Thursday, May 30, 2013

Story About Us : Chapter 23

Siwon menggenggam tangan Hyeseul dan membantu gadis itu melangkah ke jeti. Hampir sahaja Hyeseul tersilap langkah, Siwon cepat-cepat memaut pinggangnya. Badan Hyeseul terdorong ke dalam pelukan Siwon. Dia memaut bahu Siwon sebagai sokongan. Hyeseul mengangkat muka dan dadanya berdegup kencang apabila Siwon sedang galak merenungnya. Hyeseul menelan liur dan pantas menjauhkan diri. Siwon tersenyum nipis.

"Hati-hati...," katanya dan mencapai tangan Hyeseul. Mereka berpimpinan tangan sepanjang perjalanan di atas jeti. Hyeseul tersenyum sendiri. Segala perbuatannya pada hari ini agak kelam kabut.

"Awak tunggu sini kejap yer. Saya nak pulangkan kunci ni," kata Siwon dan meminta diri seketika. Hyeseul mengangguk dan tersenyum. Dia memejamkan mata dan menghirup udara segar. Siapa sangka, semalam dia menangis-nangis kerana berputus harapan dengan Siwon, tetapi hari ini dia bahagia kerana Siwon sudah menjadi teman lelakinya. Semuanya berubah hanya dalam masa satu malam!

Hyeseul mencari telefon bimbit di dalam beg tangannya apabila mendengar alat itu berbunyi. Dia tersenyum apabila menerima panggilan daripada Dong Wook. Rindu pula dia pada abangnya itu.

"Ne oppa!," Hyeseul menjawab dengan rasa teruja.

"Awak buat apa tu? Kenapa lama tak call oppa?," terdengar suara Dong Wook di hujung talian.

"Mian oppa...saya busy...," Hyeseul tersengih sendiri. Sibukkah dia? Dalam masa yang sama, Siwon kembali semula dan berjalan ke arah Hyeseul. Lelaki itu langsung tidak perasan Hyeseul sedang berbual di telefon.

"Hyeseul-sshi...kaja..awak ada nak pergi mana-mana lagi?," Siwon menegur dan apabila menyedari bahawa gadis itu sedang menjawab panggilan telefon, dia mendiamkan diri. Hyeseul berpaling ke arah Siwon dan tersenyum nipis.

"Hyeseul-ah...siapa tu? Awak dekat mana tu? Kenapa oppa dengar suara lelaki? Awak keluar dengan siapa?," bertalu-talu soalan terhambur dari mulut Dong Wook. Hyeseul menelan liur dan agak gugup untuk menjawabnya, tambahan pula Siwon masih berdiri di sampingnya.

"Oppa...erm...saya..dengan kawan...," lambat-lambat Hyeseul menjawab.

"Kawan? Nugu? Hyeseul-ah, awak ada boyfriend ke ni? Lepas ni datang rumah oppa, bawak kawan tu sekali," arah Dong Wook. Hyeseul mengetap bibir.

"Oppa...arasseo, saya datang...erm, nanti saya cerita dekat oppa...Saya pergi dulu...Jumpa karang!," balas Hyeseul dan cepat-cepat dia memutuskan talian. Hyeseul berpaling dan memandang Siwon.

"Nugu?," Siwon menyoal dengan kening sedikit terangkat.

"Dong Wook oppa....," balas Hyeseul.

"Oh...erm..Hyeseul-sshi, saya kena balik sebab dah janji nak makan malam dengan family. Awak ada nak pergi mana-mana? Mungkin nak join kami?," ajak Siwon. Ternganga mulut Hyeseul mendengar pelawaan itu. Dia menggeleng berulang kali.

"Aniyo...Siwon-sshi...saya nak pergi rumah oppa...," Hyeseul menolak. Makan malam dengan keluarga Siwon? Ada hwijangnim, Jiwon-sshi, malulah nak berhadapan dengan mereka.

"Kalau macam tu, saya hantarkan..Kaja...," Siwon membukakan pintu untuk Hyeseul. Hyeseul tersenyum dan masuk ke dalam perut kereta. Hyeseul memerhatikan Siwon.  Dari Siwon menutup pintu kereta untuknya sehingga Siwon ke tempat duduk pemandu.

"Waeyo? Saya kacak sangat ke?," Siwon menyoal apabila melihat Hyeseul masih memerhatikannya. Sejak dari tadi dia perasan akan hal itu. Siwon tersenyum lebar. Hyeseul membulatkan matanya dan mengalih pandangan ke hadapan. Malu kerana tertangkap. Siwon ketawa perlahan.

"Betul awak tak nak join family saya dinner ni?," soal Siwon lagi inginkan kepastian. Hyeseul menggeleng.

"Mungkin lain kali...lagi pun dah janji nak jumpa oppa. Lama jugak rasa tak jumpa dia," Hyeseul menolak pelawaan itu dengan lembut, tidak mahu Siwon berkecil hati. Siwon tersenyum dan mengangguk tanda faham. Siwon terus memandu dan mereka berbual pendek. Dari satu topik ke topik yang lain. Sesekali Siwon mengusik Hyeseul dan Hyeseul hanya akan mendiamkan diri. Dia malu dan tidak tahu bagaimana hendak membalas usikan itu.

Mereka akhirnya tiba di hadapan rumah Dong Wook. Rumah yang didirikan di atas tanah lot itu diperhatikan oleh Siwon. Rumah dua tingkat yang sederhana dan tidak terlalu besar.

"Dong Wook oppa awak ni dah kahwin ke belum?," soal Siwon setelah melihat rumah itu. Hyeseul ketawa kecil.

"Kenapa, nampak macam dia dah kahwin ke?," Hyeseul menyoal kembali. Siwon mengangguk.

"Duduk rumah macam ni nampak macam dia dah berkeluarga aje...,"

"Dia yang saja beli rumah macam ni. Untuk masa depan kalau dah kahwin kononnya. Dia kata nanti senang kalau anak-anak dia nak berlari-lari dekat laman...," terang Hyeseul. Siwon mengangguk dengan mulut melopong, tanda faham.

"Saya keluar dulu. Nantilah...saya kenalkan awak dengan oppa. Saya nak bagitahu dia dulu pasal kita..," Hyeseul tersenyum sebaik sahaja menghabiskan ayat itu. 'Pasal kita....'

"Okay...nanti jumpa lagi..," Siwon tersenyum dan memberi isyarat menyuruh Hyeseul menghampirinya.

"Wae?," Hyeseul mengangkat keningnya. Siwon menyentuh pipinya dengan jari telunjuk, meminta ciuman dari Hyeseul. Hyeseul menggigit bibir. Dia tersenyum dan merapati Siwon. Apabila bibirnya hampir mengenai pipi Siwon, Siwon berpaling dan memegang pipi Hyeseul. Merapatkan bibir gadis itu ke bibirnya. Hanya seketika kerana Hyeseul menarik kembali wajahnya. Dia memandang Siwon dengan pandangan terkejut. Wajahnya merona merah. Malu. Cepat-cepat dia keluar dari kereta Siwon dan masuk ke rumah Dongwook. Siwon hanya memerhati dan hanya ketawa. Dia menggelengkan kepala dengan gelagat comel Hyeseul dan memandu pergi dari situ.

Dongwook yang mendengar pintu pagarnya dibuka terus menuju keluar. Dia terserempak dengan Hyeseul yang wajahnya agak kemerahan.

"Waeyo Hyeseul-ah?," Dongwook menyoal dan memerhatikan ke arah pagar. Menyangka teman lelaki Hyeseul akan muncul dari situ. Hyeseul hanya menggeleng dan memegang bibirnya. Dia masih malu dengan tindakan Siwon.

"Mana dia? Mana boyfriend awak tu?," soal Dongwook lagi. Hyeseul menggeleng.

"Dia..dia dah balik. Dia ada hal..," jawab Hyeseul. Dongwook memandang wajah Hyeseul. Dahinya berkerut. Hyeseul yang agak malu dengan pandangan abangnya itu memalingkan wajah ke arah lain. Cepat-cepat dia melangkah kaki masuk ke rumah Dongwook. Dongwook hanya mengikut. Banyak persoalan di benaknya.

"Siapa boyfriend awak? Sejak bila korang couple ni? Kenapa oppa tak tahu awak berkawan dengan siapa-siapa selama ni?," bertalu-talu Dongwook menyoal.

"Oppa, banyaknya soalan. Oppa ni...," Hyeseul merungut.

"Kenalah oppa tahu. Awak tu keluar dengan siapa. Hyeseul-ah, awak sekarang dekat Seoul. Hati-hati sikit dengan siapa awak berkawan. Tadi siapa? Kawan satu office?," Dongwook masih lagi menyoal siasat. Hyeseul menggeleng.

"Malaslah nak cerita dekat oppa. Mesti oppa tak percaya kalau saya bagitahu...," Hyeseul mencebik.

"Kenapa pulak tak percaya. Dia lagi tua berpuluh tahun dari awak ke?," Dongwook cuba meneka.

"Eh, aniya!," Hyeseul menyanggah.

"Habis tu lagi muda? Budak sekolah?," sekali lagi Dongwook meneka. Hyeseul menggeleng laju.

"Habis tu?," Dongwook masih tidak berputus asa. Hyeseul mengeluh perlahan. Dia tahu Dongwook akan terus bertanya selagi dia tidak menjawab. Hyeseul mengeluarkan Iphonenya. Dia mencari gambarnya bersama Siwon yang diambil sebentar tadi.

"Ie-saram....," Hyeseul menghulurkan Iphone itu kepada Dongwook. Dongwook menyambut dan membeleknya. Bulat matanya melihat gambar itu. Dia melihat pula gambar-gambar yang lain. Semua gambar adiknya bersama Siwon.

"Choi Siwon?," Dongwook bertanya dengan nada yang tidak percaya. Hyeseul mengangguk.

"Bukan dulu awak benci dia?," soal Dongwook lagi. Hyeseul mengangguk.

"Dulu....," jawabnya. Mendengarkan jawapan itu, Dongwook ketawa. Hyeseul membaling kusyen kecil ke arah Dongwook. Dongwook mengelak dan masih lagi ketawa.

"Itu lah...dulu benci sangat, sekarang dah jatuh cinta. Ni kalau Ilwoo tahu mesti dia ketawa juga..," Dongwook masih lagi ketawa. Hyeseul mencebik.

"Janganlah bagitahu dia! Oppa! Ni rahsia la..," Hyeseul melarang. Dongwook berhenti ketawa. Dia tersenyum nipis dan memandang Hyeseul.

"Hyeseul-ah...awak serius ke dengan dia?," nada suara Dongwook juga kedengaran serius. Hyeseul mendiamkan diri. Sejujurnya dia juga tidak tahu, kerana hubungan mereka masih terlalu baru.

"Oppa...tak suka dia ke?," soal Hyeseul pula, tidak menjawab soalan Dongwook sebentar tadi.

"Bukan macam tu. Tapi awak fikir tak. Dia tu artis. Nanti macamana kalau semua orang tahu hubungan korang ni. Macamana awak nak menghadap fan dia, press lagi...," Dongwook mula risau. Hyeseul hanya diam. Dia tidak tahu hendak menjawabnya. Dia ada juga berfikir tentang hal itu, tetapi tidaklah terlalu serius. Dongwook mengeluh perlahan.

"Hyeseul-ah, awak tu adik oppa. Oppa tak nak awak terluka. Oppa yakin Siwon tu baik orangnya. Cuma oppa nak korang hati-hati. Kalau korang serius, lambat laun orang semua akan tahu. Ingat Hyeseul, jaga diri...," pesan Dongwook.

"Jadi oppa tak marah....saya dengan Siwon-sshi...," Hyeseul memandang Dongwook dengan mata berkaca. Dongwook tersenyum dan menggeleng.

"Cuma hati-hati...jangan sampai terluka...," ujar Dongwook dan mengusap kepala adik kesayangannya.
-------------------------------------------------------------------------------

Siwon tersenyum riang saat memasuki perkarangan rumahnya. Keluarganya sedang menonton televisyen di ruang tamu ketika itu. Sudah menjadi kebiasaan untuk berkumpul apabila hari cuti. Jika Siwon ada kelapangan, dia juga akan menyertai mereka. Siwon duduk di atas sofa bersebelahan Jiwon, masih dalam keadaan tersenyum.

"Waeyo oppa? Ada berita gembira?," Jiwon mula mengusik. Walaupun Siwon tidak memberitahu, dia dapat meneka apa yang terjadi pada abangnya.

"Erm...memang ada benda pun nak bagitahu..," ucap Siwon kepada keluarganya. Mendengarkan itu, semua mata tertumpu kepada Siwon. Choi Hwijangnim tersenyum nipis.

"Pasal ape?," soal ibu mereka.

"Saya...saya dah ada girlfriend...," Siwon berterus terang, tidak mahu berselindung. Jiwon yang mendengar berasa teruja. Benar apa yang difikirnya. Choi Samonim memandang dengan mulut ternganga. Seriuskah anaknya itu?

"Dengan Hyeseul-sshi?," Choi Hwijangnim meneka sambil tersengih. Siwon membulatkan matanya. Terkejut dia mendengarnya.

"Eh..mana appa tau?," Siwon menyoal. Dia menelan liur. Bagaimana ayahnya boleh tahu tentang hal ini?

"Hyeseul-sshi? Secretary appa? Betul ke?," Choi Samonim kelihatan tidak percaya. Jiwon mengangguk bagi pihak abangnya. Choi Hwijangnim ketawa.

"Nak tahu macamana appa boleh tahu?," soalnya. Semua mata tertumpu kepada Choi Hwijangnim pula. Siwon menggigit bibir. Hairan memikirkan bagaimana hal ini diketahui ayahnya. Donghae ke yang bagitahu. Eh, takkanlah dia nak bagitahu pulak.....

"Ada CCTV rakam apa kamu buat dengan Hyeseul-sshi malam semalam," jawapan ayahnya betul-betul mengejutkan Siwon. Dia menelan liurnya.

"Jangan risau...appa dah suruh security padam tu. Siwon-ah...hati-hati!," pesan Choi Hwijangnim.

"Buat apa? Kiss?," Jiwon menyampuk dengan pandangan teruja. Choi Hwijangnim berdehem perlahan. Siwon menelan liur dan kemudian memandang ibunya. Wanita itu mengangkat kening dan tersenyum lebar.

"Erm...saya nak masuk bilik. Nak mandi, nak berak...erm...bye!," Siwon meminta diri dan berlalu dari situ. Jiwon ketawa dan menyoal ayahnya untuk mengetahui apa yang berlaku dengan lebih lanjut. Siwon tidak tahu apa lagi yang mereka bualkan tentang dirinya. Dia sudah malu. Mujur sahaja Hyeseul tidak mengikutnya. Jika Hyeseul ada di situ, pasti wajah Hyeseul sudah bertukar warna kerana malu. Bukan warna merah lagi dah, tapi entah apa-apa warna agaknya.

2 comments:

  1. hambik! bos dah tau. ade cctv rakam aksi kissing. hahahha. part dgn hwijangnim ni lawak. ah happy family sungguh. wwooohooooo~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. miahahahhaa! kalau ada hyeseul masa tu mmg malu tak hengat. terjun tasik kot..hahhaha! siwon pun dah malu2

      Delete