Thursday, May 16, 2013

Story About Us : Chapter 19

Siwon dan Eunbyul masing-masing menafikan gosip mengenai percintaan mereka. Apabila Siwon kembali ke Seoul, itulah soalan pertama yang diajukan wartawan dan Siwon terus menafikannya. Katanya dia menganggap Eunbyul seperti adik sahaja. Hubungan mereka hanya sebagai adik abang dan juga rakan sekerja. Siwon mengakui mereka agak rapat tetapi hubungan mereka hanya setakat itu sahaja. Tiada melibatkan perasaan cinta. Keluarganya juga telah diberitahu tentang hal itu. Siwon bersikap biasa sahaja. Itu sekadar gosip. Gosip hanya ibarat angin lalu sahaja. Sehari, dua hari, atau tiga hari kemudian, lenyaplah ia. Namun, lain pula dengan Eunbyul, dia terlalu memikirkan gosip itu. Risau jika Donghae salah faham. Apatah lagi Donghae tahu yang dia dan Siwon sememangnya rapat.

Kerisauan Eunbyul lebih menebal apabila dia bertembung dengan Donghae di bangunan MBC. Eunbyul yang ketika itu menjadi undangan untuk program SimSimTapa terserempak dengan Donghae yang sedang berbual dengan seorang pengarah filem. Eunbyul dengan pantas mendekati lelaki itu dan menegurnya apabila perbualan Donghae tamat.

"Sunbaenim....," Eunbyul menegur dengan mesra, seperti kebiasaannya. Donghae yang tergamam memandang Eunbyul dengan pandangan kosong.

"Annyeong...," balasnya dengan nada suara yang mendatar. Dia hanya tersenyum nipis. Langsung tidak berasa teruja bertemu Eunbyul. Jauh di sudut hatinya, dia merasakan bahawa Eunbyul dan Siwon benar-benar bercinta, cuma mereka sengaja menafikannya.

"Sunbae buat apa?," sengaja Eunbyul ingin beramah mesra.

"Ada kerja....," itu sahaja jawapan Donghae. Eunbyul berasa tidak puas hati. Namun, dia hanya mendiamkan diri. Berfikir sejenak topik apa yang perlu dibualkan dengan Donghae. Cerita pasal cuaca? Politik? Sukan? Ah, bosan.

"Sejak akhir-akhir ni kita asyik terserempak aje kan...," Eunbyul tersenyum lebar. Donghae membalas dengan senyuman sinis.

"Tapi tak lah sekerap awak berjumpa dengan Siwon....," balasnya, juga sinis. Senyuman Eunbyul mati.

"Erm...maksud saya. Yelah...awak kan kerja dengan dia, selalu lah jumpa dia," Donghae membetulkan ayatnya. Dia sendiri hairan, bagaimana kata-kata itu boleh terluah dari mulutnya. Sejak bila dia menjadi celupar ni? Eunbyul hanya mengangguk dan tersenyum nipis. Hatinya terhiris.

"Ok lah sunbaenim...Saya pergi dulu....Annyeonghigeseyo...," Eunbyul meminta diri dengan perasaan sakit hati. Rasa seperti mahu mengalirkan air mata. Dia memandang seketika wajah Donghae. Lelaki itu tersenyum nipis kepadanya. Donghae hanya tetap berdiri di situ, memerhatikan langkah Eunbyul. Dia melepaskan keluhan berat.
-----------------------------------------------------------------------------

Siwon tersenyum memandang Hyeseul yang sedang khusyuk dengan kerjanya. Langsung dia tidak menyedari kehadiran Siwon. Siwon perlahan-lahan mendekati Hyeseul dan meletakkan kotak makanan berisi sushi di hadapan Hyeseul. Hyeseul yang sedikit tersentak pantas mengangkat kepala. Berderau darahnya apabila melihat wajah Siwon.

"Annyeong....," Siwon tersenyum lebar kepadanya. Hyeseul tidak membalas.


"Ige mwoya?," soal Hyeseul dan memandang sushi di atas meja.

"Untuk awak. Mesti awak lapar kan. Kerja sampai tak ingat nak makan," jawab Siwon. Dia berpuas hati dapat melihat gadis itu setelah beberapa hari tidak berjumpa. Hyeseul membalas dengan jelingan.

"Saya dah kenyang....," balasnya dan mengangkat kotak makanan itu ke tepi. Senyuman Siwon sedikit mengendur. Agak hairan dengan kelakuan Hyeseul yang agak dingin dengannya.

"Waegeurae? Awak tak sihat? Muka nampak pucat sikit," Siwon mengangkat tangannya, mahu memeriksa suhu badan di dahi Hyeseul tetapi Hyeseul menepis dengan perlahan.

"Saya okaylah....," jawabnya dan bangun dari kerusi. Dia menuju ke rak fail. Memeriksa susunan fail di situ, berpura-pura sibuk. Siwon hanya melihat dengan keluhan perlahan. Dia merapati Hyeseul.

"Tak apalah kalau tak nak makan lagi. Saya tinggalkan aje dekat situ. Nanti lapar awak boleh makan bila-bila," kata Siwon sambil memandang sisi wajah Hyeseul. Hyeseul hanya diam membisu dan tidak berpaling, seolah-olah Siwon tidak wujud di situ. Siwon berlalu dari situ dan masuk ke pejabat ayahnya. Mungkin mood Hyeseul tidak baik, mungkin datang bulan.

Hyeseul kembali ke mejanya setelah Siwon berlalu. Dia hanya memandang sushi yang diberikan Siwon. Terasa ingin dibuang, tetapi sushi itu tidak bersalah. Siwon juga tidak bersalah. Habis, siapa yang bersalah. Ya, dirinya sendiri yang bersalah kerana meletakkan Siwon di satu sudut istimewa di ruang hatinya. Siapa dia di mata Siwon? Dia hanya seorang gadis biasa. Gadis kampung yang datang ke bandar untuk mencari rezeki. Siapa Siwon? Seorang pelakon popular yang kaya-raya dan sentiasa dikelilingi oleh wanita cantik. Dia tidak layak untuk Siwon, dirinya sahaja yang terhegeh-hegeh. Siwon hanya menganggapnya sebagai kawan sahaja. Siwon dan Eunbyul, sangat sepadan. Dia pula? Siwon langit, dia pula bumi. Bukan...pusat bumi mungkin.
Hyeseul mencapai Iphonenya. Mencari nombor Yoojin sunbaenim. Hyeseul melekapkan telefon ke telinga, menunggu sehingga panggilan itu bersambut.

"Sunbaenim....saya setuju rancangan sunbaenim. Pasal blind date tu...," Hyeseul membuat keputusan. Yoojin di hujung talian melahirkan perasaan gembira. Hyeseul tersenyum nipis. Nasiblah. Dia mahu cari seseorang yang boleh buat dia lupakan Siwon.
-----------------------------------------------------------------------------
Hyeseul bangun agak lewat pada hari itu. Hari itu hari Sabtu, hari cuti. Tidak perlu bekerja. Hari itu jugalah Yoojin mengatur pertemuan antara adik lelakinya dan Hyeseul. Masih ada beberapa jam sebelum temujanji mereka. Hyeseul bermalas-malasan di hadapan televisyen. Mata Hyeseul terpaku apabila melihat iklan komersial Siwon bersama Eunbyul. Selama ini dia hanya tersenyum apabila melihat wajah Siwon di kaca televisyen. Tetapi hari itu, dia berasa sebak. Terasa seperti ada air di tubir matanya. Dia mengambil alat kawalan jauh dan menukar siaran. Mahu atau tidak dia terpaksa mengaku, dia jatuh hati pada Siwon. Oh, kalaulah Dongwook oppa dan Ilwoo oppa tahu. Pasti dia ditertawakan. Bukankah dahulu dia sangat membenci Siwon. Bagaimana perasaan itu boleh berubah?

Hyeseul singgah ke tandas dan melihat penampilannya di cermin. Dia cuba untuk tersenyum. Berdebar-debar juga kerana dirinya tertanya-tanya bagaimana rupanya adik Yoojin sunbae ni. Kalau lagi kacak dari Siwon, memang sangat berbaloi. Hyeseul sebenarnya tidak berasa teruja pun dengan pertemuan itu. Kalau ikutkan hati, dia mahu pulang sahaja. Namun dia sudah berjanji dan memberi persetujuan kepada Yoojin, sukar untuk dia mengingkari.

Hyeseul melangkah penuh yakin ke ruangan restoren mewah itu. Boleh tahan selera Yoojin sunbae ni, aturkan temujanji dekat tempat mahal begini. Mata Hyeseul melilau memandang sekeliling. Dia mencari meja bernombor enam, tempat duduk yang telah ditempah untuk temujanji mereka. Hyeseul melihat ada seorang lelaki sedang duduk di situ. Hyeseul tidak nampak wajahnya kerana lelaki itu sedang tunduk memandang menu. Hyeseul merapati lelaki itu, semakin dekat dia terasa seperti semakin mengenali lelaki itu.

"Kim Sang Bum?," dengan teragak-agak dia menegur. Lelaki itu mendongak. Hyeseul tersentak. Mulutnya melopong, wajahnya nampak teruja. Begitu juga dengan lelaki bernama Kim Sang Bum itu.

"Lee Hyeseul? Kau....Lee Hyeseul? Hyeseul? Blind date aku?," berulang-ulang kali lelaki itu menyebut nama Hyeseul. Hyeseul tersenyum lebar.

"Neo-ya? Yoojin sunbaenim dongsaeng-i??," Hyeseul bertanya penuh teruja. Sangbum tertawa kecil.


"Kau yang noona aku suruh blind date ni? Laaa....keciknya dunia..," Sangbum mengukir senyuman. Hyeseul tertawa dan mengambil tempat duduk di hadapan Sangbum.

"Orenmanieyeyo...," kata Hyeseul dan dibalas dengan anggukan oleh lelaki itu.

"Berapa tahun yer tak jumpa? Ada dalam 6 ke 7 tahun macam tu?," Sangbum membuat kira-kira. Hyeseul mengangguk. Tidak disangka, temujanjinya pada hari itu adalah dengan rakan sekolahnya ketika di Cheongju. Kim Sangbum rupanya adik kepada Kim Yoojin sunbaenim. Dahulu Hyeseul tidak mengenali Yoojin kerana wanita itu tidak tinggal bersama keluarga mereka ketika Sangbum dan ibubapanya berpindah ke Cheongju.

"Tak sangkanya dapat jumpa kau kat sini. Habis tu blind date kita ni dah tak menjadi la yer?," Hyeseul ketawa. Untuk seketika, dia lupa kepada Siwon.

"Nampaknya macam tulah. Dah jadi reunion pulak. Eh, jom order makanlah. Aku lapar....Masa makan karang boleh sembang panjang-panjang," cadang Sangbum dan kembali melihat menu. Mereka sama-sama menikmati makan tengahari dan berbual tentang pelbagai perkara. Dari kisah zaman sekolah, sehinggalah perkembangan terkini masing-masing.
-----------------------------------------------------------------------------

Hyeseul dan Sangbum sama-sama bersiar di kawasan Hongdae setelah menikmati makan tengahari. Sebelum itu mereka bercadang untuk menonton wayang tetapi dibatalkan kerana ingin menghabiskan masa dengan berbual. Maklum sahaja, sudah lama tidak berjumpa. Hyeseul ketawa bersama Sangbum. Mereka kelihatan seperti pasangan kekasih. Tambahan pula Hyeseul memaut lengan Sangbum semasa mereka berjalan.

"Nak aiskrim?," soal Sangbum. Hyeseul mengangguk. Sangbum berlalu ke gerai menjual aiskrim dan menyuruh Hyeseul tunggu di situ. Hyeseul hanya memandang dengan senyuman. Hyeseul berpaling ke arah deretan kedai di sebelah kanannya. Dia mengerutkan dahi apabila melihat poster Siwon di dinding sebuah kedai. Dia mengeluh seketika dan merenung gambar itu, agak lama.

"Peminat Siwon ke?," Sangbum muncul secara tiba-tiba dan berbisik di telinga Hyeseul. Hyeseul berpaling ke kanan, wajah rakannya itu begitu dekat dengannya. Hyeseul terus menjarakkan diri.

"Mana adalah....," balasnya pendek dan menyambut kon aiskrim yang dihulurkan Sangbum.

"Kau secretary ayah dia kan? Mesti ada jumpa dia kan? Handsome tak dia in real? Ada macam aku?," soal Sangbum sengaja mengusik. Hyeseul tersenyum nipis.

"Dalam tv je. Kau lagi kacak daripada dia," balas Hyeseul. Sangbum ketawa.

"Kira aku boleh jadi artis la ni? Nanti kau jumpa dia promote la aku ni...," Sangbum mula gembira apabila dipuji sebegitu.

"Ingat kau barang ke nak promote-promote. Dah la tak mau cakap pasal dia. Tak seronoklah....jom pergi sana...," Hyeseul menarik tangan Sangbum. Sangbum hanya mengikut langkah gadis itu.

Agak lama mereka meluangkan masa pada hari itu. Sangbum memerhatikan wajah Hyeseul. Entah kenapa dia merasa, gadis itu seperti ada masalah. Raut wajah Hyeseul adakalanya muram dan tawanya kadang-kadang seakan dibuat.

"Hyeseul-ah, kau ni ada masalah ke?," soal Sangbum, serius. Hyeseul memandang dengan kening sedikit terangkat.

"Masalah cinta...," Hyeseul membalas, juga dengan nada serius. Sangbum membetulkan duduknya dan merenung tepat wajah Hyeseul.

"Cerita...," Sangbum bersemangat ingin tahu. Gelagat Sangbum membuatkan Hyeseul ketawa kuat, sehingga ada beberapa mata memandang ke arah mereka.

"Aku tipu ajelah...tak ada masalah pun...aku ni penat je kerja...bukan apa pun..," Hyeseul masih ketawa. Sangbum mengeluh. Apalah perempuan ni....

"Dah tu kenapa kadang-kadang aku tengok kau muram ni? Tak nak cerita kat aku?," Sangbum tidak puas hati. Hyeseul tersenyum nipis dan menggeleng.

"Betul, tak ada apa....," bersungguh-sungguh Hyeseul meyakinkan. Sangbum memandang wajah Hyeseul agak lama. Dia tahu, ada sesuatu yang disembunyikan Hyeseul.

"Kau ada boyfriend?," soalan seperti bom diajukan Sangbum. Hyeseul ketawa lagi.

"Kalau aku ada boyfriend, takkan lah aku setuju nak pergi blind date ni," balasnya. Sangbum tersenyum nipis. Iya ke dia ni? Dia masih memandang wajah Hyeseul.

"Wae??? Pandang aku macam tu?," Hyeseul menyoal dan memegang pipinya. Mana tahu jika ada apa-apa yang tak kena.

"Takde ape. Aku tengok kau makin cantik. Tak macam dulu, comot aje. Memang patut Hyun Joong sunbae tak suka kau!," usik Sangbum sambil tersengih.

"Yaah!!," Hyeseul memukul bahu Sangbum tidak berpuas hati. Suka-suka sahaja mengimbau kenangan cintanya yang tidak berbalas itu. Malulah....

2 comments:

  1. smpai hati donghae. kecik hati tau..

    amboi dia dating dgn kim bum. kemain. hensem betul itu mamat. rupanya dulu suka kat hyun joong sunbae. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sian kat eunbyul....

      ehehehe..suka! rasa cam nk kat kim bum aje...haaa, hyun joong kisah lama. cinta bertepuk sebelah tangan XD

      Delete