Monday, December 10, 2012

Story About Us : Chapter 6

Hari ini tibalah hari perasmian bagi pembukaan butik Choi Samonim. Choi Hwijangnim sudah bersiap-siap untuk menghadiri majlis itu sebagai tanda memberi sokongan kepada isterinya. Sebaik sahaja keluar dari pejabatnya, Choi Hwijangnim menegur setiausahanya yang masih tekun dengan kerjanya.

"Hye Seul-sshi, awak tak nak pergi ke?," Hye Seul pantas berdiri dan tersenyum memandang majikannya. Dia menggelengkan kepalanya.

"Saya tak pergi rasanya. Ada banyak kerja lagi ni," Hye Seul mengalihkan pandangan pada mejanya yang dipenuhi dengan segala fail dan dokumen. Choi Hwijangnim tertawa perlahan.

"Ok lah kalau macam tu. Saya pergi sendiri. Nanti awak dah siap kerja awak balik sajalah sebab saya dah tak masuk office lagi. Awak jangan balik lewat sangat pulak," pesan Choi Hwijangnim penuh prihatin.

"Ne, hwijangnim...," Hye Seul mengangguk dan tersenyum memandang majikannya. Choi Hwijangnim berlalu dari situ dan Hye Seul hanya memandang sehingga majikannya itu hilang dari pandangan. Hye Seul menyambung kembali kerjanya yang bertimbun. Bosan dengan kerjanya, Hye Seul mengambil Iphone dan menghantar sms kepada Dong Wook oppa.

Oppa! Pugoshippeo! Jom dating petang ni ^_^

------------------------------------------------------------------------------------------

Choi Hwijangnim sudah tiba di butik isterinya. Tetamu sudah semakin ramai dan masing-masing mengucapkan tahniah di atas pembukaan butik itu. Choi Siwon dan Lee Donghae masing-masing sedang berbual ditemani Jiwon dan Choi Samonim. Choi Hwijangnim menuju ke arah mereka. Siwon meliarkan pandangannya ke sekeliling seperti sedang mencari seseorang.

"Mana Hye Seul-sshi?," soal Choi Samonim kepada suaminya.

"Dia tak datang. Dia kata nak siapkan kerja," balas Choi Hwijangnim.

"Alah, ruginya. Padahal dia dah banyak tolong macam-macam persiapan," kata Choi Samonim sedikit kesal. Siwon yang mendengar tanpa sedar melepaskan sebuah keluhan perlahan. Dan keluhan itu didengari Donghae.

"Kau kenapa?," soal Donghae apabila perasan ada kelainan pada riak wajah Siwon. Siwon hanya menjawab dengan sebuah gelengan. Dia teringatkan pakaian yang sudah dibelikan kepada Hye Seul beberapa hari lepas. Cadangnya, dia ingin memberikan baju itu kepada Hye Seul hari ini, malangnya gadis itu tak datang pula. Donghae hanya mengangkat kening sebagai reaksi kepada gelengan Siwon sebentar tadi. Dia meliarkan pandangan pada orang ramai di sekitar butik dan tiba-tiba pandangan matanya terhenti pada wajah seseorang. Donghae tersenyum. Matanya asyik memerhatikan Kim Eun Byul yang sedang rancak berbual dengan entah siapa. Hatinya tiba-tiba berasa gembira dengan kehadiran Eun Byul di majlis itu.

"Kau tengok apa?," teguran Siwon mengejutkan Donghae. Pantas dia mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Oh, Eun Byul dah sampai," Siwon mula menyedari kehadiran Eun Byul. Kemudian, Donghae memandang semula ke arah Eun Byul dan tanpa disangka, Eun Byul mengalihkan pandangan ke arah mereka berdua. Eun Byul dan Donghae bertemu pandang. Masing-masing merasa gugup dan kegugupan itu cuba disembunyikan dengan masing-masing memberikan sebuah senyuman. Siwon melambai ke arah Eun Byul dan Eun Byul menuju ke arah mereka berdua.

"Annyeonghaseyo oppa...," Eun Byul menegur Siwon. Kemudian, Eun Byul memandang pula ke arah Donghae.

"Erm...annyeonghaseyo...sunbae-nim...," Eun Byul menegur Donghae pula. Dia sedikit gugup. Donghae memandang Eun Byul dan mengangguk dengan sebuah senyuman nipis.

"Bila awak sampai? Oppa tak perasan pun," soal Siwon. Donghae masih mencuri pandang ke arah Eun Byul. Dalam hatinya memuji kecantikan Eun Byul.

"Baru je...," balas Eun Byul pendek. Eun Byul mengerling seketika ke arah Donghae. Jantungnya berdegup tak menentu.

"Awak nak minum? Oppa ambilkan air untuk awak ye," tanpa menunggu jawapan dari Eun Byul, Siwon terus berlalu meninggalkan Eun Byul dan Donghae berdua di situ. Keadaan menjadi janggal seketika di antara mereka berdua. Masing-masing tidak tahu apa hendak dibualkan. Donghae yang sedikit gugup hanya memandang Eun Byul.

"Dah lama tak jumpa dengan Eun Byul-sshi," Donghae memulakan perbualan. Eun Byul memandang kembali Donghae dan tersenyum mesra.

"Erm...yelah. Dah lama rasanya tak nampak sunbae-nim..," balas Eun Byul dan cuba untuk menjadi lebih mesra tetapi nada suaranya tetap kedengaran agak janggal.

"Masa dulu saya jumpa awak nampak mentah lagi, masih budak-budak, sekarang dah dewasa..dan...makin cantik...," Donghae memuji. Eun Byul tergamam seketika.

"Erm...komawoyo sunbae-nim...," Eun Byul tertawa kecil. Dia suka apabila dipuji begitu, tetapi dalam masa yang sama dia juga berasa malu. Keadaan kembali menjadi janggal. 'Come on Eun Byul! Kenapa kau jadi penyenyap tiba-tiba. Orang yang kau suka ada depan mata. Fikir, fikir nak sembang apa...' Eun Byul bermonolog sendirian.

"Ramai kan tetamu yang datang..," sekali lagi Donghae bersuara.

"Erm..aah ramai...," Eun Byul membalas pendek sambil memerhatikan sekeliling. Eun Byul menggigit bibir. 'Pabo Kim Eun Byul!'. Dia mengutuk dirinya sendiri. Eun Byul memikirkan topik yang sesuai untuk dibualkan dengan Donghae tetapi dalam masa yang sama, Siwon kembali muncul dengan segelas air.

"Nah...air untuk awak...," Eun Byul menyambut gelas minuman yang dihulurkan Siwon. Eun Byul kembali memandang Donghae dan tiba-tiba telefon bimbit Donghae berbunyi. Donghae meminta diri seketika untuk menjawab panggilan.

"Awak ok ke Eun Byul? Kenapa nampak macam tak sihat je?," tegur Siwon apabila melihat kelainan pada wajah Eun Byul. Eun Byul meraba pipinya yang terasa panas.

"Eh, tak ada apa..nan gwenchana..," balas Eun Byul, masih cuba menyembunyikan kegugupannya. Adakah dia jadi begitu kerana Donghae?

"Betul ni tak apa-apa?," sekali lagi Siwon bertanya dan Eun Byul mengangguk, sebagai isyarat memberitahu bahawa dia tiada apa-apa.

"Eun Byul-ah, oppa nak kena pergi layan tetamu ni. Karang kita sembang-sembang lagi," Siwon pula meminta diri.

"Oh, okay...okay...gwenchana...," balas Eun Byul. Apabila Siwon berlalu, Eun Byul menuju ke arah beberapa orang rakan artis dan berbual dengan mereka. Sementara itu, Donghae pula baru selesai menjawab panggilan telefon. Dalam keriuhan orang ramai, dia ternampak Eun Byul sedang berbual mesra dengan seorang artis lelaki, Choi Seung Hyun. Donghae hanya memandang dan melihat Eun Byul dengan mesra berbual dengan lelaki itu.

"Kenapa dia tak mesra macam tu masa sembang dengan aku tadi?," Donghae menyoal dirinya sendiri. Matanya masih lagi tidak lepas memerhatikan Eun Byul. Telinganya menangkap sayup-sayup suara Eun Byul yang sedang berbual, dia mendengar Eun Byul memanggil Choi Seung Hyun dengan panggilan oppa. 'Oppa? Hmmm...dengan aku duk panggil sunbae-nim aje.' Donghae merungut di dalam hati. Tiba-tiba sahaja hatinya merasa terbakar. Perasaan marah muncul secara tiba-tiba. Tapi, dia sendiri tak tahu kenapa dia harus rasa begitu.

-----------------------------------------------------------------------------------

Siwon dalam perjalanan pulang dari butik ibunya. Perasaannya berbelah bahagi. 'Nak pergi jumpa dia ke tidak ni?.' Siwon memandang beg kertas berisi pakaian yang diletakkan di tempat duduk di sebelahnya.

"Alah...pergi jumpa dia, bagi baju dan minta maaf saja cukuplah. Bukannya aku buat salah pun...," Siwon membebel-bebel sendirian dan memandu menghala ke tempat kerja Hye Seul. Apabila dia sampai, Siwon memberhentikan keretanya di tempat meletak kenderaan dan duduk diam seketika di dalam keretanya sambil memikirkan sesuatu. Dia bertanya kepada dirinya sendiri tentang tindakannya itu.

"Kenapa sampai aku nak bagi baju kat dia? Minta maaf je bukan ke dah cukup...," Siwon bersandar dan masih lagi berfikir.

"Kalau buat-buat lupa je tak boleh ke? Aku kan artis, banyak jumpa dengan orang. Masa kat airport hari tu kan ramai orang. Mesti dia fikir yang aku tak ingat pun dia," Siwon masih lagi membebel pada dirinya sendiri. Siwon mengeluh perlahan dan menggaru kepalanya walaupun tidak terasa gatal. Sedang dia asyik berperang dengan perasaannya, ketika inilah dia ternampak satu pasangan sedang berjalan seiringan dengan mesranya dan lalu di hadapan keretanya.

"Hye Seul-sshi?," Siwon memerhatikan gelagat pasangan itu dengan mulut melopong.


Hye Seul sedang memaut mesra lengan seorang lelaki dan mereka sedang berbual serta ketawa riang. Siwon menelan liurnya dan matanya masih mengekori pasangan itu yang sudah pun menuju masuk ke sebuah kereta. Hatinya terasa sakit tiba-tiba.

"Eh, kenapa dengan aku ni?," Siwon menyoal dirinya sendiri. Dia keliru dengan perasaannya.

No comments:

Post a Comment