Monday, November 19, 2012

Story About Us : Chapter 4

"Berlagak, sombong! Dia ingat dia anak boss aku, kaya, popular, dia boleh cakap ikut sedap mulut dia ke?," Hye Seul merungut-rungut perlahan semasa melangkah menuju ke pejabatnya.

"Lee Hye Seul-sshi, apa yang awak bebelkan?," Choi Hwijangnim menegur apabila mendengar rungutan tidak puas hati dari mulut setiausahanya. Hye Seul terperanjat.

"Hwijangnim! Erm...tak ada apa-apa...," Hye Seul tersenyum menyembunyikan kekalutannya. Dalam hati berdoa supaya majikannya itu tidak mendengar apa sebenarnya isi kandungan rungutannya sebentar tadi.

"Mana dokumen saya suruh awak ambil tu?," soal Choi Hwijangnim.

"Oh, ni dia. Semua ada kat sini," Hye Seul menyerahkan dokumen yang diminta. Choi Hwijangnim menyambutnya dan membelek-belek sambil mengangguk berpuas hati.

"Ok. Meeting sekejap lagi, tolong ingatkan saya. Saya ada kerja sikit, ada tetamu kat dalam," pesan Choi Hwijangnim. Hye Seul hanya tunduk tanda mengerti.

"Erm, hwijangnim. Kad jemputan untuk majlis perasmian butik tu dah sampai tadi. Nak saya tolong poskan atau macamana?," soal Hye Seul sebelum sempat Choi Hwijangnim masuk kembali ke pejabatnya.

"Kalau pasal tu awak kena tanya isteri saya. Butik tu kan dia yang uruskan. Nanti sekejap lagi dia datang, awak bincanglah dengan dia," terang Choi Hwijangnim. Hye Seul mengangguk dan kembali ke tempat duduknya. Hye Seul menghadap komputernya.

"Choi Siwon anti-cafe.....," Hye Seul menaip di carian google. Dia tersenyum sinis. 'Tak dapat nak gaduh depan-depan, aku gaduh pasal dia di alam maya.' Hye Seul tekun menghadap komputer. Tersenyum sendirian membaca komen-komen buruk tentang Choi Siwon. Buat seketika, Hye Seul menyoal dirinya. 'Kenapa aku rasa benci dengan dia? Sebab dia tumpahkan air kopi dekat baju aku lepas tu tak minta maaf? Atau sebab dia memperkecilkan aku tadi? Ah, tak kisahlah! Tapi memang rasa tak suka dengan dia!'

"Erm...Lee Hye Seul piseo-nim?," tanpa Hye Seul sedari, ada suara seorang wanita menegur. Hye Seul pantas mendongak dan kemudian dia berdiri.

"Annyeonghasaeyo samo-nim. Chuisunghamnida, saya tak perasan tadi," Hye Seul dengan sopan meminta maaf apabila menyedari wanita di hadapannya itu adalah isteri kepada majikannya, ibu kepada Choi Siwon.

"Gwenchana..saya tahu awak sibuk," kata wanita itu sambil tersenyum. Hye Seul juga turut tersenyum. 'Sibuk sangatlah, baru sahaja kutuk yang bukan-bukan pasal anak samo-nim.'

"Samo-nim nak jumpa dengan Choi Hwijangnim ke? Dia ada tetamu sekarang ni,"

"Aniyo..saya cari awak. Pasal kad jemputan tu," terang Choi Samo-nim.

"Ah, yelah. Saya lupa pulak," Hye Seul tertawa perlahan. Dia lalu mengambil kotak kad jemputan itu dan diserahkan kepada wanita itu. Choi Samo-nim tersenyum suka. Tangannya ligat membuka kotak itu untuk melihat isinya.

"Erm..noumu yeoppoda...Hye Seul-sshi, nanti awak tolong poskan sikit ye. Nanti saya bagi alamatnya," kata Choi Samo-nim dengan mesra.

"Ne...boleh...tak ada masalah..," Hye Seul membalas dengan senyuman.

"Oh, pasal catering!," wanita itu tiba-tiba teringatkan sesuatu.

"Jangan risau. Pasal tu pun saya akan uruskan," Hye Seul memberi jaminan. Tidak lama kemudian, seorang gadis hampir seusia Hye Seul masuk ke pejabat.

"Eomma..," gadis itu menegur. Dari teguran itu, Hye Seul tahu yang gadis itu adalah Choi Jiwon, anak bongsu majikannya.

"Annyeonghaseyo...Lee Hye Seul-sshi kan?," Jiwon menegur Hye Seul pula. Hye Seul mengangguk sopan dan tersenyum.

"Pankawoyo Choi Jiwon-sshi," Hye Seul membalas teguran itu dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan gadis itu. Dalam masa satu hari ini, dia sudah berkenalan dengan semua ahli keluarga majikannya.

"Dah jumpa dengan oppa saya?," Jiwon bertanya dengan sebuah sengihan. Hye Seul mengerutkan sedikit dahinya. 'Eh, Jiwon-sshi ni dah tahu ke aku jumpa dengan oppa dia?'

"Erm....," Hye Seul terdiam seketika tidak tahu hendak menjawab bagaimana.

"Annyeong....," seseorang menegur dari belakang dan Hye Seul berpaling. Choi Siwon sedang berdiri di hadapannya. Lelaki itu kini menunjukkan penampilan berbeza. Bukan pakaian tadi yang dipakainya.

"Oh, secretary baru nampaknya. Pankawo...Choi Siwon imnida...," Siwon menghulurkan tangan kepada Hye Seul. Hye Seul malas hendak menyambutnya. Gaya Siwon yang menunjukkan mereka seolah-olah baru kali pertama berjumpa membuatkan dia rasa menyampah. Tetapi kerana rasa segan dengan kehadiran Choi Samonim dan Jiwon, maka Hye Seul menyambut huluran tangan Siwon.

"Lee Hye Seul....," perlahan suara Hye Seul memperkenalkan dirinya. Siwon tersenyum memandang Hye Seul. Tangan Hye Seul masih berada dalam genggamannya.

"Kenal oppa saya? Pelakon popular tu...," Jiwon tersengih-sengih dengan nada mengusik. Hye Seul memberi reaksi terhadap kata-kata Jiwon itu dengan senyuman sahaja. Siwon pula mencubit perlahan pipi adiknya.

"Eomma....kad jemputan ni saya ambil sikit untuk kawan-kawan saya ye," kata Siwon dan mengambil tempat duduk di sofa bersebelahan dengan adiknya. Ketiga-tiga mereka berbual-bual seketika dan Hye Seul kembali ke tempat duduknya, menyambung kembali pekerjaannya. Beberapa saat kemudian, Siwon mengangkat kepala dan memerhatikan Hye Seul yang sedang tunduk tekun dengan kerjanya. Siwon tersenyum sendirian dan mencapai Iphone di dalam poketnya.

------------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu, Siwon pulang ke rumahnya dan melihat rakan serumahnya Lee Donghae sedang berehat di ruang tamu, menonton televisyen. Siwon duduk merebahkan badannya di atas sofa. Dia memejamkan matanya tanda kepenatan. Donghae hanya menjeling rakannya itu.

"Bukan kau sampai siang tadi ke? Kau pergi mana tak terus balik rumah?," Donghae menyoal siasat rakannya itu.

"Aku balik rumah family aku. Lepas tu singgah office bapak aku," Siwon memberitahu dengan nada malas.

"Oh, buat apa kau pergi office bapak kau? Kan jarang kau pergi sana. Aik, dah berminat ke dengan business dia. Kata tak nak masuk campur," Donghae bertanya lagi sambil tersengih.

"Aku ambil ni," Siwon menghulurkan sekeping kad jemputan majlis perasmian butik ibunya dan diserahkan kepada Donghae. Donghae pantas mengambil dan membelek-belek kad itu.

"Kau pergi office bapak kau semata-mata kerana ni je?," Donghae bertanya lagi dengan perasaan hairan.

"Apsal tak boleh? Banyak sangat tanya kenapa kau ni," komen Siwon dan membelek beberapa lagi kad jemputan yang diambilnya siang tadi. Siwon mengambil sebatang pen dan menulis nama di atas kad jemputan itu.

"Kau nak jemput siapa lagi ni?," soal Donghae lagi dan membelek kad jemputan yang berada di tangan Siwon.

"Erm...aku nak jemput Eun Byul," jawab Siwon. Donghae tergamam seketika apabila mendengar nama Eun Byul.

"Eun Byul? Kim Eun Byul? Yang shooting CF dengan kau masa kat Itali tu?," bersungguh-sungguh Donghae bertanya inginkan kepastian.

"Iyalah..Eun Byul mana lagi. Excited nampak? Aku tahulah kau peminat dia kan," ucap Siwon. Donghae hanya tersenyum-senyum sambil menggaru-garu kepalanya.

"Alah, minat biasa-biasa je. Macamana shooting dengan dia? Ok tak?," Donghae mula menyoal siasat lagi. Sengaja dia mahu tahu lagi hal berkenaan Eun Byul.

"Ok, berjalan lancar. Cuma masa awal-awal shooting tu Eun Byul macam out of focus sikit. Mungkin penat kot dia masa tu. Tapi lepas-lepas tu semua okay je," jelas Siwon. Hal sebenar tentang adik Eun Byul yang buat masalah hari itu, tidak diceritakannya. Biarlah rahsia kerana itu masalah peribadi Eun Byul.

"Oh...hmmm...kau nak jemput dia ni. Kau rapat ke dengan dia? Bukan ke ni kali pertama korang bekerjasama?," Donghae bertanya lagi, dan pada soalan itu ada sedikit bau-bau cemburu.

"Saja aku jemput dia. Lagipun dia ok dengan aku. Dia tu mesra macam adik aku. Seronok berkawan dengan dia," Siwon tersenyum pada sahabatnya. Donghae hanya memandang Siwon tanpa sebarang reaksi. Dalam kepala Donghae terbayang bagaimana kali pertama dia bertemu dengan Eun Byul. Ketika gadis itu masih belasan tahun dan belum begitu aktif dalam bidang lakonan. Mereka ditemukan dalam sebuah drama. Donghae ketika itu adalah pemegang salah seorang watak utama, dan Eun Byul pula memegang watak kecil sebagai pelajar sekolah. Kali pertama mereka bertemu, Donghae sudah suka melihat gadis itu. Tidak tahu kenapa dia begitu tertarik dengan Kim Eun Byul. Sejak itu, dia mula mengikuti perkembangan gadis itu, sehinggalah kini apabila Eun Byul menjadi seorang pelakon yang popular.

Imbas kembali 7 tahun dahulu.....

Eun Byul agak kelam-kabut semasa di set penggambaran. Semalam dia tertidur semasa menyiapkan kerja sekolah dan tidak berkesempatan untuk menghafal dialog. Walaupun hanya beberapa baris dialog sahaja yang perlu disebut, tetapi dia tidak mahu mengambil mudah. Dia mahu menunjukkan yang dia memang mempunyai bakat di dalam bidang lakonan. Dia sukakan bidang tersebut dan mengharap watak kecilnya di dalam cerita ini akan membuka jalan kepadanya untuk menjadi seorang pelakon yang hebat. Itu adalah cita-citanya sejak sekian lama.

"Eun Byul-sshi, awak dah bersedia? Lagi 10 minit okay," pengarah sudah mula mengeluarkan arahan. Eun Byul tergamam seketika. Dia sudah menghafal dialognya tetapi bimbang akan terlupa pula nanti.

"Ah, ottouke...," Eun Byul merungut perlahan. Dia masih merenung kertas skrip yang sedikit renyuk itu. Tanpa Eun Byul sedari, Donghae sedang memerhatikannya dengan sebuah senyuman. Dia mendekati Eun Byul.

"Gwenchana?," soal Donghae dan apabila mendengar teguran Donghae, Eun Byul lekas-lekas berdiri. Dia nampak gugup. Donghae hanya tersenyum. Eun Byul mengangguk-ngangguk.

"Janganlah risau. Awak mesti boleh buat. Dulu masa oppa mula-mula berlakon pun macam awaklah, tapi lama-lama dah okay," Donghae memberi kata-kata semangat, namun gadis itu masih nampak gugup. Donghae merapati Eun Byul dan memegang kedua-dua bahu gadis itu. Dia tunduk sedikit dan senyum di hadapan Eun Byul. Eun Byul memandang wajah Donghae tetapi hanya seketika. Dia melarikan pandangannya ke arah lain. Malu rasanya apabila direnung sebegitu. Wajahnya mula terasa panas.

"Tarik nafas, hembus perlahan-lahan. Rileks...," Donghae cuba menenangkan Eun Byul. Bagaikan dipukau, Eun Byul mengikut arahan Donghae. Donghae ingin tertawa melihat gelagat Eun Byul. Comel!

"Oppa yakin awak akan jadi pelakon yang hebat suatu hari nanti....," Donghae mengusap lembut kepala Eun Byul. Eun Byul terkebil-kebil dengan perbuatan Donghae. Mulutnya terkunci untuk berkata-kata. Donghae tersenyum lagi dan berlalu meninggalkan Eun Byul. Eun Byul hanya memerhatikan lelaki itu dan dalam masa yang sama, perasaan gugupnya seperti berkurangan. Tanpa disangka, Donghae kembali berpaling ke arahnya. Eun Byul tergamam.

"Hwaiting!," kata Donghae dengan penuh bersemangat. Eun Byul tersenyum sambil memerhatikan Donghae. Donghae turut tersenyum. Sejak hari itu, Eun Byul menjadi peminat setia Donghae sehinggalah hari ini.

No comments:

Post a Comment