Keesokkan harinya, Siwon keluar awal pagi. Jadual kerjanya bermula awal pada hari itu. Donghae pula bangun agak lewat. Donghae bermalas-malasan di ruang tamu. Ketika inilah dia perasan majalah CeCi yang diletakkan Siwon di atas meja kopi semalam. Dia merenung seketika majalah itu dan tersenyum gembira melihat gambar Eunbyul di muka hadapan. Sepantas kilat dia mengambil majalah itu dan terus membaca ruangan temuduga mengenai Eunbyul.
"Hmm....ciri-ciri lelaki idaman...," Donghae hanya membaca kisah mengenai Eunbyul. Tentang Siwon dia sudah tidak peduli. Sudah banyak yang dia tahu mengenai kawan baiknya itu.
"Suka lelaki yang mata cantik, menggoda....dan buat hati jadi tenang?," Donghae membaca dengan kuat. Dia membaca lagi sehingga habis mengenai lelaki idaman Donghae. Donghae menghembus nafas perlahan.
"Ah, siapalah agaknya....," ada nada cemburu di situ. Donghae tidak sedar bahawa dialah lelaki idaman yang dimaksudkan Eunbyul.
Donghae membawa majalah itu kembali ke biliknya. Dia berbaring di atas katil dan meneruskan pembacaannya. Dia tersenyum lagi sambil merenung gambar Eunbyul yang manis tersenyum. Donghae sudah macam orang angau. Dia mengambil gunting dan memotong gambar Eunbyul. Habis berlubang majalah itu dikerjakannya. Gambar itu diletakkan di atas meja soleknya.
"Lee Donghae....kau memang angau...," katanya kepada dirinya sendiri. Namun, dia peduli apa. Memang betul dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu.
------------------------------------------------------------------------------------
"Cepatlah noona. Noona ni nak pakai baju yang mana sebenarnya?," Myung Soo mula bosan melihat gelagat kakaknya yang tidak habis-habis menggayakan baju di hadapan cermin.
"Chamkanman....noona betul-betul tak tahu nak pakai baju apa ni...," Eunbyul masih membelek pakaian yang sudah bersepah di atas katilnya. Sekejap-sekejap dia mengambil baju dan membelek di cermin. Tidak puas hati, diambil yang lain pula dan digayakan lagi di hadapan cermin.
"Aaah...," Myung Soo mengeluh lagi. Eunbyul tidak memberi reaksi dan masih sibuk memilih pakaian.
"Noona jaebal!! Kita cuma nak jadi penonton aje! Bukannya noona kena naik atas pentas pun!," Myung Soo mula bersuara garang. Eunbyul terkebil-kebil memandang adiknya.
"Arasseo...arasseo...noona pakai baju ni aje yer....," Eunbyul mula mengalah. Myung Soo menjeling kakaknya. Eunbyul hanya membalas dengan sengihan. Disuruhnya Myung Soo keluar supaya dia dapat menyalin pakaian.
Hari ini, Eunbyul dan Myung Soo sama-sama ke bangunan KBS untuk menonton rakaman Gag Concert. Sebab utama Eunbyul mahu ke sana ialah, Donghae akan menjadi tetamu undangan. Eunbyul memakai t-shirt biasa bersama sehelai cardigan dan sepasang seluar jeans. Rambut pendek separas bahunya ditutup dengan topi. Manakala Myung Soo pula hanya berpakaian biasa seperti remaja lain dan berjalan bergandingan bersama kakaknya. Mereka masuk ke dalam studio dan memilih tempat duduk. Penonton masih ramai yang belum tiba. Eunbyul memilih untuk duduk di baris keempat, tidaklah terlalu depan dan tidak terlalu belakang. Cukuplah dia dapat melihat wajah Donghae pujaan hati dengan jelas.
Rakaman Gag Concert pun bermula selang 15 minit kemudian. Eunbyul menanti kemunculan Donghae penuh sabar. Sejujurnya Eunbyul tidak begitu menghayati persembahan Kim Byung Man, dia hanya tersenyum dan kadang-kadang sahaja tertawa kecil. Sedangkan Myung Soo, sudah ketawa besar menonton persembahan tersebut. Eunbyul sudah berasa bosan. Dia kepenatan sebenarnya. Dalam kepalanya hanya berfikir, mana Donghae sunbae...mana Donghae sunbae...
Tidak lama kemudian, nama Donghae disebut. Eunbyul pantas membuka mata seluas-luasnya. Apabila Donghae muncul di pentas, Eunbyul tersenyum lebar. Sorakan dari peminat-peminat Donghae membuatkan Eunbyul berasa teruja. Myung Soo menjeling kakaknya dengan ekor mata dan hanya tersenyum sinis. Mata Eunbyul tidak lari dari memandang Donghae. Dia langsung tidak mengerti mengenai persembahan itu sehinggalah.....
"Kim Eunbyul-sshi!," namanya dipanggil dari atas pentas oleh Shin Bora. Eunbyul tersentak dan matanya terkebil-kebil. Dia memandang penonton di sekeliling yang kini sedang memerhatikannya. Eunbyul kembali memandang ke atas pentas dan bertatapan mata dengan Donghae. Dia gugup. Donghae pula terkedu memandang Eunbyul. 'Eunbyul datang sini??'
"Annyeonghaseyo Kim Eunbyul-sshi....," Shin Bora tersenyum dan melambai-lambai ke arah Eunbyul. Eunbyul membalas senyuman dan dia bersikap professional. Lambaian Shin Bora kembali dibalas dan dia juga tersenyum kepada audiens di sekelilingnya. Kemudian, rakaman diteruskan kembali seperti biasa. Eunbyul menghembus nafas lega. Mujur sahaja tidak tertangkap dia sedang merenung Donghae!
------------------------------------------------------------------------------------
Eunbyul menuju ke tandas setelah tamat rakaman Gag Concert. Myung Soo menunggunya di luar bangunan KBS. Ketika keluar dari tandas, Eunbyul terserempak dengan seseorang. Eunbyul mendongak. Donghae! Donghae juga terperanjat apabila bertembung dengan Eunbyul. Masing-masing diam membisu tanpa berkata apa-apa. Eunbyul melangkah ke kanan untuk mengelak dari terlanggar Donghae, namun dalam masa yang sama juga Donghae melangkah ke arah yang sama dengan Eunbyul. Eunbyul beralih pula ke kiri tetapi Donghae juga beralih ke arah yang sama dengannya. Berkali-kali mereka berada dalam keadaan begitu. Tidak dapat mengelak di antara satu sama lain. Donghae tertawa perlahan dan menangkap bahu Eunbyul, agar gadis itu berdiri statik. Eunbyul tergamam seketika dengan tindakan Donghae, namun dia juga ketawa beberapa saat kemudian.
"Mianhae sunbaenim...," kata Eunbyul sambil menundukkan kepalanya. Malu menatap wajah Donghae lama-lama.
"Gwenchana...," tawa Donghae masih lagi bersisa. Mereka berdua masih lagi berdiri di situ. Sunyi seketika tanpa masing-masing bersuara.
"Awak sihat?," soal Donghae. Eunbyul menganggukkan kepala.
"Saya sihat...," Eunbyul tersenyum. 'Donghae sunbaenim sangat prihatin.'
"Datang sini tengok Gag Concert?," Donghae bertanya soalan bodoh. Eunbyul betul-betul terasa seperti hendak ketawa, namun ditahan.
"Aah...teman adik saya nak tengok Gag Concert. Tak sangka sangat sunbae jadi guest untuk hari ni...," Eunbyul berbohong. Padahal dirinya yang teringin sangat hendak menonton Gag Concert, bukannya Myung Soo. Semuanya kerana Donghae! Dia hanya ingin melihat Donghae sahaja. Donghae tersenyum mendengar jawapan Eunbyul.
"Jom makan sekali. Tadi Bora-sshi ada kata dia nak jumpa awak. Tapi lepas habis recording tadi awak hilang pulak...," jemput Donghae. Eunbyul menggigit bibirnya.
"Erm...noumu mianhae sunbaenim. Saya tak boleh lama. Adik saya tunggu kat luar. Dia nak pergi tempat lain pulak lepas ni," Eunbyul menolak dengan perasaan serba-salah. Sebetulnya dia berasa segan.
"Oh, takpelah kalau macam tu. Mungkin....lain kali ajelah....," balas Donghae. Eunbyul membalas dengan senyuman. 'Omo, lain kali? Bila tu?'
"Saya pergi dulu ye.....," Donghae meminta diri. Eunbyul senyum dan tunduk hormat. Setelah Donghae berlalu, barulah dia berfikir.
'Ah, kenapa aku tak terima je pelawaan Donghae sunbae tadi???,' Eunbyul rasa menyesal. Boleh sahaja dia menyuruh Myung Soo pulang dahulu atau pergilah ke mana-mana yang budak tu suka. Eunbyul geram dengan dirinya sendiri.

omaigod that gif..
ReplyDeleteu nak bunuh i ea?
ahahaahha..mian~
Deletegif itu membunuhmu????
XD