"Mwo?," bulat mata Eun Byul apabila melihat gambar-gambar Donghae ketika lelaki itu menghadiri sebuah majlis pertunjukan fesyen yang berlangsung pada malam semalam. Eun Byul cemburu melihat gambar Donghae begitu mesra bersama seorang pelakon wanita.
"Amboi...bukan main lagi!," Eun Byul mendengus marah sambil jari jemarinya kasar menekan-nekan skrin Ipad. Matanya berkerdip beberapa kali memerhatikan gambar Donghae yang kacak tersenyum.
"Hmmm...tapi hensem...," sempat lagi Eun Byul memuji.
"Ah, hensem tapi gatal nak bergambar mesra dengan perempuan tu!," Eun Byul merungut kembali apabila dia melihat pula gambar Donghae sedang berbual mesra dengan pelakon wanita tersebut. Sementara itu, Siwon yang sedang berjalan mendekati Eun Byul, mendengar rungutan perlahan gadis itu. Untuk seketika, dia hanya memerhatikan tingkah laku Eun Byul yang kasar menekan-nekan skrin Ipadnya.
"Apa yang awak marah sangat ni Eun Byul?," Siwon menegur. Eun Byul yang terperanjat pantas mendongak memandang Siwon.
"Tak ada apa!," Eun Byul cepat-cepat menutup skrin Ipadnya. Tidak mahu Siwon nampak perkara yang membuatnya menjadi marah sebegitu. Siwon memandang Eun Byul dan Ipad di tangan gadis itu berulang-ulang kali. Eun Byul hanya tersenyum-senyum.
"Eun Byul-ah, sini kejap!," Chil Hyun tiba-tiba memanggil Eun Byul. Eun Byul berpaling dan memberi reaksi kepada panggilan Chil Hyun.
"Oppa...sekejap ye. Nanti saya datang balik," Eun Byul meminta diri seketika. Eun Byul meletakkan Ipadnya di atas meja. Siwon terpinga-pinga seketika. Dia hanya memandang Ipad yang ditinggalkan Eun Byul.
"Apa yang buat dia marah sangat ni?," Siwon mula tertanya-tanya. Tangannya mula nakal mengambil Ipad tersebut. Apabila dibuka, terpampang gambar Donghae sedang bergambar mesra dengan seorang pelakon wanita. Siwon mengerutkan dahinya dan berfikir sejenak.
"Kenapa Eun Byul marah sangat? Dia suka Donghae ke?," Siwon mula membuat andaian. Minda Siwon terimbau ketika majlis di butik minggu lepas. Ketika dia, Donghae dan Eun Byul berbual bersama ketika itu. Walaupun perbualan mereka hanya seketika, namun Siwon menyedari yang Eun Byul nampak agak kekok apabila berada di hadapan Donghae.
"Setahu aku, Eun Byul ni jenis yang mesra je dengan sesiapa. Tapi dengan Donghae, kenapa nampak janggal," Siwon berfikir lagi. Akhirnya dia tersenyum sendiri.
"Oppa!," Eun Byul tiba-tiba muncul dan merampas Ipad di tangan Siwon. Eun Byul nampak kalut.
"Apa yang oppa tengok?!," Eun Byul bertanya dan melihat pada skrin Ipadnya. Eun Byul hanya menggigit bibir apabila melihat gambar Donghae terpampang di situ.
"Awak marah-marah sebab gambar ni ke tadi?," Siwon mula tersenyum-senyum. Eun Byul menggeleng-geleng sambil memeluk Ipadnya.
"Mana...mana ada...bukan sebab itu...," Eun Byul gugup. Siwon tersenyum sinis. Dia berdehem beberapa kali. Setahu Siwon, Donghae memang peminat Eun Byul. Adakah Eun Byul juga peminat Donghae? Atau lebih dari sekadar peminat?
"Saya cuma peminat Donghae je. Minat biasa-biasa je. Lagi pun tadi kebetulan saya tengah bukak berita pasal dia," Eun Byul cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya.
"Hmm...kalau peminat biasa, takkan sampai marah-marah tadi?," Siwon mula mengusik. Wajah Eun Byul sudah kemerahan. Baru sahaja Eun Byul hendak membuka mulut bagi menjawab usikan Siwon, mereka berdua sudah dipanggil kerana majlis sudah hampir bermula. Eun Byul menghembus nafas lega.
Majlis berjalan lancar pada hari itu. Selesai sahaja sesi bergambar, maka majlis pun berakhir. Sebelum pulang, Siwon bertemu Eun Byul.
"Eun Byul-ah, nanti oppa nak buat birthday party. Awak datanglah ye," jemput Siwon. Lagi dua minggu harijadinya akan tiba dan Siwon bercadang untuk mengadakan majlis harijadi dan menjemput teman-teman rapatnya.
"Hmm...ok. Tapi bila oppa? Nanti takut saya ada schedule pulak hari tu," balas Eun Byul. Hatinya sedikit lega kerana Siwon tidak membangkitkan lagi hal berkaitan Donghae.
"Nantilah oppa bagitahu. Sebenarnya tak tahu lagi nak buat bila. Tapi datang tau...orang tu pun datang juga..," Siwon tersenyum nakal.
"Orang tu? Erm...nugu?," Eun Byul mengangkat kening tidak faham.
"Dia lah..orang yang awak tengok kat Ipad awak tadi. Lee Donghae...," sengaja Siwon mendekatkan wajahnya ke telinga Eun Byul apabila menyebut nama Donghae. Eun Byul menelan liur. Dia hanya mendiamkan diri.
"Okaylah...oppa pergi dulu...annyeong..," Siwon tertawa perlahan dan meminta diri. Eun Byul masih lagi diam. Wajahnya terasa panas. Malu....
-------------------------------------------------------------------------------------
"Ah, sakit perutlah pulak...," Hyeseul mengerutkan dahi sambil memegang perutnya. Hyeseul meninggalkan kerjanya seketika dan menuju ke tandas.
Selang beberapa minit kemudian, Siwon tiba di pejabat ayahnya. Dilihatnya tempat Hyeseul kosong.
"Mana dia pergi?," Siwon melilau ke kiri dan ke kanan. Sempat dia menjenguk pantri, tetapi Hyeseul tiada di situ. Siwon menuju ke tempat Hyeseul dan dengan selamba duduk di kerusi Hyeseul. Matanya memandang meja Hyeseul yang sedikit berselerakan. Tidak ada apa yang istimewa di situ selain fail-fail dan dokumen yang bertimbun. Siwon melarikan pandangannya ke arah skrin komputer. Buntang matanya seketika apabila melihat apa yang terpapar di situ.
"Choi Siwon anti-cafe?," matanya tidak berkelip melihat skrin. Siwon menongkat dagunya di atas meja dan melihat-lihat laman web itu. Siwon hanya tersenyum sinis sahaja apabila membaca komen-komen buruk yang ditujukan padanya. Dia tidak begitu peduli kerana sudah biasa dengan perkara sebegitu. Siwon tersenyum nakal. Dia merencana sesuatu. Menggunakan akaun Hyeseul yang sudah pun di 'log in', dia menulis sesuatu di ruangan komen.
"Choi Siwon yang hensem, berkarisma...," mulutnya terkumat-kamit sambil menaip komen yang memuji dirinya sendiri. Selang beberapa saat, komen yang ditulis Siwon mendapat balasan.
Hey, Siwon's fan! Boleh blah okay dari sini!
Kau suka Siwon ke apa ni??? Sakit ke??? Sini tempat untuk anti saja, okay
Dan bermacam-macam lagi respon yang diberikan. Siwon tertawa sendiri. Sudah pasti mereka menyangka Hyeseul yang menulis komen itu.
"Siwon-sshi, apa awak buat kat tempat saya ni?!," Hyeseul menegur Siwon yang sedang asyik ketawa. Siwon terdiam seketika dan mendongak memandang wajah garang Hyeseul. Entah bila Hyeseul muncul, dia langsung tidak sedar. Hyeseul mengeluh perlahan dan menjenguk skrin komputernya.
"Omo...ottouke?," Hyeseul menggigit bibir. Dia menelan liur gugup. Sebelum ke tandas tadi, dia terlupa untuk menutup forum itu. Hyeseul serba salah. Kantoi! Memang kantoi kali ini dia dengan Choi Siwon itu. Siwon mengukirkan senyuman dan berdiri rapat di hadapan Hyeseul. Hyeseul melangkah setapak ke belakang dengan wajah tertunduk.
"Awak tak suka saya ye?," soal Siwon. Hyeseul hanya mengetap bibir dan tidak tahu hendak menjawab apa. Otaknya ligat mencari jawapan.
"Bukan..bukan macam tu...awak janganlah salah faham...," Hyeseul tergagap-gagap. Jawapan itu sungguh tidak kena. Sudah terang lagi nyata Hyeseul mengunjungi laman web anti Choi Siwon! Sudah pastilah jawapannya tidak suka. Siwon ketawa perlahan.
"Gwenchana..saya tak kisah awak tak suka saya. Tapi...awak mesti kena hukum!," kata Siwon sambil memandang wajah Hyeseul. Hyeseul semakin gugup. 'Apa dia nak buat ni? Mengadu pada bapak dia? Habislah kalau aku kena pecat!' Hyeseul mula berfikir yang bukan-bukan.
"Awak kena hukum sebab main-main waktu kerja. Cyberloafing kan satu etika yang tak bagus dalam bidang kerja awak tu. Awak nak..saya bagitahu boss ke?," Siwon sengaja mengusik. Matanya tidak lepas dari memandang wajah Hyeseul yang nampak kalut.
"Erm...mian...mianhae!," hanya perkataan itu yang keluar dari mulut Hyeseul. Tetapi hatinya mengutuk-ngutuk Siwon. 'Sajalah tu, nak ugut-ugut aku, takut-takutkan aku, mentang-mentang dia anak boss!' Namun, dalam masa yang sama, Hyeseul takut juga jika Siwon betul-betul mengadu.
"Saya nak hukum awak, kena tolong saya untuk birthday party saya nanti," Siwon tersenyum. Mendengarkan itu, Hyeseul mengerutkan dahinya.
"Mwo?," Hyeseul sedikit tidak berpuas hati. 'Ini hukuman atau arahan? Suka hati sahaja. Aku bukannya secretary dia!'
"Saya nak awak uruskan majlis tu. Cari tempat, bufet, kek, erm...semuanyalah!," sambung Siwon lagi. Hyeseul memandang Siwon dengan mata terkebil-kebil.
"Boleh kan? Komawo Hyeseul-sshi," Siwon memberikan senyuman dan menepuk kedua-dua bahu Hyeseul. Siwon berlalu sebelum sempat Hyeseul memberikan jawapan.
"Mwo??! Suka hati nak arah-arahkan aku!," Hyeseul melopong marah sambil memerhatikan langkah Siwon dengan pandangan geram.
Hyeseul hanya tertawa di hadapan skrin komputernya. Membuka forum Choi Siwon anti-cafe sudah menjadi kegemarannya. Walaupun Hyeseul jarang sekali memberikan komen di forum itu, tetapi dia suka membaca komen-komen orang lain.

kan dah kene buli.. hahahaha
ReplyDelete