Sunday, October 28, 2012

Story About Us : Chapter 1

Tokyo, Jepun

Lee Hye Seul memandang sekeliling biliknya. Memastikan tiada apa yang tertinggal. Atas bawah katil, dalam laci almari, atas meja solek dan di setiap inci bilik dibeleknya untuk memastikan semua barang miliknya sudah disimpan di dalam bagasi. Seminggu sudah berada di Tokyo, esok tibalah masanya untuk dia pulang ke Seoul.

"Hye Seul-ah...," Kim Mi Sun menjenguk di muka pintu dengan sebuah senyuman. Hye Seul pantas menoleh dan tersenyum kepada ibunya.

"Eomma...," Hye Seul memanggil dengan nada manja.

"Dah siap packing semua barang?," soal Kim Mi Sun. Hye Seul mengangguk.

"Entah bila lagi nanti dapat jumpa eomma...," Hye Seul mengeluh perlahan dan keluhan itu disambut dengan sebuah senyuman dari Kim Mi Sun.

"Bila-bila masa je Hye Seul boleh datang. Ajak Dong Wook sekali. Dah lama eomma tak jumpa dia," kata Kim Mi Sun. Hye Seul mengangguk.

"Sekarang macam mana? Dah sedia nak mulakan kehidupan baru kat Seoul?," soal Kim Mi Sun penuh prihatin. Gadis itu baru sahaja ditawarkan menjadi setiausaha kepada CEO di sebuah pusat membeli belah yang agak terkenal di Seoul. Satu jawatan yang sangat besar bagi gadis muda seperti Hye Seul. Mungkin kerana prestasi kerjanya yang bagus sebelum ini, jadi dia diberi kepercayaan untuk memegang jawatan itu.

"Meolla....," Hye Seul mengeluh perlahan. Dia tidak pernah tinggal lama di Seoul sebelum ini. Selalunya dia hanya akan bermalam beberapa hari sahaja di sana kerana melawat abang kesayangannya, Lee Dong Wook.

"Wae-yo? Kan oppa ada kat sana?," Kim Mi Sun mengusap rambut anak perempuan kesayangannya.

"Memanglah. Cuma rasa sayang pulak nak tinggalkan Cheongju. Ramai kawan-kawan kat sana. Kan memang dari kecil saya tinggal kat situ," luah Hye Seul. Kim Mi Sun hanya tersenyum nipis. Baginya Cheongju sudah menjadi kenangan sahaja semenjak dia berkahwin semula dengan seorang lelaki dari Jepun. Dan kerana perkahwinan itulah, dia dibawa oleh suaminya ke Tokyo. Walaupun berat hati untuk tinggalkan anak-anaknya, Lee Dong Wook dan Lee Hye Seul, tetapi dia terpaksa juga tabahkan hati. Kim Mi Sun bersyukur, walaupun jarang berjumpa, tetapi hubungan dengan anak-anaknya masih baik.

"Sudahlah. Mulakan hidup baru di Seoul. Hye Seul kan boleh dapat kawan baru. Lagi pun Hye Seul tak ada sesiapa di Cheongju. Appa, halmoni kan dah lama tak ada...," Kim Mi Sun cuba memujuk. Hye Seul tersenyum dan menggenggam tangan ibunya. Ya, tiba di Seoul esok, maka sudah bermulalah kehidupan barunya.

----------------------------------------------------------------------------------
Seoul, Korea Selatan

Kim Eun Byul berpeluk tubuh dan bersandar penuh lega di dalam kereta. Penat badan selepas sesi fotografi untuk majalah 1st Look masih belum hilang lagi, dia bergegas untuk ke lapangan terbang pula. Eun Byul akan ke Itali selama beberapa hari untuk penggambaran CF bersama seorang pelakon bernama Choi Siwon.

"Oppa, lama-lama sikit lah dekat Itali. Bercuti ambik angin bagi hilang stress, baru balik sini semula. Boleh tak?," Eun Byul tersengih-sengih sambil berkata kepada pengurusnya, Ahn Chil Hyun.

"Andwae! Lepas habis shooting, awak kena balik. Nampak ni schedule awak penuh lepas ni," kata lelaki berusia lingkungan 30an itu sambil jari telunjuknya terarah kepada kertas jadual kerja Eun Byul di tangannya. Eun Byul menarik muka masam mencuka.

"Haish...asyik-asyik kerja je. Bagi lah chance orang nak bercuti. Bukan senang nak dapat pergi Itali. Tunggu honeymoon nanti entah bila bilalah agaknya," Eun Byul merungut-rungut tidak puas hati. Dan rungutan itu hanya dibalas dengan sebuah senyuman sahaja oleh Chil Hyun. Tidak sampai 5 minit kemudian, kereta yang dinaiki Eun Byul sudah tiba di Lapangan Terbang Incheon. Melopong mulut Eun Byul seketika apabila melihat lautan manusia di lapangan terbang.

"Hah tu semua peminat-peminat Choi Siwon la tu. Nampak banner bertulis nama dia. Nama awak oppa langsung tak nampak," Chil Hyun tersengih-sengih sambil mengusik Eun Byul.

"Oppa ni...napeun-neom! Saya pun ada peminat apa," Eun Byul merungut-rungut walaupun tahu itu hanyalah sebuah gurauan sahaja.

"Tariklah muka masam tu. Nak orang ramai nampak ke? Nanti diorang kata awak artis yang tak friendly," Chil Hyun mengusik lagi.

"Arasseo!," Eun Byul mengeluh seketika sambil melihat penampilannya di cermin. Cuba tersenyum dan menyembunyikan kepenatan di wajah. Dia mahu kelihatan sentiasa segar dan ceria.

Tidak dinafikan, memang sangat ramai peminat Choi Siwon menunggu di lapangan terbang ini. Namun, ada juga peminat Eun Byul. Cepat sungguh berita mengenai pemergian mereka ke Itali tersebar. Eun Byul tersenyum manis melayan kerenah peminat-peminatnya. Tetapi dia tidak mampu untuk melayan kesemuanya. Hanya melayan seadanya. Tersenyum dan melambai sahaja. Dan ketika itu, matanya terpaku pada seorang lelaki yang nampaknya seperti sebaya Chil Hyun sedang tersenyum ke arahnya. Lelaki itu hanya tersenyum dan menganggukkan kepala sedikit kepadanya. Eun Byul membalas senyuman itu. Kacak, kacak macam Chil Hyun oppa. Tapi dia lagi kacak. Eh, mana satu yang lagi kacak ye? Sempat lagi hati Eun Byul membuat penilaian.

Sementara itu.....

Lee Hye Seul telah selamat tiba di Lapangan Terbang Incheon. Kedua-dua belah kakinya sudah berpijak di bumi Korea Selatan. Matanya melilau di sekeliling lapangan terbang. Terpinga-pinga seketika kerana tidak tahu hendak ke mana.

"Ah, dahaga...," Hye Seul merungut sendirian. Tekaknya perlu dibasahkan dulu. Dia tersenyum apabila ternampak sebuah vending machine. Laju sahaja kakinya melangkah ke arah mesin itu. Duit syiling dimasukkan, tekan butang air yang menjadi pilihan di hati, tin jatuh gedegang, ambil, buka penutup dan minum dengan rakusnya. Agak kurang sopan seolah-olah sudah berhari-hari tidak minum air.

"Erm...lega...," Hye Seul tersengih dan kembali melangkah sambil mata melilau semula mencari kelibat abangnya.

"Apsal ramai sangat orang ni?," Hye Seul masih berjalan sambil mencari abangnya dan akibat tidak berhati-hati, dia terlanggar seseorang dan perlanggaran itu mengakibatkan air tin kopi yang berada di tangannya tertumpah dan mengenai bajunya.

"Omona!," Hye Seul terjerit perlahan dan ternganga melihat kesan tumpah kopi pada bajunya. Habis, habis kotor baju yang dihadiahi oleh eommanya itu. Hye Seul mendongak dengan dahi berkerut dan bercadang untuk menengking insan yang berani-berani melanggarnya. Tetapi.....Hye Seul terkedu. Choi...Choi Siwon???? Terkebil-kebil seketika Hye Seul apabila melihat artis popular itu betul-betul berada di depan matanya. Siwon memandang Hye Seul dengan wajah terpinga-pinga. Dia memandang pakaian Hye Seul yang sudah dikotori dengan kopi dan kemudian memandang wajah gadis itu sekali lagi.

"Oppa!!!! Siwon oppa!!!!!!," rasa mahu pecah gegendang telinga Hye Seul apabila mendengar jeritan peminat yang menggilai Choi Siwon. Terjawablah sudah persoalan di hati Hye Seul apabila melihat mengapa begitu ramai manusia di lapangan terbang hari ini.

"Mianhae agasshi...," seorang lelaki berbadan tegap tersenyum nipis kepada Hye Seul dan menolak sedikit gadis itu untuk memberi laluan kepada Siwon. Badan Hye Seul terdorong sedikit akibat tolakan itu dan tindakan lelaki itu sangat menimbulkan kemarahan di hati Hye Seul. Tambahan pula Choi Siwon langsung tidak meminta maaf kerana mengotorkan bajunya.

"Berlagak!!," Hye Seul menjerit tetapi tiada siapa yang mendengar jeritannya kerana suasana ketika itu gamat dengan teriakan daripada peminat fanatik Choi Siwon. Hye Seul berpaling dan pantas berlalu meninggalkan kawasan itu. Dia mahu cepat-cepat pergi dari sini. Rimas kerana ramai orang! Tanpa Hye Seul sedari, Choi Siwon berpaling seketika, namun lelaki itu hanya sempat melihat belakang badan gadis itu sahaja.

Hye Seul tersenyum ceria apabila melihat kelibat oppanya dari jauh. Lee Dong Wook ketika itu sedang tersenyum-senyum sambil memandang ke arahnya. Hye Seul melambai-lambai tetapi Dong Wook masih tetap tersenyum. Ketika itu, Hye Seul baru menyedari bahawa Dong Wook bukanlah tersenyum kepadanya. Hye Seul menoleh ke kiri.

"Kim Eun Byul??," terkejut dia apabila melihat kelibat artis popular itu. 'Heh, patutlah oppa tersenyum-senyum.' Hye Seul menoleh lagi memandang wanita itu, kagum dengan kecantikan pelakon tersebut. Kemudian, dia kembali melangkah ke arah abangnya.

"Oppa...oppa!!," Hye Seul memanggil dengan ceria dan barulah Dong Wook memandang ke arahnya.

"Hye Seul-ah, kejar dia. Mintak tandatangan dia untuk oppa!," kata Dong Wook kepada adiknya sambil tersengih-sengih.

"Mwo?? Oppa nak saya kejar dia," Hye Seul mengerutkan dahi dan menarik muka masam. Dong Wook mengangguk dengan wajah serius.
Kemudian, dia memandang lagi artis kegemarannya yang sudah pun melangkah jauh dan mula menghilang dari pandangan.

"Alah, terlepas peluang!," Dong Wook merungut.

"Oppa....nan yeogi-sseo," rungut Hye Seul sambil berpeluk tubuh. Dong Wook nampaknya lebih berminat kepada Kim Eun Byul berbanding adiknya sendiri yang sudah lama tidak berjumpa.

"Eh, bukan senang tau nak jumpa tu artis popular. Ah, awak jalan sebelah dia je tadi kenapa tak kejar dia?," Dong Wook masih tidak berpuas hati.

"Eh, kejar sendirilah. Buat apa suruh saya!," Hye Seul mula marah. Sudahlah dia geram dengan Choi Siwon yang tadinya tidak reti hendak meminta maaf, kini kerenah abangnya lagi menambahkan geram di hati. Hye Seul menarik bagasinya dan melangkah laju.

"Hye Seul-ah! Alaaa...merajuk pulak dia," Dong Wook tersenyum dan berdiri di hadapan adiknya. Hye Seul mendongak memandang Dong Wook dengan wajah geram.

"Nak oppa peluk?," Dong Wook tersengih dan mendepangkan tangannya. Mahu memberi pelukan untuk memujuk gadis manja itu.

"Huh, tak payahlah. Baju saya kotor," Hye Seul merungut-rungut lagi. Dong Wook memandang penampilan adiknya. Kemudian, dia terus memeluk Hye Seul. Rindunya dia pada satu-satu adik kesayangannya itu. Hye Seul tersenyum nipis dalam pelukan abangnya. Hatinya rasa terpujuk sedikit.

"Alah, baju kotor nanti boleh basuh. Tapi ni macamana boleh tertumpah kopi ni? Careless sangat ni," Dong Wook mengomel.

"Nantilah orang ceritakan," Hye Seul tersenyum nipis dan memaut lengan abangnya.

2 comments:

  1. Replies
    1. hehehehehe....terima kasih kerana menyumbang idea..kisah bersama ni..=D

      Delete