"Hurm...," Hyeseul teragak-agak untuk menjawab sehinggalah Siwon muncul semula di ruang tamu.
"Ne yeoja chingu....," Siwon menjawab bagi pihak Hyeseul.
"Aaah...," Donghae melopong seketika dan kemudian menganggukkan kepalanya. Kini, dia sudah mengingati siapa gadis itu. Donghae tersenyum kepada Hyeseul dan Hyeseul membalas dengan senyuman nipis. Malu pula rasanya kerana dia tidak biasa dengan Donghae. Donghae meletakkan kotak pizza yang dibawanya di atas meja kopi. Dia berasa sangat mengantuk, tetapi perutnya juga kelaparan minta diisi.
"Tu pizza..makan lah..saja aku beli lebih..bagus juga ada girlfriend kau..Err, apa nama dia?," soal Donghae sambil melirik memandang Siwon dan kemudian memandang Hyeseul.
"Hyeseul...," jawab Siwon sebelum sempat Hyeseul menjawabnya.
"Donghae-ah, tadi ada bungkusan sampai untuk kau. Peminat yang biasa bagi kau hadiah tu," ujar Siwon dan menunjukkan sebuah kotak yang diletakkannya di atas almari. Donghae memandang sekilas ke arah yang ditunjukkan Siwon dan mengukir senyuman lebar apabila melihat hadiah itu. Jelas raut wajahnya gembira dengan hadiah itu. Tanpa membuang masa, Donghae membuka kotak itu. Donghae tersenyum lebih lebar apabila melihat isinya.
"Ginseng..macam tahu-tahu je aku penat..," Donghae tersenyum dan membaca kad ucapan yang diselitkan di situ.
'Jaga kesihatan. Minum ni untuk tenaga...jangan jatuh sakit...take care, okay....'
Donghae merenung lama kad itu, masih dengan senyuman. Dia sudah biasa menerima hadiah daripada peminat misteri yang hanya menggunakan simbol bintang sebagai pengenalan dirinya. Sudah lama Donghae menerima hadiah daripada peminat misteri itu namun, sehingga kini dia langsung tidak mengetahui siapakah gerangan peminat tersebut. Donghae mahu menyiasat namun kesibukan tidak mengizinkan dirinya untuk berbuat begitu. Akhirnya dia hanya membiarkan sahaja kerana dia yakin satu hari nanti pasti peminat misteri itu akan memunculkan dirinya. Donghae menghargai semua pemberian peminatnya, tetapi peminat yang satu ini sangat istimewa untuk dirinya. Adakala Donghae merasakan peminat itu berada dekat dengannya kerana dia sentiasa mengetahui keadaan dirinya. Marah, sedih, kecewa, penat...hadiah-hadiah dari peminat itu adalah seperti ubat untuknya.
"Donghae-ah...apa tu?," Siwon menyoal apabila melihat Donghae sudah membuka kotak itu. Donghae berpaling dan tersenyum.
"Ginseng...dia macam tahu je aku penat kan..," Donghae tersenyum dan menutup kembali kotak itu. Donghae menuju kembali ke ruang tamu. Kotak pizza di hadapannya dibuka dan dia mengambil sekeping pizza lalu dimakan dengan gelojohnya. Donghae mengunyah dan kunyahannya terhenti apabila perasan Hyeseul sedang memandangnya dengan wajah teruja. Serta-merta Donghae berasa malu.
"Mianhae...saya lapar sangat...," Donghae mengelap mulutnya dengan tangan.
"Ahh...gwenchana..saya faham awak lapar...," Hyeseul tunduk meminta maaf dan melarikan pandangannya ke arah Siwon. Siwon hanya tersenyum nipis.
Mereka makan bersama sambil berbual kosong. Perbualan lebih menjurus kepada Donghae dan Siwon, manakala Hyeseul lebih banyak mendiamkan diri dan menonton televisyen. Hyeseul mula berasa tidak selesa. Dia melihat jam dinding.
"Siwon-sshi...dah lewat ni. Sekejap lagi hantar saya balik ye..," pinta Hyeseul. Siwon mengangguk laju dan tersenyum. Donghae memerhatikan mereka berdua.
"Hyeseul-sshi, awak dengan Siwon sebaya ke?," soalnya.
"Aniyo...saya lagi muda 3 tahun..," jawab Hyeseul.
"Kenapa tak panggil dia oppa?," soalan dari Donghae menyebabkan wajah Hyeseul merah kerana malu.
"Hah? Op..oppa?," Hyeseul gugup. Siwon pula cuba menyembunyikan senyumannya.
"Yelah, kan korang dah couple...panggil oppa lah lagi mesra..kann," Donghae tersengih dan mengusik lagi. Hyeseul hanya terpinga-pinga. Sekali-sekala dia melirik ke arah Siwon.
"Yaah...Donghae-ah..geumanhae...aku nak hantar Hyeseul balik ni...kau makan lah...," Siwon cuba menghentikan usikan itu apabila dia melihat keresahan Hyeseul. Siwon berdiri dan meraih tangan Hyeseul.
"Kaja...," ucap Siwon dan Hyeseul menyambut huluran tangan Siwon.
"Annyeonghigeseyo Donghae-sshi..," Hyeseul tunduk dan meminta diri. Mereka berdua sama-sama berjalan meninggalkan ruang tamu setelah Siwon mengambil kot Hyeseul. Siwon berpaling semula ke belakang.
"Aku tahu kenapa kau balik awal. Esok kau nak pergi wedding Haha hyung kan?," soal Siwon dan Donghae mengangguk laju. Siwon tersenyum nakal.
"Aku tahu kenapa kau nak pergi. Donghae-ah, rahsia kau ada dalam tangan aku. Kalau aku tak cari topi Eunhyuk, mesti aku tak tahu lagi sampai sekarang...," Siwon tertawa perlahan. Donghae pula memandang Siwon dengan wajah terpinga-pinga dengan pizza yang masih berada di tangannya. Apa maksud Siwon?
-------------------------------------------------------------------------
Eunbyul tiba di majlis perkahwinan HaHa dan Byul bersendirian pada hari itu. Ketika berada di dewan, barulah dia berjumpa dengan beberapa orang rakan dan sunbae yang dikenalinya. Eunbyul berbual mesra sambil ketawa bersama beberapa orang selebriti. Eunbyul langsung tidak menyedari bahawa Donghae asyik memerhatikannya dari jauh. Donghae hanya tersenyum apabila melihat wajah itu. Pada mulanya dia keresahan, bimbang jika Eunbyul tidak muncul dan apabila dia melihat kelibat Eunbyul, senyuman di wajahnya mula lebar. Donghae tidak tahu mengapa, dia berasa gembira apabila melihat senyuman gadis itu. Donghae perlahan-lahan menuju ke arah Eunbyul dan berdiri beberapa meter daripada gadis itu sehingga dia dapat mendengar tawa dan perbualan Eunbyul. Donghae tiada niat untuk menyertai mereka, dia hanya berdiri di situ sambil meneguk segelas jus. Tanpa diduga, Eunbyul berpaling ke belakang dan menuju ke arahnya. Donghae yang tergamam hanya memandang dan tiba-tiba Eunbyul mendongak memandangnya. Jarak mereka sangat dekat ketika itu, tidak sampai satu meter. Eunbyul terkejut.
"Donghae sunbae?," jelas raut wajah Eunbyul tidak percaya apabila melihat Donghae berdiri di hadapannya.
"Annyeong...," Donghae tersenyum dan menegur penuh hormat.
"Annyeong sunbae-nim..tak tau pulak sunbae datang...," Eunbyul membalas dan tersenyum sambil memandang Donghae. Dia langsung tidak menyangka bahawa Donghae berada di situ kerana setahunya, Donghae masih berada di Jepun.
"Saya pun tak tahu pulak yang awak dapat jemputan...," balas Donghae walaupun sebenarnya dia sudah tahu Eunbyul akan menghadiri majlis itu. Eunbyul hanya tertawa, begitu juga Donghae. Sebetulnya keadaan mereka berdua agak janggal, mujur sahaja majlis sudah bermula, maka tumpuan diberikan kepada HaHa dan Byul.
"Byul unnie...noumu yeppo...," puji Eunbyul dengan wajah teruja. Donghae hanya memandang Eunbyul dan tersenyum.
Eunbyul langsung tidak perasan kerana matanya asyik merenung kecantikan Byul.
"Ne...yeppo...," balas Donghae dengan mata yang masih asyik merenung Eunbyul. Ya...awak memang cantik! Pujinya di dalam hati. Di dalam suasana yang penuh sesak itu, tiba-tiba seorang tetamu tanpa sengaja terlanggar Eunbyul dan tubuh Eunbyul menjadi tidak stabil. Eunbyul spontan memaut lengan Donghae, untuk menahan dirinya dari jatuh dan Donghae pula dengan pantas memaut pinggang Eunbyul. Masing-masing tergamam seketika. Eunbyul berpaling memandang Donghae dan mata mereka bertatapan. Donghae menarik kembali tangannya dari pinggang Eunbyul dan berlagak biasa.
"Hati-hati...," pesan Donghae. Eunbyul tersenyum.
"Komawo sunbae..," Eunbyul sudah tidak keruan, dia tahu wajahnya pasti sudah kemerahan.
Majlis perkahwinan itu diteruskan lagi dengan ucapan-ucapan dan persembahan dari beberapa orang selebriti. Donghae dan Eunbyul ada ketikanya ketawa apabila mendengar ucapan yang lucu. Mereka saling berpandangan dan tersenyum.
"Eunbyul-sshi...chamkanman...," Donghae menegur Eunbyul dan tangannya mahu menyentuh rambut Eunbyul. Eunbyul sedikit terperanjat dan hanya berdiri tegak. Donghae menarik tangan Eunbyul supaya Eunbyul berhadapan dengannya. Eunbyul menelan liur. Dia masih lagi terkaku dan kedudukan matanya berada separa dengan leher Donghae. Eunbyul hanya melihat bahagian leher dan dada Donghae. Eunbyul dapat merasakan kedudukan mereka sangat rapat, tambahan pula Eunbyul dapat mencium bau minyak wangi yang dipakai Donghae. Eunbyul tahu sangat, minyak wangi itu adalah dari pemberiannya.
"Sepit rambut awak ni...macam nak tercabut, dah senget...," kata Donghae sambil tangannya penuh berhati-hati membetulkan penyepit rambut yang dipakai Eunbyul. Jantung masing-masing berdegup kencang. Donghae tunduk sedikit dan memandang Eunbyul yang kaku. Dia tersenyum.
"Wanginya rambut awak...," puji Donghae. Dia memegang sedikit rambut Eunbyul yang lembut.
"Rasanya...rambut awak dah panjang sikit....," kata Donghae lagi. Eunbyul menelan liurnya lagi. Dia rasa seperti tidak boleh bernafas. Eunbyul mendongak dan ketika ini mata mereka bertentangan. Donghae tersentak dan melepaskan tangannya dari rambut Eunbyul. Dia berdehem perlahan, cuba menyembunyikan kegugupan.
"Komawo....," Eunbyul mengucapkan terima kasih.
Majlis terus berlangsung dengan lancar dan meriah. Apabila sesi fotografi bermula, pasangan pengantin meminta semua tetamu turut serta bergambar. Eunbyul dan Donghae juga tidak mahu melepaskan peluang.
"Jom...kita berdiri belakang sana...," ajak Donghae dan terus menarik tangan Eunbyul. Eunbyul yang terpinga-pinga, hanya mengikut. Namun, dalam hatinya terselit perasaan yang sangat bahagia. Eunbyul dan Donghae berdiri bersebelahan antara satu sama lain. Mereka dan tetamu yang lain memberikan pose yang menarik untuk bergambar. Apabila gambar hendak diambil untuk kali kedua, tanpa disangka Eunbyul, Donghae memeluk erat pinggangnya. Hasilnya, Eunbyul tidak tersenyum di dalam gambar itu sebaliknya menunjukkan reaksi terkejut. Eunbyul mengerling seketika ke arah Donghae dan melihat Donghae hanya tersenyum sambil memandang ke arah kamera. Eunbyul rasa seperti hendak tumbang.
Para tetamu mula meminta diri apabila majlis hampir berakhir. Donghae dan Eunbyul berpandangan dengan senyuman nipis. Entah mengapa, mereka berasa sedih untuk meninggalkan majlis itu. Untuk hari itu, baik Eunbyul mahupun Donghae, masing-masing berasa sangat bahagia. Inilah kali pertama mereka berasa begitu dekat sekali.
"Sunbae...saya minta diri dulu...," kata Eunbyul dengan senyuman tawar.
"Erm...Eunbyul-sshi...," Donghae teragak-agak. Eunbyul memandang dengan pandangan ingin tahu.
"Boleh kita tukar nombor telefon?," soal Donghae dan berharap agar Eunbyul bersetuju. Eunbyul tersenyum dan mengangguk perlahan. Akhirnya, masing-masing menukar nombor telefon.
"Komawoyo Eunbyul-sshi...," ucap Donghae dan dibalas dengan senyuman oleh Eunbyul. Mereka berpisah ketika keluar dari dewan. Baru beberapa tapak Eunbyul melangkah, Iphonenya berbunyi menandakan satu sms diterima. Eunbyul tersenyum dan tidak sabar untuk membaca. Di fikirannya hanya Donghae.
'Eunbyul-ah...I saw everything...'
Eunbyul menekup mulutnya. Eunbyul meliarkan pandangan ke sekeliling dan terpandang Jaejoong yang sedang tersenyum nakal kepadanya sambil melambai dengan telefon bimbit di tangan.
"Jaejoong oppa...ada kat sini??," Eunbyul menggumam sendirian. Dia menelan liur apabila melihat Jaejoong menuju ke arahnya.


homaigoddddddddd.
ReplyDeletei tgh renyih sewel ni bc scene kat majlis tetiba muncul jaejoong.
kenapa rs mcm blushing, malu. ah jaejoong nmpak kah scene dgn donghae tu?