Wednesday, May 15, 2013

Story About Us : Chapter 18

Empat hari berlalu sejak Siwon membantunya tempoh hari. Kini tiada khabar berita daripada Siwon. Siwon juga tidak datang ke pejabat ayahnya selama tempoh itu. Hyeseul mengeluh perlahan. Kenapa dia fikirkan lelaki itu? Kenapa dia rasa resah? Terimbau dia akan kata-kata Jiwon tempoh hari.

"Kita mesti nak berkongsi masalah, perasaan dengan orang yang kita sayang...,"

Hyeseul tersenyum sinis. Dia menggelengkan kepala. 'Dah kenapa dengan aku ni? Takkan aku suka pada Siwon tu?' Dada Hyeseul berdegup. Oh tidak! Aku sukakan dia ke?

"Hyeseul-sshi.....," seseorang menegurnya. Hyeseul mendongak dan melihat Kim Yoojin sunbaenim, rakan sekerja yang lebih tua beberapa tahun darinya sedang tersenyum ke arahnya.

"Ah...sunbae...," Hyeseul menegur.

"Kenapa ni senyum-senyum pastu geleng-geleng kepala ni?," soal wanita itu. Hyeseul tertawa perlahan, agak malu. Mujur sahaja dia tidak membebel yang bukan-bukan.

"Tak ada apalah sunbae. Waeyo sunbae. Nak jumpa hwijangjim ke? Dia baru keluar pergi lunch," ujar Hyeseul sebelum sempat Yoojin mengajukan soalan lain.

"Aniya...nak ajak awak lunch lah. Kaja....," ajak wanita itu. Hyeseul mengangguk dan cepat-cepat bangun mengikut Yoojin.

Hyeseul makan bersama Yoojin dan beberapa orang rakan sekerja yang lain. Berbual-bual tentang pelbagai topik.

"Hyeseul-sshi, namja chinggu isseoyo?," tanya salah seorang daripada mereka. Hyeseul hampir tercekik.

"Aniyo...eopseoyo...," dengan pantas Hyeseul menjawab. Memberitahu perkara sebenar tanpa berselindung.

"Yoojin unnie! Hyeseul-sshi ni rasanya sepadan dengan unnie punya dongsaeng tu. Hyeseul-sshi, apa kata awak pergi blind date...,"

Hyeseul menggelengkan kepala dengan mulut sedikit melopong.

"Erm...gwenchanayo....," Hyeseul agak malu-malu.

"Bagus jugak idea tu. Hyeseul-sshi, awak patut jumpa adik saya tu. Saya rasa mesti dia sukakan awak...," Yoojin bersetuju dengan cadangan rakannya dan tersenyum kepada Hyeseul. Wajah Hyeseul sudah merah menahan malu. Tambahan pula, semua rakan sekerjanya memandang untuk mendengar jawapan dari mulutnya.

"Ah....ottouke...," Hyeseul tersenyum agak kekok. Yoojin perasan raut wajah Hyeseul yang sedang menahan malu.

"Geumanhae...meogeo-seo. Malu-malu dah dia. Kita bincang pasal ni lain hari ye. Kita bincang berdua je," Yoojin separuh berbisik kepada Hyeseul. Hyeseul hanya tersenyum dan mengangguk-ngangguk. Apakah? 'Bukan main banyak lagi awek lain dekat sini, kenapa aku pulak jadi mangsa?'

--------------------------------------------------------------------------

Hyeseul menghirup kopi di balkoni sambil menikmati pemandangan Seoul yang sangat indah pada waktu malam. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Dia mahu berjaga lagi untuk menyiapkan kerja pejabat yang dibawanya ke rumah. Hyeseul memang biasa tidur lewat. Hyeseul berpaling ke dalam rumah apabila mendengar nada dering dari Iphonenya, tanda dia menerima satu pesanan ringkas. Hyeseul mengerutkan dahi. Siapa pula yang hantar pesanan pada pukul 1 pagi ni? Hyeseul pantas mengambil Iphonenya. Pesanan itu dibuka. Hyeseul melihat nama Siwon tertera di situ.

"Omo...Siwon-sshi?!," entah mengapa Hyeseul rasa seperti ada arus elektrik mengalir di dalam badannya. Seperti teruja apabila menerima pesanan itu. Pantas Hyeseul membacanya.

Noona, saya ada tertinggal gloves dalam poket jaket yang saya pakai tadi, nanti noona tolong simpan kan yer. Komawo....

Hyeseul mengeluh dan wajahnya masam mencuka. Rupanya Siwon tersilap menghantar mesej kepadanya. Hyeseul meletakkan kembali Iphone di atas meja. Dia duduk di atas sofa dan merenung gajet kecil itu. Berkira-kira mahu membalas mesej itu atau tidak.

"Ah, biarlah dia...faham-faham jelah dia silap send...," Hyeseul merungut. Baru sahaja kakinya ingin melangkah ke dapur, Iphonenya berbunyi lagi. Hyeseul dengan pantas mengambilnya.

Mianhae Hyeseul-sshi. Saya nak hantar dekat coordi noona, tersilap pula...

Hyeseul tersenyum nipis. Dia membalas mesej itu.

Gwenchanayo.... :)

Seminit kemudian, mesejnya kembali dibalas.

Belum tidur lagi? Dekat Seoul sekarang dah pukul satu pagi kan?

Hyeseul mengerutkan dahi. Dekat Seoul? Siwon-sshi ni ada dekat mana sekarang?

Belum....nak buat kerja sikit. Erm...Siwon-sshi...jigeum eodisseo?

New York...ada event kat sini..kat sini baru pukul 12 tengah hari. Awak....sihat?

Hyeseul mengukir senyuman. Jauhnya dia.....

Saya sihat. Awak? Erm....dah makan ke?

Sudah...baru je lepas. Hyeseul-sshi...

Ne.... 

Hyeseul menunggu balasan seterusnya. Agak lambat. Seperti ada sesuatu yang Siwon hendak katakan.

Erm....tak ada apa. Saje nak pesan jangan tidur lewat. Nanti awak tak sihat. Pergilah tidur

Hyeseul tersenyum lagi. Ingatkan nak cakap apa.....

Arasseo....enjoy your trip....Take care...

Iphone Hyeseul berbunyi lagi. Kali ini dia menerima mesej bergambar pula. Gambar Siwon.


Chaljayo....jangan lupa mimpi saya... ;-)

Hyeseul tertawa kecil.

Nun jauh di New York, Siwon tersenyum sendiri. Sudah dua hari dia berada di kota metropolitan itu kerana ada acara yang perlu dihadirinya. Sebelum ini dia berada di Jepun dan selepas ini dia akan ke Singapura pula. Kemudian, barulah dia akan kembali ke Seoul. Siwon bersandar di kerusi dalam keadaan santai.

'Hyeseul-sshi....pugeoshippeo....'

Itulah ayat yang ingin dikirimkan kepada Hyeseul sebentar tadi, tetapi dia tidak jadi menghantarnya. Siwon sengaja berpura-pura menghantar mesej yang salah kepada Hyeseul. Dia ingin berbual dengan Hyeseul tetapi tidak tahu bagaimana hendak memulakannya. Siwon bangun dari kerusi dan mahu kembali ke bilik hotelnya. Dia perlu bersiap untuk ke lapangan terbang. Cepatlah masa berlalu, dia tidak sabar hendak pulang ke Seoul.
--------------------------------------------------------------------------

Donghae bangun dalam keadaan masih mengantuk. Semalam dia pulang lewat dari lokasi penggambaran. Pagi itu dia terpaksa bangun awal kerana ada penggambaran lain pula. Setelah mandi dan bersiap, Donghae mengambil Iphone, mahu melayari internet seketika. Donghae tergamam. Ada berita sensasi!

"Ige mwoya?," dia menelan liur dan membaca artikel itu sehingga habis.

Kim Eunbyul dan Choi Siwon dikatakan bercinta! Donghae melihat semua gambar yang diletakkan pada artikel itu. Semuanya gambar Siwon berdua bersama Eunbyul. Gambar mereka ketika penggambaran iklan di Itali, ketika di majlis hari jadi Siwon dan beberapa lagi gambar yang menunjukkan kemesraan mereka berdua. Eunbyul? Siwon? Diorang bercinta??? Donghae berasa resah. Betul ke semua ni?


Hendak bertanya pada Siwon, kawannya itu tiada pula! Tapi bila difikirkan semula, ada kemungkinan. Siwon dan Eunbyul sejak akhir-akhir ini memang kelihatan agak rapat. Donghae menggigit bibir. Dia sangat ingin tahu
kebenarannya.

Eunbyul sedang bersolek untuk sesi photoshoot pada hari itu. Eunbyul yang kebosanan mengambil Iphone yang diletakkan di atas meja. Sebaik sahaja Iphone itu berada di tangan Eunbyul, Chilhyun pantas merampasnya.

"Ah waeyo oppa? Saya bosan ni...," rungut Eunbyul.

"Lepas photoshoot oppa bagi balik," jawab Chilhyun dan terus berlalu dari situ. Eunbyul ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga. Hairan dia dengan Chilhyun. Kenapa tiba-tiba sahaja merampas Iphonenya?

Chilhyun mengeluh seketika. Dia baru sahaja mendapat panggilan dari syarikat, bertanya tentang kebenaran gosip Eunbyul dan Siwon. Itulah sebabnya Chilhyun mengambil Iphone Eunbyul. Dia tidak mahu gadis itu tahu mengenai gosip itu sebelum kerjanya selesai. Dia tidak mahu Eunbyul hilang fokus. Chilhyun berjanji akan meminta Eunbyul menerangkan segala-galanya setelah sesi photoshoot itu berakhir.
Sesi photoshoot berjalan lancar. Eunbyul mengukir senyuman lebar kepada semua staf di situ. Dia pantas menuju ke arah Chilhyun dan meminta kembali Iphonenya.

"Eunbyul-ah...jangan terkejut kalau bukak internet...," Chilhyun mengeluh seketika.

"Waeyo oppa?," bulat mata Eunbyul bertanya. Ada berita apakah? Eunbyul tidak sabar hendak mengetahuinya. Pantas dia melayari internet. Melopong mulutnya apabila membaca berita itu. Gosipnya bersama Siwon! Ah...apa ni?

"Company nak tahu pasal gosip ni. Diorang suruh awak call semula. Bagitahu kebenaran. Benda ni semua tak betul...," kata Chilhyun.

"Ottouke...macamana pulak boleh timbul semua cerita ni?," Eunbyul merungut. Dia rasa tidak senang hati. Adakah Siwon sudah tahu berita ini? Ah, mesti dia sudah tahu. Sudah tersebar di dalam internet. Eunbyul memandang Iphonenya apabila alat itu bergetar menandakan ada mesej yang diterima. Mesej dari Jaejoong.

Siwon-sshi? Dia lelaki yang awak suka...Erm...oppa approve... =)

Eunbyul menggigit bibir. Pantas jari-jemarinya menekan kekunci untuk membalas mesej itu.

Oppa aniya...tu semua gosip. Saya dengan Siwon oppa tu kawan aje. Macam saya kawan dengan oppa. Oppa, saya nak deny gosip tu. Tak betul semua tu

Eunbyul mengeluh lagi. Kali ini dia perlu menghubungi syarikatnya dan menjelaskan segala-galanya.

"Oppa....ottouke...nanti apa Donghae sunbae fikir kalau dia baca gosip ni...," Eunbyul merungut. Chilhyun menyambut dengan tawa.

"Nasib awaklah....," Chilhyun sengaja mengusik.

"Oppa ni....," Eunbyul menarik muka masam. Chilhyun tertawa lagi.

"Sudahlah tu. Ni kan semua gosip aje. Bukan betul pun. Lagi bape hari reda la...," Chilhyun cuba memujuk. Eunbyul tersenyum nipis. Dia tidak suka dikaitkan dengan cerita sebegitu. Dia cuba menghubungi Siwon tetapi tidak bersambut. Baru teringat Siwon tiada di Seoul ketika ini.
--------------------------------------------------------------------------

Hyeseul mengeliat seketika, menggosok tengkuknya yang sedikit lenguh. Penat matanya menghadap komputer. Hyeseul tersenyum apabila teringat perbualan pendek bersama Siwon semalam. Hyeseul mengambil Iphone dan menatap gambar yang dikirim Siwon.

"Mwoya Lee Hyeseul? Kau dah jadi fan Siwon ke?," Hyeseul menyoal dirinya sendiri. Sejak bila pula dia menjadi peminat Siwon ni?

Hyeseul melayari internet. Entah mengapa tangannya gatal hendak mencari tentang Siwon. Hyeseul membuka twitter Siwon. Rupanya lelaki itu ada memberitahu tentang lokasinya yang berada di New York, dan juga kini di Singapura. Hyeseul sahaja yang tidak tahu. Sejak beberapa hari ini memang dia jarang melayari internet kerana agak sibuk. Hyeseul membuka laman web gosip pula. Dia terpaku apabila melihat post paling popular ketika itu. Gosip antara Kim Eunbyul dan Choi Siwon. Hyeseul menelan liur dan matanya laju membaca artikel dan melihat gambar-gambar di situ. Terasa nafasnya sesak. Siwon dan Eunbyul. Patutlah mereka agak rapat! Hyeseul mengambil kembali Iphonenya. Memadam gambar dan mesej-mesej yang dikirim Siwon semalam.

'Aku benci dia!'

Hyeseul duduk dengan wajah muram. Lee Hyeseul, sedarlah! Siapa kau nak marah-marah. Dia bukan boyfriend kau pun!

1 comment:

  1. kenapa sy yg bc ni resah?? wae wae wae? oh cepat smbung. ini semua salah faham. ottouke??

    ReplyDelete