"Noumu yeppo.....," Hyeseul kagum seketika. Hyeseul mengerdipkan matanya dan berpaling ke kiri. Siwon sedang nyenyak tidur di sebelahnya. Hyeseul mengimbau seketika kejadian semalam. Hyeseul mengeluh perlahan apabila menyedari dia tertidur ketika dalam perjalanan ke rumahnya. Dia pula tidak sempat memberitahu alamat rumahnya kepada lelaki itu. Hyeseul menghulurkan tangannya mahu mengejutkan Siwon. Namun, dia tidak jadi berbuat begitu apabila melihat Siwon tidur dengan nyenyaknya. Wajah Siwon nampak sangat tenang. Dia tidur dalam keadaan berpeluk tubuh.
'Hmm...mesti sejuk ni....,' Hyeseul berkata di dalam hati. Hyeseul mengangkat kot Siwon yang menutupi badannya. Dia tersenyum kecil apabila terbau haruman minyak wangi Siwon pada kot itu. Hyeseul perlahan lahan mendekati Siwon dan dengan berhati-hati meletakkan kot itu pada badan Siwon. Hyeseul kembali berbaring di tempatnya dengan wajah menghadap Siwon. Dia merenung sisi wajah Siwon. Hyeseul tersenyum kecil. Siwon ni....tidur pun kacak? Tiba-tiba, Siwon bergerak. Dia berpaling ke kanan, wajahnya berhadapan dengan wajah Hyeseul. Hyeseul tersentak seketika. Namun, apabila melihat Siwon masih nyenyak tidur, dia mengambil peluang itu untuk menatap lagi wajah Siwon. Hyeseul memerhatikan dahi Siwon, kemudian mata, hidung dan bibir Siwon. Mata Hyeseul terhenti di situ. Lama Hyeseul memerhatikan bibir itu. Hyeseul terasa wajahnya panas.
'Omo...apa yang aku buat ni?,' Hyeseul menelan liurnya. Dia melarikan pandangannya seketika dan kemudian dia memandang kembali wajah Siwon. Dalam masa yang sama, Siwon membuka mata seluas-luasnya. Terkebil-kebil matanya memandang wajah Hyeseul. Hyeseul juga begitu, hanya menatap wajah Siwon. Setelah beberapa saat, masing-masing seperti menyedari apa yang berlaku. Kedua-duanya bingkas bangun. Baik Hyeseul mahupun Siwon, dua dua merasakan jantung mereka berdegup kencang.
"Erm...morning...," Siwon mengucapkan selamat pagi dengan sebuah senyuman. Hyeseul membalas dengan senyuman. Dia gugup. Untuk seketika, masing-masing mendiamkan diri. Siwon membetulkan rambutnya yang sedikit kusut, manakala Hyeseul pula mencuri pandang ke arah cermin, untuk melihat wajahnya. Ah, muka bangun tidur!
"Siwon-sshi...komawoyo untuk malam semalam," ucap Hyeseul sambil memandang Siwon. Siwon membalas pandangan Hyeseul.
"Erm...malam semalam?," Siwon berfikiran nakal. Hyeseul mengangguk.
"Kalaulah orang lain dengar apa yang awak cakap ni....tentu orang akan fikir bukan bukan pasal kita malam semalam....," balas Siwon dengan senyuman nakal.
"Mwo? Ah....saya...saya tak bermaksud macam tu...ah...mian...," Hyeseul menggigit bibirnya dan berasa malu. Wajahnya merah. Siwon tertawa kecil.
"Mianhae....saya saja bergurau. Saya hantar awak balik ye...," Siwon tersengih dan menghidupkan kembali enjin kereta. Hyeseul hanya memandang keluar tingkap. 'Ah...dia ni....'
-------------------------------------------------------------------------------
Kereta Siwon berhenti di hadapan apartment Hyeseul. Hyeseul dan Siwon saling berpandangan. Masing-masing hanya tersenyum penuh janggal.
"Komawoyo Siwon-sshi....," ucap Hyeseul. Siwon membalas dengan anggukkan. Hyeseul masih duduk di situ. Siwon pula hanya mendiamkan diri.
"Erm...Siwon-sshi....," Hyeseul seperti ingin berkata sesuatu kepada Siwon, tetapi dia seperti teragak-agak.
"Ne...," Siwon membalas. Dia memandang Hyeseul dengan perasaan gugup.
"Awak....jom naik atas dulu...," pelawa Hyeseul. Siwon memandang dengan mulut melopong. Dahi Hyeseul sedikit berkerut. 'Haish...nak cakap macamana ni....'
"Eh...jangan salah faham....saya...saya cuma nak buatkan sarapan untuk awak...saya tak tahu macamana nak balas jasa awak semalam. Saya...saya...," Hyeseul tergagap-gagap. Siwon terkejut dan tidak memberi sebarang reaksi. Suasana sunyi seketika.
"Erm..takpelah kalau macam tu...saya naik dulu. Komawoyo Siwon-sshi...," Hyeseul cepat-cepat membuka pintu kereta. 'Ah malu! Kenapa aku pelawa dia?'
"Erm...ok...saya ikut awak. Lagipun...memang saya lapar....," Siwon sempat menahan Hyeseul. Hyeseul memandang Siwon dengan mata bulat. Siwon hanya tersenyum. Hyeseul juga tersenyum nipis.
Siwon mengikut langkah Hyeseul dari belakang, penuh berhati-hati agar kehadirannya tidak disedari siapa-siapa. Mujur sahaja ketika itu tidak ramai orang berlegar-legar di kawasan apartment. Tidak akan ada siapa-siapa pun yang menjangka kehadiran seorang pelakon lelaki popular di sini.
"Masuklah....," jemput Hyeseul sebaik sahaja mereka tiba. Siwon melangkah masuk ke apartment Hyeseul. Mata Siwon memandang sekeliling apartment itu. Apartment itu agak comel. Tidak terlalu luas, dan tidak terlalu sempit. Tengok sekilas sahaja sudah tahu penghuni apartment ini adalah wanita.
"Awak tinggal seorang?," soal Siwon. Hyeseul membalas dengan anggukan. Siwon tersenyum.
"Awak duduklah dulu. Saya pergi dapur," Hyeseul membawa Siwon ke ruang tamu dan meninggalkan lelaki itu di situ. Hyeseul melangkah ke dapur. Siwon mengambil peluang itu untuk melihat ruang tamu Hyeseul. Siwon menuju ke arah balkoni, melihat pemandangan dari situ. Cantik. Tidak lama Siwon berada di situ. Dia masuk semula kerana cuaca yang sejuk. Ketika ini Siwon ternampak sebuah rak dan di atasnya bersusun beberapa buah bingkai gambar. Siwon tersenyum melihat gambar Hyeseul sedang tersenyum riang di dalam salah satu bingkai di situ. Dia melihat gambar yang lain pula. Senyuman Siwon mati apabila melihat gambar Hyeseul bersama seorang lelaki. Lelaki itu pernah dilihatnya sebelum ini. Itulah lelaki yang pernah berjalan bersama Hyeseul sebelum ini.
"Hmm....boyfriend dia la tu...," Siwon membebel sendirian. Siwon melihat pula gambar yang lain. Gambar Hyeseul bersama teman lelakinya dan seorang lagi lelaki lain. Hyeseul berdiri di tengah-tengah antara mereka. Siwon juga seperti pernah melihat lelaki itu.
"Ah, dia ni....apa? Hyun Bin?," Siwon mengeluh lagi. Dia beralih ke gambar yang lain pula. Kali ini gambar Hyeseul bertiga bersama teman lelakinya dan juga seorang wanita agak berusia. Siwon meneliti gambar itu.
"Siwon-sshi....," Siwon pantas berpaling apabila mendengar panggilan Hyeseul. Siwon tersenyum nipis.
"Erm...saya buatkan awak penkek aje yer. Mianhae....saya tak biasa masak macam-macam bila dah tinggal sorang ni...," ujar Hyeseul sedikit serba-salah.
"Ah...aniya...gwenchana....apa-apa pun boleh..," balas Siwon. Hyeseul tersenyum lega.
Siwon dan Hyeseul bersarapan dalam keadaan senyap. Hyeseul hanya tunduk memandang pinggannya. Siwon kemudiannya mengangkat kepala dan memandang Hyeseul.
"Hyeseul-sshi....erm.....boyfriend awak handsome...," kata-kata itu terluah dari mulut Siwon. Hyeseul spontan mengangkat wajah dan memandang Siwon dengan pandangan penuh hairan. Siwon terasa seperti hendak menepuk mulutnya sendiri. Bagaimana soalan itu boleh terkeluar? Hyeseul memandang Siwon dengan mata membulat.
"Boyfriend? Mana?," Hyeseul mengerutkan dahi. Siwon berdehem perlahan.
"Erm...gambar atas rak tu....," Siwon menunjuk ke arah rak dengan jarinya. Hyeseul memandang ke arah rak itu dan kembali memandang Siwon.
"Itu oppa saya...Dongwook oppa...," Hyeseul tertawa perlahan.
"Jjinjja?," bulat mata Siwon bertanya. Hyeseul masih tersenyum dan dia mengangguk.
"Ah....dahengne....," Siwon lega.
"Mworago?," Hyeseul menyoal. Siwon menggelengkan kepala.
"Oh, jadi lelaki yang lagi satu tu la boyfriend awak yer?," Siwon merujuk kepada gambar Hyun Bin pula. Dahi Hyeseul berkerut.
"Aniya....itu Hyun Bin oppa. Kawan Dongwook oppa. Saya tak ada boyfriendlah!," jawab Hyeseul agak tegas. Siwon tersengih dan menggaru kepalanya. Lega...lega...sangat lega!.
"Erm...yang perempuan dalam gambar awak dengan oppa awak tu pulak siapa?," Siwon bertanya soalan lain pula.
"Itu eomma...," balas Hyeseul pendek. Siwon mengangguk tanda faham. Oooo.....
"Erm...appa.....?," soal Siwon lagi. Hyeseul tersenyum nipis.
"Dah lama meninggal.....," jawab Hyeseul pendek.
"Mian....," Siwon meminta maaf dan rasa bersalah. 'Mulut ni ringan sangat nak bertanya..'
"Gwenchana......appa dah lama pun meninggal. Saya dengan oppa pun dah okay...dah dapat terima hakikat.....," balas Hyeseul. Siwon tersenyum dan tunduk kembali untuk menikmati penkeknya. Hyeseul memandang Siwon dan sebuah keluhan perlahan terluah dari bibir gadis itu.
"Eomma..tak ada kat sini. Lepas bercerai dengan appa, dia kahwin dengan lelaki Jepun. Jadi sekarang dia tinggal dekat Tokyo....," Hyeseul membuka cerita. Entah mengapa mulut Hyeseul dengan mudah sahaja bercerita mengenai keluarganya kepada Siwon. Siwon kembali memandang Hyeseul.
"Oh....jadi...tinggal awak dengan oppa awak je?," Siwon menyoal lagi. Tiba-tiba dia ingin tahu tentang latar belakang Hyeseul.
"Saya dulu tinggal dengan halmoni, appa, eomma dan oppa. Halmoni dulu...tak sukakan eomma. Diorang selalu gaduh. Sampai satu tahap, dia buat appa dengan eomma bercerai. Sejak tu eomma tak tinggal dengan kami. Bila halmoni meninggal, keluarga kami macam nak bersatu semula. Tapi sayang dah terlambat...eomma dah jumpa lelaki lain, dia kahwin dan terus ke Jepun. Tak lama lepas tu oppa dapat sambung belajar dekat Seoul dan lepas habis belajar dia terus je kerja dekat sini. Saya tinggal berdua dengan appa...sampailah appa meninggal...saya tinggal sorang. Oppa ajak saya ke Seoul, dan sekarang baru dapat peluang kerja sini....," laju sahaja mulut Hyeseul bercerita. Siwon terpempan mendengarnya. Begitukah kisah Hyeseul?
'Hyeseul-sshi...noumu....pulssanghae....,' Siwon hanya meluahkannya di dalam hati sahaja.
"Hyeseul-sshi.....," Siwon tidak tahu hendak memberi reaksi bagaimana. Dia ingin memujuk Hyeseul tetapi tidak tahu caranya. Siwon merenung wajah Hyeseul yang kelihatan sedih. Mata Hyeseul nampak berkaca. Hyeseul kemudian tersentak dan tanpa sengaja menjatuhkan sudunya ke lantai. Hyeseul bangun dari kerusinya dengan keadaan kelam kabut.
"Erm...mianhae...saya tak berniat pun nak cerita semua tu....mianhae Siwon-sshi...," Hyeseul mengangkat pinggannya dan membawanya ke sinki. Hyeseul terasa dadanya sesak. Tangannya menggeletar. Dia sebak. Dia tidak pernah bercerita mengenai keluarganya kepada siapa-siapa sebelum ini. Tetapi hari ni, dengan mudahnya dia bercerita kepada Siwon. Siwon memandang belakang Hyeseul dengan perasaan berkecamuk. Ah...Hyeseul-sshi.....Siwon dapat merasakan kesedihan Hyeseul. Gadis itu.....kenapa hidupnya penuh dugaan? Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia memeluk belakang Hyeseul dan memujuk gadis itu.

peluk la peluk la peluk la...
ReplyDeletesiwon tak berapa berani lagi tu nak peluk...ahahahahhaa
Delete