"Macamana dengan adik awak?," Siwon bertanya apabila tiba-tiba dia teringatkan tentang adik lelaki Eun Byul.
"Hmmm...macam tulah. Nanti-nanti mesti dia buat nakal lagi," rungut Eun Byul. Janji Myung Soo yang nakal itu memang tidak boleh dipercayai.
"Kalau dia buat masalah lagi, bolehlah oppa tolong nanti," Siwon sekadar bergurau. Dia tersengih. Manakala Eun Byul pula tersenyum nipis.
"Ah, segan lah dengan oppa. Myung Soo ni suka sangat buat hal....," Eun Byul merungut lagi dengan nada perlahan. Siwon tertawa kecil.
"Alah, biasalah budak sekolah. Nakal-nakal macam tu je," kata Siwon.
"Oh ya...oppa nak bagi ni. Nanti jemputlah datang tau," Siwon menyerahkan kad jemputan majlis perasmian butik ibunya kepada Eun Byul. Eun Byul menyambut dan membelek-belek seketika.
"Komawoyo oppa! Saya mesti datang...tapi kenapa jemput saya? Ni kan majlis omma oppa? Segan pulak rasanya.....," Eun Byul sedikit kehairanan.
"Saja....dia peminat awak. Adik oppa pun...," beritahu Siwon. Eun Byul tersenyum suka dan berasa teruja secara tiba-tiba.
"Oppa, siapa lagi yang oppa jemput?," tanya Eun Byul dan tidak sabar menunggu jawapan dari Siwon.
"Erm...ada lagi la beberapa orang, termasuk housemate oppa," jawab Siwon dan mendengarkan jawapan itu, senyuman Eun Byul semakin melebar. Ini bermakna, Donghae juga akan menghadiri majlis itu.
"Kalau macam tu, saya nak pergi cari baju baru lah!," kata Eun Byul penuh semangat. Siwon mengerutkan dahi apabila melihat telatah Eun Byul.
"Hmmm....cari baju? Semangat nampaknya...," teguran Siwon membuatkan Eun Byul terdiam. Mujur sahaja dia tidak terlepas cakap sebab musabab dia hendak membeli baju baru.
"Hehehehe...saja....," jawab Eun Byul sambil tersengih. Siwon mengerdipkan matanya beberapa kali. Baju baru? Siwon mula teringatkan sesuatu.
"Ok lah..Eun Byul. Oppa kena pergi. Jumpa lagi nanti," Siwon meminta diri dan bergegas pergi.
"Ok oppa....Hmm...kelam kabut nampaknya," Eun Byul hanya memerhatikan Siwon. Dalam masa yang sama, Chil Hyun mendekati Eun Byul.
"Eun Byul-ah, kaja...," Chil Hyun mengajak Eun Byul pulang. Eun Byul dengan spontan memeluk lengan Chil Hyun.
"Nantilah oppa...saya nak shopping baju baru," kata Eun Byul dengan manjanya. Chil Hyun memandang wajah Eun Byul dengan pandangan pelik.
"Baju baru?," dia bertanya kehairanan. Eun Byul tidak menjawab dan terus tersengih sambil menarik tangan Chil Hyun.
"Yaaah....Eun Byul-ah," Chil Hyun terpaksa mengikut langkah Eun Byul. Mata Eun Byul melilau mencari kedai pakaian di sekitar pusat membeli belah itu. Apabila terjumpa kedai pilihannya, mulalah kakinya melangkah laju. Chil Hyun menggaru-garu kepala melihat telatah pelik Eun Byul.
"Mana yang cantik ye..," Eun Byul bermonolog sendirian sambil membelek-belek baju di rak pakaian.
"Eun Byul-ah, awak ni kenapa tiba-tiba nak cari baju ni? Tak faham betullah oppa...," Chil Hyun masih lagi kehairanan. Eun Byul memandang Chil Hyun dan tersengih. Dia mengeluarkan kad jemputan yang dihulurkan Siwon tadi lalu diberikan kepada Chil Hyun.
"Sebab majlis ni? Kan awak dah ada banyak baju," kata Chil Hyun sebaik sahaja kad jemputan itu habis dibeleknya. Eun Byul melirik ke kiri dan kanan, lalu dia merapati Chil Hyun.
"Sebab Donghae pun datang....," bisik Eun Byul dengan senyuman yang sangat melebar. Mulut Chil Hyun melopong apabila mendengar alasan Eun Byul itu. Chil Hyun tersenyum kecil dan menggelengkan kepalanya.
"Oppa...yang ni okay kan? Seksi! Cun ni! Boleh pakai?," Eun Byul mencapai sehelai dress yang seksi dan agak terdedah di bahagian dada.
"Micheosseo??! Seksi sangat tu. Andwae...tu bukan style awak. Cari yang lain...," bebel Chil Hyun dan mula membelek pakaian lain untuk Eun Byul.
"Yang ni oppa...yang ni cantik!," Eun Byul mencapai sehelai gaun pendek berwarna krim yang nampak comel. Chil Hyun membelek-belek seketika sambil berpeluk tubuh. Dia menggeleng.
"Pendek sangat. Awak nak Donghae nampak paha Eun Byul yang gemuk tu ke?," gurau Chil Hyun sambil menahan tawa. Bulat mata Eun Byul memandang Chil Hyun. Eun Byul memandang ke kiri dan kanan. Mujurlah tiada sesiapa di situ. Dia bimbang jika ada yang mendengar nama Donghae disebut. Bahaya!
"Oppa! Mana ada saya gemuk! Oppa jahat!," Eun Byul mencubit lengan Chil Hyun dan akhirnya lelaki itu ketawa. Chil Hyun amat memahami kerenah Eun Byul yang manja itu, dan dia juga tahu bagaimana perasaan gadis itu kepada Lee Donghae. Jadi tidak hairanlah jika Eun Byul berasa teruja apabila mengetahui Donghae juga akan menghadiri majlis perasmian itu.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Siwon mendail nombor adiknya berkali-kali namun tidak dijawab. Apabila tiada jawapan, dia menghantar mesej pula.
"Ah, mana budak ni. Tak angkat telefon. Mesej tak berbalas," Siwon merungut perlahan. Dia sudah tidak sabar. Tidak lama kemudian, Iphone Siwon berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.
Mwoya oppa??!!! Saya kat kelas!!
"Aigoo...macamana aku boleh lupa dia ada kelas," Siwon menggaru kepala sambil tersengih mengakui kesalahannya.
Mian, oppa lupa. Lepas habis kelas ikut oppa. Ada hal penting. Oppa jemput awak nanti. Cepat keluar tau bila dah habis kelas
Tiada jawapan daripada Jiwon. Pasti adiknya itu masih berada di dalam kelas. Siwon pantas memandu untuk menuju ke kampus adiknya. Perkara yang dikatakan sangat penting itu sebenarnya tidaklah penting mana. Apabila mendengar Eun Byul hendak membeli baju baru, dia tiba-tiba teringatkan Hye Seul. Dia ingin membelikan pakaian baru untuk Hye Seul tetapi dia tidak tahu saiznya. Kerana itulah dia ingin meminta bantuan Jiwon. Siwon masih terbayang saat-saat dia bertemu Hye Seul beberapa hari lalu di hadapan rumah keluarganya. Ketika itu dia tergamam seketika. Betapa terkejutnya dia apabila melihat gadis itu adalah gadis yang sama ditemuinya di lapangan terbang sebelum berangkat ke Itali minggu lepas.
"Jodohkah?," Siwon bertanya dirinya sendiri sambil tersengih-sengih. Jujur dia mengaku dia tertarik kepada Hye Seul sejak pandang pertama. Tetapi ketika itu dia terfikir yang dia tidak mungkin akan bertemu dengan Hye Seul lagi. Namun, siapa sangka, mereka bertemu lagi dan yang lebih memeranjatkan, Hye Seul itu merupakan setiausaha baru kepada ayahnya!
"Oppa!!," jerit Jiwon sebaik sahaja memasuki kereta abangnya. Siwon terperanjat dan berpaling. Terkebil-kebil matanya seketika dan dia langsung tidak bersuara.
"Oppa ni kenapa? Sibuk sangat! Apa yang penting?," Jiwon mula membebel tidak puas hati.
"Jom, teman oppa. Shopping baju," Siwon tersengih-sengih. Jiwon mengeluh.
"Itu ke yang oppa kata penting sangat?," Jiwon masih tidak puas hati. Siwon mengangguk.
"Oppa ni!," Jiwon menampar-nampar lengan abangnya. Mulutnya masih tidak henti-henti merungut. Siwon hanya buat tidak peduli dan teruskan memandu. Mereka menuju ke Apgujeong dan berhenti di hadapan sebuah kedai pakaian wanita. Jiwon mengerutkan dahi dan berpaling memandang abangnya.
"Ni kan kedai jual pakaian perempuan. Oppa nak beli apa kat sini?," soal Jiwon kehairanan. Siwon tidak menjawab sebaliknya terus melangkah masuk ke kedai itu. Jiwon hanya mengikut sahaja dengan wajah terpinga-pinga. Siwon membelek pakaian yang bergantungan. Diambil sehelai dan diacukan kepada Jiwon.
"Oppa nak beli untuk saya ke?," soal Jiwon. Siwon menggeleng.
"Aniyo...awak cuma jadi model je," balas Siwon selamba.
"Mwo? Habis tu untuk siapa?," soal Jiwon lagi.
"Adalah....," mendengar jawapan Siwon itu membuatkan Jiwon menggaru kepala.
"Oppa ada yeoja chingu ke? Nugu? Nugu?," soal Jiwon berulang kali dan Siwon menjegilkan matanya memandang Jiwon.
"Cakap tu pelanlah sikit. Nanti orang dengar," marah Siwon sambil memandang sekeliling. Beberapa orang pekerja wanita di butik itu memandang Siwon dengan pandangan kagum. Mujur sahaja mereka berdiri agak jauh dan tidak mendengar kata-kata Jiwon.
"Oppa...nugu....cakaplah...untuk siapa oppa nak beli baju ni...," Jiwon menyoal sambil memeluk lengan abangnya. Siwon menggelengkan kepala tidak mahu memberitahu hal sebenar. Jiwon merungut perlahan.
"Yelah, tak nak cakap hari ni takpe. Tapi satu hari nanti saya akan tahu jugak. Oppa, ambil yang ni cantik!," Jiwon tersengih sambil menunjukkan sehelai gaun tidur yang sangat seksi kepada abangnya. Siwon berpaling dan membulatkan matanya.
"Andwae! Bukan baju macam tu yang oppa nak beli," Siwon memandang baju itu sambil menelan liurnya. Jiwon tertawa perlahan.
"Kenapa oppa telan liur. Tengah bayang dia pakai baju ni ke??," Jiwon mula mengusik. Siwon terbatuk perlahan.
"Aniya...mengarutlah awak ni. Letak balik baju tu," kata Siwon dan mengambil baju itu dari tangan Jiwon dan meletakkan kembali di tempat asal. Jiwon masih ketawa perlahan. Siwon pura-pura tidak mendengar. Dia masih sibuk memilih pakaian buat Hye Seul, bagi menggantikan pakaian Hye Seul yang dikotorinya ketika di lapangan terbang sebelum ini. Akhirnya Siwon mengambil sehelai gaun separa lutut berwarna putih. Bahagian skirtnya dihiasi dengan bunga-bunga comel berwarna merah jambu.
"Hmmm...yang ni cantik...," Siwon mengajukan pakaian itu kepada Jiwon. Jiwon hanya memandang dengan pandangan tidak puas hati.
"Oppa ni...nak bagi siapa sebenarnya? Suka-suka hati acu baju tu kat saya. Sama ke saiz badan kami?," Jiwon kembali menyoal abangnya. Siwon memikir seketika. Dia membandingkan susuk tubuh Jiwon dengan Hye Seul.
"Hmm...lebih kurang. Tinggi...saiz badan....sama...Ok lah...oppa ambil baju ni..," Siwon tersenyum dan membuat keputusan. Jiwon mengeluh perlahan.
"Siapa oppa nak bagi ni? Oppa...gaun tidur tadi tak nak ambil ke?," Jiwon tidak jemu bertanya dan mula mengusik lagi. Siwon memandang dengan mulut melopong.
"Micheosseo??," balas Siwon tetapi dalam masa yang sama dia menjeling ke arah gaun tidur yang ditunjukkan Jiwon itu. Dia kemudian menggelengkan kepalanya. Siwon menuju ke kaunter dan membuat bayaran. Dia berfikir bilakah masa yang sesuai untuk diberikan pakaian itu kepada Hye Seul.
No comments:
Post a Comment