Friday, February 08, 2013

Story About Us : Chapter 11

Beberapa hari berlalu, akhirnya majlis hari jadi Siwon menjelang tiba. Hyeseul masih di rumahnya ketika itu. Sedang bersiap-siap. Hyeseul menjeling kotak kecil berisi tali leher yang dibelinya ketika keluar bersama Jiwon tempoh hari. Pada mulanya, dia tiada niat pun hendak memberi hadiah kepada Siwon, tetapi apabila disoal oleh Jiwon, dia tergerak hati pula untuk membelinya.

 "Tapi perlu ke bagi? Aku dah susah-susah untuk party dia, tu dah kira hadiah la tu," rungut Hyeseul. Kotak itu diletakkan di tepi. Hyeseul membetulkan rambutnya dan tersenyum di hadapan cermin. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia mencapai beg tangan lalu keluar dari biliknya. Hyeseul terlupa pada hadiah Siwon dan kotak berisi tali leher itu hanya terletak kaku di atas meja soleknya.

Siwon melihat jam tangannya berulang kali sambil menanti kehadiran Hyeseul. Dia resah. Tetamu sudah ramai tiba dan berbual sesama mereka. Donghae juga kelihatan ramah berbual dengan beberapa rakan artis yang lain. Tidak lama kemudian, Hyeseul akhirnya tiba. Siwon terkebil-kebil memandang Hyeseul. Hyeseul yang dilihatnya ketika itu berpenampilan berbeza. Gaun koktail dan alat solek tipis yang dipakai, menyerlahkan kejelitaannya. Lama Siwon memandang Hyeseul, namun gadis itu langsung tidak menyedari. Hyeseul ketika itu terus menuju ke meja bufet untuk memastikan majlis berjalan lancar. Siwon menuju ke arah Hyeseul. Hyeseul yang menyedari kehadiran lelaki itu, pantas menoleh. Siwon memandang wajah Hyeseul. Kedudukan mereka agak rapat ketika itu. Dia menelan liur. Memang Hyeseul nampak cantik.

"Kenapa awak lambat?," Siwon bertanya dengan nada suara sedikit bergetar. Dia risau sebenarnya, risau jika Hyeseul tidak hadir ke majlis itu.

"Mian....," Hyeseul tidak menjawab, sebaliknya hanya meminta maaf. Dia tersenyum kepada Siwon, tetapi hanya sesaat sahaja senyuman itu terukir di bibirnya. Mata Hyeseul melilau di sekeliling dewan. Mulutnya melopong seketika apabila melihat begitu ramai artis popular di depan matanya.

"Omo....Lee Donghae! Oh, Kim So Hyun," mata Hyeseul bersinar suka. Hatinya terasa seperti melompat keriangan apabila berada di tengah-tengah keramaian itu. Siapa yang tidak teruja apabila dikelilingi artis popular. Terasa seperti berada di majlis anugerah pula. Siwon hanya mengerutkan dahi melihat gelagat Hyeseul. Ketika Hyeseul melangkah untuk menuju ke arah pelakon-pelakon tersebut, Siwon pantas menarik lengannya.

"Awak nak pergi mana?," soal Siwon. Hyeseul bengang dan memandang wajah Siwon.

"Pergi layan tetamu. Takkan tak boleh kot," jawab Hyeseul. Siwon mengerdipkan matanya beberapa kali.

"Diorang semua kan kawan-kawan saya, biar saya yang layan....Awak, pergi ambilkan air," arah Siwon. Hyeseul hanya menjeling. Siwon tersenyum dan menuju ke arah rakan-rakannya. Hyeseul hanya mengeluh.

"Tak kuasa aku nak ikut arahan dia," Hyeseul melangkah ke arah lain. Ada pekerja-pekerja hotel yang menguruskan semuanya, dia hanya perlu memantau sahaja. Hyeseul bernasib baik apabila ternampak Jiwon. Ada juga temannya untuk berbual di sini.

Eunbyul tiba selang beberapa ketika kemudian. Gadis itu terbatuk kecil dan sekali sekala menggosok hidungnya. Batuk dan selesemanya menyerang kembali. Mungkin juga akibat kepenatan kerana jadual yang agak padat. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dewan, Eunbyul dengan ramahnya menegur beberapa rakan artis dan seniornya. Gadis itu berpenampilan berbeza. Rambutnya sudah dipotong pendek separas bahu. Apabila terpandang Siwon, Eunbyul dengan riang melambai ke arah lelaki itu.

"Oppa...sengil chukahae...," ucap Eunbyul. Dihulurkan hadiah dan disambut oleh Siwon.

"Komawo...," Siwon tersengih-sengih. Mata Eunbyul melilau ke sekitar dewan.

"Erm...mana Jiwon-sshi. Ada kat sini?," soal Eunbyul. Sengaja bertanya soal Jiwon. Yang sebenarnya, dia melilau mencari Donghae. 'Hmmm...ada ke tidak ye?' Siwon juga melilaukan matanya mencari kelibat Jiwon. Akhirnya dia melihat kelibat adiknya sedang berbual bersama Hyeseul.

"Tu Jiwon...jom ke sana...," ajak Siwon dan mereka berdua menuju ke arah Jiwon dan Hyeseul.

"Jiwon-sshi!," Eunbyul menegur ramah dengan senyuman lebar. Jiwon juga teruja apabila melihat Eunbyul. Hyeseul hanya tersenyum di situ. Eunbyul mengalihkan pandangannya ke arah Hyeseul. Senyuman masih terukir di bibir kedua-dua gadis itu. Eunbyul mengerutkan dahinya seketika. Macam pernah lihat!

"Eunbyul-sshi, ni secretary appa. Lee Hye Seul-sshi," Jiwon memperkenalkan Hyeseul kepada Eunbyul. Senyuman Hyeseul semakin melebar dan dihulurkan tangannya untuk berjabat dengan Eunbyul.

"Pankawoyo Eunbyul-sshi," dengan ramah Hyeseul menegur. Eunbyul menggenggam tangan Hyeseul.

"Erm...Hyeseul-sshi? Rasanya kita pernah berjumpa ke sebelum ini?," soal Eunbyul. Memang benar dia seperti pernah melihat Hyeseul sebelum ini.

"Kalau Eunbyul-sshi memanglah saya kenal, awak kan pelakon popular. Tapi saya, memang Eunbyul-sshi tak pernah jumpalah sebelum ni," Hyeseul tertawa perlahan. Eunbyul tersenyum nipis dan masih berfikir.

"Ah...baru saya ingat...Siwon oppa! Hyeseul-sshi ni kan...yang...,"

"Hyeseul-sshi! Ni...hadiah ni...tolong letak dekat meja hadiah sana ye...Komawooo....," belum sempat Eunbyul menghabiskan ayatnya, Siwon terlebih dahulu mencelah. Hadiah yang diberikan Eunbyul tadi diserahkan kepada Hyeseul. Hyeseul yang terpinga-pinga pantas menyambutnya. Jiwon juga kelihatan hairan dengan gelagat abangnya itu.

"Kaja...Eunbyul-ah, kita pergi makan...," ajak Siwon sambil menarik lengan Eunbyul. Eunbyul terpaksa mengikut apabila ditarik sebegitu. Tetapi, sempat lagi dia berpaling tersenyum kepada Hyeseul dan Jiwon. Jiwon dan Hyeseul hanya berpandangan sesama sendiri.

"Wae-yo oppa? Ah saya tau! Mesti oppa tak mahu saya bocorkan rahsia pasal wallpaper tu kan? Oooo...sekarang saya dah tahu siapa dia," Eunbyul mula seronok mengusik Siwon. Siwon hanya menelan liurnya.

"Erm...Eunbyul-ah...janganlah...diam-diam sudah...," Siwon menegah. Eunbyul mula ketawa melihat reaksi Siwon.

"Jadi ciri-ciri gadis idaman oppa tu semua ada pada dia kan? Kan?," Eunbyul tersengih lagi dan semakin suka mengusik Siwon. Siwon menggigit bibirnya dan memandang Eunbyul yang masih ketawa.

"Eunbyul-ah...awak jangan lupa...wallpaper Iphone awak tu gambar siapa? Nak oppa bocorkan rahsia?," Siwon mengangkat kening sambil tersenyum nakal. Eunbyul melopong seketika. 'Alamak!'

"Oppa...aniya...arasseo...arasseo...saya simpan rahsia oppa..," Eunbyul mula menyerah. Tidak jadi dia hendak mengusik Siwon lagi. Siwon hanya tersengih menahan tawa.

"Donghae-ah!," secara tiba-tiba Siwon menyebut nama Donghae, agak kuat. Eunbyul tergamam. Dadanya berdegup kencang.

"Oh..Siwon-ah," suara itu kedengaran agak dekat di belakang Eunbyul. Rupanya Donghae sedang menuju ke arah mereka. Eunbyul menjadi tidak keruan. Dan beberapa saat kemudian, Donghae sudah berdiri di sebelahnya dengan sebuah senyuman.

"Annyeong Eunbyul-sshi," tegur Donghae. Eunbyul semakin menggelabah, tetapi dikawal perasaannya.

"Annyeonghaseyo sunbae-nim," Eunbyul membalas teguran Donghae dan menundukkan sedikit kepalanya. Siwon tersenyum nipis melihat gelagat Eunbyul. Pada masa yang sama, Siwon ditegur oleh rakannya. Siwon berpaling dan berbual dengan rakannya itu, meninggalkan Donghae dan Eunbyul yang masih sunyi tanpa bicara.

"Eunbyul-sshi, awak tak sihat ke?," Donghae menyoal dengan raut wajah serius.

"Ne?," Eunbyul mengangkat mukanya dan memandang Donghae. Tanpa diduga, Donghae mengangkat tangannya dan meletakkan belakang telapak tangannya di dahi Eunbyul, ingin merasa suhu badan gadis itu. Eunbyul tergamam seketika. Untuk beberapa ketika, tangan Donghae berada di situ.

"Erm...panas sikit nampaknya...," ujar Donghae. Eunbyul hanya diam. Dia rasa tidak keruan. Tidak semena-mena, Eunbyul seperti hendak tumbang. Donghae dengan pantasnya memaut lengan Eunbyul. Mata mereka bertatapan seketika. Gugup. Donghae kemudian melepaskan pautannya.

"Betul ke awak okay ni?," soal Donghae lagi. Sedaya upaya dia menyembunyikan kekalutannya. Eunbyul mengangguk-ngangguk.

"Saya...saya okay. Erm...batuk selesema sikit. Semalam balik lambat, schedule sampai tengah malam. Tu yang penat sikit ni," balas Eunbyul. Donghae tersenyum nipis.

"Lain kali jaga kesihatan....," pesan Donghae. Eunbyul tersenyum suka.

"Oh ya...cantik rambut awak," Donghae memuji gaya rambut Eunbyul yang terbaru. Eunbyul terasa wajahnya kepanasan.

"Komawoyo..sunbaenim..Erm, sebenarnya...saya tak suka rambut pendek macam ni, tapi sebab dapat skrip baru, terpaksalah potong," rungut Eunbyul. Dia tahu, Donghae sukakan gadis berambut panjang.

"Gwenchana..rambut kan nanti boleh panjang lagi...," pujuk Donghae. Eunbyul tersenyum lagi.

"Selain drama baru ni, apa lagi aktiviti awak sekarang Eunbyul-sshi?," dengan ramah Donghae menyoal. Sengaja dia membuka topik untuk berbual lama dengan pujaan hatinya.

"Oh, berlakon mv Jaejoong oppa," pantas Eunbyul menjawab. Raut wajah Donghae berubah sedikit apabila mendengar nama Jaejoong. Cemburu rasanya. Namun, dia cuba memaniskan riak wajahnya.

"Ah, iyalah Jaejoong nak buat comeback. So, okay ke kerja dengan dia?," Donghae bertanya lagi, walaupun dia rasa cemburu hendak bertanya hal itu.

"Erm...okay! Jaejoong oppa tu sama la baik macam Siwon oppa. Seronok kerja dengan dia. Baik dia tu. Kacak pulak lagi," secara tidak sedar Eunbyul memuji Jaejoong. Donghae menghembus nafas perlahan.

"Oo...bagus la tu...," komennya pendek. Menyesal pula bertanya hal kerja Eunbyul dengan Jaejoong. Donghae mengambil segelas air di atas dulang ketika seorang pelayan lalu di situ. Air itu diteguk pantas. Eunbyul hanya memandang sahaja. 'Waaah, minum air pun nampak kacak.'

"Op...erm...sunbae-nim pulak ada apa-apa aktiviti tak?," giliran Eunbyul pula menyoal. Donghae mengelap bibir dengan jarinya sebelum menjawab pertanyaan Eunbyul.

"Lepas ni nak promote drama dekat Jepun dengan China. Ada fanmeeting sekali," Donghae tersenyum nipis. Eunbyul mengangguk-ngangguk.

"Eunbyul-ah, awak belum makan kan?," Siwon yang sudah selesai berbual menjemput Eunbyul makan. Eunbyul memandang Donghae.

"Sunbae dah makan ke?," soal Eunbyul. Donghae mengiyakan. Eunbyul tersenyum nipis, sebenarnya dalam hati berharap yang Donghae akan menemaninya makan bersama. Eunbyul melangkah mengikut Siwon sambil diperhatikan Donghae. Donghae menggigit bibirnya, masih terasa cemburu mendengar nama Jaejoong tadi. Dalam kepalanya berfikir, 'Bila pulak aku nak berlakon dengan Eunbyul ni?'

2 comments:

  1. ni kalau selit gif yg bersesuaian mmg boleh pengsan. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jumpa gif yang sesuai
      banyak gif sesuai untuk post lepas ni
      makaa...bersiap sedia lah yer!
      XD

      Delete