"Ah!," Hyeseul merungut perlahan. Dia mencuba lagi, namun masih tidak berjaya. Tidak lama kemudian, ada tangan seseorang yang tidak dikenali mencapai fail yang ingin diambil Hyeseul. Hyeseul terperanjat. Spontan dia berpaling untuk melihat siapakah pemilik tangan itu. Bulat mata Hyeseul memandang Siwon yang betul-betul berada di depan mukanya. Siwon memandang wajah Hyeseul dan memegang fail yang diambilnya sebentar tadi dengan kedua-dua belah tangannya.
"Awak nak ambil ni ke?," fail itu diserahkan kepada Hyeseul.
"Komawo...," teragak-agak Hyeseul menyambut fail itu. Dia hanya tunduk tidak memandang wajah Siwon. Hyeseul hendak melangkah menuju ke mejanya kembali tetapi dihalang oleh Siwon. Hyeseul terkaku.
"Awak balik dengan siapa semalam?," nada suara Siwon kedengaran serius. Hyeseul mendongak perlahan-lahan, memandang wajah Siwon sekilas. Kemudian pandangannya dihalakan ke arah lain.
"Kenapa awak nak tahu?," balas Hyeseul gugup. Walaupun tidak memandang wajah Siwon, tetapi dia tahu Siwon sedang merenungnya tajam.
"Kan saya suruh awak tunggu saya. Kenapa awak balik dulu? Kenapa tak tunggu saya? Kan saya janji nak hantar awak balik. Kenapa tak dengar cakap saya?," soal Siwon bertubi-tubi. Hyeseul gugup. Terkebil-kebil matanya memandang Siwon. Hyeseul bengang. Apa hak Siwon hendak menyoalnya sebegitu?
"Awak yang lambat sangat. Buang masa saya tunggu awak. Saya baliklah dulu!," balas Hyeseul sedikit kasar. Siwon menghembus nafas perlahan. Dalam hatinya ingin sangat bertanya siapa lelaki yang menjemput Hyeseul semalam.
"Okay. Disebabkan awak tak tunggu saya semalam, saya nak denda awak," wajah Siwon kelihatan serius.
"Denda?," Hyeseul mengerutkan dahinya.
"Awak kena jadi orang gaji saya untuk hari ni!," balas Siwon. Terlopong mulut Hyeseul mendengarnya.
"Shirheo!," Hyeseul membantah. Siwon merenung tajam wajah Hyeseul. Perlahan-lahan dia mendekati Hyeseul. Hyeseul melangkah setapak ke belakang, tetapi dia tidak boleh lari jauh. Ada rak di belakangnya. Siwon tiba-tiba mencengkam lengan Hyeseul.
"Siwon-sshi, ige mwoya??," Hyeseul cuba melepaskan diri. Dia tiba-tiba berasa takut dengan tindakan Siwon.
"Ikut saya!," Siwon menarik tangan Hyeseul dan badan Hyeseul terdorong ke hadapan mengikut langkah Siwon. Hyeseul meronta-ronta. Hyeseul menarik tangannya dan dapat melepaskan tangannya dari cengkaman Siwon. Siwon pantas berpaling ke belakang. Hyeseul menggosok pergelangan tangannya yang kesakitan dan merenung tajam wajah Siwon.
"Awak jangan ingat awak anak boss saya, awak boleh buat sesuka hati! Kenapa awak buat saya macam ni??," marah Hyeseul. Dia sudah tidak peduli. Siwon tergamam. Mata Hyeseul sudah mula berair.
"Mian.....," Siwon meminta maaf. Hyeseul mengetap bibir dan cuba menahan tangisnya.
"Awak nak apa sebenarnya Siwon-sshi?," perlahan Hyeseul bertanya. Dia cuba mengawal kemarahannya. Siwon diam seketika. Dia memandang wajah Hyeseul dan tersenyum nipis. Sebenarnya dia hanya ingin rapat dengan gadis itu, tetapi tidak tahu bagaimana caranya.
"Teman saya shopping," balas Siwon selamba.
"Awak gila?? Awak tu pelakon popular! Nanti kalau peminat awak nampak saya jalan dengan awak, apa diorang akan fikir? Tak pasal-pasal nanti saya kena gosip dengan awak. Eh, saya tak mahu ada kaitan dengan benda-benda macam ni," Hyeseul membebel-bebel. Siwon mula tersenyum. Lama-kelamaan senyum itu menjadi sebuah sengihan. Dan dari sengihan bertukar menjadi ketawa. Hyeseul mengerutkan dahinya melihat gelagat pelik Siwon.
"Saya tak suruh pun awak jalan sebelah saya. Saya nak awak jalan belakang saya, jadi tukang bawak barang," balas Siwon dengan sebuah senyuman nakal.
"Mwo?," mulut Hyeseul melopong.
"Denda awak sebab semalam," Siwon tersenyum lagi.
"Perlu ke?," Hyeseul mengeluh perlahan. Siwon menekup mulut menahan ketawa. Kesudahannya, Hyeseul terpaksa juga mengikut Siwon. Siwon mengambil kesempatan, tambahan pula Choi Hwijangnim tiada di pejabat ketika itu.
---------------------------------------------------------------------------------------
Hyeseul berjalan kira-kira dua meter di belakang Siwon. Kiri kanan tangannya memegang beg kertas berisi barangan yang baru dibeli Siwon. Hyeseul merungut di dalam hati. 'Boleh tahan mamat ni berbelanja. Macam orang perempuan!.' Hyeseul mempercepatkan langkahnya mengikut Siwon yang sedang melangkah masuk ke sebuah lagi kedai pakaian. Siwon mencuba sehelai kemeja lengan pendek dan membelek dirinya di hadapan cermin. Dia tersenyum puas hati. Siwon berpaling memandang Hyeseul dan meletakkan kemeja itu di bahu gadis itu. Hyeseul terkebil-kebil. Kemudian Siwon membelek pakaian lain pula. Kali ini sehelai T-shirt lengan pendek berwarna merah terang. T-shirt itu juga diletakkan di atas bahu Hyeseul. Hyeseul hanya mendiamkan diri. Memang dia menjadi orang gaji Siwon pada hari itu! Setelah mengambil dua helai lagi pakaian, barulah Siwon ke kaunter untuk membuat bayaran. Hyeseul menunggu di luar. Kakinya sudah lenguh. Hyeseul memandang sekeliling dan matanya menangkap sebuah beg tangan yang sangat menarik perhatiannya. Hyeseul melangkah ke arah kedai itu dan membelek-belek beg tangan tersebut.
"Yaepodda...," Hyeseul tersenyum suka. Namun, mata Hyeseul membulat apabila melihat harga beg itu. Sangat mahal! Tidak jadi Hyeseul hendak membeli. Diletakkan kembali beg itu di tempat asalnya. Siwon hanya memerhatikan Hyeseul. Dia tersenyum seketika. Dia melangkah ke arah Hyeseul dan menyerahkan beg berisi pakaian yang dibelinya tadi kepada Hyeseul. Hyeseul menyambutnya secara terpaksa.
"Kaja. Saya nak beli kasut pulak," ajak Siwon.
"Siwon-sshi...," Hyeseul menahan. Siwon berpaling menghadap Hyeseul. Dia mengangkat keningnya.
"Saya nak balik....," Hyeseul merungut perlahan. Dia sudah kepenatan. Dia juga sudah tidak larat hendak melayan kerenah Siwon lagi. Dan dia juga tidak selesa dengan mata-mata orang ramai yang memerhatikan dirinya.
"Alah, sekejap lagilah. Saya hantar awak balik, okay...," Siwon membantah. Hyeseul merungut kuat.
"Saya nak balik sekarang. Kalau awak nak shopping, awak shopping la sorang-sorang. Saya dah penat, saya nak balik jugak," Hyeseul berkeras. Sepantas kilat dia berpaling dan berjalan laju meninggalkan Siwon. Siwon memanggil Hyeseul, namun Hyeseul tidak mahu berpaling lagi. Langkahnya semakin laju.
"Hyeseul-sshi! Chamkanman....," Siwon mengeluh perlahan. Dia hanya melihat sahaja Hyeseul pergi meninggalkannya. Siwon ketawa dan menggelengkan kepalanya.
---------------------------------------------------------------------------------------
Hyeseul menarik nafas lega apabila dia sudah menaiki bas. Dilihatnya keluar tingkap dan bayang Siwon tiada di situ.
"Gila la kalau dia nak kejar aku kan...," Hyeseul ketawa sendirian. Seorang gadis yang duduk di kerusi sebelah memandang pelik ke arahnya. Hyeseul memandang gadis itu dengan senyuman yang masih terukir di bibirnya. Gadis tadi tersenyum sinis dan memandang beg-beg kertas yang dibawa Hyeseul. Hyeseul mengerdipkan matanya sambil memandang beg-beg yang dibawanya. Hyeseul menggigit bibir bawahnya.
'Ah, ni semua barang-barang Siwon! Patutlah dia duk panggil-panggil aku tadi!,' Hyeseul baru tersedar! Mahu tidak mahu, terpaksalah Hyeseul mengangkut semua barang itu sehingga ke apartmentnya.
Hyeseul meletakkan barang-barang Siwon yang dibawanya tadi ke ruang tamu. Diusap tengkuknya yang terasa sedikit lenguh. Sudah jadi satu masalah pula untuk membawa barang-barang itu ke pejabatnya esok.
"Huh, buat apa susah-susah nak fikir...lantak dia laaa," Hyeseul meninggalkan ruang tamu dan menuju ke biliknya. Dia ingin mandi dan berehat.
Malam itu, Dong Wook ke rumah Hyeseul. Sengaja dia ingin menghabiskan masanya bersama Hyeseul. Dong Wook tiba bersama sekotak pizza.
"Pizza? Waaah!," Hyeseul tersenyum suka. Perut sudah kelaparan, makan apa-apa pun sedap. Dong Wook hanya tersenyum melihat telatah adiknya.
"Shopping ke tadi? Banyaknya beli! Apsal membazir ni?," tegur Dong Wook apabila melihat beg-beg kertas yang terletak di sofa di ruang tamu. Hyeseul mencebik seketika.
"Bukan saya punya. Jom lah makan oppa, saya dah lapar," Hyeseul mengambil sekeping pizza dan baru sahaja dia hendak menyuap ke mulut, Iphonenya berdering.
"Haish...," Hyeseul merungut dan melihat skrin Iphone. Panggilan dari Siwon.
"Yaebosaeyo?," Hyeseul menjawab malas.
"Hyeseul-sshi?," kedengaran suara Siwon memanggil namanya.
"Wae yo? Awak nak apa Siwon-sshi??," Hyeseul menyoal agak garang. Dong Wook mengangkat kepala memandang Hyeseul apabila mendengar nama Siwon disebut oleh adiknya.
"Mana awak bawak barang-barang saya tadi?," lembut sahaja Siwon bertanya, tidak seperti Hyeseul yang marah-marah. Hyeseul tidak menjawab.
"Hyeseul-sshi, tolong hantarkan barang-barang saya tadi ke rumah saya...sekarang..," kata-kata Siwon seperti arahan.
"Mwo? Malam-malam macam ni??," Hyeseul mengetap bibir geram.
"Ne, lagi pun denda untuk awak lah sebab tadi tinggalkan saya macam tu je," balas Siwon sinis. Hyeseul mula geram. Dong Wook hanya memandang wajah adiknya.
"Arasseo....saya datang sekarang...," Hyeseul cuba menahan marahnya.
"Erm...awak datang...," Hyeseul mematikan talian sebelum sempat Siwon menghabiskan ayatnya. Hyeseul mengeluh kuat.
"Wae?," soal Dong Wook yang kehairanan.
"Oppa...pinjam kereta...," Hyeseul tidak menjawab soalan Dong Wook.
"Awak nak pergi mana malam-malam macam ni?," Dong Wook bertanya dengan nada curiga. Ke mana adiknya mahu pergi malam-malam begini.
"Rumah boss! Hantar barang...," balas Hyeseul dengan wajah masam mencuka.
"Rumah boss? Nak jumpa anak boss ya?," Dong Wook sengaja mengusik dengan sebuah senyuman nakal.
"Ne....," Hyeseul menjawab bengang. Dong Wook ketawa. Dia menyerahkan kunci kereta kepada adiknya.
"Eh, tak apa ke bawak kereta malam-malam ni? Jom lah oppa temankan...," Dong Wook tiba-tiba berat hati pula hendak membiarkan adiknya pergi bersendirian.
"Gwenchana...sekejap aje...," Hyeseul menolak pelawaan abangnya. Dia mengambil kunci yang dihulurkan Dong Wook sebentar tadi. Hyeseul bangun dan menuju ke biliknya untuk mengambil baju sejuk. Kemudian dia kembali ke ruang tamu dan mengambil barang-barang Siwon.
"Oppa...saya pergi sekejap aje tau...," kata Hyeseul dan disambut dengan anggukan oleh Dong Wook.
"Hati-hati!," pesan Dong Wook ketika Hyeseul berada di muka pintu.
---------------------------------------------------------------------------------------
Hyeseul memandu berhati-hati dalam pekat malam. Hatinya merungut memarahi Siwon. Dia hanya mengikut sahaja arahan Siwon kerana tidak mahu bergaduh dengan lelaki itu. Tiba-tiba dia merasakan betapa bodoh dirinya.
"Pabo Lee Hyeseul, kenapa kau nak ikut sangat cakap dia!," Hyeseul merungut pula memarahi dirinya sendiri. Rasa ingin berpatah kembali pulang ke apartmentnya, tetapi ketika itu dia sudah pun berada di hadapan rumah majikannya. Hyeseul mendongak seketika memandang rumah agam yang kelihatan terang-benderang itu. Dia mencapai Iphonenya dan menghubungi Siwon.
"Saya dah sampai....," ujarnya pendek.
"Jjinjja?," Siwon seperti tidak percaya. Dia menjenguk ke luar tingkap dan tersenyum gembira melihat Hyeseul sedang berdiri di tepi kereta yang dipandunya. 'Tak sangka dia ikut cakap aku.'
"Chamkanman....," kata Siwon dan mematikan talian. Pantas dia keluar dari biliknya dan menuju ke muka pintu. Siwon membuka pintu pagar dan dia tersenyum memandang Hyeseul. Hyeseul pantas menoleh ke arah Siwon. Siwon tergamam seketika. Walaupun hanya memakai baju sejuk besar, Hyeseul tetap nampak menarik di matanya. Rambut panjangnya dibiarkan lepas menambahkan lagi kecantikannya. Hyeseul tanpa membuang masa terus menyerahkan barang-barang Siwon. Siwon hanya berdiri kaku di situ dan masih memandang Hyeseul.
"Ambiklah..kan awak nak sangat barang awak ni tadi," kata Hyeseul apabila melihat Siwon tidak memberikan sebarang reaksi. Siwon tersentak seketika.
"Oh...erm...ko..komawoyo...," Siwon menyambut beg-beg kertas yang dihulurkan Hyeseul.
"Saya balik dulu....," Hyeseul meminta diri dan mahu kembali ke kereta tetapi Siwon menghalang jalannya.
"Nanti dulu...saya ada benda nak bagi dekat awak....," kata Siwon sedikit gugup. Hyeseul mengeluh perlahan.
"Apa lagi ni....saya nak balik....," Hyeseul menjawab malas.
"Tunggu sini...sekejap je...jangan balik dulu tau," pinta Siwon. Siwon kembali masuk ke dalam rumahnya dan keluar selang beberapa minit kemudian. Hyeseul menunggu sambil berpeluk tubuh. Siwon muncul dengan dua buah beg kertas di tangannya. Kedua-dua beg itu dihulurkan kepada Hyeseul.
"Ige mwoya?," Hyeseul teragak-agak untuk mengambilnya. Siwon memandang Hyeseul.
"Ini saya ganti baju awak yang saya rosakkan masa dekat airport dulu. Yang saya tertumpahkan kopi tu," Siwon memberi penjelasan. Kata-kata Siwon itu mengejutkan Hyeseul.
"Awak...tau itu saya...selama ni awak perasan saya yang...," Hyeseul tergagap-gagap dan tidak sempat menghabiskan kata-katanya. Siwon mengangguk-ngangguk.
"Mianhae pasal tu...dan saya jugak minta maaf kalau saya buli awak selama ni....," Siwon tersenyum ikhlas. Hyeseul terkebil-kebil memandang Siwon. Tidak sangka Siwon masih ingat bahawa dialah gadis di lapangan terbang tempoh hari.
"Gwen....gwenchana...," tergagap-gagap Hyeseul menjawab. Hyeseul menjenguk isi kandungan beg kertas yang diberikan Siwon tadi. Sebuah beg berisi baju dan sebuah lagi berisi beg tangan. Bulat mata Hyeseul apabila melihat itu adalah beg tangan yang dibeleknya siang tadi. Beg tangan yang tidak jadi dibeli kerana harganya yang sangat mahal.
"Beg ni....," Hyeseul mendongak memandang Siwon. Siwon tersenyum.
"Saya tahu awak suka beg ni. Ambillah sebagai ucapan terima kasih sebab awak dah banyak bantu saya selama ni...," terang Siwon. Hyeseul diam tidak terkata.
"Good night Hyeseul-sshi. Hati-hati bawak kereta....," ucap Siwon sambil mengusap kepala Hyeseul. Sedikit kusut rambut gadis itu dibuatnya. Hyeseul mengukirkan senyuman nipis.
"Komawoyo....," hanya sepatah perkataan itu yang keluar dari bibirnya dan Hyeseul kembali ke dalam kereta. Hyeseul memandu tenang sambil diperhatikan Siwon. Hyeseul memandang cermin dan tersentak apabila melihat Siwon masih berdiri di situ. Hyeseul tersenyum dan jantungnya berdegup pantas.
omaigod omaigod omaigod
ReplyDeleteapesal comel sgt neh?