"Bum-ah, nanti kau hantar aku kat Dunkin Donut depan tu. Tak jadi balik rumah. Aku nak jumpa kawan," ujar Hyeseul.
"Nugu? Nak jumpa boyfriend?," Sangbum sengaja mengusik.
"Mana aku ada boyfriend..kau ni...bukan! Kawan aku lah...," jeling Hyeseul. Sangbum hanya ketawa dan setuju menghantar Hyeseul ke sana.
Hyeseul tiba dan terus mencari Jiwon. Jiwon sedang menikmati seketul donat ketika itu. Hyeseul mencuit bahunya dan gadis itu mendongak. Mereka berbalas senyuman.
"Cepatnya awak sampai. Awak dari mana ni?," soal Jiwon.
"Saya keluar dengan kawan tadi, dekat-dekat sini je," balas Hyeseul.
"Ingatkan awak kerja...," Jiwon menghirup kopinya pula. Dia kebosanan pada hari itu, kerana itulah dia mengajak Hyeseul keluar.
"Aniya....," Hyeseul menjawab pendek. Walaupun sudah kekenyangan selepas makan bersama Sangbum tadi, dia tetap memesan seketul donut dan secawan cappucino.
Mereka berbual-bual seketika sehinggalah televisyen di kedai itu menayangkan iklan Siwon bersama Eunbyul. Hyeseul tersenyum nipis. Baru sahaja dia melupakan lelaki itu setelah keluar bersama Sangbum, tetapi kini dia teringatkannya semula.
"Kalaulah gosip oppa dengan Eunbyul-sshi tu betul, okay jugak kan," tiba-tiba Jiwon mengeluarkan pendapatnya. Hyeseul memandang Jiwon dengan mulut sedikit terbuka.
"Awak...awak suka kalau diorang bersama?," Hyeseul bertanya dengan nada bergetar. Eunbyul menganggukkan kepala.
"Saya rasa oppa dengan Eunbyul-sshi tu sepadan. Awak rasa macamana?," Jiwon mahukan pendapat Hyeseul pula. Hyeseul terasa seperti nafasnya tersekat. Terasa dadanya mahu pecah.
"Saya...saya tak tahu...," balasnya dengan mata yang sudah berkaca. Hyeseul mengangkat cawan dengan kedua-dua belah tangannya dan menghirup cappucino yang sudah suam itu. Matanya dirasakan semakin panas. Apabila cawan diletakkan kembali ke dalam piring, setitis air dirasakan mengalir ke pipinya. Hyeseul menangis!
"Hyeseul-sshi waegeurae?," Jiwon mula panik. Dia memegang tangan Hyeseul. Hyeseul menggeleng.
"Tak ada apa...," Hyeseul menyapu air mata yang turun. Dia cuba mengukirkan senyuman kepada Jiwon. Jiwon masih memandang dengan wajah ingin tahu.
"Waeyo? Tiba-tiba je awak macam ni...apa yang tak kena?," Jiwon masih berusaha menyoal Hyeseul. Hyeseul tetap menggeleng. Dan air matanya gugur lagi. Apabila soal Siwon bersama Eunbyul dibangkitkan oleh Jiwon, hatinya terasa hancur. Tambahan lagi apabila Jiwon memberitahu dia suka jika Eunbyul bersama Siwon, Hyeseul rasa sedih. Jiwon diam seketika. Hanya memerhatikan Hyeseul dengan pandangan sayu.
"Jangan-jangan awak ni....suka oppa? Hyeseul-sshi, awak sukakan oppa?," Jiwon merenung wajah Hyeseul. Wajahnya serius. Hyeseul membalas pandangan itu dengan wajah terkejut. Dia tergamam.
"Marhae....," Jiwon memegang tangan Hyeseul. Dia inginkan jawapan dari gadis itu. Hyeseul serba salah. Dia tahu kini dia tidak boleh menipu.
"Saya tak tahu sejak bila....," jawabnya. Jiwon agak terkejut dengan jawapan itu. Tekaannya tepat.
"Hyeseul-sshi....jjinjja?," sekali lagi Jiwon menyoal. Hyeseul mengangguk perlahan-lahan.
"Tapi saya sedar siapa saya....Jiwon-sshi, dunia saya dengan dia berbeza...," Hyeseul tertawa sinis. Matanya masih digenangi air. Perasaan itu, sukar sungguh untuk ditolak. Jiwon mengeluh perlahan. Dia mengukirkan senyuman. Kalaulah dari dulu lagi dia tahu.......
------------------------------------------------------------------------------
"ANDWAE!!!!!!," Siwon tiba-tiba sahaja menjerit seperti dirasuk. Siwon bangun mendadak dan duduk di sofa dengan nafas tercungap. Dahinya sedikit berpeluh. Dia terjaga dari tidur dalam keadaan terkejut. Donghae yang sedang menonton televisyen tersentak dan menoleh memandang Siwon.
"Kau ni kenapa? Tiba-tiba je menjerit!," marah Donghae. Terasa mahu gugur jantung mendengar jeritan Siwon.
"Mimpi ngeri...," balas Siwon. Dia bermimpi Hyeseul bersama lelaki lain. Mereka sedang menyulam cinta. Oh, ngerinya mimpi itu. Kalau Donghae tahu, mesti dia akan dikatakan sasau.
Iklan Siwon dan Eunbyul muncul lagi di kaca televisyen. Sejak gosip mereka tersebar, kerap pula iklan itu dimainkan. Donghae dengan pantas mengambil alat kawalan jauh dan menutup televisyen.
"Kenapa tutup?," soal Siwon.
"Malas dah nak tengok. Tak ada cerita best....," dengan selamba Donghae menjawab.
"Ceh...," Siwon bangun dan menuju ke dapur. Tekak terasa dahaga pula setelah bermimpi ngeri tadi.
Donghae hanya duduk bersandar di sofa. Dia cemburu melihat iklan tadi. Baik Siwon, mahupun Eunbyul, masing-masing menafikan gosip itu, tetapi kebenarannya hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Donghae berasa curiga. Tiba-tiba sahaja loceng di pintu berbunyi menandakan ada tetamu. Donghae bangun menuju ke muka pintu dan mengintai di lubang untuk melihat siapa tetamu itu. Jiwon rupanya. Dia membuka pintu dan tersenyum ke arah Jiwon.
"Annyeong Jiwon-sshi. Kenapa datang? Nak ajak oppa dating?," Donghae mengusik sambil tersengih.
"Aniya...bukan nak jumpa oppa lah. Siwon oppa ada?," soal Jiwon tidak sabar. Dia mahu cepat-cepat berjumpa abangnya itu.
"Oh..ada. Masuklah...," Donghae menjemput gadis itu masuk. Siwon yang ketika itu baru kembali semula ke ruang tamu terkejut melihat adiknya ada di situ. Jarang sekali adiknya berkunjung ke apartment mereka, kecuali jika ada urusan penting atau adiknya ada masalah.
"Waeyo Jiwon-ah?," itu soalan pertama yang diajukan Siwon kepada adiknya.
"Oppa...ada benda sikit nak cakap?," Jiwon memandang abangnya dengan wajah serius.
"Pasal apa? Eomma appa gaduh ke?," teka Siwon. Jiwon menggeleng. Donghae yang berada di tengah-tengah perbualan antara dua beradik itu, berlalu dari situ dan menuju ke biliknya. Mahu membiarkan kedua-duanya menyelesaikan masalah mereka itu.
"Ni pasal Hyeseul-sshi...Dia menangis....," Jiwon menyambung bicaranya kembali.
"Hyeseul? Waeyo? Dia sakit? Ada cedera ke apa? Ke dia kena buli dengan appa?," bertalu-talu Siwon menyoal dengan wajah risau.
"Aniya...aniya...aniya!," jawab Jiwon sambil menggelengkan kepala.
"Pasal oppa lah!," sedikit tinggi suara Jiwon. Siwon memandang dengan mulut melopong. Jari telunjuk dihalakan ke arahnya.
"Oppa?," Siwon terpinga-pinga.
"Oppa ni pabo....kenapa oppa tak pernah bagi tahu yang oppa sukakan dia?," Jiwon memulakan peranannya. Mahu menjadi orang tengah antara abangnya dan Hyeseul.
"Apa Jiwon cakap ni?," Siwon menelan liurnya.
"Oppa janganlah nak tipu. Ingat saya tak tahu. Wallpaper Iphone oppa tu guna gambar Hyeseul-sshi kan?," Jiwon tersenyum sinis. Sekali lagi Siwon memandang adiknya dengan wajah terkejut.
"Yaah! Kau hacked Iphone oppa ke?," Siwon berasa geram. Jiwon tersengih.
"Oppa...ngaku ajelah...Yang sebenarnya dia pun sukakan oppa. Dia menangis depan saya, menangis pasal gosip oppa tu...," akhirnya Jiwon memberitahu perkara sebenar. Siwon mengerutkan dahi apabila mendengar kenyataan Jiwon itu. Benarkah?
"Oppa....percayalah...oppa pergilah pujuk dia. Dia ada kat office sekarang. Apalah dia tu, orang tengah cuti tiba-tiba nak kerja, dah malam pulak tu. Konon nak pura-pura busy...," Jiwon merungut seketika. Jantung Siwon berdegup kencang. Betul ke apa yang dikatakan Jiwon itu? Hyeseul juga cintakan dia?
"Jiwon-ah, awak drive kan datang sini? Oppa nak pergi cari dia...," Siwon mencari kunci kereta dan menyarung jaketnya. Pantas kakinya melangkah meninggalkan apartmentnya. Jiwon tersenyum puas hati. Bolehlah dia pulang ke rumah dan tidur lena. Donghae yang sejak tadi hanya di dalam bilik, keluar apabila dirasakan rumah itu sudah sunyi. Dia terpinga-pinga seketika apabila melihat Jiwon dan Siwon tiada di situ.
"Aik, mana diorang ni menghilang?," Donghae tertanya-tanya. Dia menggaru kepala.
------------------------------------------------------------------------------
Fail yang dipegang Hyeseul jatuh ke lantai. Dia mendengus marah. Dia mengutip kembali fail itu dan menuju ke mejanya. Dia cuba untuk berpura-pura sibuk tetapi hakikatnya, dia tidak boleh fokus pun pada kerjanya.
"Kenapa mengeluh?," suara itu menyebabkan Hyeseul terkejut. Pantas dia berpaling. Jantungnya rasa terhenti apabila melihat Siwon di situ.
"Awak buat apa dekat sini? Kenapa datang malam-malam macam ni?," Hyeseul menyoal agak kasar. Dia tidak suka Siwon di situ. Dia benci!
"Awak tu kenapa kerja malam-malam ni?," Siwon membalas dengan soalan.
"Suka hati sayalah. Kenapa awak nak sibuk!," Hyeseul mula marah. Tangannya tertepis botol mineral yang tidak bertutup di atas meja. Habis kertas di atas mejanya basah. Hyeseul mengeluh kasar. Siwon memandang dan tubuhnya terpaku di situ. Hyeseul berjalan melintasi Siwon, dia mahu ke pantri. Mahu mengambil kain untuk mengelap meja yang basah. Siwon sempat menangkap tangan Hyeseul.
"Kenapa marah-marah ni?," dia menyoal dengan nada lembut. Soalan itu mengundang sebak di hati Hyeseul. Air matanya mengalir lagi. Siwon berpusing dan berdiri menghadap Hyeseul. Hyeseul hanya tunduk, namun Siwon nampak air mata gadis itu.
"Gosip tu semua tak betul. Apa yang saya cakap pada wartawan yang saya dan Eunbyul hanya kawan, itu semua benar. Saya tak ada perasaan pada dia. Dia cuma adik...," jelas Siwon.
"Peduli apa saya dengan semua tu. Peduli apa saya kalau awak kena gosip atau pun nak bercinta dengan siapa pun...," balas Hyeseul. Dia tersenyum sinis. Siwon meletakkan tangannya di dagu Hyeseul dan mengangkat wajah itu. Hyeseul cepat-cepat berpaling. Siwon mengelus pipi Hyeseul dan menolak lembut wajah itu menghadap wajahnya. Matanya bertatapan dengan mata Hyeseul yang berkaca.
"Mianhae....sebab tak pernah perasan selama ini...mianhae Hyeseul-sshi...," ujar Siwon.
Perlahan-lahan Siwon mendekatkan wajahnya ke wajah Hyeseul. Siwon memejamkan matanya. Bibir Hyeseul dikucup lembut. Hyeseul tergamam. Pinggangnya dipeluk erat oleh lelaki itu, membawa dia ke dalam dakapan Siwon. Hyeseul memejamkan matanya. Setitis air mata menitis ke pipinya. Tanpa sedar, ciuman itu dibalas. Untuk seketika Hyeseul seperti tidak berada di bumi nyata. Adakah ini mimpi?
------------------------------------------------------------------------------
Hyeseul hanya diam membatu di dalam kereta. Sekali-sekala Siwon menjeling ke arahnya dengan senyuman meniti di bibir. Hyeseul juga mencuri pandang ke arah Siwon dan kerap kali pandangan mereka bertemu. Hyeseul tersenyum nipis. Dia memandang keluar tingkap.
"Erm...tak tahu pulak awak sukakan saya. Saya ingat awak benci saya.....sampai menangis-nangis...," Siwon mula bersuara. Dia menjeling ke arah Hyeseul dan tersenyum nakal.
"Mana ada!," Hyeseul cuba menyangkal, walaupun sudah nyata dia menangis kerana Siwon. Siwon tertawa perlahan. Hyeseul mengetap bibir menahan malu. Terkenangkan peristiwa tadi, dia tersenyum nipis. Siwon meluahkan perasaan kepadanya.
"Saranghae....Lee Hyeseul...," itu yang dibisikkan oleh Siwon kepadanya. Hyeseul tidak membalas, dia tidak tahu hendak memberi reaksi bagaimana.
"Dah sampai....," Siwon tiba-tiba bersuara. Rupanya mereka sudah sampai di hadapan apartment Hyeseul. Hyeseul tersenyum dan memandang Siwon. Siwon juga begitu. Mereka hanya berpandangan tanpa bersuara.
"Awak tak mahu buat pengakuan? Pengakuan bertulis pun boleh...," Siwon menyoal.
"Pengakuan?," Hyeseul menyoal kembali dengan wajah terpinga-pinga.
"Yang awak sukakan saya...," Siwon tersengih. Hyeseul terasa wajahnya panas.
"Erm...saya naik dulu...Komawo Siwon-sshi..," Hyeseul tidak menjawab. Dia membuka tali pinggang keledar dan berpaling memandang Siwon. Dia mendekati Siwon dan sebuah kucupan singgah di pipi lelaki itu. Siwon tergamam seketika dan kemudian dia tersenyum.
"Good night....," Hyeseul tersenyum manis kepada Siwon. Dia keluar dan melambai kepada Siwon. Siwon terus memandu dan memandang cermin pandang belakang. Hyeseul masih berdiri di situ, memerhatikannya. Siwon tersenyum senang. Pasti dua insan itu tidur nyenyak pada malam itu.


ketauilah hampir setiap perenggan ak duk oamigod aje.
ReplyDeletepastu gif hae tu.. comel!!!
gif siwon mmg kene giler. daebak!!
tak tau nak komen ape lg.. sbb speechless.. hahaha
muehehehheheehhehehhehehehe.........
Deletesuka sangat gif siwon tu, mmg dah simpan untuk scene ini...
haaaa...nak tdo dngan nyenyak~
XD