Saturday, May 18, 2013

Story About Us : Chapter 21

Jaejoong membelek raut wajah Eunbyul yang nampak muram. Dia tahu ada sesuatu yang difikirkan oleh gadis itu. Malah ketika gadis itu menelefonnya petang tadi dan mengajaknya keluar, dia sudah dapat merasakan kelainan pada suara Eunbyul. Kebetulan pada malam itu dia sudah berjanji dengan rakan-rakannya untuk makan bersama, jadi dia menjemput Eunbyul untuk menyertai mereka. Mujur sahaja gadis itu bersetuju. Jika ikutkan hati, mahu sahaja dia bersendirian menemani Eunbyul, tetapi dia tahu sebagai artis dia tidak boleh berbuat begitu. Dia tidak mahu menimbulkan masalah kepada Eunbyul jika mereka dikatakan bercinta nanti. Sudahlah gosip antara gadis itu dengan Siwon masih belum betul-betul reda.

Rakan-rakan Jaejoong masih enak menikmati makanan dan bergelak ketawa bersama. Ada lelaki, ada perempuan, ada juga rakan artis. Eunbyul juga mengenali mereka. Ada ketika Eunbyul ketawa apabila ada di antara mereka yang menceritakan kisah lucu. Jaejoong tahu, Eunbyul sedaya upaya mencuba untuk menceriakan dirinya. Jaejoong sangat ingin bertanya, tetapi masanya sangat tidak sesuai.

"Waeyo oppa?," soal Eunbyul apabila menyedari Jaejoong asyik memerhatikannya.

"Oppa yang patut tanya pada awak soalan tu...," balas Jaejoong. Eunbyul tersenyum nipis.

"Naneun gwenchana...," Eunbyul menjawab sambil meneguk minuman.

"Karang balik, oppa hantarkan...," kata-kata Jaejoong seperti arahan yang tidak boleh diingkari. Eunbyul hanya mengangguk. Lagipun memang dia tidak memandu ke situ, dia menaiki teksi. Sengaja dia berbuat begitu kerana tidak mahu Chilhyun mencarinya. Iphonenya juga sengaja ditutup. Nasiblah jika esok dia dimarahi oleh lelaki itu.
--------------------------------------------------------------------------------

Eunbyul memeluk tubuh dan memandang keluar tingkap, langsung tidak bersuara. Jaejoong mengeluh perlahan melihat keadaan Eunbyul. Entah apa yang difikirkan gadis itu. Jaejoong tiba-tiba memberhentikan keretanya di bahu jalan. Badan Eunbyul terdorong ke hadapan apabila Jaejoong menekan brek secara mendadak. Eunbyul berpaling memandang Jaejoong. Wajahnya penuh kehairanan.

"Kenapa oppa berhenti sini?," soalnya sambil memandang sekeliling. Sunyi! Jaejoong melirik memandang Eunbyul.

"Sekarang bagitahu oppa apa yang tak kena dengan awak? Kenapa nampak muram aje dari tadi?," Jaejoong mula bersoal siasat. Wajah Eunbyul berubah. Jelas sangat ke raut wajahnya yang nampak muram itu? Bukankah selama ini dia pandai berlakon menyembunyikan rasa hati, kenapa hari ini tidak berjaya?

"Mana ada oppa...saya biasa aje. Kan saya bosan, sebab tu ajak oppa keluar," Eunbyul tersenyum, cuba memaniskan raut wajahnya. Jaejoong mengeluh perlahan.

"Eunbyul-ah, oppa tahu awak tu pelakon. Awak pandai sangat berlakon. Senyum, ketawa walaupun dalam hati ada masalah. Tapi, dengan oppa awak janganlah nak tipu. Oppa kenal awak lama dah, tahu dah awak macamana. Sekarang cerita dekat oppa, kenapa awak jadi macam ni?," Jaejoong memaksa. Eunbyul menelan liurnya. 'Nak cerita dekat Jaejoong oppa yang aku sakit hati dengan Donghae sunbaenim? Gilalah...oppa bukan tahu pun yang aku sukakan Donghae sunbaenim. Tak mahu cerita!'

"Saya risaukan pasal gosip tu...kesian Siwon oppa...mana tahu kalau dia ada girlfriend, nanti retak pulak hubungan diorang sebab gosip tu," akal Eunbyul mencari alasan. Logik, alasan itu memang logik.

"Itu je ke?," Jaejoong inginkan kepastian. Eunbyul mengangguk.

"Gosip tak ada apalah. Tu semua permainan dalam dunia artis ni...," kata Jaejoong. Dia terdiam seketika. Memandang wajah Eunbyul.

"Atau yang sebenarnya awak risau pada lelaki yang awak suka tu? Takut dia salah faham," Jaejoong serkap jarang. Eunbyul memandang Jaejoong dengan pandangan kaget, namun cepat-cepat dia menukar riak wajahnya.

"Tak oppa. Mana adalah!," Eunbyul cuba menafikan. Dia melarikan pandangannya ke arah lain. Jaejoong ini sudah pandai membaca hati orang ke? Sejak bila jadi psikik? Kenapa tekaannya tepat sekali?

"Eunbyul...Eunbyul....masih nak tipu?," Jaejoong tersenyum. Dia dapat merasakan yang tekaannya tepat.

"Oppa...saya dah mengantuk. Esok ada schedule pagi-pagi. Kita balik ye," Eunbyul mengubah topik. Dia menguap. Sengaja dibuat. Jaejoong memandang dengan senyuman. Hatinya meronta ingin tahu siapa lelaki yang dicintai Eunbyul. Dia cemburu! Eunbyul setia. Alangkah bertuah kalau dirinya yang dicintai Eunbyul.

"Okay...kita balik..," Jaejoong mula memandu. Dia tidak mahu memaksa Eunbyul untuk bercerita dengan lebih lanjut. Jika Eunbyul tidak mahu, dia sekali-kali tidak akan bercerita. Biarlah suatu hari nanti Eunbyul sendiri yang mengakuinya.
--------------------------------------------------------------------------------

Hari Siwon bermula dengan sangat ceria. Bangun sahaja terus mencapai Iphone dan menaip pesanan ringkas untuk Hyeseul.

Morning love...tidur nyenyak semalam? Mimpi saya tak? Ada apa-apa hal pagi ini?

Hampir sepuluh minit kemudian, barulah mesejnya dibalas. Siwon tersenyum ketika membacanya.

Morning...tidur nyenyak, tapi sayang...awak tak muncul pulak dalam mimpi saya, penat saya tunggu :(  Duduk rumah aje. Wae?

Saya jemput awak karang. Nak bawak pergi satu tempat. Our first date...

Eodisseo?

Pimil..... :-D

Mesej itu tidak dibalas. Siwon tersengih. Ada kejutan untuk Hyeseul. Siwon membancuh dua cawan kopi. Satu untuknya dan satu untuk Donghae.

"Ceria pagi ni? Siap buat sandwich ni," tegur Donghae dan mengambil tempat di meja makan. Siwon tersengih.


"Makanlah....," dia menolak pinggan sandwich itu ke arah Donghae. Donghae mengambil sekeping dan mengunyahnya. Donghae memerhatikan wajah Siwon. Nampak jelas wajah cerianya.

"Kenapa happy sangat?," Donghae terus menyoal. Menang loteri ke kawan aku ni?

"Indahnya perasaan bercinta...," balas Siwon sambil tersengih. Donghae ternganga mendengarnya. Sakitkah?

"Kau pergi mana ya semalam? Tiba-tiba keluar dengan Jiwon. Ada masalah apa? Tapi ni nampak ceria pulak?," Donghae mengerutkan dahi, berasa hairan.

"Donghae-ah...aku...dah ada girlfriend..," ujar Siwon, mahu berkongsi perasaan gembiranya. Donghae yang mendengar, seperti mahu tersedak.

"Girlfriend? Nugu?," Donghae bertanya dengan nada teruja. Jantungnya juga berdegup. Risau dengan jawapan Siwon.

"Kau kenal dia. Lee Hyeseul. Secretary appa...," jawab Siwon, masih dengan senyuman. Donghae menghembus nafas lega.

"Hyeseul-sshi? Serius ke kau ni??," Donghae bertanya lagi. Siwon menganggukkan kepala.

"Aku ingat dengan Eunbyul...," ujar Donghae. Senyuman Siwon sedikit mengendur.

"Yaah...kau percaya ke gosip tu?," giliran Siwon pula bertanya.

"Alah, manalah tahu kalau korang sengaja mengelak tak nak cerita hal sebenar. Erm...chukahae. Rupanya selama ni kau ada hati kat dia, patutlah sejak akhir-akhir ni rajin kau jenguk appa kau kat office dia. Rupanya nak tengok pujaan hati," Donghae tersengih dan mengusik. Siwon tertawa. Bahagia habis!

"Thanks for the sandwich..," ucap Donghae dan kembali ke biliknya. Dia tersenyum sendiri. Selamat! Selamat bukan Eunbyul. Donghae mengeluh perlahan. Semalam dia agak berkasar apabila bercakap dengan Eunbyul. Hatinya dipaut rasa bersalah.
--------------------------------------------------------------------------------

Eunbyul terjaga kerana terganggu dengan deringan dari Iphonenya. Sukar untuk dia membuka mata kerana masih dalam keadaan yang amat mengantuk.

"Yaebosaeyo...," Eunbyul menjawab dengan suaranya yang masih serak. Matanya masih tertutup. Masih dalam keadaan mamai.

"Baru bangun?!," Eunbyul kembali membuka mata kerana terkejut dijerkah oleh Chilhyun.

"Oh, oppa. Dah pukul berapa ni?," Eunbyul bangun dan menggosok-gosok matanya.

"Pukul 7.30! Cepat bangun, pergi mandi. Oppa on the way. Pukul 8 kan awak dah nak kena ada kat KBS. Nanti lambat!," arah Chilhyun.

"Ne oppa....," Eunbyul menjawab malas.

"Semalam pergi mana, kenapa call tak angkat?," Chilhyun mula menyoal, agak garang nada suaranya.

"Saya keluar....erm..jumpa kawan..," balas Eunbyul. Dia tahu silapnya kerana tidak memberitahu Chilhyun.

"Nugu?," Chilhyun masih belum berpuas hati dengan jawapan Eunbyul.

"Jaejoong oppa....," jawapan yang pendek dari Eunbyul.

"Berdua je?," sekali lagi Chilhyun bertanya. Eunbyul mengeluh kasar.

"Ramai lagilah oppa! Bukan dia sorang aje..," Eunbyul membalas dengan geram. Chilhyun hanya mendiamkan diri.

"Yelah...dah pergi bersiap. Lain kali nak keluar bagitahu dulu. Oppa bukan nak menghalang, cuma nak tahu aje," Chilhyun mula berlembut.

"Ne...arasseo. Mianhae oppa...," Eunbyul meminta maaf. Rasa bersalah pula kerana berkasar dengan Chilhyun. Rasa kecil hatinya kepada Donghae semalam masih bersisa. Eunbyul melakukan rutin paginya. Memeriksa perkembangan terkini Donghae di Twitter, walaupun masih rasa kecil hati dengan lelaki itu.

#nowplaying CN Blue - I'm Sorry

Eunbyul mencampakkan kembali Iphone itu ke katil dan mencapai tuala. Tiada apa yang menarik dengan status itu. Kelam-kabut Eunbyul bersiap. Nampaknya terpaksalah dia bersolek di dalam kereta sahaja.

2 comments:

  1. amboi kau kemain siwon. morning love??
    hensem giler gif tu. mmg masuk mimpi ak mlm ni. hahahaha miannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. oiii..sila mimpi donghae! ahahahahhaa...dia dah mintak maaf tu...
      oh siwon, pasni nak dating! XD

      Delete