Wednesday, June 05, 2013

Story About Us : Chapter 24

Eunbyul baru sahaja merebahkan badan di atas katilnya, namun ketukan di pintu mengganggunya yang baru sahaja mahu terlelap. Eunbyul memandang ke muka pintu yang telah dibuka dan melihat Myungsoo berdiri di situ. Eunbyul tersenyum lebar melihat adiknya.

"Myungsoo-ah!! Mana kau pergi dua tiga hari ni?," soal Eunbyul kegembiraan. Dua hingga tiga hari ini Eunbyul agak sibuk dengan jadual kerjanya, maka dia tidak berpeluang untuk bertemu dengan adik kesayangannya itu, walaupun di dalam rumah sendiri.

"Noona lupa ke sengaja buat-buat lupa? Kan saya pergi kem, ni baru balik...," Myungsoo menunjukkan wajah tidak percaya. Betulkah kakaknya itu lupa? Eunbyul menepuk dahi.

"Mianhae Myungsoo-ah...Noona betul-betul lupa! Eomma ada bagitahu kau pergi camping. Haish....macamana lah boleh lupa...," Eunbyul membebel pada dirinya sendiri. Myungsoo tersenyum sinis dan menghampiri kakaknya.

"Saya dengar pasal gosip tu. Ingat nak tanya noona masa dekat camp, tapi diorang tak bagi guna telefon. Apa cerita ni noona? Macamana boleh timbul cerita macam ni?," soal Myungsoo. Eunbyul mengeluh perlahan.

"Alah, kau baca aje lah dekat internet," Eunbyul malas hendak menjawab soalan itu. Tidak seronok rasanya apabila mengalami gosip sebegitu.

"Malas saya nak baca dekat internet. Entah betul ke tidak cerita internet tu. Baik saya terus tanya noona aje," balas Myungsoo. Sememangnya dia mahu mengetahui kisah itu dari mulut kakaknya sendiri. Eunbyul menghembus nafas perlahan dan menceritakan kisah sebenar bagaimana gosip itu boleh tersebar, gambar-gambarnya berdua bersama Siwon yang dimuat naik di laman sosial, dan juga tentang diri mereka yang masing-masing menafikan khabar angin itu. Myungsoo yang mendengar kisah itu mengangguk tanda faham.

"Hurm...habislah noona. Mesti Donghae oppa noona tu lari bila dengar gosip ni..," Myungsoo mengurut-urut dagunya dan tersenyum nakal kepada kakaknya. Eunbyul yang mendengar usikan itu, tidak berpuas hati dan mencubit lengan Myungsoo. Myungsoo menjerit perlahan.

"Janganlah macam tu! Tu semua gosip je! Gosiplah!," Eunbyul seperti hendak menangis. Tambahan pula dia teringatkan layanan dingin Donghae terhadapnya kelmarin.

"Alah noona...saya gurau aje lah. Donghae pun tahu kan ni semua gosip. Kan noona cakap yang dia dengan Siwon satu rumah, mesti Siwon bagitahu dia tu semua tak betul...," Myungsoo cuba memujuk kakaknya.


Kakaknya itu sudah parah. Jatuh cinta betul dia kepada lelaki bernama Lee Donghae itu. Eunbyul tersenyum nipis. Hakikatnya dia dengan Donghae, belum ada apa-apa hubungan lagi.

"Ok lah noona. Saya nak tidur. Penatlah balik dari kem ni. Noona jangan susah hati. Dua tiga hari nanti hilang teruslah gosip ni...Good night!," Myungsoo tersenyum dan meminta diri. Dia keluar dari bilik kakaknya dan menutup pintu. Eunbyul kembali merebahkan badannya di atas katil. Tiba-tiba dia terfikirkan Siwon. Semenjak gosip mengenai mereka muncul, dia masih belum dapat berbual dengan lelaki itu kerana Siwon berada di luar negara. Kemudian, dia pula terlupa kerana agak sibuk dengan jadual kerjanya. Eunbyul melihat jam dan masih awal lagi untuk menghubungi Siwon. Dia mencapai Iphone dan mendail nombor Siwon.

"Hai sayang...," Eunbyul menjarakkan Iphone itu daripada telinganya apabila mendengar suara itu. Dia membelek Iphonenya. Betul itu nombor Siwon.

"Oppa...ni saya, Eunbyul...," Eunbyul menelan liurnya. Siwon ini adakah sedang bergurau dengannya?

"Err...erm..Eunbyul-ah..mian..mianhae...Oppa ingat siapa tadi...," suara Siwon kedengaran agak gugup. Eunbyul tersengih sendiri.

"Wae? Oppa ingatkan siapa?," Eunbyul cuba memerangkap Siwon. Siwon terdiam seketika.

"Erm...tak ada apalah. Awak sihat?," Siwon cuba mengubah topik.

"Saya sihat. Oppa....apa cerita pasal gosip kita ni? Mianhae oppa. Kalau pasal gosip tu buat oppa jadi tak senang...," Eunbyul meminta maaf. Sejujurnya dia berasa tidak selesa dengan gosip itu.

"Gwenchanayo...bukan salah awak Eunbyul...," ujar Siwon. Dia tersenyum.

"Macamana kalau Hyeseul-sshi salah faham....," Eunbyul menggigit bibirnya. Eunbyul mengerutkan dahi apabila mendengar tawa kecil dari Siwon.

"Kalau pasal tu awak janganlah risau. Yang sebenarnya....oppa dah couple dengan dia. Kalau tak pasal gosip ni, mungkin sampai sekarang oppa tak tahu apa perasaan dia pada oppa," Siwon mengakui hubungan cintanya bersama Hyeseul kepada Eunbyul. Eunbyul bangun dan duduk dengan wajah penuh teruja.

"Oppa jjinja??? Oppa dengan Hyeseul-sshi???," wajah Eunbyul kelihatan ceria apabila mendengar perkhabaran itu. Siwon mengiyakan.

"Chukahae....," ucap Eunbyul. Dia tersenyum dan tanpa sedar, sebuah keluhan terluah dari bibirnya.

"Waeyo? Mengeluh macam tu?," soal Siwon. Eunbyul diam seketika. Baru sahaja Eunbyul hendak berkata-kata, Siwon kembali bersuara.

"Kalau pasal Donghae awak janganlah risau. Dia takde salah faham apa pun pasal gosip ni...," Siwon tersengih di hujung talian. Dia seperti dapat mengerti perkara yang dirisaukan Eunbyul. Wajah Eunbyul sudah kemerahan menahan malu. Mujur sahaja Siwon tidak berada di depan matanya.

"Oppa...aniya...bukan pasal tu..," Eunbyul cuba menafikan tetapi dia kembali diam apabila mendengar tawa kecil Siwon.

"Janganlah risau lagi pasal gosip ni. Nanti lama-lama hilanglah. Jangan fikir sangat, okay...," pesan Siwon, sama seperti apa yang dipesan Myungsoo sebentar tadi. Eunbyul tersenyum lega. Lega kerana gosip itu tidak menjejaskan hubungan persahabatannya dengan Siwon dan paling penting, Donghae juga tidak tersalah erti tentang hubungan mereka.
---------------------------------------------------------------------------------

Hyeseul tersenyum di hadapan cermin, bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Hari baru dan semangat baru. Hyeseul membuka laci meja soleknya. Kotak berisi tali leher yang dibelinya sebagai hadiah untuk hari lahir Siwon elok terletak di situ. Hyeseul mengambilnya dan meletakkan di dalam beg tangannya. Dia akan memberinya apabila berjumpa dengan Siwon nanti. Malam itu, mereka berjanji untuk makan malam bersama.

Hyeseul berwajah ceria pada hari itu. Apabila Choi Hwijangnim melangkah masuk ke dalam pejabat, Hyeseul pantas berdiri dan tunduk hormat pada lelaki itu.

"Selamat pagi hwijangnim," Hyeseul menegur sambil tersenyum. Choi Hwijangnim juga tersenyum kepadanya.

"Selamat pagi, Hyeseul-sshi....Mood baik nampaknya hari ini," Choi Hwijangnim membalas dengan senyuman. Hyeseul tertawa kecil sambil mengangguk. Choi Hwijangnim merenung Hyeseul seketika. Dia faham sekali apa yang membuatkan Hyeseul gembira. Siwon juga kelihatan bersemangat dan tersenyum ceria semasa keluar rumah pada pagi tadi.

"Hyeseul-sshi, sekejap lagi masuk bilik saya, bawa kopi dan..ada perkara saya nak cakap dengan awak..," arah Choi Hwijangnim. Hyeseul mengangguk. Choi Hwijangnim masuk ke bilik pejabatnya dan Hyeseul menuju ke pantri. Dalam hatinya tertanya apakah perkara yang ingin diberitahu oleh hwijangnim?
Hyeseul masuk ke pejabat Choi Hwijangnim dengan secawan kopi beberapa minit kemudian. Kopi diletakkan dengan penuh berhati-hati di atas meja kerja lelaki itu.

"Komawo...," ucap hwijangnim dan menghirup sedikit kopinya. Hyeseul masih menanti di situ.

"Erm..apa hwijangnim nak cakap dengan saya?," soal Hyeseul, hatinya berteka-teki.

"Saya dengar awak selalu kerja sampai malam. Betul ke?," Choi Hwijangnim mula menyoal. Hyeseul menggigit bibirnya.

"Ne...tapi kadang-kadang aje. Takdelah selalu sangat..," balasnya.

"Saya tak kisah. Tapi kalau boleh tak payahlah...habis waktu kerja je awak balik. Kecuali kalau saya yang suruh," sambung hwijangnim lagi. Hyeseul mengangguk tanda faham.

"Chuisunghamnida hwijangnim...," Hyeseul meminta maaf.

"Lagi satu...apa yang awak buat terakam tau dekat CCTV...," Choi Hwijangnim tersenyum lebar dan merenung wajah Hyeseul. Hyeseul tersentak. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali sambil memandang lelaki di hadapannya itu. Apa maksud hwijangnim?

"Tak apalah..saya nak cakap itu je. Pergilah buat kerja...," Choi Hwijangnim tersengih dan menyambung kerjanya. Hyeseul terkedu. Dia gugup. Pantas Hyeseul berpaling dan keluar dari pejabat itu. Wajahnya terasa panas.

"Ottouke? Hwijangnim tahu ke?," Hyeseul menggigit bibirnya. Matanya meliar mencari CCTV. Dia menelan liur apabila ternampak CCTV di satu sudut pejabat itu, berhampiran dengan muka pintu. Hyeseul kemudian melihat ke arah tempat Siwon menciumnya kelmarin dan kembali melihat ke arah CCTV itu. Hyeseul menekup mulutnya. Adakah...memang betul sudah terakam???  
 
---------------------------------------------------------------------------------

Hyeseul bekerja seperti biasa pada hari itu. Namun mindanya asyik memikirkan tentang kata-kata hwijangnim pada pagi tadi. Dia agak keresahan. Tetapi dia cuba berfikiran positif. Kalau perkara itu terakam, mesti sudah heboh satu negara, tetapi sekarang tiada apa pun yang berlaku.

"Fikir apa tu? Sampai saya datang pun awak tak perasan?," Siwon menegur Hyeseul. Sudah lama dia memerhatikan gadis itu. Hyeseul sedikit tersentak, dia mendongak memandang Siwon yang tersenyum ke arahnya.

"Mianhae....tak perasan awak datang...," Hyeseul juga tersenyum.

"Dah siap kerja? Kalau belum, saya tunggu...," balas Siwon.

"Chamkanman...," Hyeseul mengemas mejanya. Choi hwijangnim baru sahaja pulang, dan dia juga mahu pulang. Waktu kerja sudah habis. Hampir sahaja Hyeseul selesai mengemas, Kim Yoojin sunbaenim masuk ke pejabatnya.

"Hyeseul-sshi, nanti awak bagi fail ni ye dekat hwijangnim," Yoojin menghulur sebuah fail kepada Hyeseul.

"Ne...arasseo...esok saya bagi..," Hyeseul menyambutnya dan tersenyum mesra pada Yoojin.

"Komawo...," balas Yoojin dan berpaling apabila perasan akan kewujudan Siwon.

"Ah, Siwon-sshi...wae yeogisseo? Bukan ke hwijangnim dah balik tadi?," soal wanita itu yang agak hairan dengan kehadiran Siwon. Hyeseul menjeling Siwon dengan ekor matanya. Dia menunggu jawapan apa yang akan Siwon berikan.

"Oh, tau...saya nak ambil barang. Adalah...," Siwon tersengih. Hyeseul mahu ketawa mendengar alasan itu, namun ditahannya.

"Hyeseul-sshi, macamana dating dengan Sangbum hari tu? Dia okay?," Yoojin menyoal Hyeseul, mahu mengetahui perkembangan hubungan antara Hyeseul dan adiknya.

"Ermm...pasal tu...," Hyeseul teragak-agak hendak menjawabnya. Hyeseul menoleh seketika ke arah Siwon dan dia perasan kelainan pada raut wajah Siwon.


"Pasal tu...nanti sunbae tanyalah pada dia...," Hyeseul cuba tersenyum.

"Aigoo...malu-malu la tu nak cerita...," Yoojin mula mengusik. Hyeseul menggigit bibirnya.

"Nanti lah sunbaenim...saya nak balik ni..," Hyeseul cuba mengelak.

"Arasseo...arasseo...," balas Yoojin sambil tersengih dan berlalu dari situ. Hyeseul menoleh ke arah Siwon, dia berasa serba salah.

"Awak pergi dating? Blind date ke?," nada suara Siwon kedengaran sangat serius. Hyeseul menggelengkan kepala dan mahu menafikan soalan itu namun dia tidak tahu bagaimana. Dalam hatinya memarahi Yoojin sunbaenim yang mengungkit tentang perkara itu.

"Awak, jangan salah faham...Sangbum tu kawan saya sebenarnya..," Hyeseul menggigit bibir. Dia tidak tahu bagaimana hendak menerangkannya. Siwon tersenyum sinis.

"Awak, percayalah..okay macam ni. Memang saya pergi blind date, tapi rupanya blind date saya tu kawan saya sendiri masa dekat sekolah. Saya sendiri pun tak sangka yang adik Yoojin sunbae tu kawan saya dulu...," Hyeseul cuba berterus terang.

"Kenapa awak pergi blind date?," agak garang nada suara Siwon. Hyeseul berasa tidak senang hati.

"Sebab...erm...masa tu...saya...saya kecewa dengan awak..Tapi tu kejadian sebelum kita couple..Saya tak ada apa-apa dengan dia tu. Kawan aje...," sambung Hyeseul lagi. Raut wajah ceria Siwon sudah lenyap.

"Sudahlah...jom saya hantar awak balik..," Siwon berjalan mendahului Hyeseul. Mahu sahaja Hyeseul menarik lengan Siwon tetapi dia tidak berani.

"Awak, kan awak kata nak pergi makan dulu," Hyeseul berjalan pantas mahu menyaingi Siwon. Langkah Siwon terhenti dan Hyeseul juga menghentikan langkahnya. Dia mendongak memandang Siwon.

"Saya penatlah hari ni. Lain kali ajelah. Saya hantar awak balik dulu," Siwon membalas dingin dan terus melangkah tanpa menunggu Hyeseul. Hyeseul mengeluh perlahan dengan wajah sedih. Perlahan-lahan dia mengikut langkah Siwon.

2 comments:

  1. omo adik ak hensem siot! hahaha

    tu gif siwon tu mmg seswai. muka cemburu habis. ah nasib hyeseul. pegi la pujuk. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel giler kan myungsoo! ehehehhee...alamakkk...tak pandai pujuk. kene fikir ni cane nak pujuk =D

      Delete