Thursday, January 24, 2013

Story About Us : Chapter 9

"Boleh tak awak tolong buat kan kek untuk party tu nanti?," pinta Siwon sambil tersengih-sengih. Hyeseul mengerdipkan mata berkali-kali dengan mulut melopong.

"Awak..nak..saya...yang...buat...kek...tu? Bukan...beli?," lambat-lambat Hyeseul bertanya dengan nada geram. Siwon masih lagi tersengih sambil mengangguk-ngangguk. Lagi luas mulut Hyeseul terlopong. Melihat keadaan itu, Siwon ketawa terbahak-bahak. Hyeseul bengang.

"Yaaah!!! Choi Siwon!!!," jerit Hyeseul sekuat hati. Siwon masih lagi ketawa. Kerana geram, Hyeseul meluru mendapatkan Siwon dan mencekik-cekik leher lelaki itu.

"Yaah! Yaah! Hyeseul-sshi!!," Siwon menjerit-jerit minta dilepaskan. Dia terbatuk-batuk akibat dari cekikan itu.

"Awak boleh tak jangan nak susahkan saya lagi!! Dah la mintak dessert anggur cicah kopi!," Hyeseul menjerit lagi sambil mencubit-cubit pipi Siwon pula.

"Hyeseul-sshi...Hyeseul-sshi..noumu apa..," Siwon merayu-rayu minta dilepaskan.

"Awak ingat saya secretary awak ke? Saya secretary ayah awak okay, jadi jangan nak arahkan saya macam-macam," Hyeseul masih lagi membebel. 'Anggur cicah kopi? Kenapa rasa macam merepek sangat ni benda yang Siwon minta. Sewelnya.... atau aku mimpikah?'

Kemudian, Hyeseul terjaga dari tidur dalam keadaan terkejut. 'Oh, memang aku mimpi! Mimpi yang merepek!' Hyeseul melihat jam locengnya. Dia mengeluh seketika. Kenapa? Kenapa? Kenapa dalam banyak-banyak manusia di atas muka bumi ni dia mesti mimpikan Siwon? Kenapa tak mimpi Dennis Oh ke? Kyuhyun Super Junior ke? Jung Il Woo oppa pun bolehlah? Mimpi Siwon pulak?? Tak pasal-pasal harinya bermula dengan mood yang tidak begitu baik. Mungkin kerana bengang dan terlalu memikirkan permintaan Siwon semalam membuatkan Hyeseul bermimpi sebegitu. Hyeseul turun dari katilnya. Dia mencapai tuala dan menuju ke bilik air. Malas dia mahu memikirkan lagi permintaan Siwon itu.

Imbas kembali kejadian semalam....

"Macamana tempat ni ok kan?," soal Hyeseul sambil memandang tepat wajah Siwon. Siwon memerhatikan sekeliling dewan yang tidak begitu luas itu.

"Erm...tak ada tempat yang besar sikit ke?," Siwon seperti tidak puas hati. Hyeseul mengeluh perlahan, hanya dirinya sahaja yang dapat mendengar keluhannya sendiri.

"Siwon-sshi, tetamu awak cuma ada 50 orang je. Dewan besar macam ni sesuai la untuk tetamu sebanyak tu," jawab Hyeseul dengan penuh sabar. Siwon memandang kembali wajah Hyeseul dan mendiamkan diri seketika. Tidak lama kemudian, dia menganggukkan kepala.

"Okay lah kalau macam tu...," balas Siwon. Sebenarnya dia berpuas hati dengan lokasi yang dipilih Hyeseul, tetapi sengaja dia berpura-pura tidak setuju pada mulanya.

"Oh ya...pasal kek. Awak nak yang macam mana?," soal Hyeseul lagi dengan nada serius. Siwon menggaru kepalanya seketika. Sejujurnya dia tidak terfikir mengenai itu kerana dia menyerahkan semuanya kepada Hyeseul.

"Erm....kek strawberry dengan filling mango?," Siwon tersengih-sengih. Dia memandang wajah Hyeseul yang kelihatannya tidak berpuas hati dengan cadangannya.

"Siwon-sshi, tolonglah serius sikit..," Hyeseul hampir hilang sabar. Dia penat. Penat melayan kerenah Siwon. 'Helo...saya bukan secretary awak okeh!'

"Erm...tak boleh ke?," Siwon masih lagi mengusik. Hyeseul mengetap bibir menahan marah.

"Kita ambil kek vanilla jela ye...," akhirnya Hyeseul sendiri yang membuat keputusan. Hyeseul melangkah untuk pergi dari situ. Malas dia hendak melayan anak majikannya itu. Namun, baru beberapa langkah, Siwon memaut lengan Hyeseul. Langkah Hyeseul terhenti. Siwon berdiri di hadapan Hyeseul.

"Kenapa awak benci sangat dengan saya?," soal Siwon. Hyeseul menelan liurnya.

"Erm...Siwon-sshi, kenapa dengan awak ni....," Hyeseul mengerutkan dahinya.

"Kenapa awak serius sangat dengan saya. Sejak tadi lagi. Bukan, sejak dari dulu kita mula-mula jumpa. Tak pernah nak senyum dengan saya kan," luah Siwon. Matanya tajam menikam wajah Hyeseul. Hyeseul sedikit gugup.

"Kita di sini atas urusan kerja kan. Sebab tu saya serius," balas Hyeseul pendek. Matanya memandang wajah Siwon, tetapi hanya seketika. Dia berpaling ke arah lain.

"Oh, sebab tu awak serius? Okay, kalau macam tu..saya pun serius nak kek strawberry filling mango!," Siwon menghadiahkan sebuah senyuman kepada Hyeseul dan pantas meninggalkan kawasan itu. Melopong mulut Hyeseul apabila mendengar kata-kata Siwon itu.

"Huwaaa....Kenapa la majikan aku ada anak yang gila macam tu!!," Hyeseul merungut-rungut.

-------------------------------------------------------------------------------------

Eunbyul terbatuk-batuk kecil. Cuaca sejuk menyebabkan kesihatannya sedikit terganggu. Tetapi, kerana tuntutan kerja, Eunbyul terpaksa melupakan sakitnya seketika. Sekali lagi, Eunbyul dan Siwon ditemukan dalam sesi fotografi untuk majalah CeCi pula. Persahabatan yang terjalin baru-baru ini membuatkan mereka semakin rapat tambahan pula sering bertemu dalam pelbagai acara.

"Gwenchana? Nampak macam tak sihat je ni?," Siwon menegur penuh prihatin. Tangannya menepuk lembut bahu Eunbyul. Eunbyul tersenyum dan mengangguk.

"Selesema sikit...," jawabnya sambil mengesat hidung.

"Sejuk-sejuk macam ni kena la jaga kesihatan. Demam nanti, macamana nak pergi birthday party oppa..," usik Siwon.

"Oh, birthday party oppa...eh, mestilah kena pergi. Bila ni?," Eunbyul sedikit teruja. Hampir dia terlupa pula tentang majlis hari jadi Siwon itu.

"Erm...nantilah oppa bagi kad," balas Siwon. Siwon tersenyum seketika kerana terfikirkan Hyeseul. Sengaja dia menyerahkan segala urusan majlis harijadinya kepada setiausaha bapanya itu. Walaupun ada ketikanya dia merasa bersalah kerana menyusahkan Hyeseul, tetapi hanya dengan cara begitu dia dapat mendekati gadis itu. Eunbyul tiba-tiba terbersin pula. Siwon hanya tersenyum dan membuka kot yang dipakainya, lalu disarungkan kepada Eunbyul.

"Komawo oppa...," Eunbyul mengucapkan terima kasih dan tersenyum. Dress berwarna peach separa lutut dan tanpa lengan yang dipakainya pada hari itu agak nipis membuatkan dia sedikit kesejukan. Eunbyul membetul-betulkan kot yang dipakaikan Siwon tadi agar lebih selesa.

"Oppa tak sejuk ke?," soal Eunbyul. Siwon menggelengkan kepalanya. Dia berpeluk tubuh dan tersenyum kepada Eunbyul. Terserlah kekacakannya walau hanya memakai seluar jeans dan kemeja biru yang hanya dibutang sehingga ke bahagian dada.

"Omo...Choi Siwon-sshi nampak kacak hari ini," tegur wartawan yang akan menemuramah mereka. Siwon hanya tertawa kecil dan mengucapkan terima kasih.

"Erm...Siwon oppa ni memang hensem. Patutlah ramai kawan-kawan saya ni minat dia," Eunbyul juga tertawa dan memandang sekilas ke arah Siwon. Kata-kata Eunbyul disambut dengan sebuah tawa daripada wartawan itu.

"Eunbyul-sshi dan Siwon-sshi sekarang nampak macam rapat sejak jadi jurucakap untuk Samsung. Erm..ada apa-apa yang special ke pada hubungan korang ni?," soalan yang diajukan itu membuatkan Eunbyul dan Siwon masing-masing hanya tersenyum.

"Aniyo...kami memang rapat tapi hubungan setakat oppa dongsaeng je. Tak lebih dari itu," balas Eunbyul dan Siwon mengangguk mengiyakan jawapan Eunbyul.

"Hmmm...iyakah? Kalau macam tu, Siwon-sshi ada tak macam ciri-ciri lelaki idaman Eunbyul-sshi?," soal wartawan itu lagi. Eunbyul tersengih dan memandang Siwon. Siwon hanya menangkat kening dan bahunya sebagai reaksi.

"Erm...adalah juga, Siwon oppa baik, gentleman, hensem tapi mata dia besar sangat...saya lebih suka lelaki yang mata cantik, menggoda dan buat hati saya jadi tenang," dengan lancarnya Eunbyul menjawab.

"Mwo? Mata oppa ni tak cukup menggoda ke?," soal Siwon sambil menuding jari kepada dirinya sendiri.

"Ne!," jawab Eunbyul dengan pantasnya. Gelagat mereka itu sudah cukup menjadi bukti kepada hubungan baik mereka berdua.

"Macamana pula dengan Siwon-sshi? Eunbyul-sshi ni ada ciri-ciri wanita idaman Siwon-sshi kah?," soalan yang sama diajukan kepada Siwon pula.

"Aniyo...," jawab Siwon selamba sambil membetulkan duduknya. Eunbyul melopong mendengar jawapan mudah dari Siwon dan pantas menepuk lengan lelaki itu. Siwon hanya tertawa.

"Gurau je...mestilah saya nak yang cantik, baik macam Eunbyul...dan lagi....," Siwon mendiamkan diri seketika. Dia tunduk dan tersenyum kecil.

"Rambut panjang, lurus. Mata yang besar, cantik. Erm...tak banyak cakap, nampak misteri...," Siwon terdiam lagi. Dia berhenti menjawab dan mula menyedari apa yang dikatakannya itu sebenarnya ditujukan kepada Hyeseul.

"Siwon-sshi dah jumpa ke wanita yang macam tu?," soalan yang diajukan itu membuatkan Siwon terkedu seketika.

"Belum....," jawab Siwon cuba menyembunyikan kenyataan sebenar. Eunbyul terkebil-kebil apabila mendengar jawapan Siwon. Dirasakan seperti jawapan Siwon itu ditujukan kepada seseorang.

----------------------------------------------------------------------------------

Selesai ditemuramah, Siwon dan Eunbyul bersedia untuk sesi fotografi pula. Eunbyul baru lepas mendapat panggilan daripada Myungsoo. Dia merenung seketika Iphonenya yang terpapar gambar Donghae. Sengaja gambar itu digunakan sebagai wallpaper. Eunbyul tersenyum sendiri, langsung dia tidak menyedari kehadiran Siwon di belakangnya.

"Itu kan lelaki idaman awak? Erm...yang mata menggoda...," Siwon sengaja mengusik. Eunbyul tersentak dan berpaling ke belakang. Matanya bulat memandang Siwon yang sedang tersengih.

"Oppa..aniyo...," Eunbyul cuba menafikan, tetapi Siwon masih tetap tersengih.

"Erm...anggap aje oppa tak nampak apa-apa. Oppa cuma nak ambil kot oppa ni je...," Siwon mengambil kotnya yang digantung di kerusi yang diduduki Eunbyul tadi dan masih tersenyum memandang Eunbyul. Eunbyul terasa wajahnya panas kerana malu. Dia sedikit kalut. Oh, kenapalah sudah kantoi dua kali?

Sesi fotografi kemudiannya berjalan lancar walaupun Eunbyul agak malu untuk berhadapan dengan Siwon. Mujur sahaja Siwon tidak membangkitkan lagi soal gambar Donghae tadi. Siwon dan Eunbyul kelihatan selesa dan tidak nampak kekok. Apa sahaja arahan jurukamera, semuanya dituruti oleh mereka berdua tanpa ada bantahan. Walaupun Eunbyul tidak sihat dan wajahnya nampak sedikit pucat, namun dia berjaya menyembunyikannya dengan senyuman. Selesai sesi fotografi, Siwon meminta diri seketika untuk membuat panggilan. Ingin menghubungi Hyeseul sebenarnya. Siwon merenung skrin Iphone yang dihiasi dengan wajah Hyeseul, gambar yang diambilnya secara curi-curi. Dia teragak-agak untuk menghubungi gadis itu. Terasa sedikit bersalah dengan Hyeseul kerana kejadian semalam. Siwon mengeluh seketika.

"Oppa!," tiba-tiba sahaja Eunbyul muncul dan menyergah Siwon, sengaja dia mahu mengusik. Siwon tersentak seketika dan memandang Eunbyul. Eunbyul pula sempat menjenguk skrin Iphone Siwon, dan ternampak gambar Hyeseul di situ.

"Oppa...gambar siapa tu?," Eunbyul mula teruja ingin tahu. Rasanya dia tidak pernah melihat gadis di dalam gambar itu.

"Erm...gambar...Jiwon...Jiwon adik oppa tu...," Siwon bohong. Pantas dia menyembunyikan Iphonenya dari pandangan Eunbyul. Eunbyul mengerutkan dahinya seketika.

"Yeke? Rasanya macam bukan Jiwon je...," Eunbyul sedikit hairan. Dia pernah berjumpa Jiwon, dan seingatnya wajah Jiwon memang berbeza dari apa yang dilihatnya tadi.

"Oooo...wanita idaman oppa kah? Hmmm...dah jumpa sebenarnya kan. Tapi tadi cakap belum jumpa lagi...," Eunbyul mengusik sambil tersenyum.

"Eh, mana ada...betullah tu gambar Jiwon...," bermati-matian Siwon menafikannya. Eunbyul tersenyum nakal dan hatinya tertanya-tanya siapakah gadis itu. Walaupun hanya sekilas melihat gambar itu, tetapi dia yakin, yang itu sememangnya bukan Jiwon. Eunbyul menjeling ke arah Siwon dengan ekor matanya. Siwon kelihatan agak kalut.

No comments:

Post a Comment