"Macamana dengan kerja? Nampak macam penat je?," tanya Dong Wook pada adiknya apabila melihat Hye Seul seperti kepenatan. Hye Seul mengangguk-ngangguk.
"Banyak benda baru kena belajar. Tapi kan oppa. Sangat mewah office itu CEO. Fulamak...rasa macam bukan pejabat, macam bilik tidur putera raja je," kata Hye Seul penuh kagum. Dong Wook hanya tersenyum.
"Hebat eh? Ada buat apa-apa kerja ke hari ni?," soal Dong Wook lagi.
"Erm...tak ada buat apa sangat. Tapi secretary yang lama dulu ada bagi tunjuk ajar sikit. Oh ya, boss saya tu kadang-kadang dia suka buat kerja dari rumah. Jadi mungkin ada masa-masanya saya akan ada kat rumah dia la," terang Hye Seul lagi. Kalau dekat tempat kerja lama, dia hanya duduk di pejabat sahaja, tapi kali ini agak berbeza.
"Hmmm...dah macam personal assistant je bunyinya," Dong Wook mengomen. Dong Wook tidak begitu memahami bidang kerja adiknya, sebab itulah macam-macam soalan diajukan.
"Yup! Betul tu! Secretary merangkap PA," balas Hye Seul. Dong Wook memandang tajam wajah adiknya. Wajahnya serius seperti ingin mengatakan sesuatu. Dia mendekatkan sedikit wajahnya ke arah Hye Seul.
"Hye Seul-ah, oppa dengar boss awak tu..ayah kepada pelakon Choi Siwon tu. Betul ke?," Dong Wook menyoal dengan nada berbisik.
"Laaah, oppa tak tau ke??," Hye Seul terperanjat. Dong Wook menggeleng-geleng.
"Tapi betul ke?!," Dong Wook masih lagi tidak percaya. Hye Seul mengangguk dengan yakinnya.
"Jangan-jangan, awak nanti mesti ada peluang nak jumpa dengan dia. Kan? Kan? Lagi-lagi pula nanti awak kena pergi rumah dia," Dong Wook merasa sedikit teruja.
"Aniyo oppa..saya kerja dengan bapak dia, bukan dengan dia. Lagipun setahu saya dia tak berminat sangat pun dengan business ayah dia. Pastu dia pun tinggal dekat rumah sendiri kan," balas Hye Seul.
"Nanti mesti dia ada balik jugak rumah family dia. Chance la untuk awak jumpa dia," Dong Wook tersengih-sengih.
"Ah, mwoya oppa ni. Saya tak berminat pun nak jumpa dengan dia. Berlagak, sombong! Tumpahkan air kat baju saya tak pandai nak minta maaf! Huh!," Hye Seul bengang. Peristiwa di lapangan terbang tempoh hari masih belum dapat dia lupakan. Susah sangat ke nak cakap 'mianhae'? Mentang-mentang dia artis popular!
----------------------------------------------------------------------------------------
Eun Byul terus sahaja pulang ke rumah sekembalinya dari Itali. Sebaik sahaja melangkah masuk ke rumahnya, dia terus menuju ke bilik tidur. Dia sungguh kepenatan. Eun Byul merebahkan badannya di atas katil dan di saat dia mula hendak terlelap,
Tok! Tok! Tok!
Ketukan di pintu membuatkan Eun Byul terjaga kembali. Eun Byul memandang ke arah pintu biliknya dan wajah Myung Soo tersembul di situ dengan sebuah senyuman.
"Hai noona," Myung Soo menegur. Apabila terpandangkan adiknya, Eun Byul pantas mengambil sebiji bantal dan membaling ke arah Myung Soo, lalu tepat mengenai muka budak lelaki itu.
"Wae noona??," Myung Soo tidak puas hati. Dibetul-betulkan kembali rambutnya yang sedikit kusut.
"Kalau tak menyusahkan noona tak boleh ke?," Eun Byul mula membebel-bebel. Dia masih geram dengan kejadian adiknya bergaduh beberapa hari yang lalu.
"Noona masih marah lagi pasal tu ke? Nak buat macam mana. Budak tu nak tumbuk saya, takkan saya nak biarkan, kenalah saya pertahankan diri," Myung Soo menjawab dengan selambanya, seperti bergaduh bertumbuk sehingga berdarah itu adalah permainan biasa.
"Yaah! Banyak lagi cara boleh selesaikan masalah. Bukan sampai bergaduh bertumbuk. Tak pasal-pasal dah kena saman dengan anak orang kaya tu!," bebel Eun Byul lagi. Myung Soo tersenyum nakal.
"Benda tu dah settle kan. Waaah....daebak sungguh Choi Siwon tu. Saya ingatkan gosip yang kata dia kaya tu cuma sekadar gosip je. Tak sangka dia memang betul-betul kaya. Peguam dia pun hebat! Tergamam mak bapak budak yang nak saman saya tu," Myung Soo tertawa puas hati. Eun Byul hanya menjeling. Rasa macam mahu dicekik sahaja budak nakal itu. Tapi tak boleh, darah daging sendiri beb!
"Kaya Choi Siwon tu. Hensem lagi. Memang hebat. Jadi abang ipar aku bagus jugak ni," Myung Soo mula berangan yang bukan-bukan.
"Mworago? Jadi abang ipar? Ooo...nanti senanglah kau nak buat masalah kan? Ada orang tolong selesaikan? Habis tu Donghae pujaan hati noona tu nak campak mana?," bulat mata Eun Byul memandang adiknya sambil tangannya sempat lagi menepuk bahu budak itu.
"Donghae jugak yang jadi pilihan hati dia. Noona tu nama je suka dekat dia, tapi takut-takut nak approach. Noona kan banyak kenalan, bila-bila masa je boleh nak dekat dengan Donghae tu. Noona je yang malu-malu," komen Myung Soo. Eun Byul hanya terdiam. Ada betulnya kata adik dia itu.
"Erm....Jaebal Myung Soo-ah, tolong lah jangan buat noona susah hati. Nak kasi noona kena heart attack ke? Tak sayang noona ke?," Eun Byul mengubah topik.
"Saja lah tu ubah topik. Arasseo...arasseo...saya tak buat lagi! Mianhae noona," Myung Soo berjanji dan meminta maaf. Eun Byul tidak memberikan sebarang reaksi. Myung Soo hanya tahu berjanji, tetapi nanti dia akan ulangi lagi kesalahan itu.
"Dah lah pergi keluar, noona nak tidur," Eun Byul menghalau adiknya dan berbaring kembali. Dia betul-betul kepenatan.
"Iyalah...tidurlah...mimpi Donghae yer..," Myung Soo sempat mengusik sebelum keluar dari bilik kakaknya. Eun Byul hanya tersenyum sendirian.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Selepas makan tengahari bersama Dong Wook, Hye Seul ke rumah Choi Sajangnim dengan ditemani oleh pemandu majikannya itu. Choi Sajangnim ada mesyuarat pada petang itu dan ada beberapa dokumen penting yang ditinggalkan Choi Sajangnim di rumahnya dan perlu diambil segera oleh Hye Seul. Sampai sahaja, ternganga seketika Hye Seul apabila melihat betapa mewah rumah majikannya itu.
"Ahjusshi, jomlah teman saya. Kat mana pulak office sajangnim ni?," Hye Seul bertanya risau kepada pemandu majikannya. Lelaki hampir separuh umur itu hanya tertawa perlahan.
"Kenapa? Awak takut sesat dalam rumah tu? Ada pembantu rumah boleh tolong awak. Awak masuk aje. Ahjusshi tunggu kat sini aje lah," balas lelaki tua itu. Hye Seul mengangguk-ngangguk.
"Ahjusshi jangan pergi tau. Tunggu saya," balas Hye Seul risau dan cepat-cepat keluar dari kereta. Pemandu itu hanya tersengih sahaja melihat gelagat setiausaha baru Choi Sajangnim itu. Hye Seul teragak-agak menekan loceng dan pembantu rumah Choi Sajangnim yang menjawab interkom.
"Annyeonghaseyo..saya Lee Hye Seul setiausaha baru Choi Sajangnim. Saya ada dokumen nak kena ambil dekat office sajangnim," Hye Seul dengan ramah memperkenalkan dirinya pada pembantu rumah.
"Oh, setiausaha baru. Masuklah," kata pembantu rumah itu dan membukakan pintu untuk Hye Seul. Hye Seul masuk ke dalam rumah dan matanya sempat melilau memandang sekeliling rumah yang seperti istana itu. Ada gambar keluarga Choi Sajangnim digantung di ruang tamu begitu juga dengan gambar Choi Siwon. Hye Seul kagum seketika. Pertama kali menjejakkan kaki ke rumah orang kaya.
"Mari saya tunjukkan pejabat sajangnim," tegur pembantu rumah itu dan menunjukkan arah kepada Hye Seul. Hye Seul hanya mengikut sahaja. Setelah tiba di pejabat yang dimaksudkan, Hye Seul terus mencari dokumen yang diperlukan.
"Erm...ahjumunnim. Tak ada siapa-siapa ke dekat rumah ni sekarang ni," Hye Seul sekadar bertanya kerana merasakan rumah besar itu tersangat sepi.
"Ah, tak ada. Semua keluar hari ini," jawab pembantu rumah itu. Hye Seul hanya tersenyum. Jika tiada sesiapa, dia bercadang untuk terus pergi setelah mengambil dokumen yang dimaksudkan majikannya. Hye Seul meminta diri dan terus melangkah keluar.
Hye Seul berjalan berhati-hati sambil kepalanya tunduk memandang tanah. Kemudian Hye Seul mengangkat kepalanya. Ketika itu Hye Seul terperanjat apabila terpandang seorang lelaki berdiri tidak jauh di hadapannya. Choi...Choi Siwon! Hye Seul tergamam seketika. Ini kali kedua dia terserempak dengan lelaki itu dalam keadaan yang hampir sama. Bezanya cuma, tiada kopi yang mengotori bajunya ketika ini. Choi Siwon mendekati Hye Seul perlahan-lahan. Hye Seul tahu lelaki itu sedang merenungnya walaupun dia memakai cermin mata hitam. Siwon membuka cermin mata hitamnya dan masih merenung Hye Seul. Hye Seul menelan liur kerana berasa agak tidak selesa apabila direnung sebegitu. Penampilan yang agak kemas, agak berbeza semasa berada di lapangan terbang dulu membuatkan Siwon nampak lebih kacak dan berkarisma.
"Nugu-ya?," itu soalan pertama yang terluah dari mulut Siwon. Soalan itu menimbulkan ketidaksenangan di hati Hye Seul kerana merasakan pertanyaan itu agak kasar. Hye Seul hanya diam tidak menjawab apa-apa.
"Tak pernah nampak pun sebelum ni?," Siwon bertanya lagi dan memerhatikan Hye Seul dari atas ke bawah. Seolah-olah dia mencurigai gadis itu. Siwon kemudian tiba-tiba menarik tag nama yang digantung di leher Hye Seul dan membaca pengenalan diri gadis itu. Hye Seul tergamam seketika dengan tindakan Siwon. Dia sangat tidak suka dengan cara Siwon.
"Lee Hye Seul...setiausaha...mwo?? Awak setiausaha baru appa saya?," soal Siwon seperti tidak percaya. Hye Seul menarik kembali tag namanya yang berada di tangan Siwon.
"Jadi kenapa? Ada masalah kalau saya setiausaha baru appa awak?," Hye Seul bertanya kembali dengan nada tidak puas hati. Siwon menggeleng.
"Erm..tak adalah masalah pun. Cuma..rasa macam awak terlalu muda untuk jadi setiausaha appa saya. Boleh ke awak buat kerja?," komen Siwon. Hye Seul mengeluh perlahan.
"Choi Siwon-sshi, kalau saya tak boleh buat kerja, takkan Choi Sajangnim nak ambil saya pulak. Dan lagi satu, saya kerja untuk appa awak, bukan untuk awak. Jadi suka hati dialah nak ambil setiausaha tua ke muda ke," Hye Seul menjawab tidak puas hati. Siwon hanya mengangkat keningnya sebagai reaksi kepada kata-kata Hye Seul tadi. Hye Seul menjeling seketika ke arah Siwon dan terus meninggalkan pemuda itu.
"Jamsimannyo...," panggil Siwon sebaik sahaja Hye Seul melangkah.
"Wae?," Hye Seul berpaling dan memandang Siwon dengan wajah tidak berpuas hati. Siwon merenung seketika wajah Hye Seul.
"Erm...tak ada apa-apa," Siwon menggelengkan kepalanya. Hye Seul mengeluh lagi dan terus berpaling meninggalkan kawasan rumah itu. Sombong.....perkataan itu bermain-main di fikiran Hye Seul.
wohooo ade chapter 3..
ReplyDeletelama dah tak masuk dunia fantasi ni
tu laa...dah rindu ngan dunia fanfic ni..ntah bile lagi nak sambung menaip..nak kene cari mood ni..ehehehehe
ReplyDelete