Monday, May 13, 2013

Story About Us : Chapter 17

Hyeseul menguis-nguis makanan di pinggannya. Dia menyuap sedikit makanan ke mulutnya dan kemudian sisa makanan di pinggan dikuisnya lagi. Jiwon yang sedang enak menjamah makanan mengangkat kepala memerhatikan gelagat Hyeseul. Dia merenung wajah Hyeseul. Gadis itu sedang mengerutkan dahinya, seperti ada sesuatu perkara yang sedang difikirkannya.

"Hyeseul-sshi, wae anmogeo? Anmashisseoyo?," Jiwon menegur. Hyeseul pantas mengangkat kepalanya dan tersenyum.

"Aniya....mashisseoyo...," Hyeseul menggelengkan kepala dan kembali menyuap makanan ke mulutnya. Jiwon tersenyum nipis dan terus menikmati makanannya. Hyeseul merenung ke satu arah. Fikirannya melayang mengingati kejadian pagi tadi.

"Erm....Jiwon-sshi, saya nak tanya sesuatu....," Hyeseul meletakkan sudu dan garfu di dalam pinggannya.

"Mwo ga yo?," Jiwon merenung wajah Hyeseul. Hyeseul menarik nafas, bersedia untuk mengajukan soalan.

"Awak rasa kenapa ye, kalau seseorang tu....erm...maksud saya, kawan saya ni...dia tu jenis yang suka simpan rahsia, suka pendam masalah sendiri aje tak cerita kat orang....tapi tiba-tiba je dia cerita dekat saya masalah dia...," Hyeseul mula bertanya secara berlapik, padahal dirinya sendiri yang dimaksudkan. Dia sendiri yang menceritakan rahsia keluarganya kepada Siwon pagi tadi.

"Sebab dia rasa awak kawan baik dia, sebab tu dia cerita kot....," jawab Jiwon tanpa teragak-agak.

"Aniya...aniya...saya bukan kawan baik dia. Dia tu...bukan suka sangat pun dengan saya, tapi tiba-tiba je dia nak cerita....," terang Hyeseul. Dia menelan liur. Memang benar, dia bukannya baik sangat pun dengan Siwon, padahal dia pernah membenci lelaki itu sebelum ini.

"Mungkin dia rasa selesa dengan awak.....," balas Jiwon. Seulas senyuman terukir di bibir.

 "Tak mungkin lah...saya rasa tak selesa dengan dia...maksud saya dia tu yang tak selesa dengan saya....," Hyeseul membetulkan ayatnya. Jiwon mengerutkan dahinya. Soalan Hyeseul-sshi ni agak pelik dan berbelit-belit!

"Erm....boleh saya tahu kawan awak tu lelaki ke perempuan?," soal Jiwon. Hyeseul menggigit bibirnya.

"Hmmm...lelaki....," jawab Hyeseul perlahan.

"Mungkin sebab dia ada hati kat awak...jadi dia ceritalah...dia nak berkongsi dengan awak la tu. Biasalah kan, kita mesti nak berkongsi masalah, perasaan dengan orang yang kita sayang...," jawab Jiwon dengan senyuman.

Hyeseul terkedu.

-----------------------------------------------------------------------------------

Donghae mengambil tempat duduk dan membuka cermin mata hitamnya. Dia membetulkan topi yang dipakainya. Donghae memandang ke atas pentas. Hari ini merupakan comeback stage untuk lagu baru Jaejoong. Eunbyul akan muncul sebagai undangan. Kebetulan juga, kumpulan KRY juga akan membuat persembahan untuk kali yang kelima pada minggu itu. Alasan Donghae mahu menonton KRY, tetapi dalam masa yang sama dia juga ingin menonton Jaejoong, opps....bukan! Eunbyul.

Donghae tersenyum sendiri. Lampu pentas mulai malap tanda rakaman akan bermula. Para peminat Jaejoong mula melaungkan nama Jaejoong. Donghae mengorek telinganya kerana merasa bingit dengan teriakan itu. Apabila Jaejoong mula menyanyi, penonton juga turut sama menyanyi dan melaungkan fanchant. Donghae hanya duduk menunggu kemunculan Eunbyul.

Akhirnya, Eunbyul muncul ketika lagu hampir tiba ke penghujungnya. Kemunculan Eunbyul sama seperti di dalam muzik video. Eunbyul memakai T-shirt berwarna putih, berjaket merah hati dan berseluar pendek hitam. Agak seksi pada pandangan mata Donghae. Donghae mengeluh seketika apabila melihat adegan Eunbyul dan Jaejoong menari bersama dan berpelukan. Mujur hanya seketika, kemudian Eunbyul berlalu keluar dari pentas. Donghae berasa cemburu.

Donghae menuju kembali ke belakang pentas. Dia menuju ke ruang menunggu untuk kumpulan KRY. Tanpa diduga, Eunbyul tiba-tiba keluar dari sebuah bilik persalinan. Terperanjat dia apabila melihat Donghae di situ.

"Omo....sunbaenim....," Eunbyul menegur dengan wajah terkejut. Donghae tersenyum melihat gadis itu.

"Annyeong...kita jumpa lagi...," tegur Donghae. Sebaik terpandang wajah Eunbyul, dia lupa seketika tentang perasaan cemburunya sebentar tadi.

"Sunbae datang nak tengok performance KRY oppa ye?," Eunbyul menyoal. Donghae mengangkat keningnya.

"Eh, macam mana tahu ni?," soal Donghae. Ya, memang dia mahu menonton KRY, dan dalam masa yang sama mahu melihat Eunbyul.

"Saya agak aje. Dorang semua kan kawan-kawan sunbaenim....," terang Eunbyul sambil tersenyum.

"Tak sangka jumpa lagi.....," Donghae juga tersenyum.  Eunbyul tertawa perlahan.

"Sunbae....kita makan sama jom. Hari tu sunbae ajak, tak sempat nak join sekali...," pelawa Eunbyul. Donghae memandang Eunbyul dengan mata terkebil-kebil. Bagus juga tu. Baru sahaja Donghae hendak bersetuju....

"Eunbyul-ah....," panggil Jaejoong yang tiba-tiba sahaja muncul di belakang Donghae. Donghae berpaling ke belakang dan memandang Jaejoong. Ah, kacau betul mamat ni....

"Donghae-sshi...," Jaejoong menegur dan bersalaman dengan Donghae. Donghae menyambut dan juga tersenyum.

"Good job!," ucap Jaejoong kepada Eunbyul. Bahu gadis itu ditepuk perlahan. Eunbyul tersenyum suka. Donghae menggigit bibir memerhatikan gelagat mereka. Walaupun dia tahu Eunbyul dan Jaejoong memang rapat, dia tetap cemburu.

"Donghae-sshi, jom lah join kami makan....," giliran Jaejoong pula mempelawa. Donghae tersenyum nipis.

"Tak apa..korang pergi dulu. Nanti saya ikut.....," balas Donghae. Jaejoong mengangguk dan tersenyum. Dia memaut bahu Eunbyul dan mereka sama-sama berlalu dari situ. Eunbyul menoleh seketika ke arah Donghae. Kecewa dia kerana Donghae tidak menyambut pelawaan itu.

Donghae baru sahaja hendak menyertai Kyuhyun, Ryeowook dan Yesung makan bersama. Eunhyuk juga ada di situ. Yang lebih memeranjatkan Donghae, Jaejoong dan Eunbyul juga berada di situ bersama-sama kumpulan Sistar. Mereka makan bersama dengan beberapa orang staf yang lain.

"Ah, Donghae-ah. Mari duduk sini...," pelawa Eunhyuk dan dia menyuruh Donghae duduk di sebelahnya. Donghae terpinga-pinga seketika. Tempat duduk itu betul-betul berhadapan dengan Eunbyul. Eunbyul mengangkat wajah dan tersenyum ke arah Donghae, senyumannya dibalas. Eunbyul menguis makanan di dalam mangkuk. 'Donghae oppa depan aku? Macamana aku nak makan ni?' Eunbyul merapatkan kakinya sedikit tidak selesa dengan seluar pendek yang dipakainya. Jaejoong yang perasan akan kelainan Eunbyul, lantas menegur.

"Wae yo? Sejuk ke?," Jaejoong terus membuka jaket yang dipakainya dan diletakkan ke atas riba Eunbyul, menutup paha putih gebu Eunbyul yang terdedah. Donghae berpura-pura tidak melihat dan menikmati makanannya.

"Komawo oppa....," Eunbyul membetulkan jaket Jaejoong di ribanya dan menjeling sekilas ke arah Donghae di hadapannya. Lelaki itu tidak memandang.

Suasana agak riuh ketika itu. Masing-masing berbual, dari satu topik ke satu topik yang lain. Hanya Eunbyul dan Donghae yang agak diam membisu, hanya menyampuk sekali-sekala. Ada juga beberapa kali mata mereka bertatapan. Eunbyul rasa seperti hendak tercekik. Tidak sangka jadi begini apabila Donghae berhadapan dengannya.

"Oppa tak habis ni, awak makan ye...," Jaejoong meletakkan sedikit lauk di dalam mangkuk nasi Eunbyul. Eunbyul menggeleng.

"Oppa....shirheo...ambik balik lah....," Eunbyul cuba meletakkan kembali lauk telur itu ke dalam mangkuk Jaejoong, tetapi lelaki itu mengelak dan tertawa perlahan.

"Meogeo!," katanya. Eunbyul menarik muka masam. Gelagatnya diperhatikan oleh Donghae. Dia tersenyum nipis, membayangkan jika Eunbyul bersikap manja sebegitu dengannya.

"Biar oppa yang ambil yer....," Eunhyuk tiba-tiba tersengih dan mengambil lauk itu dengan chopsticknya dari mangkuk Eunbyul. Eunbyul terpinga-pinga seketika tapi dia tertawa kemudian.

"Muka tak tahu malu engkau ni....," Donghae menegur Eunhyuk.

"Dah dia tak nak, aku amik la. Kalau kau nak, kau amik la jugak...," kata Eunhyuk dan terus makan seperti biasa. Donghae memandang Eunbyul. Eunbyul juga memandang Donghae. Masing-masing melarikan pandangan mata. Eunbyul makan seperti biasa. Kemudian, dia kembali memandang Donghae dan ketika itu Eunbyul perasan Donghae sedang melihat ke arahnya. Tetapi.....Eunbyul membulatkan matanya dan dia tunduk memandang dadanya yang sedikit terdedah. Adakah mata Donghae memandang ke arah itu??

"Saya dah kenyang!," Eunbyul meletakkan mangkuknya di atas meja, agak kuat. Dia pantas membetulkan jaket yang dipakainya dan dizipkan sehingga menutupi seluruh bahagian dadanya. Matanya melirik tajam ke arah Donghae dah dia perasan lelaki itu seperti tersentak. Eunbyul menggigit bibir. Walaupun dia suka Donghae, tetapi dia tidak suka lelaki itu melihatnya begitu. Dasar lelaki. Gatal! Miang merenyam! Eunbyul rasa geram. Dia memandang sekeliling. Walaupun kumpulan Sistar itu lebih berganda seksi darinya, dia tetap berasa malu.

Eunbyul melihat Iphonenya sementara yang lain masih menikmati makanan. Seleranya mati. Dia marah kepada Donghae. Dia berasa malu.

"Eunbyul-ah, say kimchiiiiii.....," Eunhyuk tiba-tiba merapatkan badannya di sebelah Eunbyul dan cuba mengambil gambar mereka berdua. Eunbyul yang terperanjat cuba menjarakkan diri daripada Eunhyuk.

"Ah...wae? Tak sudi ambil gambar dengan oppa?," soal Eunhyuk.

"Aniya...oppa tu....buat saya terkejut...," Eunbyul memberi alasan. Eunhyuk melihat kembali gambar yang sempat ditangkapnya. Gambar itu agak lucu, seolah-olah Eunbyul melarikan diri daripada dicium Eunhyuk. Eunhyuk ketawa melihat gambar itu.

"Yang ni pun ok lah. Boleh terus update dekat twitter," kata Eunhyuk. Jaejoong hanya mendiamkan diri seperti tidak mempedulikan keadaan sekelilingnya. Donghae pula hanya menjadi pemerhati. Melebih-lebih pula Eunhyuk ni!

-----------------------------------------------------------------------------------

Setelah selesai menjamu selera, masing-masing mengucapkan terima kasih antara satu sama lain dan mula mengundurkan diri. Ucapan tahniah diberi kepada kumpulan Sistar kerana menang pada minggu itu.

"Oppa, saya balik dulu....," kata Eunbyul dan mula bersiap-siap untuk keluar.

"Eunbyul-ah, tunggu kejap....," Jaejoong berbisik kepada Eunbyul. Lengan Eunbyul dipegangnya. Eunbyul memandang Jaejoong dengan pandangan hairan tetapi dia mengangguk kemudiannya. Jaejoong menunggu semua yang ada di situ keluar dan kini hanya dia dan Eunbyul sahaja yang berada di dalam bilik itu.

"Wae-yo oppa?," soal Eunbyul. Jaejoong tersenyum dan mendekati Eunbyul. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya. Sesuatu yang disembunyikannya sejak dari tadi. Eunbyul merenung objek di tangan Jaejoong. Sebuah kotak. Jaejoong membuka dan mendekatkannya ke arah Eunbyul. Seutas rantai!

"Untuk awak...," kata Jaejoong sambil tersenyum manis. Eunbyul memandang dengan wajah melopong.

"Kenapa bagi saya?," rantai itu dan wajah Jaejoong dipandangnya berulang kali.

"Sebagai ucapan terima kasih sebab bantu oppa selama ni. Terima kasih sebab sudi datang hari ni, dan tolong oppa untuk music video hari tu....," kata-kata Jaejoong terhenti seketika. Eunbyul tersenyum lebar.

"Kenapa nak susah-susah oppa. Kita kan selama ni kawan. Oppa pun pernah tolong saya macam-macam selama ni," balas Eunbyul. Jaejoong merenung wajah Eunbyul.

"Dan ada lagi satu perkara yang oppa nak bagitahu awak....," wajah Jaejoong serius, sangat serius. Rasanya ini kali pertama Eunbyul melihat Jaejoong begitu serius dengannya.

"Mwoya oppa? Kenapa nampak serius sangat ni?," agak seram Eunbyul apabila melihat wajah yang sangat serius itu.

"Dah lama oppa nak cakap ni, tapi oppa tak tahu bila masa yang sesuai....dan oppa pun tak tahu sekarang masanya sesuai ke tidak, tapi oppa rasa oppa perlu cakap jugak....," ayat yang dituturkan Jaejoong agak tidak teratur.

"Oppa...apa ni? Oppa buat saya takut....," dahi Eunbyul berkerut. Jaejoong tersenyum nipis. Dia mengumpul kekuatan untuk memberitahu perkara yang dipendamnya selama ini kepada gadis itu.

"Oppa tau kita kawan selama ni. Hubungan kita mula-mula hoobae sunbae aje. Lepas tu dah jadi macam oppa dongsaeng....tapi sekarang ni....," Jaejoong berhenti lagi. Eunbyul berdebar menunggu ayat seterusnya.

"Oppa...oppa sayang awak Eunbyul. Oppa nak awak jadi lebih dari itu. Perasaan oppa dekat awak bukan oppa dongsaeng lagi. Tapi...perasaan tu lain. Erm...senang cakap, oppa dah jatuh hati dekat awak...Saranghae Kim Eunbyul," akhirnya Jaejoong meluahkan isi hatinya.

"Oppa....," Eunbyul kaget. Matanya bulat memerhatikan Jaejoong. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang didengarkan. Ah, benarkah lelaki di hadapannya ini menaruh hati kepadanya?

"Oppa tak tipu....," balas Jaejoong pendek. Eunbyul menggigit bibirnya. Dadanya berdegup kencang. Mindanya mula mengimbau sikap Jaejoong kepadanya selama ini. Memang benar adakalanya Jaejoong akan memanggil dia sayang, namun dia tidak begitu mempedulikannya kerana menganggap itu hanya gurauan. Kemudian dia terfikir lagi, ketika Jaejoong memberitahu dirinya yang dia mahukan tiga orang anak, apabila Jaejoong menjadi orang pertama yang membantunya jika dia di dalam kesusahan, Jaejoong yang selalu memberi semangat kepadanya dan yang paling diingatnya, kejadian apabila dia bersetuju untuk menjadi pelakon tambahan di dalam muzik videonya baru-baru ini. Jenuh Jaejoong memujuk, dan apabila dia bersetuju, lelaki itu menghadiahkan sebuah ciuman di pipinya. Jaejoong tidak pernah berbuat begitu sebelum ini!

"Oppa....," Eunbyul serba salah. Dalam hatinya sudah terpahat nama Donghae. Tidak pula dia menyangka jejaka 'hot', kacak, badan berketul di hadapannya ini ada hati padanya.

"Tapi oppa....mianhaeyo...saya....saya sukakan orang lain....," Eunbyul mengaku dengan perasaan yang teramat bersalah. Jaejoong tergamam seketika. Eunbyul perasan kelainan pada wajah itu. Eunbyul tahu Jaejoong kecewa! Dia faham sangat dengan Jaejoong!


"Oppa....jangan macam ni...saya sayang oppa. Oppa macam abang saya. Saya tak nak kita jadi jauh...," Eunbyul cuba memujuk. Tangan Jaejoong digenggam erat. Jaejoong terdiam seketika. Kemudian, dia tersenyum.

"Bertuah lelaki tu.....," balasnya pendek. Eunbyul mengeluh perlahan. Perasaan bersalah menguasai diri. Jika dia tidak jatuh hati pada Donghae, pasti jejaka di hadapan ini menjadi pilihannya. Hello....lelaki sebegini, kacak, baik hati. Mana mungkin ada wanita yang menolak! Jaejoong meraih tangan Eunbyul dan meletakkan kotak rantai itu di dalam tangan Eunbyul.

"Walau apa pun, oppa nak awak terima....sebagai ucapan terima kasih....," kata Jaejoong perlahan.

"Oppa...oppa marah ke?," teragak-agak Eunbyul bertanya. Jaejoong tersenyum dan menggeleng.

"Oppa tak paksa kalau awak tak sukakan oppa. Oppa sayangkan awak Eunbyul. Awak tak perlu terima oppa kalau awak sukakan orang lain. Itu menyeksa diri!," Jaejoong memandang Eunbyul. Eunbyul membalas pandangan itu. Matanya berkaca. Dia rasa terharu.

"Oppa....terima keputusan awak tu....," Jaejoong tersenyum nipis dan mengangguk.


"Oppa....ko...komawo..," lidah Eunbyul kelu. Hanya itu sahaja yang dapat dituturkan.

"Boleh oppa tahu siapa yang awak suka? Bagitahu oppa," soalan mendadak Jaejoong itu memeranjatkan Eunbyul. Tergagap-gagap dia seketika sehingga menyebabkan Jaejoong ketawa.

"Oppa tahu awak tak akan cerita. Nantilah suatu hari nanti oppa akan tahu jugak...," Jaejoong tersenyum dan sengaja mengusik. Eunbyul menelan liurnya. Wajahnya merah menahan malu. Terasa seperti Jaejoong dapat membaca hatinya.

"Kaja...kita balik. Mesti Chilhyun hyung dah tunggu awak...," ajak Jaejoong. Eunbyul tersenyum nipis dan mengangguk. Hatinya masih dibelenggu perasaan bersalah. Tetapi tidak ada apa yang dia boleh lakukan. Dia jatuh cinta pada lelaki lain, bukan Jaejoong.

Eunbyul berjalan sendirian apabila Jaejoong meminta diri. Fikiran Eunbyul melayang entah ke mana. Dia tunduk memandang kotak rantai di dalam genggamannya. Dia mendongak semula memandang ke hadapan dan terperanjat melihat Donghae berjalan menuju ke arahnya. Langkah Eunbyul terhenti dan dia menyembunyikan kotak rantai itu di belakang badannya.

"Awak tak balik lagi?," Donghae menyoal apabila tiba di hadapan Eunbyul.

"Erm...belum...," jawab Eunbyul gugup. Tangannya menggenggam kuat kotak rantai di belakang badannya.

"Sunbae...nak...nak pergi mana?," lambat-lambat Eunbyul bertanya.

"Oh, ada tertinggal barang dekat bilik tadi. Erm...awak okay ke? Kenapa nampak lain aje ni?," tegur Donghae. Eunbyul menggeleng dan tersenyum.

"Saya...saya okay...," balasnya pendek. Eunbyul lega. Mujur Donghae tiba selepas perbualannya bersama Jaejoong sebentar tadi dan mujur juga Donghae tiba setelah Jaejoong berlalu.

"Saya pergi dulu sunbae-nim. Annyeonghigeseyo....," Eunbyul meminta diri. Dia berjalan perlahan meninggalkan Donghae. Kotak rantai itu masih berusaha disembunyikan daripada pandangan mata Donghae.

3 comments:

  1. daebak!!!!!
    meh sini komen pepanjang.

    1. ala hyeseul ni berlapik2 pulak tny jiwon. tak sedar la tu dia suka kat siwon. tulah selama ni kutuk. skng dah jatuh hati.

    2. bermnaja2 ketika mkn dgn jaejoong? syurga ape??

    3. donghae gataaaaal!!! dasar lelaki usha dada perempuan!!! tp ok jugak jgn dia usha sistar. hahaha.

    4. ok part jaejoong confess ni.. apakah? kasihan mamat ni. selama ni dia layan eunbyul extra baik? dia pernah panggil syg? ckp specific nak 3 org anak pastu pernah kiss pipi??? ohmaigod...

    5. tak boleh ke seorang perempuan mencintai dua lelaki? ahahah dasar tamak.

    ReplyDelete
  2. nak balas satu satu! =D

    1) hyeseul malu-malu...hahaha. pastu terkedu. bleh tau la tu dah suka siwon

    2) tu belum lagi kalau kene suap ngan jaejoong...hohoho

    3) kalau dia usha sistar, mangkuk eunbyul pegang tu mmg melayang kat kepala dia...haha..gatai2~

    4) pggl syg, nak dpt anak 3. ntah2 dia pernah gurau2 ajak kawen...ah, patut masukkan dalam cite ni. jaejoong gurau ajak kawen

    5) buat skandal laaaaaa......

    ReplyDelete
  3. 1. tp awat hyeseul tu tak sedar perasaan dia?? haiyaaaaa

    2. gila kalau jaejoong suapkn?? omaigod... boleh mati kegembiraan mcm ni

    3. berani la dia usha sistar. hyorin tu dahla besau dada dia. oh tergugat.

    4. gurau ajak kawen??? omaigod... jaejoong si badan ketul kacak bergaya ajak kawen?? ni syurga plng tinggi ape? hahaha

    5. nak buat scandaaaaaaal. hahaha. dasar tamak!

    ReplyDelete