Friday, November 02, 2012

Story About Us : Chapter 2

Rome, Itali

"Mwo???," Eun Byul menjerit terperanjat apabila mendengar berita itu. Telefon bimbit masih melekap di telinganya dan dia mendengar setiap bait perkataan yang diluahkan adiknya, Kim Myung Soo.

"Kenapa tak telefon eomma atau appa?," Eun Byul sedikit bengang. Jurusolek yang sedang sibuk merias wajahnya merasa sedikit terganggu. Susah dia hendak menyolek Eun Byul jika gadis itu tidak duduk diam. Sesi fotografi akan bermula tidak sampai satu jam lagi. Eun Byul masih belum siap disolek dan rambutnya juga masih belum didandan.

"Shirheo! Nanti saya kena marah lagi. Hal minggu lepas pun appa masih marahkan saya lagi," Myung Soo merungut-rungut di hujung talian. Eun Byul mengeluh.

"Myung Soo-ah, macamana noona nak tolong awak. Sekarang noona ada kat Itali. Bukannya noona boleh nak terbang sekarang untuk selesaikan masalah awak tu!," Eun Byul membebel-bebel marahkan adiknya. Walaupun geram, hatinya berasa risau juga.

"Tolonglah noona. Budak tu anak orang kaya. Mak bapak dia nak saman saya. Noona, tolonglah! Saya tak nak tidur lokap malam ni," Myung Soo merayu-rayu.

"Peduli apa noona kalau awak tidur lokap! Biar tau rasa!," Eun Byul mula meninggikan suara.

"Noona...," Myung Soo mengeluh perlahan minta dikasihani. Eun Byul duduk semula dan cuba menenangkan diri.

"Okay...okay..nanti noona bagitahu Chil Hyun oppa. Suruhlah dia buat apa-apa yang patut. Dah lah, noona ada photoshoot lepas ni. Apa-apa hal, call Chil Hyun oppa," Eun Byul mematikan talian. Dia memandang ke arah jurusolek dan tersenyum nipis.

"Mianhae unnie...," Eun Byul meminta maaf dan wajahnya mula disolek kembali.

---------------------------------------------------------------------------------------

"Eun Byul-sshi, boleh angkat sikit dagu awak? Nampak bayang-bayang," arah Director Yoon. Eun Byul hanya menurut sahaja. Eun Byul tidak boleh fokus. Kepalanya masih memikirkan hal Myung Soo. Entah apa jadi pada adiknya ketika ini. Adakah masih tersadai di balai polis?

"Eun Byul-sshi! Awak lupa nak senyum ke??," sedikit tinggi suara Director Yoon. Tidak berpuas hati dengan prestasi kerja Eun Byul hari ini. Eun Byul mengeluh perlahan dan keluhan itu didengari Choi Siwon yang berada di sebelahnya.

"Okay, stop! Stop! Kita sambung esok je. Eun Byul-sshi, awak ada masalah ke?," soal Director Yoon prihatin. Walaupun agak geram tetapi dia tidak mahu marah-marah. Mungkin Eun Byul ada masalah.

"Erm...aniyo..cuma saya penat sikit," Eun Byul bohong. Hakikatnya dia tidak boleh fokus kerana memikirkan adiknya.

"Tak pe...tak pe...sesi untuk Eun Byul-sshi kita sambung esok. Lepas ni Choi Siwon-sshi, photoshoot untuk awak seorang je. Kita rehat 15 minit," arah Director Yoon dan berlalu dari situ.

"Macamana oppa? Apa kes dengan Myung Soo ni?," soal Eun Byul kerisauan. Chil Hyun mengeluh perlahan.

"Myung Soo dah keluar dari balai. Tapi keluarga budak tu tetap nak teruskan saman tu. Oppa dah tak tahu nak buat macamana lagi. Rasanya elok bagi tahu eomma appa awak jelah," Chil Hyun memberi cadangan. Eun Byul menggeleng-geleng.

"Tak boleh selesaikan cara lain ke oppa? Oppa telefonlah siapa-siapa lagi yang boleh bantu," Eun Byul merayu meminta tolong. Chil Hyun menggaru kepala, berfikir apakah lagi ada jalan penyelesaian yang lain.

"Erm...Eun Byul-sshi, ada masalah ke?," Siwon muncul di belakang Eun Byul. Eun Byul berpaling dan melihat lelaki itu tersenyum kepadanya.

"Aniyo...nan gwenchana...," jawab Eun Byul pendek dan dia tidak mahu menceritakan masalahnya itu kepada Choi Siwon. Dia tidak kenal rapat dengan pelakon itu, inilah baru kali pertama mereka bekerjasama.

"Saya bukanlah nak menyibuk Eun Byul-sshi, tapi saya nampak awak macam ada masalah. Awak tak boleh nak fokus. Mianhae....tapi saya dengar perbualan awak berdua tadi. Erm..pasal saman menyaman. Kenapa ni?," dari raut wajah Siwon, nampak lelaki itu prihatin dengan masalah Eun Byul. Eun Byul dan Chil Hyun berpandangan sesama sendiri. Chil Hyun mengangkat kening, Eun Byul menggeleng-geleng. Dia tahu Chil Hyun seperti hendak bercerita kepada Siwon tentang masalah Eun Byul.

"Gwenchana. Boleh cerita dekat saya. Lagi pun sekarang kita dekat sini. Kalau awak ada masalah saya boleh tolong, dan kalau saya ada masalah mungkin awak boleh tolong," Siwon memandang Eun Byul dan kemudian memandang Chil Hyun pula. Eun Byul mengigit bibir. 'Takkan nak cerita pulak dekat dia ni? Aku bukan rapat dengan dia. Kenal macam tu je.'

"Okay, saya cuma nak tolong je. Masalah awak mungkin akan ganggu prestasi kerja. Tadi Director Yoon dah bising. Saya tak mahulah awak kena marah lagi nanti. Saya tak tahu apa masalah sebenar awak tapi kalau pasal saman menyaman ni, mungkin saya boleh tolong. Apeoji saya ada peguam. Dia boleh bantu," Siwon mula memberi tawaran untuk membantu. Eun Byul terkebil-kebil memandang Siwon. Ada sinar-sinar gembira pada mata Eun Byul. Namun dalam hati terselit juga rasa segan.

"Tapi...tapi...," Eun Byul tergagap-gagap. Siwon tersenyum manis. Nampak lesung pipit dan sebaris gigi putihnya.

"Saya boleh tolong. Anggap ini pertolongan dari seorang oppa...," ada nada gurauan pada ayat Siwon itu. Eun Byul tersenyum manis. Rasanya dia perlu menerima pertolongan Siwon dalam keadaan terdesak itu. Kemudian, Chil Hyun menceritakan masalah yang dilanda Myung Soo dan Siwon bersedia untuk membantu.

Petang itu, Eun Byul mendapat panggilan dari Myung Soo dan adiknya itu memberitahu bahawa saman untuknya telah pun ditarik. Eun Byul menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu lagi pening kepala untuk memikirkan soal itu.

"Kau jangan nak buat hal lagi tau. Peninglah nak fikir perangai nakal kau ni," sempat lagi Eun Byul membebel kepada adiknya.

"Arasseo...arasseo! Ok lah, habis duit telefon noona ni. Jangan lupa beli apa-apa untuk saya. Bye! Saranghae noona!," cepat-cepat Myung Soo mematikan talian. Eun Byul tersenyum sinis.

"Dah buat hal suruh orang belikan souvenior plak untuk dia. Pandai pulak tu nak cakap saranghae," Eun Byul merungut-rungut.

"Oi, rungut ape?," Chil Hyun menegur Eun Byul dan berdiri di hadapan gadis itu. Eun Byul tersengih-sengih.

"Settle dah masalah Myung Soo tu," Eun Byul kegirangan. Chil Hyun mengangguk dan tersenyum. Secara kebetulan, Choi Siwon lalu di situ. Serius nampaknya dia berbual dengan pengurusnya. Eun Byul tersenyum dan mendekati Siwon.

"Siwon-sshi, noumu noumu komawo...," Eun Byul mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana membantu masalahnya. Siwon tersenyum.

"Saya cuma mintak tolong peguam apeoji saya je. Saya pun tak tahulah dia buat macamana tapi yang penting sekarang semuanya dah selesaikan?," ucap Siwon. Eun Byul mengangguk-ngangguk.

"Komawo oppa!," spontan Eun Byul menggenggam tangan Siwon. Tindakan refleks menandakan dia sangat berterima kasih. Siwon tersentak sedikit tetapi kemudian dia tersenyum. Tangan Eun Byul kembali digenggam olehnya.

"Yaah...Eun Byul-ah," Chil Hyun menegur dan cuba menarik tangan Eun Byul dari Siwon. Begitulah sikap Eun Byul apabila terlalu berterima kasih. Mujur saja Siwon tidak dipeluknya. Siwon tertawa kecil dengan gelagat Eun Byul.

"Awak dah makan? Jomlah join kami makan," ajak Siwon. Eun Byul tersengih dan mengangguk setuju. Chil Hyun juga bersetuju.

1 comment:

  1. siwon oh siwon..
    mana mungkin wujud manusia hensem caring mcm ni di dunia nyata..

    ReplyDelete