Wednesday, July 03, 2013

Story About Us : Chapter 27

Siwon masuk ke bilik Donghae untuk mencari topi kepunyaan Eunhyuk. Donghae meminjam topi itu daripada Eunhyuk beberapa hari lepas dan memandangkan Donghae berada di Osaka ketika itu, Donghae meminta pertolongan Siwon untuk memulangkan kembali topi itu kepada Eunhyuk. Siwon mengitarkan pandangan di sekitar bilik Donghae yang kelihatan agak bersepah. Donghae memberitahu bahawa topi itu berada di atas meja solek tetapi kelihatannya tiada sebarang topi di situ.

"Ah, mana pulak dia letak?," Siwon menggaru kepalanya. Dia malas sebenarnya hendak menyelongkar bilik Donghae, tidak senang hatinya jika dia berbuat begitu. Siwon menuju ke katil. Mungkin topi itu ada terselit di bawah bantal? Siwon mengangkat bantal Donghae, namun tiada apa-apa di situ. Siwon kembali meletakkan bantal itu di tempat asalnya dan ketika ini dia perasan ada sekeping kad putih terselit di situ. Oleh kerana perasaan ingin tahu yang membara, Siwon mengambil kad putih itu dan menterbalikkannya. Siwon mengangkat kening apabila melihat itu adalah gambar Eunbyul.

"Eunbyul????," Siwon sedikit terkejut.

"Oooo....," Siwon akhirnya tersenyum.


Siwon kembali semula meneruskan kerja mencari topi Eunhyuk. Kali ini dia membuka laci di meja solek pula dan sekali lagi Siwon terkejut apabila melihat majalah CeCi yang dicarinya selama ini berada di situ.

"Eh, lain yang aku cari, lain yang jumpa...," Siwon mengambil majalah itu dan beberapa keping kertas jatuh ke kakinya. Siwon tunduk dan mengutip kertas tersebut. Rupanya itu adalah keratan gambar Eunbyul di dalam majalah itu yang telah dipotong oleh Donghae. Siwon tertawa kecil tidak percaya.

"Mwoya? Lee Donghae...kau ada hati pada Eunbyul ke? Sampai berlubang magazine aku kau kerjakan," Siwon berbicara sendirian. Siwon tahu Donghae memang peminat Eunbyul, tetapi...nampak macam lebih dari peminat sahaja. Iphone Siwon berdering minta diangkat. Siwon mengambil alat itu di dalam poket seluarnya dan melihat nama yang tertera di skrin. Dia tersenyum lagi apabila melihat Eunbyul yang menghubunginya.

"Yaebosaeyo..Eunbyul-ah...," Siwon menjawab panggilan itu sambil matanya menatap gambar Eunbyul di dalam laci meja solek Donghae.

"Oppa....oppa pergi tak wedding Byul unnie?," soal Eunbyul sayup-sayup di hujung talian.

"Aniya...waeyo? Oppa ada event hari tu. Awak dapat jemputan ke?," giliran Siwon pula menyoal.

"Dapat tapi...tak ada kawan nak pergi. Bo Young ada hal. Sunbae lain pulak semua ada teman. Hyori unnie, Jiyoung sunbae pergi ngan boyfriend diorang. Soo Hyun-sshi dah pergi ngan Suzy. Saya sorang aje ni...," Eunbyul merungut.

"Alah..nanti dekat sana jumpalah dengan yang lain...," Siwon tersenyum. Eunbyul mengeluh perlahan.

"Tapi tak seronok la pergi tak ada teman....," Eunbyul merungut lagi. Siwon tidak menjawab, dia diam seketika. Kemudian dia terfikirkan Donghae. Seingatnya, Donghae juga mendapat jemputan tetapi Donghae tidak mahu pergi kerana ada penggambaran di Osaka dan pada hari majlis perkahwinan itu berlangsung, dia mahu merehatkan diri seketika di sana. Siwon melebarkan senyumannya. Alah, Donghae...tak payah nak rehat sangatlah.

"Eunbyul-ah...mianhae...oppa memang tak dapat pergi...noumu mianhae...," Siwon meminta maaf. Sesuatu bermain di fikirannya.

"Oh...nae oppa...gwenchana..ok lah oppa. Saya letak telefon. Nanti sembang lagi...annyeong...," Eunbyul mematikan talian dengan nada suara penuh kecewa. Siwon hanya ketawa perlahan. Siwon menggelengkan kepala, rupanya antara Eunbyul dan Donghae, masing-masing saling menyimpan perasaan. Siwon baru sahaja mahu melangkah keluar dari bilik Donghae dan secara kebetulan matanya terpandang bawah katil Donghae. Rupanya topi kepunyaan Eunhyuk berada di situ. Siwon mengutipnya. Selepas itu, Siwon menghantar mesej kepada Donghae.

'Donghae-ah..aku dah jumpa topi tu. Oh ya...kau tak nak pergi wedding HaHa hyung? Eunbyul pergi tau'

'Eunbyul? Erm...kenapa bagitahu aku?'

Siwon tertawa sinis. Heh, kenapa bagitahu konon?

'Yelah...kau kan peminat dia. Saja aku bagitahu'

Balas Siwon dan Donghae langsung tidak memberikan sebarang balasan.

--------------------------------------------------------------------------------

Hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Cuaca sangat sejuk dan jalan pula agak sesak. Siwon dan Hyeseul masing-masing terperangkap di dalam kereta. Kesesakan lalu lintas itu adalah disebabkan oleh kemalangan. Ketika ini, Siwon mahu menghantar Hyeseul pulang ke apartmentnya setelah mereka makan malam bersama-sama.

"Ah...Hyeseul-ah...jalan sesak sangat ni...," Siwon merungut. Dia bersandar sambil tangan masih memegang stereng.

"Ottouke Siwon-sshi....," Hyeseul menoleh dan mula risau. Dia sudah kepenatan dan mahu pulang ke rumah dengan segera, mahu berehat.

"Kita patah balik yer. Awak lepak dulu apartment saya, nanti hujan dah reda sikit, saya hantar awak balik...," pujuk Siwon.

"Apartment? Tapi kan awak tinggal dengan Donghae-sshi. Shirheo...malulah kalau ada dia..," Hyeseul menolak.

"Jangan risaulah. Donghae takde. Dia kat Jepun, ada shooting. Lusa baru nak balik. Sekejap aje. Nanti malam sikit saya hantar awak balik ye...," Siwon tersenyum dan cuba meyakinkan Hyeseul. Hyeseul menggigit bibirnya dan akhirnya dia mengangguk setuju. Setelah kenderaan mula bergerak, Siwon membelok ke kanan dan mengubah haluan menuju ke apartmentnya.

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di perkarangan apartment Siwon. Siwon memarkir keretanya di kawasan meletak kereta bawah tanah dan mereka sama-sama naik ke tingkat atas. Hyeseul berjalan dengan penuh berhati-hati. Sengaja dia menjarakkan dirinya daripada Siwon. Dia tidak mahu ada siapa-siapa melihat mereka berdua dan pastinya orang akan curiga dengan kewujudannya di sisi Siwon. Hyeseul sedikit lega apabila tiba di unit apartment Siwon. Hyeseul melangkah masuk dan melihat-lihat di sekeliling rumah Siwon.

"Hyeseul-ah, duduklah dulu...," Siwon tersenyum dan menjemput Hyeseul duduk di ruang tamu. Siwon membuka televisyen dan meninggalkan seketika Hyeseul di situ lalu menuju ke biliknya. Tidak lama kemudian, Siwon kembali ke ruang tamu dengan pakaian yang sudah ditukar.

"Hyeseul-ah, kalau awak nak tukar baju, boleh lah pakai baju saya tu...tapi besar sikitlah....," pelawa Siwon. Hyeseul menggelengkan kepala.

"Aniyo...gwenchana...," Hyeseul menolak dan dia membuka kot panjang yang dipakainya. Hyeseul memakai blaus tanpa lengan bersama skirt. Kesejukan yang dirasainya tadi telah berkurang apabila duduk di ruang tamu itu.

Siwon duduk di sofa bersebelahan Hyeseul dan bersandar penuh santai di situ. Hyeseul pula berasa agak janggal. Kedudukan mereka agak rapat. Masing-masing hanya menonton televisyen tanpa sebarang perbualan. Hyeseul menggosok tengkuknya yang terasa lenguh. Penat rasanya apabila seharian menghadap komputer dan segala kerja yang bertimbun. Siwon yang perasan dengan tindakan Hyeseul, mula merapati gadis itu. Perlahan-lahan kedua-dua tangannya mendarat di bahu Hyeseul. Hyeseul tergamam seketika tetapi diam membisu dan hanya membiarkan sahaja perbuatan Siwon. Siwon mengurut perlahan bahu Hyeseul.

"Awak penat yer?," bisik Siwon. Hyeseul menelan liurnya dan mengangguk perlahan. Siwon mengurut lagi dan Hyeseul hanya membiarkan sahaja. Pada mulanya, Hyeseul berasa agak janggal tetapi lama-kelamaan dia selesa dengan urutan Siwon. Terasa badannya segar semula. Siwon tersenyum dan merenung sisi wajah Hyeseul. Siwon mendekatkan wajahnya ke tengkuk Hyeseul sehingga gadis itu dapat merasa hembusan nafas Siwon. Hyeseul tersentak dan dia dengan pantas membetulkan duduknya dan berpaling ke arah Siwon. Wajah mereka begitu hampir. Siwon dan Hyeseul membulatkan mata sambil memandang ke arah satu sama lain. Hyeseul menarik badannya dan menjarakkan dirinya dari Siwon.

"Wae yo?," soal Siwon dengan wajah terpinga-pinga.

"Erm..tak ada apa...cuma dahaga. Boleh saya pergi dapur?," Hyeseul meminta izin dan baru sahaja dia hendak berdiri, Siwon memegang lengannya. Hyeseul memandang Siwon.

"Tak apa. Awak duduk aje sini. Saya pergi ambilkan air. Saya bancuhkan hot chocolate yer..," Siwon tersenyum dan Hyeseul mengangguk sambil membalas senyuman Hyeseul. Hyeseul hanya diam di situ dan kembali menonton televisyen.

Tidak berapa lama kemudian, Hyeseul terdengar bunyi bising di pintu hadapan. Seperti ada seseorang hendak masuk ke dalam rumah itu. Hyeseul melopong dan menelan liur. Siapa yang datang ni? Manager Siwon? Makcik cleaner? Eomma appa Siwon? Hyeseul kaget namun dia tidak dapat hendak berbuat apa-apa. Dia hanya diam kaku di situ apabila terdengar bunyi orang berjalan menuju ke ruang tamu. Hyeseul hanya memandang sehingga wajah Donghae muncul di hadapannya. Donghae juga memandang Hyeseul dengan wajah terpinga-pinga. Untuk seketika, Donghae berfikir, benarkan ini rumahnya. Susun atur ruang tamu nampak sama, semuanya nampak sama kecuali gadis di hadapannya itu. Rasa macam pernah tengok tetapi di mana? Hyeseul pula tergamam melihat Donghae di hadapannya. Dia hanya memandang sahaja Donghae yang menarik sebuah bagasi bersama plastik berisi dua kotak pizza di tangan kirinya. Donghae tersenyum dan ingin menegur gadis itu tetapi...

"Hai...nak makan pizza?," soal Donghae walaupun itu bukanlah soalan yang sepatutnya ingin ditanya.

"Nae?," Hyeseul mengerutkan dahi dan hairan dengan soalan Donghae itu. Donghae yang baru perasan akan kesilapannya hanya tersengih. Macamana pula soalan itu boleh keluar dari mulutnya.


Hyeseul terasa ingin ketawa apabila melihat reaksi Donghae.

2 comments:

  1. nak tau ape yg paling daebak?
    tu gif siwon. mimik muka dia mmg daebak!!
    ah comel hyeseul dgn siwon ni
    malu2 yer. tu br urutan sikit2 je tu
    hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang muka mcm baru tahu sesuatu yg sangat rahsia...ahahahhaha
      tu hae pun comel..tibe je tanya nak makan pizza ke tak

      erk..ehehehehe...tu agak kalau hyeseul biar je ape la jadi agaknya
      omona....

      Delete