Saturday, December 22, 2012

Story About Us : Chapter 7

Choi Siwon pulang dalam keadaan hampa. Siwon menghempaskan badannya ke atas sofa. Beg kertas berisi pakaian untuk Hye Seul tadi dicampaknya ke tepi, dan jatuh ke atas lantai. Dia hanya membiarkan sahaja tanpa ada niat untuk mengutip kembali pakaian tersebut. 'Kenapa aku rasa begini?'. Mindanya kembali berputar pada kejadian sebentar tadi. Hye Seul yang mesra dan manja sedang memaut erat lengan lelaki lain. Siwon mengaku, dia cemburu. 'Cemburu? Eh, takkan cepat benar aku suka pada dia?'. Siwon bangun dari sofa dan melangkah ke dapur. Dicapainya sebotol air mineral dan meneguknya rakus.

"Haish.....," sebuah keluhan kuat terluah dari mulut Siwon. Donghae yang ketika itu baru keluar dari bilik air memandang ke arah Siwon dengan pandangan hairan.

"Kau ni kenapa? Dari dekat majlis tadi, aku dengar kau mengeluh. Sekarang mengeluh lagi?," tegur Donghae. Matanya melirik pada Siwon yang ketika itu sudah kembali melangkah ke ruang tamu.

"Tu...baju untuk siapa pulak?," Donghae menyoal lagi apabila terlihat sehelai gaun berselerakan di atas lantai.

"Tak ada siapalah," Siwon menjawab malas dan menghenyakkan tubuhnya ke sofa. Wajahnya masih berkerut. Donghae mengambil tempat di hadapan Siwon.

"Haish...," giliran Donghae pula mengeluh. Siwon mengangkat kening dan memandang tajam wajah sahabatnya itu.

"Yang kau pulak ni kenapa nampak macam bad mood?," giliran Siwon pula bertanya. Donghae mengeluh lagi dan mencapai alat kawalan jauh televisyen.

"Tak ada apalah...," Donghae menjawab dan tangannya pantas menekan punat alat kawalan jauh, mencari siaran televisyen yang menarik untuk ditonton. Tetapi malangnya, tiada satu pun siaran menarik baginya.
Siwon malas hendak bertanya lagi. Mungkin Donghae ada masalah dengan kerjanya. Lagi pun ini bukan kali pertama dia melihat kelakuan Donghae yang sebegitu, sudah beribu-ribu kali rasanya. Siwon bangun dan berdiri tegak di situ. Dia mengambil gaun yang sudah jatuh tadi dan memasukkan kembali ke dalam beg plastik dengan kasar. Donghae hanya menjeling dan dia merengus kasar. Televisyen dimatikan. Mindanya kembali berputar mengingati suasana di majlis perasmian siang tadi. Terbayang-bayang wajah Eun Byul yang sedang mesra berbual bersama beberapa rakan artis lelaki lain. Donghae jadi geram.

"Kenapa dengan aku dia tak mesra macam tu?," Donghae mula merungut-rungut.

"Dengan Siwon pun okay je dia borak-borak, apsal dengan aku tak?! Apa kurang aku ni? Nak kata tak hensem, dah cukup hensem. Badan aku tak cukup sasa ke?," Donghae masih lagi membebel.


"Weyh, Donghae!," secara tiba-tiba Siwon menegur Donghae. Donghae sedikit terperanjat. Dia berpaling dengan wajah berkerut.

"Wae?!," nada suara Donghae kedengaran agak garang, gara-gara terkejut kerana disergah Siwon sebentar tadi.

"Nampak kot aku? Yang warna coklat yang aku selalu pakai tu?," soal Siwon dengan dahi berkerut.

"Laah...mana aku tahu!," Donghae menjawab garang. Siwon merungut marah-marah dan kembali semula ke biliknya. Oh, nampaknya 'mood' masing-masing memang tidak baik pada malam itu.

"Rambut aku buruk ngat ke?," Donghae menyambung kembali rungutannya. Dia mencapai Iphone dan mencari di carian Google, 'Top5 hair style perempuan suka'.

-----------------------------------------------------------------------------------

"ARGHH!!!!!!," Eun Byul menekup muka dengan bantalnya dan menjerit sekuat hati. Dia mendongak seketika. Habis kusut masai rambutnya.

"Pabo! Pabo!," Eun Byul berguling-guling di atas katilnya. Dihentak-hentak kepalanya beberapa kali di atas bantal. Tanpa diduga, kepalanya terhantuk pada birai katil.

"Auch!," wajah Eun Byul berkerut menahan kesakitan. Dia menggosok-gosok dahinya berulang-ulang kali. Eun Byul membuka mata dan memandang gambar Donghae yang memang sudah sedia terletak di atas mejanya. Sengaja diletakkan gambar itu di situ, untuk sumber inspirasi katanya. Eun Byul bangun dan menuju ke meja. Dia menatap gambar Donghae.

"Kenapa sekarang saya boleh renung oppa, tapi kat majlis tadi, saya tak boleh nak tenung oppa?," Eun Byul mula berbicara dengan gambar itu. Eun Byul memandang lama gambar itu. Donghae sedang tersenyum padanya.

"Oppa....," Eun Byul memanggil. Gambar kaku Donghae itu masih tersenyum padanya. Eun Byul mencebik.

"Kenapa saya panggil oppa sunbae-nim tadi? Kenapa saya tak panggil oppa....oppa? Argh!! Pabo!," Eun Byul mengutuk dirinya sendiri.
Myung Soo hanya ketawa mengekeh sambil mengintai gelagat kakaknya di muka pintu. Suara tawanya yang semakin kuat akhirnya disedari Eun Byul. Eun Byul berpaling ke muka pintu dan merenung Myung Soo yang sedang asyik mentertawakannya.

"Mwoya??," wajah Eun Byul mula merah padam. Malu juga rasanya apabila gelagat gilanya itu diperhatikan orang. Mujur sahaja Myung Soo, jika ibu atau bapanya, pasti bertambah rasa malu.

"Cakap dengan gambar, sampai bila-bila pun tak akan menjadi," komen Myung Soo. Matanya melirik ke arah Eun Byul dengan sebuah senyuman nipis. Eun Byul menjadi semakin malu.

"Yaaah!! Na-ka!!," Eun Byul bangun dan menolak Myung Soo keluar. Eun Byul menutup pintu namun dia masih dapat mendengar sisa tawa Myung Soo.

"Oppa....Myung Soo jahat....," Eun Byul mengadu sambil merenung gambar Donghae. Seperti selalu, gambar kaku itu tetap tersenyum padanya.

-----------------------------------------------------------------------------------

Dong Wook hanya memerhatikan adiknya yang sedang makan dengan lahap. Mungkin penat setelah dibawa bersiar-siar di sekitar Seoul pada petang tadi.

"Hye Seul-ah, apa ni?," Dong Wook menghulurkan sekeping kad pada Hye Seul. Dia terjumpa kad itu di dalam kereta ketika dia mengambil barang sebentar tadi. Hye Seul memandang kad jemputan itu dengan mata terkebil-kebil.

"Oh, tu kad jemputan perasmian butik wife boss saya tu. Mana oppa dapat ni? Tercicir dalam kereta oppa ke?," Hye Seul bertanya dengan wajah selamba.

"Wife boss awak? Eomma Choi Siwon?," Dong Wook nampak sedikit teruja. Hye Seul mengangguk-ngangguk.

"Kenapa tak pergi? Mesti banyak artis popular kan kat sana," sedikit melopong mulut Dong Wook.

"Saya banyak kerja tadi. Lagi pun malaslah nak menghadap muka Choi Siwon tu," Hye Seul mencebik sambil meluahkan kebencian pada anak majikannya itu. Dong Wook hanya diam sambil memerhatikan adiknya. Kaum lelaki pun ramai yang kagum dengan karisma dan kekacakan yang dimiliki Siwon, tetapi adiknya yang perempuan itu boleh pula benci pada lelaki itu. Sungguh hairan!

"Tapi kan Hye Seul...masa oppa jemput awak kat office tadi, oppa rasa macam...macam nampak Siwon lah..," kata Dong Wook sambil mengerutkan dahinya, berfikir sejenak. Rasa seperti dia melihat Siwon sedang duduk di dalam keretanya, tetapi dia tidak sempat untuk melihat kali kedua kerana sedang memandu ketika itu.

"Siwon? Mustahillah! Mesti dia ada kat majlis tu. Mata oppa ni dah cacat kot," Hye Seul mengutuk abangnya. Telinganya sudah penat mendengar nama Siwon. Sudahlah di pejabat, pekerja-pekerja di sana selalu berbicara mengenai Choi Siwon, maklum sahaja..anak boss!

"Oppa! Rumah oppa ni cantik. Saya nak duduk sini tak boleh ke? Bukan ke ada bilik kosong lagi satu?," Hye Seul sengaja mengubah topik.

"Andwae!," Dong Wook dengan pantas membantah.

"Wae andwae? Saya nak duduk sini..bosanlah duduk sorang, dah la saya tak ada kawan..," Hye Seul merungut. Dong Wook hanya diam dan menggaru kepalanya.

"Mana boleh. Oppa tinggal dengan kawan, lelaki pula tu," balas Dong Wook. Tidak lama kemudian, rakan serumah Dong Wook pulang. Sebaik sahaja melangkah ke dalam rumah, lelaki yang bernama Jung Il Woo itu terpandang wajah Hye Seul. Mata mereka bertentangan. Il Woo tersenyum melebar.

"Annyeong...," dia menegur Hye Seul dengan mesranya. Hye Seul hanya tersenyum.

"Hyung....nugu?," Il Woo mengangkat kening dan mula bertanya kepada Dong Wook. Dong Wook hanya menjeling.

"Ni la adik aku, Hye Seul. Hye Seul-ah, ni housemate oppa, Jung Il Woo," Dong Wook memperkenalkan Il Woo kepada adiknya. Mereka berjabat tangan. Il Woo merenung wajah Hye Seul sambil tersenyum. Hye Seul mula berasa malu apabila tangannya masih berada dalam genggaman Il Woo. Dong Wook berdehem dan barulah genggaman itu dilepaskan Il Woo. Il Woo dan Hye Seul masing-masing tersenyum janggal. Il Woo mengambil alat kawalan jauh dan membuka televisyen. Sebaik sahaja televisyen terpasang, terpapar wajah Siwon.

"Haish!," Hye Seul mendengus kuat. Il Woo pantas berpaling melihat Hye Seul.

"Wae yo?," dia menyoal. Hye Seul hanya tersenyum malu-malu. Kuat sangatkah rungutannya tadi?

"Dia tak suka Choi Siwon," Dong Wook menjawab bagi pihak Hye Seul.

"Jjinjja? Wae? Ramai yang suka Siwon, tapi kenapa awak tak suka pula?," Il Woo menyoal siasat.

"Erm...tak sukalah dia tu...sombong, berlagak...tak suka lelaki macam tu...," komen Hye Seul.

"Jangan benci-benci sangat. Nanti lama-lama jadi suka baru tau," Il Woo sengaja mengusik sambil tersenyum nakal.

"Ah, shirheo! Tolong ah!," Hye Seul menunjukkan wajah kurang senang.

"Habis tu suka lelaki yang macam mana? Macam...Il Woo oppa ke?," Il Woo mula menggatal dan mengusik Hye Seul. Hye Seul tertawa perlahan.

"Erm...boleh juga...," balas Hye Seul dengan selambanya. Dong Wook mendengus perlahan. Tiba-tiba, telefon bimbit Il Woo berdering. Pantas Il Woo melihat skrin.

"Haish! Kenapa dia ni duk telefon-telefon lagi?," Il Woo merungut-rungut.

"Nugu? Awek lama kau dulu tu ke?," soal Dong Wook sambil tersenyum sinis. Il Woo menggaru-garu kepalanya dan berlalu dari situ hendak menjawab panggilan. Hye Seul memandang abangnya.

"Playboy dia tu. Ganti awek macam ganti seluar dalam. Sebab tu oppa tak bagi awak tinggal sini, nanti kena kacau dengan dia. Awak tu, jangan nak gatal menggedik dengan dia," Dong Wook memberi amaran.

"Oh, muka dah hensem, tapi playboy la pulak...," komen Hye Seul dan dia tertawa.

1 comment:

  1. Jung Il Wooooooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!
    kyaaaaaaa~~~~~~~~~~~~

    ReplyDelete