Friday, February 08, 2013

Story About Us : Chapter 12

Selepas acara memotong kek, Hyeseul mengambil kesempatan untuk berbual-bual seketika dengan Eunbyul. Kedua-dua gadis itu nampak ramah berbual walaupun masing-masing baru sahaja berkenalan.

"Eunbyul-sshi, boleh tak saya mintak tandatangan awak?," pinta Hyeseul. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan abang kesayangannya yang amat meminati Eunbyul.

"Eh, mestilah boleh. Ada pen? Kertas?," Eunbyul tersenyum manis dan bersetuju.

"Oh, kejap yer..," Hyeseul membuka beg tangannya. Di dalamnya memang sudah tersedia satu buku nota kecil dan sebatang pen yang sentiasa dibawanya ke mana-mana. Biasalah, bekerja sebagai seorang setiausaha, memang kedua-dua alat itu sangat penting dan diperlukan.

"Erm...nak tulis apa ye?," Eunbyul menyoal Hyeseul. Tangannya sudah bersedia untuk menurunkan tandatangan. Hyeseul berfikir sejenak. Dia tersenyum nakal. Rasa seperti mahu mengenakan abangnya pula.

"Awak tulis...untuk Lee Dong Wook ahjusshi," Hyeseul tersengih.

"Ahjusshi? Pak cik awak ke?," Eunbyul menyoal inginkan kepastian. Kalau ahjusshi, mesti dah tua, mungkin dalam 40-an agaknya. Hyeseul mengangguk-ngangguk dan menahan ketawa. Eunbyul menulis nama Lee Dong Wook ahjusshi dan menurunkan tandatangannya. Di bawah tandatangannya pula bertulis ucapan 'Ahjusshi, semoga sentiasa sihat dan panjang umur.'

"Komawoyo...Eunbyul-sshi. Samchoon saya mesti suka ni, dapat tandatangan dari pelakon kegemaran dia," Hyeseul mengucapkan terima kasih dan menyimpan kembali buku nota itu.

"Ambil gambar jom," Hyeseul meminta untuk mengambil gambar pula. Eunbyul mengangguk dan tersenyum-senyum. Eunbyul mendekatkan wajahnya dengan Hyeseul sambil memeluk bahu gadis itu dan Hyeseul bersedia untuk mengambil gambar menggunakan Iphonenya. Hyeseul tersenyum dan berpuas hati melihat gambar itu.

"Eunbyul-sshi, lagi satu lagi. Boleh ya? Boleh?," pinta Hyeseul sambil tersengih-sengih. Eunbyul tertawa dan bersetuju. Kali ini, Eunbyul pula yang mengambil gambar. Secara tiba-tiba, Siwon muncul entah dari mana dan menyelit di antara Hyeseul dan Eunbyul. Kesudahannya, wajah Siwon juga muncul di dalam gambar yang diambil Eunbyul.

"Oppa! Apa oppa ni!," Eunbyul memarahi Siwon yang sedang asyik ketawa. Hyeseul hanya diam dan menjeling tanda tidak suka.

"Takkan ambil gambar berdua je, oppa pun nak masuk sekali," balas Siwon. Siwon menunjukkan reaksi wajah selamba.


Siwon kemudian mengerling seketika wajah Hyeseul yang masam mencuka. Siwon merapati Hyeseul dan memeluk bahu gadis itu. Hyeseul terperanjat dan cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Eunbyul hanya memandang dengan mulut melopong.

"Eunbyul-ah, ambil gambar kami pulak," kata Siwon dan tersengih.

"Ah, arasseo..," Eunbyul tersenyum dan mula mengambil gambar. Hyeseul hanya memandang kamera dengan raut wajah kosong, tanpa senyuman. Setelah itu, Hyeseul cepat-cepat mengelakkan dirinya dari Siwon. Eunbyul menghulurkan kembali Iphone Hyeseul kepada pemiliknya.

"Oppa...kita ambil gambar berdua pulak nak? Erm...boleh kan Hyeseul-sshi? Saya ambil gambar dengan Siwon oppa?," secara tiba-tiba Eunbyul meminta kebenaran kepada Hyeseul. Siwon mula gugup. Hyeseul pula mengerutkan dahi seketika. Hairan dengan soalan Eunbyul itu. Hyeseul kemudian tersenyum nipis.

"Okay, biar saya tolong ambilkan," Hyeseul bersetuju. Eunbyul menyerahkan Iphonenya pula. Eunbyul berdiri di sebelah Siwon dan kedua-duanya memberi pose yang menarik. Tanpa disedari, Donghae sejak tadi hanya melihat gelagat mereka berdua. Donghae yang berdiri tidak jauh dari situ, menuju ke arah mereka.

"Seronoknya bergambar...," Donghae menegur. Eunbyul yang baru perasan kehadiran Donghae, serta merta berasa malu.

"Jom, masuk sekali bergambar," Siwon tersenyum dan menarik tangan Donghae. Akibat tarikan itu, badan Donghae tidak seimbang dan mengenai sedikit bahu Eunbyul. Masing-masing hanya berpandangan dan mendiamkan diri. Siwon tersenyum nakal. Donghae hanya tersenyum tunduk sambil menggaru kepalanya.


Siwon, Donghae dan Eunbyul tersenyum sambil memandang kamera. Eunbyul berdiri di tengah-tengah antara Donghae dan Siwon. Siwon sengaja menjarakkan dirinya daripada mereka berdua. Donghae pula sengaja merapatkan dirinya dengan Eunbyul, sehingga bahu mereka betul-betul bersentuhan. Eunbyul gugup! Tambahan pula tangannya secara tidak sengaja tersentuh tangan Donghae. Kesudahannya, Eunbyul meletakkan kedua-dua tangannya di hadapan.

"Komawo Hyeseul-sshi," ucap Eunbyul setelah selesai Hyeseul mengambil gambar mereka. Hyeseul mengangguk dan tersenyum. Eunbyul membelek gambar yang diambil Hyeseul sebentar tadi manakala Donghae pula hanya sekadar mencuri pandang ke arah Eunbyul dan kemudian berbual pendek dengan Siwon. Hyeseul yang masih berdiri di situ memandang Siwon, agak lama. Sesaat kemudian, Siwon juga membalas pandangannya. Hyeseul mendekati Siwon.

"Siwon-sshi, saya nak balik dulu...," Hyeseul meminta diri untuk pulang. Siwon kelihatan serba salah.

"Eh, janganlah balik dulu....," Siwon cuba menghalang.

"Saya nak baliklah. Hari pun dah lewat. Lagipun Jiwon dah balik dan saya pun nak kena balik naik bas," balas Hyeseul. Dia sudah kepenatan dan tidak mahu lagi berada di situ. Tambahan pula, tetamu juga sudah ramai yang pulang.

"Erm...awak tunggu dulu. Saya janji saya hantar awak balik, Hyeseul-sshi. Okay?," Siwon membuat janji. Hyeseul mengeluh perlahan. Perlahan dia mengangguk bersetuju. Siwon tersenyum puas hati. Donghae hanya memerhatikan mereka berdua dengan pandangan hairan. Dia mengukirkan sebuah senyuman nipis.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Eunbyul duduk di satu sudut sambil memegang Iphonenya. Badannya rasa lemah sekali. Eunbyul masih belum betul-betul sihat. Tambahan pula, dia berasa sakit kepala kerana terlalu lama berada di tengah-tengah keriuhan orang ramai. Donghae mendekati Eunbyul. Risau apabila melihat pujaan hatinya itu kelihatan tidak sihat. Terlupa seketika dia perasaan cemburu apabila Eunbyul memuji Jaejoong sebentar tadi.

"Eunbyul-sshi...," Donghae menegur. Eunbyul mengangkat muka dan tergamam seketika melihat senyuman Donghae. Senyuman manis yang menambahkan lagi kekacakan Donghae.

"Sunbae-nim...," Eunbyul membalas dengan suara yang perlahan dan sedikit serak. Donghae menggigit bibir. 'Kasihannya dia....'

"Tak balik lagi?," soal Donghae. Matanya masih tidak lepas dari meneliti raut wajah Eunbyul. Eunbyul menggeleng.

"Tunggu manager oppa. Lambat betul dia ni datang...," rungut Eunbyul dengan mulut sedikit muncung. Donghae tersenyum mendengar rungutan itu. 'Manjanya....'

"Oh...yakah..," balas Donghae. Donghae baru berkira-kira hendak mengajak Eunbyul pulang bersama, dapat juga dia beramah mesra dengan gadis itu, tetapi...nanti apa pula kata orang yang memandang. Jadi gosip pula nanti. Mereka berdua kan pelakon, bahaya kalau tertangkap.

"Sunbae dah nak balik ke?," giliran Eunbyul pula menyoal. Donghae menganggukkan kepalanya.

"Ne....erm...okaylah Eunbyul....oppa balik dulu ye...," Donghae tersenyum dan meminta diri. Eunbyul mengerdipkan matanya beberapa kali dan menghantar Donghae dengan pandangan mata.

'Oppa! Dia bahasakan diri dia oppa!!,' Eunbyul rasa seperti hendak melompat gembira. Rasa seperti hendak berlari dan memeluk belakang Donghae.
-------------------------------------------------------------------------------------------

Hyeseul sudah kesejukan. Dia melihat jam berulang kali. Dia kembali ke dewan untuk mencari Siwon. Kelihatannya Siwon masih rancak berbual dengan seseorang. Hyeseul tidak pasti siapa kerana wanita itu membelakanginya. Hyeseul mengeluh. Entah bila dia dapat pulang. Hyeseul mengeluarkan Iphonenya dan menghubungi Dong Wook. Untuk seketika dia menunggu Dong Wook menjawab panggilannya.

"Oh, Hyeseul-ah...wae?," sayup kedengaran suara Dong Wook di hujung talian.

"Oppa...oppa kat mana?," soal Hyeseul.

"Dalam kereta. Tadi pergi minum dengan kawan. Wae?,"

"Oppa...tolong jemput saya kat sini, saya nak balik," Hyeseul separuh merungut.

"Party dah habis ke?," soal Dong Wook. Sememangnya dia tahu yang Hyeseul menghadiri majlis hari jadi Siwon.

"Ne...jemput saya oppa. Dah lewat sangat nak balik sendiri," pinta Hyeseul.

"Arasseo...tunggu situ ye...," balas Dong Wook sebelum mematikan talian. Hyeseul menyimpan kembali Iphone ke dalam beg tangannya. Hyeseul memeluk tubuhnya yang kedinginan dan dengan sabar menanti abangnya. Dia begitu pasti yang Siwon lupa janjinya untuk menghantar dia pulang.

20 minit berlalu......

Siwon masih rancak berbual bersama Eunbyul. Macam-macam perkara yang mereka bualkan. Sengaja Siwon menemani Eunbyul sementara menanti ketibaan Chilhyun. Perbualan mereka terhenti seketika apabila Iphone Eunbyul berdering.

"Oppa....Chilhyun oppa dah sampailah. Saya nak balik dah. Komawo sebab teman saya," Eunbyul tersenyum memandang Siwon. Siwon mengangguk sambil tersenyum. Tetapi secara tiba-tiba raut wajah Siwon berubah. Pantas dia melihat jam tangannya.

"Wae yo oppa?," Eunbyul yang kehairanan melihat gelagat Siwon, pantas bertanya.

"Ah...oppa dah janji dengan Hyeseul-sshi nak hantar dia balik!," Siwon menepuk dahinya. Geram dengan dirinya sendiri kerana kealpaannya. Eunbyul tersenyum nakal.

"Amboiii...dah janji nak balik sama. Haa, tu mesti dia merajuk tu, oppa dah lambat," Eunbyul sengaja mengusik.

"Eunbyul-ah, oppa pergi dulu yer. Nak cari dia kat mana," kelam-kabut Siwon meminta diri. Eunbyul masih tertawa perlahan. Siwon mencari-cari Hyeseul di lobi hotel. Tiada. Siwon cepat-cepat mencari Hyeseul di luar pula. Dia tersenyum lega apabila melihat Hyeseul berdiri di situ, tidak jauh darinya. Gadis itu nampak kesejukan. Siwon membuka kotnya dan menghampiri Hyeseul. Namun, langkahnya terhenti apabila sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan Hyeseul. Siwon sangat mengenali kereta itu. Seorang lelaki keluar dari tempat duduk di sebelah kanan. Tetapi, lelaki kacak itu belum pernah dilihat Siwon sebelum ini. Dia bukan lelaki yang berjalan bergandingan tangan dengan Hyeseul tempoh hari. Hyeseul kelihatan terkaku seketika sambil memandang lelaki yang sedang tersenyum kepadanya itu. Beberapa saat kemudian, barulah Hyeseul memberi reaksi.

"Hyun Bin oppa!," Hyeseul menjerit gembira sambil memegang kedua-dua tangan lelaki yang dipanggil Hyun Bin itu. Lelaki itu ketawa besar apabila melihat gelagat Hyeseul.

"Lama tak jumpa oppa...," Siwon dengan jelas dapat mendengar suara gembira Hyeseul. Lelaki bernama Hyun Bin itu hanya ketawa.

"Kaja...kita boleh sembang panjang dalam kereta..," Hyun Bin memaut bahu Hyeseul dan membukakan pintu untuk Hyeseul. Kereta itu terus berlalu dan Siwon hanya mampu memandang sahaja.

"Haish!," Siwon merungut marah. Dia marah kepada Hyeseul dan dia memang cemburu melihat aksi Hyeseul dan Hyun Bin di depan matanya sebentar tadi.

"Berapa banyak boyfriend dia ni ada??," Siwon merungut-rungut dengan nada marah,

2 comments:

  1. nak balik dengan donghae!!!!!!!!
    kenapa anda sentiasa nak buat sy senyum sewel senget mcm org gila.
    tu siwon dah cemburu. nasib. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. donghae kacak kann!!!!
      ehehehe...nasib la siwon
      sape suruh lambat nak hantar hyeseul

      Delete