"Lantak la kalau pakcik tu nak bising-bising, yang penting aku dah buat semua," Hyeseul mengomel-ngomel. Semua tentang majlis itu termasuk kek, makanan, dekorasi majlis, semuanya mengikut idea Hyeseul. Mana tidaknya, idea Choi Siwon semuanya merapu sahaja. Hyeseul mula berkemas untuk pulang. Sudah tamat waktu kerja. Choi Hwijangnim awal-awal lagi sudah keluar pejabat. Katanya hendak berjumpa sahabat lama. Baru sahaja Hyeseul hendak melangkah keluar dari pejabatnya, wajah Jiwon tersembul di depan mata. Raut gadis itu manis dengan senyuman.
"Annyeonghaseyo Jiwon-sshi. Wae yeogi-sseo? Nak cari hwijangnim ke?," Hyeseul menegur dengan ramah. Sejak bekerja di situ, sudah beberapa kali dia berjumpa dengan Jiwon dan hubungan antara mereka berdua juga menjadi semakin akrab.
"Aniyo...cari awaklah Hyeseul-sshi...," balas Jiwon, juga dengan senyuman. Hyeseul mengangkat keningnya.
"Saya?," dia menudingkan jari kepada dirinya sendiri. Jiwon mengangguk mengiyakan.
"Wae...cari saya?," soal Hyeseul lagi. Jiwon tersenyum-senyum.
"Jom, teman saya. Nak cari hadiah untuk oppa. Kan birthday dia nanti. Boleh kan?," pinta Jiwon. Hyeseul mengerdipkan matanya beberapa kali. 'Ah, Siwon lagi....'
"Erm...okaylah....," Hyeseul pantas bersetuju. 'Cuma teman sahaja. Lagipun kalau balik rumah awal-awal, bukan ada benda nak buat.' Fikir Hyeseul.
"Kaja...," Jiwon tersengih suka. Dia pantas memaut lengan Hyeseul. Memandangkan mereka sememangnya sudah berada di kompleks membeli belah, maka di situlah destinasi mereka untuk mencari hadiah.
Jiwon sudah melangkah masuk ke beberapa buah kedai. Kedai pakaian, kedai minyak wangi, dan bermacam-macam kedai lagi, tetapi dia tidak tahu hadiah apa yang patut dibelinya.
"Hyeseul-sshi, nak beli apa ya?," Jiwon meminta pendapat Hyeseul pula. Hyeseul menggigit bibir seketika. Sedang berfikir. Apa ya? Kasut, baju, jam tangan?
"Entahlah...banyak sangat benda yang boleh diberi...," balas Hyeseul. Jiwon tersenyum nipis. Matanya melilau di sekeliling kawasan itu. Kemudian, Jiwon tersenyum apabila terpandang kedai jam tangan.
"Hyeseul-sshi, masuk situ jom...," Jiwon pantas menarik tangan Hyeseul dan membawa gadis itu ke kedai jam tangan yang dimaksudkan.
"Waah....yaeppo-da...," Jiwon tersenyum suka apabila melihat pelbagai koleksi jam tangan yang cantik dan sesuai untuk dipakai oleh abangnya.
"Bagi jam ok jugak kan. Baru saya teringat, dulu saya ada hilangkan jam tangan oppa. Terlupa pula saya nak ganti...," Jiwon bercerita penuh semangat. Hyeseul hanya tersenyum mendengarnya.
"Hmm....jam pun ok la tu. Banyak pilihan dekat sini..," Hyeseul mengangguk-ngangguk bersetuju.
"Haish...tapi banyak sangat pulak yang cantik, tak tahu pulak nak pilih. Ottouke?," rungut Jiwon. Matanya ligat memerhatikan jam-jam tangan yang bersusun cantik di rak. Kemudian, dia berpaling memandang Hyeseul.
"Hyeseul-sshi, tolong pilihkan!," Jiwon tersenyum dan meminta pendapat Hyeseul pula. Hyeseul melopong dan kemudian dia menggelengkan kepalanya.
"Eh...awak pilihlah. Nanti kalau saya pilih, takut Siwon-sshi tak suka pula. Awak kan adik dia, mesti lagi tau macamana taste dia..," balas Hyeseul tidak setuju.
"Saya rambang mata...tak tahu nak pilih...," balas Jiwon. Hyeseul tersenyum nipis.
"Kalau macam tu kita tengok sama-samalah...," Hyeseul membuat keputusan dan Jiwon mengangguk setuju. Setelah agak lama di situ, akhirnya Jiwon keluar dari kedai itu dengan sekotak jam tangan berjenama Michael Kors. Jam tangan itu adalah pilihan Hyeseul. Mahal nak mampus! Mahu tercekik Hyeseul melihat harganya. Tapi lantaklah...anak orang kaya yang bayar.
"Komawo Hyeseul-sshi. Serius tadi saya tak tahu nak pilih yang mana," ucap Jiwon. Hyeseul tertawa kecil.
"Alah, hal kecil je," balas Hyeseul pendek.
"Awak...tak nak bagi apa-apa pada oppa kah?," Jiwon bertanya kepada Hyeseul. Hyeseul mendiamkan diri seketika. Dia menggigit bibirnya.
"Erm....tak ada kot...saya...tak tau nak bagi apa...," jawab Hyeseul penuh jujur. Sememangnya dia langsung tidak terfikir untuk memberi apa-apa kepada lelaki itu.
"Ah, tak payah bagi apa-apa la kat oppa tu. Awak kan dah tolong dia macam-macam untuk party tu kan...mesti banyak songeh oppa tu...," Jiwon tertawa sambil mengutuk abangnya. Kata-kata itu disambut juga dengan tawa dari Hyeseul. Namun, dalam hati Hyeseul terfikir juga, perlukah bagi hadiah?
------------------------------------------------------------------------------------
Chilhyun melihat jam tangannya berulang kali. Dia mengeluh perlahan apabila melihat Eunbyul dan Myungsoo masih leka di pusat membeli belah itu.
"Eunbyul-ah, cepat sikit tau. Lepas ni awak ada schedule lain pulak," tegur Chilhyun. Sebentar lagi Eunbyul ada penggambaran muzik video untuk lagu terbaru Jaejoong. Risau dia jika terlewat kerana Eunbyul tidak ada tanda-tanda mahu keluar dari pusat membeli belah itu.
"Kejaplah oppa...saya tak jumpa lagi hadiah ni...," rungut Eunbyul. Myungsoo pula sibuk membelek kasut sukan yang sejak tadi menarik perhatiannya.
"Noona, nak yang ni!," bodek Myungsoo sambil tersengih-sengih.
"Ah, yelah...ambik aje lah..," balas Eunbyul. Malas sudah dia melayan kerenah adiknya. Macam-macam dimintanya hari ini.
"Assa!," Myungsoo tersenyum kegirangan. Cepat-cepat diacukan kasut itu ke kakinya.
"Awak nak beli hadiah apa ni?," soal Chilhyun pula. Eunbyul berfikir sejenak.
"Kalau perfume okay tak?," Eunbyul meminta pendapat Chilhyun. Chilhyun mengangguk.
"Hmmm...perfume pun ok la tu. Jom cepat cari kedai perfume!," desak Chilhyun. Eunbyul menarik muncung, tanda protes. ‘Sabar-sabarlah oppa ni pun...’
"Myungsoo-ah, kaja!," panggil Eunbyul. Dia sudah membuat keputusan akan memberi minyak wangi kepada Siwon. Myungsoo memberi isyarat kepada kakaknya. Kelam-kabut dia seketika ketika membuat bayaran. Eunbyul dan Chilhyun berjalan beriringan sambil mencari kedai menjual minyak wangi. Myungsoo terkocoh-kocoh mengikut di belakang. Sambil mencari kedai, sempat lagi mata Eunbyul terpaku pada poster Donghae yang terpampang besar di luar sebuah kedai pakaian. Eunbyul tersenyum suka.
"Hmmm....wangi...Kalau macam tu, saya ambil ni satu, yang botol kecil," Eunbyul berpuas hati dan akhirnya membuat pilihan. Eunbyul tersenyum pada jurujual yang berada di sebelahnya. Gadis itu menyambut kotak minyak wangi itu dengan senyuman penuh gembira. Baru sahaja Eunbyul hendak melangkah kaki ke kaunter bayaran, dia berpatah semula.
"Erm....ambil yang ni botol besar...," kata Eunbyul kepada jurujual itu sambil tersenyum. Jurujual tadi mengangguk tanda faham dan mengambil botol minyak wangi yang dimaksudkan Eunbyul. Chilhyun memandang dengan pandangan hairan.
"Nak bagi dua ke kat dia?," soal Chilhyun. Eunbyul tersenyum dan menggeleng.
"Eh, tu macam Jiwon-sshi...oppa, tu Jiwon-sshi kan? Adik Siwon oppa," Eunbyul meminta pengesahan dari Chilhyun. Chilhyun mengerutkan dahi dan memandang wajah yang dimaksudkan Eunbyul. Dia menggaru-garu kepalanya seketika. Rasanya dia tidak pernah pula berjumpa dengan adik kepada Siwon itu. Semasa perasmian butik tempoh hari, dia tidak ikut, hanya Eunbyul yang pergi.
"Jiwon-sshi?," Eunbyul menegur apabila dia tiba di hadapan gadis itu. Jiwon mengangkat kepala. Dia terkejut seketika.
"Omo...Eunbyul-sshi!," Jiwon tersenyum lebar. Tidak sangka berjumpa artis kegemarannya lagi di sini.
"Awak buat apa kat sini? Sorang-sorang je ke?," Eunbyul bertanya penuh ramah sambil diperhatikan Chilhyun dan Myungsoo. Myungsoo tersenyum memandang Jiwon. Myungsoo kemudian memandang Chilhyun dengan mata berkelip-kelip. Cantiknya adik Siwon!
"Oh, saya beli hadiah untuk oppa. Datang dengan kawan. Tapi dia kata nak pergi toilet tadi," balas Jiwon dan menunjukkan plastik beg berisi hadiah yang dibelinya tadi.
"Ooo...sama la...saya cari hadiah untuk oppa awak jugak...," Eunbyul ketawa mesra. Begitu juga Jiwon. Mata Jiwon memandang Chilhyun dan Myungsoo yang berdiri di belakang Eunbyul.
"Lupa pula nak kenalkan. Ni Chilhyun oppa, manager saya. Ni pulak adik saya, Myungsoo...," pantas Eunbyul menperkenalkan kedua-duanya kepada Jiwon. Chilhyun dan Myungsoo berjabat tangan dengan Jiwon, dan Myungsoo hanya tersengih sambil menggenggam tangan Jiwon lama. Eunbyul meleraikan genggaman tangan Myungsoo dan menjeling kepada adiknya itu. 'Sempat lagi menggatal...' Jiwon hanya ketawa perlahan.
"Mianhae Jiwon-sshi. Saya kena pergi, tak boleh nak lama-lama, ada kerja lepas ni," Eunbyul meminta diri.
"Laa yeke. Baru nak kenalkan pada kawan saya. Dia secretary appa saya..," Jiwon sedikit kecewa.
"Erm...tak apalah..mianhae...mungkin lain kali...," Eunbyul menolak dengan sopan. Jiwon hanya mengangguk tanda faham. Eunbyul membalas senyuman Jiwon dan mereka berlalu dari situ.
"Noumu yaeppo....," Myungsoo sempat memuji. Eunbyul hanya mengeluh perlahan dan mencubit adiknya. Ketika ini mata Eunbyul menangkap seorang gadis yang baru sahaja keluar dari kedai pakaian. Gadis itu berjalan pantas dan lalu di sebelahnya.
"Hmmm....macam pernah tengok aje...," Eunbyul bermonolog. Dia berpaling tetapi hanya nampak bahagian belakang badan gadis itu sahaja. Eunbyul mengangkat bahu.


No comments:
Post a Comment