama. Kalau tak nak kena halau, jangan buat macam tu!," pensyarah itu dengan keras memberi amaran. Matanya melirik seketika ke arah Eunbyul. Eunbyul hanya tersengih sahaja. Beberapa rakan sekuliah ketawa melihat gelagat Eunbyul. Dia mengetap bibirnya. Ah, ni semua Donghae lah punya pasal...

-----------------------------------------------------------------------------------

"Eunbyul-ah, kau ada kerja ke lepas ni? Ada shooting ke apa-apa ke?," tegur Chung Ae, rakan sekelas Eunbyul. Eunbyul menggeleng.

"Aku sekarang tak ada apa-apa aktiviti. Tak ada drama baru. Wae?," soal Eunbyul. Chung Ae tersenyum.

"Tengahari ni kita makan sama! Dengan yang lain-lain. Jomlah...boleh yer...," pelawa Chung Ae penuh teruja. Eunbyul tersenyum lebar.

"Nae, arasseo...," Eunbyul bersetuju dan menerima pelawaan itu. Bukan selalu dia dapat peluang berjumpa rakan sekelasnya.

Eunbyul dan Chung Ae berjalan bersama menuju ke kafetaria. Mereka menuju ke arah rakan-rakan lain yang sudah sedia menanti. Tujuh orang semuanya termasuk Eunbyul. Ada juga beberapa rakan lelaki bersama mereka.

"Eunbyul-ah, duduk sini!," tegur salah seorang dari mereka apabila Eunbyul tiba. Eunbyul hanya tersengih melihat rakan-rakannya.

"Komawo....," Eunbyul mengambil tempat duduk kosong di sebelah rakannya tadi. Beberapa orang pelajar lain memandang ke arah kumpulan mereka. Ada di antara mereka yang mahu mengambil gambar Eunbyul.

"Yaah...no picture!," halang salah seorang rakan Eunbyul. Eunbyul hanya ketawa, lucu melihat gelagat rakannya yang bertindak seperti pengawal peribadinya. Eunbyul makan bersama rakan-rakannya sambil berbual mesra.

"Eunbyul-ah, company kau tak ada nak ambil pelakon baru ke?," soal salah seorang rakan lelakinya yang bernama Jun Seung.

"Kau nak jadi pelakon ke?," Eunbyul berpaling sambil menyoal Jun Seung. Jun Seung mengangkat keningnya.

"Ada orang kata....aku rupa macam Song Joongki," bisik Jun Seung ke telinga Eunbyul. Kedudukan Jun Seung agak rapat, Eunbyul menjarakkan dirinya. Eunbyul tersenyum janggal.

"Yaah, ambil gambar aku dengan Eunbyul..," arah Jun Seung sambil menghulurkan telefon bimbitnya. Jun Seung dengan selamba memeluk bahu Eunbyul. Eunbyul yang terkejut hanya diam membisu. Akhirnya Eunbyul tersenyum ketika kamera merakamkan gambar mereka berdua. Setelah selesai, Eunbyul menjauhkan badannya dari Jun Seung. Dia tidak selesa. Jun Seung yang teruja terus memuat naik gambar itu. Eunbyul hanya diam sahaja.

'Kalau aku kena gosip dengan budak Jun Seung ni....memang siaplah kau!,' bisik hati Eunbyul. Dia geram dengan gelagat rakannya itu.

-----------------------------------------------------------------------------------

Nun jauh di Osaka, Jepun, Donghae baru sahaja selesai menyudahkan satu babak untuk filem barunya. Donghae berehat seketika sebelum babak seterusnya bermula. Seperti biasa, Donghae memuat naik statusnya di Twitter. Dia mahu berkongsi dengan para peminatnya tentang aktivitinya pada hari itu. Donghae membuka akaun Twitter Eunbyul. Walaupun dia tidak mengikut akaun Twitter gadis itu, dia tetap membukanya untuk mengetahui perkembangan gadis itu. Sebagai peminat, sudah lumrah dia mahu mengetahui aktiviti Eunbyul. Donghae tersenyum apabila melihat gambar Eunbyul sebelum ke kelas. Dia tahu, sejak akhir-akhir ini Eunbyul sudah rajin ke kelas.

'Rajinnya dia.....,' Donghae bermonolog dan tersenyum sendiri.

Donghae beralih pula ke berita di Allkpop. Rupanya ada kisah mengenai Eunbyul di kampus. Ada gambar Eunbyul sedang makan bersama rakan-rakannya. Donghae mengetap bibir apabila melihat gambar Eunbyul sedang berbual dengan seorang rakan lelakinya. Kedudukan mereka agak rapat dan kelihata begitu mesra. Ada satu gambar menunjukkan lelaki itu sedang berbisik ke telinga Eunbyul, manakala Eunbyul pula tertawa di dalam gambar itu. Donghae mengeluh perlahan apabila melihat gambar mesra Eunbyul bersama rakannya itu. Gambar itu dimuat naik dari Twitter kepunyaan Park Jun Seung. Donghae berasa cemburu, tambahan pula lelaki itu kelihatan agak kacak. Mungkinkah mereka ada hubungan? Donghae mula berprasangka buruk. Donghae cuba lagi mencari info mengenai mereka, namun dia tidak menjumpai apa-apa. Semua orang hanya mengatakan yang mereka hanya bersahabat. Sehinggakan dia membuka Twitter milik Park Jun Seung dan dari sana dia mengetahui bahawa Park Jun Seung sudah pun mempunyai teman wanita, dan gadis itu bukanlah Eunbyul. Dongha menghembus nafas lega, walaupun hatinya masih terselit perasaan cemburu.

"Donghae-sshi...kita dah nak mula shooting...,"

"Ne..," balas Donghae dan menyimpan Ipadnya. Dia cuba melupakan perasaan cemburunya kerana mahu fokus kepada babak penggambaran sebentar lagi.

'Ah...kenapalah aku ni nak cemburu sangat. Hari tu cemburukan dia dengan Siwon...,' bisik hati Donghae. Donghae langsung tidak menyedari, bahawa perasaannya kepada Eunbyul sudah berubah! Hatinya sudah semakin merindu pada gadis itu.

1 comment:

  1. omomomo.
    rupa mcm song joong ki. mmg patut la hae tu cmburu. hahah
    oh ak dah mula rs macma terbang diawangan. oooohlaalaaa~~~~
    nmpaknya cinta dah mula bercambah antara mereka berdua. hehehe

    ReplyDelete