Wednesday, May 22, 2013

Story About Us : Chapter 22

Hyeseul menanti Siwon di hadapan apartmentnya. Dia memegang topi yang dipakainya bagi mengelakkan ia terbang ditiup angin. Hyeseul kelihatan comel pada hari itu dengan dress putih berbunga-bunga kecil yang dipakainya. Siwon yang menyuruhnya berpakaian begitu. Katanya mahu berjalan-jalan menghirup udara segar. Hyeseul menggigit bibirnya. Biar betul Siwon ni? Nak berjalan ke mana? Tak takut ke orang nampak? Hyeseul mula risau. Hendak bertemu janji di mana ni? Sebuah kereta Audi berhenti di hadapan Hyeseul. Hyeseul tersenyum kerana dia sudah tahu siapa pemilik kereta itu. Siwon menurunkan cermin tingkapnya dan tersenyum ke arah Hyeseul.

"Hai....," tegurnya. Siwon menjemput Hyeseul naik. Hyeseul terus masuk dan duduk di kerusi penumpang. Dia memandang Siwon dan tersenyum manis. Membelek seketika penampilan lelaki itu. Dengan kaca mata hitam, kemeja putih dan seluar slack berwarna biru gelap. Penampilan yang ringkas dan bersahaja namun masih kelihatan kacak.

"Kita nak pergi mana?," soal Hyeseul dengan wajah teruja.

"Erm...adalah. Special untuk first date kita," balas Siwon dengan senyuman yang masih tidak lekang di bibir. Gembira dapat melihat wajah Hyeseul pada pagi itu.

"Awak...takkan kita nak keluar dekat tempat yang ramai orang. Nanti kalau peminat awak ke paparazzi ke nampak. Tak ke aniaya?," Hyeseul kelihatan risau.

"Janganlah risau. Tempat saya nak bawak awak pergi ni tenang, sunyi, tak ramai orang dan yang paling penting, sangat privasi...," Siwon cuba meyakinkan Hyeseul. Hyeseul menggigit bibirnya. Bunyi macam nak culik aku je dia ni? Fikir Hyeseul, namun bibirnya tetap mengukirkan senyuman.

Siwon terus memandu dengan tenang. Cuaca pada hari itu sangat baik. Sesuai sekali cuaca itu dengan agenda Siwon. Harap-haraplah cuaca baik sepanjang hari, fikir Siwon. Baik Hyeseul mahupun Siwon, masing-masing mendiamkan diri. Hanya kedengaran lagu dari radio yang dipasang. Sekali-sekala mereka berpandangan dan tersenyum. Masing-masing tidak tahu hendak memulakan perbualan. Setelah beberapa ketika, barulah Siwon bersuara.

"Banyak yang saya nak tahu pasal awak," Siwon memandang Hyeseul. Hyeseul membalas pandangan itu.

"Apa yang awak nak tahu?," soal Hyeseul.

"Semuanya....," balas Siwon dan tersenyum pada gadis itu. Hyeseul juga tersenyum. Siwon mungkin tidak tahu apa-apa mengenai dirinya, tapi mengenai Siwon, semuanya hanya di hujung jari. Maklum sahaja, dia seorang pelakon. Pasti semua tentang dia ada di internet.

Mereka akhirnya tiba di Seoul Marina Club and Yacht. Hyeseul terpaku seketika melihat pemandangan indah di situ. Bibirnya menguntum senyum.

"Yeogisseo?," soalnya dan dibalas dengan anggukan oleh Siwon.

"Kaja...," ajak Siwon. Siwon memimpin tangan Hyeseul dan membawanya ke jeti. Hyeseul hanya mengikut walaupun banyak persoalan bermain di dalam kepalanya. Siwon memimpin Hyeseul naik ke atas sebuah kapal layar.

"Waaahh...," Hyeseul kagum. Dia memandang Siwon.

"Saya sewa ni. Untuk first date kita...," Siwon tersenyum dan menjelaskan perkara sebenar. Hyeseul melopong. Dia memandang di sekeliling kapal layar yang agak besar itu.

"Mesti mahal...kenapa awak habiskan duit untuk semua ni?," Hyeseul menggigit bibirnya.

"Mianhae Hyeseul-sshi...saya tak boleh nak bawak awak pergi tengok wayang, jalan-jalan dekat taman macam yang couple lain selalu buat. Saya risaukan keselamatan awak," terang Siwon. Hyeseul tersenyum.

"Lagipun, saya dah penat dengan dunia artis, saya nak suasana yang sunyi sekejap. Ermmm...awak tak suka ke?," soal Siwon. Hyeseul dengan pantas menggeleng.

"Aniya...saya suka sangat!," Hyeseul mula berasa teruja. Dia berjalan di sekitar kapal layar itu. Angin yang bertiup membuatnya tertawa. Siwon juga tenang menikmati pemandangan indah dari atas kapal itu. Hyeseul melirik memandang Siwon yang kelihatan sangat kacak.


Hyeseul berdiri di tepi kapal itu dan melihat pemandangan cantik yang terbentang di hadapannya. Siwon tersenyum lebar melihat gelagat Hyeseul. Dia menghampiri Hyeseul dan berdiri di belakang Hyeseul. Kapal layar itu mula bergerak meninggalkan jeti.

"Omona!," Hyeseul terjerit dan dia hampir terjatuh. Pergerakan kapal itu membuatnya menjadi tidak stabil. Dengan pantas Siwon memeluk pinggang Hyeseul dari belakang. Hyeseul terkaku seketika. Untuk seketika, mereka berkeadaan begitu.

"Gwenchana?," Siwon berbisik di telinga Hyeseul. Hyeseul menelan liur. Suaranya sangat romantik. Hyeseul menganggukkan kepala.

"Jom...kita ke belakang...," ajak Siwon. Dia memimpin tangan Hyeseul. Siwon membawa Hyeseul mengelilingi kapal itu. Di satu ruang terbuka, ada terbentang tikar dan beberapa biji kusyen kecil. Siwon menuju ke arah tikar itu dan duduk di situ. Dia tersenyum memandang Hyeseul dan menghulurkan tangannya, menyuruh Hyeseul duduk bersamanya di situ. Hyeseul hanya menurut dan duduk di sebelah Siwon.

"Saya penat lah....," Siwon mengeliat dan dengan selambanya berbaring di riba Hyeseul. Elok sahaja kepalanya terletak di paha Hyeseul. Hyeseul agak terperanjat namun membiarkan sahaja.

"Boleh bagi saya tidur sekejap? Sekejap aje...," Siwon mendongak memandang Hyeseul. Hyeseul tunduk memandang Siwon.

"Erm....okay...," ujarnya sambil tersenyum. Siwon memejamkan matanya dan berpeluk tubuh. Hyeseul memandang wajah Siwon dengan senyuman. Tangannya diangkat untuk mengelus rambut lelaki itu, tetapi dia menariknya semula. Terasa malu hendak berbuat begitu. Tidak lama kemudian, terdengar dengkuran halus Siwon. Rupanya dia memang betul-betul tertidur. Hyeseul mengambil peluang itu untuk meneliti wajah Siwon. Jantungnya berdegup kencang. Memang benar, dia mencintai jejaka itu.
-------------------------------------------------------------------------------

Siwon terjaga dari lenanya. Sebaik sahaja membuka mata, wajah Hyeseul tiada di situ. Siwon baru tersedar, sudah agak lamakah dia tidur? Paha Hyeseul yang memangku kepalanya, kini diganti dengan sebuah kusyen kecil. Siwon berpaling ke kiri. Dia tersenyum apabila melihat Hyeseul juga tertidur di sebelahnya. Siwon mengiring dan memerhatikan Hyeseul. Hyeseul membuka matanya perlahan-lahan. Apabila terpandang Siwon, dia terasa malu. Siwon membetulkan rambut Hyeseul yang menutupi wajah gadis itu.

"Mianhae....lama pulak saya tertidur," ucap Siwon. Hyeseul memerhatikan wajah Siwon.

"Gwenchana...saya faham awak penat...," Hyeseul membalas.

"Baegupa....," Siwon memegang perutnya.

"Nado...," jawab Hyeseul. Mereka tertawa perlahan.

"Kaja...kita makan...," Siwon bangun dari pembaringannya, begitu juga Hyeseul. Mereka sama-sama menuju ke ruang makan. Ruang makan itu agak terbuka. Boleh menikmati angin bertiup sambil menjamu selera. Di atas sebuah meja ada sebuah kotak piknik.

"Sebenarnya nak ajak makan dekat luar, tapi cuaca dah panas pulak. Kita makan dekat sini ye," ajak Siwon. Hyeseul mengangguk.

"Tempat ni cantik sangat....," Hyeseul berasa teruja. Dia mengeluarkan Iphonenya dan mengambil beberapa keping gambar. Siwon juga berbuat demikian. Dia mengambil gambarnya bersama Hyeseul.

"Rasa nak update dekat twitter gambar kita ni...," Siwon melihat-lihat gambar yang diambilnya.

"Yaah...micheosseo?!," Hyeseul merampas Iphone Siwon dan memandang Siwon dengan pandangan kaget. Dia menggelengkan kepala.

"Awak....saya gurau aje," Siwon ketawa. Dia mahu mengambil semula Iphonenya di tangan Hyeseul. Hyeseul menyembunyikannya di belakang badan. Wajahnya berkerut.

"Hyeseul-ah...," Siwon mendekati Hyeseul. Semakin dekat dan dia tersenyum. Wajahnya hanya beberapa inci sahaja dari wajah Hyeseul. Tangannya mencapai Iphone yang masih berada di dalam genggaman Hyeseul namun dalam masa yang sama, wajahnya dirapatkan ke wajah gadis itu. Siwon merenung bibir Hyeseul. Semakin dekat, dan hampir sahaja bibirnya mendarat ke atas bibir Hyeseul, gadis itu berpaling. Hidung Siwon mengenai pipi Hyeseul.

"Erm...saya..lapar...," ujar Hyeseul dengan wajah merah menahan malu. Dadanya berdegup kencang. Hyeseul melirik memandang Siwon dan tersenyum nipis. Dia menuju ke meja makan dan membuka bakul piknik.

"Erm...nampak sedap...," Hyeseul tersengih dan memandang Siwon. Siwon tersengih dan membalas pandangan itu. Siwon merapati Hyeseul dan hanya melihat gadis itu mengeluarkan makanan dari bakul. Hyeseul-sshi....kenapalah awak ni pemalu sangat?

Mereka makan sambil menikmati angin yang bertiup lembut. Tidak perlu makan dengan penuh protokol seperti candlelight dinner, comot-comot sahaja.

"Awak kata awak ada banyak perkara nak tahu pasal saya. Apa dia?," Hyeseul menyoal Siwon.

"Erm...memang banyak...," Siwon berfikir sejenak. Dia menganggukkan kepala. Hyeseul menunggu soalan dari Siwon.

"Saya nak tahu bila first kiss awak?," soal Siwon dan soalan Siwon itu betul-betul memeranjatkan Hyeseul. Hyeseul tersedak dan dia menutup mulutnya. Dia terbatuk-batuk seketika.

"Gwenchana?," Siwon menghulurkan segelas air. Hyeseul menyambut dan meneguk perlahan. Wajahnya sudah kemerahan, akibat dari tersedak dan malu dengan soalan itu.

"Soalan apa awak tanya ni? Tak ada soalan lain ke?," Hyeseul menyoal kembali apabila batuknya mula reda. Siwon tersengih. Dia sengaja mengusik.

"Erm..nak jawab ke tak?," Siwon masih lagi mengusik.

"Kena jawab ke?," balas Hyeseul. Siwon mengangguk. Agak lama menanti jawapan dari Hyeseul, kemudian barulah gadis itu bersuara.

"Saya tak pernah bercinta sebelum ni...," jawapan yang berbeza tetapi masih boleh difahami oleh Siwon. Siwon mengangkat wajahnya dan memandang tepat wajah Hyeseul.

"Tak pernah bercinta? Takkan tak pernah. Tipulah?," Siwon tidak percaya. Benarkah Hyeseul ni? Takkan tak ada cinta monyet masa zaman sekolah? Hyeseul menggeleng.

"Masa sekolah dulu saya tak pernah nak fikir pasal cinta. Erm...adalah minat dekat sorang budak ni, tapi setakat minat ajelah...," ujar Hyeseul.

"Siapa dia tu?," Siwon semakin berminat ingin tahu. Ada sedikit nada cemburu. Hyeseul tertawa kecil.

"Adalah sunbae kat sekolah dulu. Tapi tak ada apa pun. Masa dulu, saya lagi sibuk fikirkan tentang keluarga saya. Pasal eomma, pasal appa, pasal halmoni. Saya pernah cerita dekat awak kan hari tu pasal ni...," Hyeseul tersenyum nipis. Siwon mengangguk perlahan. Dia mencapai tangan Hyeseul, menggenggam erat tangan itu. Hyeseul memandang.

"Naneun gwenchana...," ucapnya. Perlahan-lahan dia menarik semula tangannya.

"Jadi maknanya.....first kiss awak, dengan sayalah?," soal Siwon lagi. Hyeseul memandang Siwon dengan wajah kaget. Dia menelan liur dan tidak menjawab soalan itu. Dia berpaling ke arah lain.

"Jjinjja? Cheongmal??," Siwon menyoal lagi sambil tersengih. Hyeseul menggigit bibirnya. Siwon ketawa gembira.

"Yaah...Siwon-sshi...," Hyeseul mencebik. Dia malu!

1 comment:

  1. kau apesal kacak sangat???
    takat pakai camtu je pon kacak betol.
    ni manusia ke ape ni?
    ah tak puas hati.
    tak puas hati siwon ni kacak sgt.
    seperti penipuan aje semua ini.
    hahahha

    ReplyDelete