"Kau nampak magazine atas meja ni yang aku letak semalam?," Siwon mula bertanya.
Donghae mengerdipkan matanya beberapa kali. 'Magazine apakah? Magazine CeCi tu ke?'
"Magazine yang mana?," Donghae bertanya kembali, pura-pura tidak tahu.
"CeCi. Latest punya. Semalam aku bawak balik, malas nak baca lagi. Aku campak je atas tu. Kau nampak tak? Cover depan ada gambar aku, dengan Eunbyul," terang Siwon, tidak berpuas hati dengan misteri kehilangan majalah itu.
Donghae terasa seperti hendak tersedak sahaja. 'Alamak...ottouke??'
"Erm...takde..takde...aku tak nampak pulak....," Donghae buat tidak tahu. Dia tidak mahu mengaku bahawa dia yang mengambil majalah itu.
"Alah...macamana pulak boleh tak ada. Aku ingat sangat aku letak sini semalam. Macamana pulak la boleh hilang ni?," Siwon menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia masih ingat di situ dia meletakkan majalah itu semalam.
"Eh, manalah aku tahu. Berlambak majalah atas meja tu. Aku rasa kau yang memang salah letak. Kau lupa la tu...ada tertinggal kat mana-mana....," sedaya upaya Donghae cuba meyakinkan Siwon bahawa majalah itu tiada di situ.
"Alah, beli aje lah yang baru...aku...masuk bilik aku dulu....," Donghae cepat-cepat ingin berlalu dari ruang tamu itu. Takut rahsia majalah CeCi berlubang yang kini berada di dalam biliknya, terbongkar. Malu juga kalau Siwon tahu yang dia memang betul-betul gilakan Eunbyul. Dahi Siwon berkerut, sedang berfikir. Mungkin betul kata Donghae, dia tercicir majalah itu di mana-mana. Beli sahaja yang baru, senang cerita.
-----------------------------------------------------------------------------------
Petang itu, Siwon pulang ke rumah keluarganya. Rasanya sudah beberapa hari juga dia tidak pulang kerana sibuk di lokasi penggambaran. Jadual kerjanya juga agak padat. Sebaik sahaja masuk ke dalam rumahnya, dia mendengar suara ayahnya seperti sedang memarahi seseorang. Siwon mengerutkan dahi dan pantas menuju ke ruangan pejabat ayahnya. Dia berdiri di muka pintu dan memasang telinga.
"Macamana awak boleh tertinggal dokumen tu? Hyeseul-sshi, macamana boleh cuai macam ni?," Choi Hwijangnim meninggikan suara di hadapan Hyeseul. Hyeseul hanya tunduk tidak membalas apa-apa.
"Saya nak awak print balik dokumen tu. Esok pagi mesti ada atas meja saya!," kata Choi Hwijangnim lagi dengan tegasnya.
"Chuisunghamnida hwijangnim...sebenarnya...pendrive tu pun...saya..saya...terhilangkan sekali dengan dokumen tu," kata Hyeseul tergagap-gagap. Dia mengangkat wajahnya dan memandang sekilas wajah majikannya. Hyeseul tunduk kembali.
"Mwo????," Choi Hwijangnim menjadi semakin marah. Dia geram. Mengapa setiausahanya boleh buat kesilapan yang sebegitu. Choi Hwijangmin tanpa disedari menghentak mejanya dengan kuat. Hyeseul tersentak. Air matanya gugur kerana terkejut dan takut.
"Hyeseul-sshi! Baiklah...saya tak peduli. Dokumen tu kena ada juga atas meja saya esok pagi. Saya nak awak buat semula. Saya tak peduli awak tak payah tidur ke malam ni, tu awak punya pasal. Saya nak awak siapkan jugak! Sekarang pergi!," Choi Hwijangnim menyuruh Hyeseul keluar. Hyeseul tunduk dan cuba menahan tangisannya. Dia berpaling dan menuju ke muka pintu. Hyeseul terserempak dengan Siwon di situ. Dia mendongak dan matanya bertatapan dengan mata Siwon. Air mata Hyeseul mengalir. Siwon tergamam melihat tangisan Hyeseul. Hyeseul menekup mulutnya dan cepat-cepat pergi dari situ. Siwon ingin menahan Hyeseul tetapi entah mengapa suaranya tidak keluar. Dia hanya memerhatikan sahaja Hyeseul yang berlalu keluar dari rumahnya. Siwon mengeluh seketika. Dia memandang ayahnya yang kini sedang menyambung kerjanya kembali. 'Kenapa yang appa nak marah sangat Hyeseul-sshi tu?'
-----------------------------------------------------------------------------------
Jam menunjukkan pukul 11 malam. Siwon berguling di atas katilnya. Dia rasa tidak sedap hati. Mengikut info dari Jiwon, Hyeseul masih berada di pejabatnya. Menyiapkan dokumen yang diminta ayahnya, yang perlu dihantar pada pagi esok.
"Malam-malam macam ni, takkan dia tak nak balik lagi. Bahaya pulak sorang-sorang...," Siwon berasa risau. Dia pantas turun dari katilnya. Mencapai kot dan kunci keretanya. Dia ingin ke pejabat ayahnya, menjenguk Hyeseul.
Siwon tiba dan melihat ruangan di luar pejabat ayahnya masih terang benderang. Siwon melangkah perlahan-lahan dan menjenguk ke dalam. Dia mengeluh perlahan. Memang benar Hyeseul masih di situ. Gadis itu kini sedang tertidur di atas meja kerjanya. Kertas-kertas berselerakan di atas meja. Siwon perlahan-lahan mendekati Hyeseul. Dia merenung wajah Hyeseul yang sedang nyenyak tidur. Siwon tersenyum nipis. Siwon meneliti kertas-kertas di atas meja Hyeseul. Siwon tersenyum lagi. Rasanya dia tahu apa yang perlu dibuat. Memandangkan matanya masih lagi segar-bugar, dia berhasrat untuk membantu Hyeseul.
Siwon mengangkat Hyeseul perlahan-lahan. Gadis itu langsung tidak terjaga. Siwon membawa Hyeseul ke sofa dan berhati-hati membaringkan gadis itu di situ. Siwon merenung wajah Hyeseul lagi, kali ini agak lama. Pertama kali melihat wajah tenang Hyeseul yang sedang tidur. Dia tersenyum dan membetulkan rambut Hyeseul yang sedikit kusut. Dia menyelimutkan Hyeseul dengan kotnya. Pasti Hyeseul kesejukan. Tambahan pula Hyeseul memakai skirt pendek. Siwon mematikan lampu, supaya tidur Hyeseul tidak terganggu.Siwon kemudiannya menuju ke meja Hyeseul, ingin menyambung kerja gadis itu.
Selang beberapa jam kemudian, Hyeseul tiba-tiba terjaga dari tidurnya. Dia membuka mata dan terpinga-pinga seketika, masih mamai. Hyeseul bingkas bangun dan duduk di atas sofa. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali melihat Siwon sedang menghadap komputer di atas mejanya. Tidak tahu apa yang dibuat oleh Siwon di situ.
Mulut Hyeseul melopong seketika. Dia melihat keadaan dirinya. Tidur di atas sofa dengan sehelai kot di badan. Macamana dia boleh berada di atas sofa ini? Bukankah tadi dia tertidur di atas meja? Adakah Siwon.....
"Erm...Siwon-sshi....," Hyeseul menegur Siwon. Siwon pantas mendongak memandang Hyeseul.
"Ireonna-yo?," Siwon tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya.
"Macamana awak boleh ada kat sini? Berapa lama saya tertidur? Sekarang dah pukul berapa?," bertalu-talu soalan diajukan Hyeseul. Suaranya sedikit serak. Siwon tersenyum.
"Sekarang dah pukul 1.30...," jawab Siwon. Hyeseul menekup mulutnya.
"Ah, ottouke? Saya tak siap lagi kerja tadi! Kenapa awak biarkan saya tidur?," Hyeseul pantas bangun dan
menuju ke mejanya. Siwon juga bangun dan berdiri di hadapan Hyeseul.
"Awak jangan risau. Saya dah tolong siapkan. Dari tadi lagi dah siap. Ni, dah print pun...," Siwon tersengih dan menunjukkan dokumen yang ditaipnya tadi kepada Hyeseul. Hyeseul pantas mengambil dan membeleknya. Hyeseul mengeluh perlahan dan memejamkan matanya seketika.
"Siwon-sshi....noumu komawoyo....," Hyeseul berasa lega. Tidak disangka Siwon akan membantu menyiapkan dokumen itu. Siwon membalas dengan senyuman.
"Mari saya hantar awak balik...," pelawa Siwon.
"Aniyo...gwenchana...saya balik sendiri. Lagipun awak dah susah payah tolong saya tadi...," Hyeseul menolak. Siwon tertawa perlahan.
"Hyeseul-sshi, sekarang dah nak dekat pukul 2 pagi. Macamana awak nak balik sendiri....," Siwon mengangkat keningnya. Hyeseul terdiam seketika. Betul juga tu.
"Saya hantarkan awak balik....," kata Siwon dengan nada lembut. Hyeseul tersenyum nipis dan akhirnya bersetuju.
-----------------------------------------------------------------------------------
Siwon memandu Audi V10-nya penuh berhati-hati. Rasanya inilah kali pertama Hyeseul menaiki keretanya. Keadaan di dalam kereta itu sunyi sepi. Hanya kedengaran lagu dari radio sahaja. Siwon dan Hyeseul hanya membisu.
"Hyeseul-sshi, rumah awak dekat mana ni?," soal Siwon apabila menyedari dia sudah memandu agak jauh dan Hyeseul pula hanya diam sahaja tanpa memberitahu apa-apa.
"Hyeseul-sshi...," Siwon memanggil lagi apabila tiada jawapan dari gadis itu. Siwon menoleh ke kanan. Siwon tersenyum lagi. Rupanya Hyeseul sudah tertidur di situ. Siwon tidak sampai hati untuk membangunkan Hyeseul.
"Hmm....ke mana aku nak bawak dia ni?," Siwon serba-salah. Akhirnya Siwon meneruskan pemanduannya sehinggalah dia berhenti di Sungai Han. Siwon membuka tali pinggang keledar dan menurunkan tempat duduk Hyeseul, supaya gadis itu berada dalam posisi berbaring. Wajah Hyeseul hanya beberapa inci sahaja di hadapan Siwon. Siwon menatap seluruh wajah Hyeseul. Dadanya berdegup kencang. Siwon menelan liurnya. Pantas dia menjauhkan diri dari Hyeseul dan duduk tegak di kerusi pemandu. Untuk menghilangkan perasaan gugup, Siwon meliarkan pandangan di sekitar Sungai Han. Masih ada beberapa orang yang masih bersiar-siar di sini. Pemandangan Sungai Han di waktu malam memang sangat cantik. Siwon terasa seperti hendak mengajak Hyeseul berjalan-jalan di sana. Siwon tersenyum sendiri. Pasti Hyeseul tidak mahu. Siwon menurunkan kerusinya dan bersandar dengan selesa di situ. Lama-kelamaan, matanya mula layu dan akhirnya dia juga tertidur di situ.


gif tu mmg daebak! kene sungguh
ReplyDelete